Di laporkan sehingga kini proses pengundian di Teluk Intan berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa laporan yang mengatakan ada berlaku ketegangan di beberapa tempat namun semuanya dapat di kawal dan di tangani dengan baik oleh pasukan Polis yang bertugas.
Biasalah dalam mana-mana PRK sudah semestinya timbul beberapa perkara yang boleh mengundang kepada rasa tidak puas hati dan selalunya ia dapat di selesaikan.
Begitu juga dengan PRK di Teluk Intan kali ini rata-rata pengundi sebenarnya agak celaru untuk membuat pilihan sekiranya faktor calon di jadikan sebagai kayu ukuran.
Bagi mereka yang masih tak pasti tu MMI sarankan supaya teruskan membaca kurang-kurang dapat pencerahan.
Dyana baru dua tahun dalam politik DAP manakala Mah berpengalaman lebih 30 tahun bermula dari bawah dan kini Presiden Gerakan.
Mah pula pernah dilantik timbalan menteri dan bakal dilantik Menteri jika keputusan PRK Teluk Intan memihak kepadanya.
Beliau juga sudah berbakti kepada penduduk Teluk Intan sebagai ahli parlimen sebelum kerusi berkenaan dirampas DAP sejak PRU 12.
Inilah antara klu kepada pengundi-pengundi di Teluk Intan sama ada mahu yang muda tidak matang atau tokoh berpengelaman.
Persoalan kini, mampukan BN menawan semula kerusi parlimen itu setelah Mah kalah dengan majoriti 7,313 pada PRU 13?
Dengan ambil kira kemenangan Ramkarpal Singh di PRK Bukit Gelugor minggu lalu, BN tidak boleh meletak harapan besar apatah lagi jika berfikiran dapat menambah undi kaum Cina di Teluk Intan.
Pada PRU 13, hanya kira-kira 22 peratus pengundi Cina menyokong BN, India 45 peratus manakala Melayu 72 peratus.
Kajian jentera BN mendapati, Mah memerlukan 40 peratus undi Cina, 60 peratus undi India dan 75 peratus undi Melayu.
Mah mungkin boleh mendapat sokongan 75 peratus undi Melayu kerana isu penentangan hukum hudud.
Sekurang-kurangnya ada penyokong PAS dan PKR akan member undi kepada Mah kali ini.
Undi India mungkin bertambah 5 hingga 10 peratus dan undi Cina pula jika bertambah mungkin kurang 5 peratus kepada 27 peratus sahaja.
Perkiraan ini tidak membolehkan Mah menang.
Faktor lain yang boleh membuka peluang beliau adalah dengan pengundi muda atau saluran tiga ke atas yang tinggal di luar kawasan yang dahulu mengundi DAP tetapi tidak tidak pulang mengundi kali ini.
Untuk rekod BN memperolehi 20,086 undi manakala DAP mendapat 27,399 undi pada PRU 13.
Secara tepatnya undi Cina hanya 3,077;Melayu 14,291 dan india 4,072.
Sekiranya pertambahan kiraan di atas jadi kenyataan, Mah akan memperolehi pertambahan undi kira 1383 undi.
Jika jumlah pengundi keluar sama seperti PRU 13, dan BN dapat mengekalkan jumlah pengundi lalu, jumlah undi Mah Cuma 21,469 undi dan itu tidak cukup untuk menewaskan Dyana jika momentum sokongan PRU lalu kekal kepada calon DAP itu,
Sebenarnya Mah hanya perlu 3,660 undi tambah untuk menang tipis menewaskan calon DAP itu.
Diharap klu Abby Abadi memberi kelebihan kepada Mah bagi mengenepikan Dyana.Baca Sini
kredit bnbbc
MMI
kredit bnbbc
MMI