Followers

Wednesday 10 December 2014

HARIMAU MALAYA Bakal Tersungkur Di Bumi Vietnam ?!!


Secara jujurnya ramai di luar sana yang sudah bersedia untuk menerima keputusan pasukan negara akan kecundang di bumi Vietnam dalam perlawanan timbal balas pada Khamis nanti.Malah tak kurang juga yang terkilan dengan mutu permainan pasukan negara yang dilihat longgar tatkala bertemu Vietnam di Shah Alam baru-baru ini.

Dalam pada itu ramai juga yang masih meletakkan harapan terhadap pasukan ini dan mengharapkan sesuatu akan berlaku dalam perlawanan yang paling mendebarkan bagi seluruh rakyat Malaysia.

Apakah yang sedang berlaku dalam pasukan bolasepak negara ?

Persoalan yang begitu sukar dijawab oleh siapa jua dan sudah pasti bagi mereka yang terlibat secara langsung akan terus mengambil sikap positif mempertahankan pasukan ini.

Banyak pihak yang melahirkan rasa marah mereka terhadap tindakan sekumpulan penyokong Malaysia yang telah menyerang penyokong Vietnam sehingga mendatangkan kecederaan tempoh hari.

Rata-rata menolak provokasi dan tindakan sedemikian kerana ia bukanlah budaya kita NAMUN sesuatu yang perlu kita fahami adalah mutu permainan pasukan Malaysia juga antara penyumbang kepada berlakunya insiden terbabit.

MMI bukan mahu mempertahankan tindakan mereka yang mencetuskan pergaduhan itu tetapi secara umumnya ia berlaku disebabkan kelemahan kita sendiri.

PERCAYALAH segelintir penyokong Malaysia itu tidak akan merusuh sekiranya pasukan kita KALAH dengan mutu permainan yang baik tetapi apa yang berlaku pada malam kejadian adalah sebaliknya.

Pasukan negara kalah dalam keadaan yang tidak bermaruah !!!

Kepada Dollah Salleh , MMI ingin berpesan bahawa jangan ulangi kesilapan jurulatih sebelum ini yang begitu TAKSUB dengan 3 4 anak emas dalam pasukan.Perkara paling penting adalah komitmen dan keupayaan pemain untuk beraksi selama 90 minit mewakili negara dalam satu misi yang cukup mustahil untuk dilakukan pada Khamis nanti.

Senaraikan mereka yang benar-benar cergas dan berupaya untuk memberikan persembahan bertenaga agar keputusan di Hanoi nanti MAMPU mengundang NIKMAT kepada semua warga Malaysia.

Dalam pada itu perkemaskan kawalan keselamatan kerana jauh di benak hati MMI akan berlaku sesuatu yang diluar dugaan.

Apa pun pasti akan ada mereka-mereka diluar sana yang mungkin MARAHkan MMI kerana menggunakan tajuk sedemikian , Well bagi MMI mudah anggaplah ianya sebagai CABARAN kepada seluruh pasukan Malaysia kerana yang penting kini mengembalikan kepercayaan warga Malaysia lainnya bahawa pasukan Malaysia semakin HEBAT !!!

Go Malaysia Go !!

MMI

4 comments:

  1. Nak tau kejahatan DAP sila lawati gerakanantidap.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. tak suka dollah jadi koch. bukan pandai sangat pun. bercakap pun mulut penuh kahak, perut boroi mengandong 7 bulan, fam cari orang lain la ..

    ReplyDelete
  3. Sakit Rimau Melaya nak menang kat bumi Vietnam ni.....you guys have a big chance kat Shah Alam dulu, but you guys BLEW it......

    ReplyDelete
  4. Dollah yang silap pilih pemain, jangan tuduh pemain, sendiri pun salah, taktik pun teruk , nak salah pemain lagi.

    ReplyDelete

Labels