Followers

Friday 25 July 2014

AIDILFITRI Terakhir Buat Khalid ...

 

Walau apa jua yang berlaku Khalid Ibrahim perlu menerima hakikat bahawa begitulah PKR.Sebuah parti yang akan melakukan apa sahaja yang dikira mampu memberikan pulangan politik walaupun perlu mengorbankan rakan dan sahabat sendiri.

Khalid adalah mangsa terbaru dalam PKR dan mungkin juga antara mangsa yang punya kedudukan tertinggi dalam sebuah kerajaan yang berdiri atas nama Pakatan Rakyat.

Jika sebelum ini Khalid mungkin ditatang bagai minyak yang penuh kini segalanya mungkin boleh dianggap sebagai salah satu kenangan terindah dalam hidup Khalid selepas ini.Karier politik Khalid jika dilihat kepada suasana terkini mungkin masih boleh diteruskan tetapi melihat kepada kesungguhan para pemimpin PKR yang punya talian hayat paling besar dalam parti tersebut , Khalid mungkin boleh melupakan terus kedudukannya dalam politik parti selepas ini.

Semua ini berlaku dalam sekelip mata di waktu pemimpin pembangkang ini berusaha dan sedang cuba untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Selangor.Barangkali sudah menjadi lumrah agaknya sesiapa jua dalam parti Pakatan Rakyat yang cuba menunaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dengan sebaik-baiknya akan menerima nasib yang sama iaitu dipinggirkan daripada parti.

Sejarah sudah tercatat bagaimana Hasan Ali turut disisihkan hanya kerana perjuangannya untuk membasmi arak.Malah yang lebih mengjengkelkan beliau di pecat serta merta daripada parti yang mengaku ISLAM sebagai perjuangannya.

Tidak cukup dengan itu Nasharuddin juga menjadi mangsa apabila beliau disabitkan dengan usaha untuk merealisasikan kerajaan perpaduan.

Siapakah yang menjadi dalang kepada keputusan-keputusan ini ?

Hadi Awang ? Rasanya sukar sekali untuk seluruh rakyat Malaysia mempercayai bahawa keputusan tersebut dibuat oleh PAS tanpa ada sebarang campur tangan pihak lain.

Begitu juga dengan parti DAP , lihat sahaja apa yang berlaku terhadap DAP Kedah dan juga Jenice Lee Adun Teratai semuanya disisihkan daripada parti hanya kerana sedikit lantang dan dikira tidak menghormati mereka-mereka yang menguasai Dinasti Lim.

Apakah semua ini tidak punya kaitan antara satu sama lain ?

Mustahil ianya berlaku hanya disebabkan oleh agenda politik yang tidak sehaluan kerana ada perkara lain yang jauh lebih dasyat berlaku disebalik semua yang terjadi.

Kini masa dan ketikanya Khalid Ibrahim menjadi sasaran , isu penggantian beliau dengan Wan Azizah bukan sahaja menjadi viral dalam saluran media tetapi hanya menanti masa yang sesuai untuk kerusi empuk Menteri Besar Selangor itu menerima haba panas punggung Wan Azizah.

Soalnya sejauh mana kemampuan Wan Azizah sekiranya dibandingkan dengan Khalid Ibrahim ?

Jangan lupa sebelum ini kita mendengar beberapa pihak turut tidak bersetuju dengan kehadiran Wan Azizah untuk menggantikan Khalid Ibrahim.PAS dan DAP Selangor boleh dikatakan antara yang menentang secara lembut cadangan terbabit.

Namun sejauh mana ia mampu bertahan atau memberikan kesan kepada kerakusan nafsu Anwar Ibrahim yang mahukan isterinya menjadi Menteri Besar ? Pelbagai alasan diberikan untuk memastikan cadangan itu bukan sekadar cadangan tetapi menjadi kenyataan.

Mengambil kira tindakan Nasruddin Hassan Tantawi yang menentang secara langsung tindakan Wakil Rakyat Kajang meletakkan jawatan semata-mata untuk memberikan lauan kepada Anwar sebelum ini langsung tidak diendahkan , apakah kelansungan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mampu merubah keputusan Anwar untuk membawa Wan Azizah yang bukan anak jati Selangor menjadi Menteri Besar ?

Malah DAP kini dilihat sudah berubah nada , parti cauvinis ini bukan sahaja sudah menyokong keputusan Anwar tetapi turut memulakan gerakan menyerang Khalid Ibrahim apabila bersedia memberi sokongan penuh kepada "siapa sahaja" calon menteri besar yang dicadangkan oleh PKR, tidak kira sama ada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau pemimpin PKR lain, selepas hilang sabar dengan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hilang sabar ? Kenapa secara tiba-tiba DAP begitu berani membuka mulut di bumi Selangor ?

"Kamu sampai kepada satu peringkat di mana kamu tidak boleh berkomunikasi lagi dengan MB," kata salah seorang pemimpin kanan DAP peringkat bahagian kepada salah satu portal pro-pembangkang.

Pemimpin itu mendakwa Khalid yang juga ADUN Pelabuhran Klang tidak mahu mendengar pendapat orang lain dan melihat perbezaan pandangan yang berbeza sebagai satu masalah.

Pemimpin DAP itu mendakwa Khalid mahu semua pihak mengikut caranya berhubung isu lebuhraya Kidex dan meyifatkan hanya beliau seorang sahaja yang mampu berfikir mengenainya.

Apa benar Khalid mahu semua pihak mengikut caranya ? Atau ada pihak lain yang mahu Khalid mengikut cara mereka ?

Suasana politik di Selangor kini bolehlah dikatakan sedikit muram apabila Khalid Ibrahim di lihat berseorangan dalam mendepani serangan bertali arus ini.Walaupun beliau mempunyai pengikut yang masih setia dengannya persoalan timbul selama mana kesetian itu mampu bertahan disaat seluruh jentera parti sedang menyerang habis-habisan ?

Walaupun ada pihak yang masih mahukan Khalid kekal sebagai Menteri Besar , ianya tidak akan memberikan impak yang mampu merubah  yang sudah pun dibuat.

Paling pasti Khalid harus menerima hakikat bahawa Aidilfitri kali ini merupakan Aidilfitri terakhir beliau sambut sebagai seorang Menteri Besar.utaranews.com

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels