Followers

Friday 27 June 2014

Apa Kena Mengena PERANG SYRIA Dengan Mustafa Ali ?!!


Perang di bumi Syria telah berlarutan sejak beberapa lama dan berdasarkan maklumat terdapat rakyat Malaysia turut terlibat dalam kancah peperangan tersebut.Peperangan yang telah mengorbankan ribuan nyawa itu sehingga kini masih belum menampakkan sebarang jalan penyelesaian dan ura-ura ianya akan tamat dalam masa terdekat.

Sesuatu yang agak aneh adalah kenapa sehingga ke hari ini tidak ada satu pun tindakan daripada badan-badan dunia seperti PBB mahupun Amerika Syarikat yang selama ini menjadi polis dunia untuk cuba menghentikan konflik berdarah tersebut.

Semua masih menjadi misteri kepada kebanyakkan penduduk dunia yang prihatin dengan nasib rakyat Syria yang kini menjadi mangsa kepada keganasan sesama manusia.

Sehingga berita ini dikeluarkan terdapat banyak laporan menyatakan bahawa antara pejuang yang terlibat dalam peperangan di bumi Syria adalah dikalangan rakyat Malaysia.

Malah Bekas pemimpin Dewan Ulama PAS, Ustaz Lotfi Ariffin telah dikenal pasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat menyertai pergerakan jihad di Syria, lapor The Star hari ini.

Menurut akhbar itu, hasil siasatannya mendapati Lotfi secara terbuka telah memuatnaik gambar-gambarnya serta klip video ke media sosial.

Serentak dengan itu PAS melalui Setiausaha Agungnya , Datuk Mustafa Ali hari ini telah membuat kenyataan menegaskan bahawa PAS telah pun memecat keahlian Lotfi Ariffin sebagai ahli serta merta selepas mendapat maklumat dengan jelas dan sahih berhubung pemergiannya ke Syria.

"Kita mendapat maklumat sahih tentang pemergian beliau ke Syria untuk menyertai gerakan jihad, maka kita membuat keputusan pecat beliau. Beliau sudah tidak ada kaitan lagi dengan PAS," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau turut mengingatkan mana-mana ahli PAS yang terlibat dalam gerakan seperti itu, PAS Pusat tidak teragak-agak untuk memecat ahlinya.

Begitu cepat tindakan yang diambil oleh parti PAS terhadap ahlinya yang menyertai perang di bumi Syria.

Namun dalam beberapa keadaan timbul tanda tanya dikalangan penyokong pembangkang sendiri , apakah PAS tidak lagi mahu terlibat dalam perjuangan untuk menegakkan Islam ? 

Persoalan ini timbul apabila bekas pemimpin PAS terbabit dipecat serta merta daripada parti selain daripada penegasan oleh Mustafa Ali terhadap mana-mana ahlinya yang terlibat dalam gerakan jihad di Syria turut sama akan dipecat.

Kepada penyokong PAS khususnya , MUNGKIN PAS hanya mengiktiraf perjuangan jihad seperti yang berlaku di Memali satu ketika dulu dan bukannya seperti mana yang berlaku di bumi Syria hari ini.

Walau bagaimanapun PAS sudah pasti punya pendirian dan pendekatan tersendiri hanya mereka yang boleh menjelaskannya.sumber 

Komen MMI cepat sungguh depa bertindak kan !!!

MMI

4 comments:

  1. PAS spt biasa telah mengikut arahan dari DAP, komunis, chauvanis dan rasis yg mahu melenyapkan agama Islam di dunia ini. PAS sebagai seekor kaldai yg setia akan dengar cakap DAP.
    PAS masih tidak sedar yg DAP sudah tidak lagi mengharapkan PAS utk menarik undi kaum Melayu yg rata2nya bodoh piang. Itulah sebabnya DAP dah mula mencari gadis2 Melayu yg cantik2 utk menjadi umpan utk menarik undi orang Melayu yg bodoh dan mudah lupa diri.

    ReplyDelete
  2. Bg PAS, lwn UMNO jr jihad

    Lawan Syiah, lawan kapir.. itu keganasan.

    Anjing la PAS ni. Kalau dah barua, smpi ke mampus tetap barua.
    Kaki zina jd timb presiden dan setiausaha agung. Apa lg yg boleh harap pada PAS

    ReplyDelete
  3. masing2 bebas memilih cara utk mendapat keredhaan Allah dan ganjaranNya di dunia dan akhirat, mengikut kemampuan masing2.

    ReplyDelete
  4. Orang yang berjuang dimedan perang dipecat. Tapi orang yang berjuang diatas katil dibiarkan bebas. Bahkan pangkatnya pun tak dilucutkan.

    ReplyDelete

Labels