Followers

Sunday 20 November 2016

BERSHIT 5 Kenapa Cauvinis Yang Lebih-Lebih !


Semalam sekali lagi himpunan yang sudah pun diklasifikasikan sebagai HARAM oleh pihak berkuasa mengambil tempat seterusnya menambah bilangan siri haramnya kepada yang ke lima.Walaupun himpunan tersebut cuba diviralkan seupaya mungkin oleh puak-puak cauvinis dan sebahagian penyokong mereka , jumlah yang menyertainya merosot jauh dari jangkaan penganjurnya.

Rata-rata warga Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana himpunan haram tersebut mula didominasi oleh puak-puak cauvinis dan secara tidak langsung Malaysia dapat melihat apakah agenda sebenar mereka.


Berdasarkan analisis di atas maka MMI simpulkan bahawa gerakan BERSHIT kini sudah mula longgar memandangkan banyak agenda terselindung kini sudah mula di fahami oleh sebahagian besar warga Malaysia.

Sejak semalam juga puak-puak pro kepada gerakan songsang ini bersungguh-sungguh membuat sebaran tentang jumlah kehadiran yang bersama dengan mereka sehingga menidakkan langsung keputusan atau hasil daripada gerakan haram itu sendiri.

Kenapa agaknya ?

Sebab BERSHIT tidak mempunyai matlamat jelas dan semua agenda mereka itu hanyalah untuk mewujudkan pentas bagi menyatakan rasa amarah dan emosi yang terganggu dek kerana fahaman politik kebencian bukan kerana sifat profesionalisme bahkan langsung tidak menjurus kepada kebaikan rakyat di akar umbi.

Realiti yang sedang berlaku pada hari ini jelas memperlihatkan kepada kita semua bagaimana pembangkang yang menjadi tulang belakang gerakan BERSHIT ini sudah semakin pincang.Keretakan sesama mereka dan agenda yang mengelirukan telah menyebabkan reputasi mereka merundum teruk apatah lagi kehadiran Tun Mahathir dan konco-konconya tidak banyak membantu bahkan telah menjadi penyebab kepada berlakunya perbezaan pendapat sehingga menyebabkan pemimpin tertinggi parti contohnya DAP di hentam secara langsung.

Ramai sedar bahawa pembangkang kini berada dalam keadaan yang tidak selesa setelah beberapa pimpinan tertinggi mereka terpalit dengan skandal dan pertuduhan di mahkamah.Selain dari itu beberapa siri protes yang dilakukan oleh pembangkang contohnya tindakkan keluar dewan sewaktu sesi pembentangan bajet 2017 oleh kerajaan BN menjadi "back fire" dan memakan diri sendiri.

Tidak cukup dengan itu pendedahan demi pendedahan tentang kelemahan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor khususnya telah menyebabkan populariti pasukan pembangkang yang kononnya lebih baik atau perlu dijadikan "role model" oleh rakyat dalam memilih kerajaan bertukar menjadi sebaliknya.

Reputasi Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang terjejas teruk baru-baru ini turut sama menyumbang kepada timbulnya rasa sangsi dikalangan pendokong-pendokong pembangkan sendiri selain daripada kerakusan memiliki harta yang dianggap rakyat sebagai tidak masuk akal.

Tidak cukup dengan itu kerjasama rapuh bersama PPBM dilihat banyak pihak sebagai petanda betapa kem pembangkang bakal terus bermasalah.

Hubungan atas dasar mahu menjatuhkan kepimpinan negara dan cubaan mendapatkan mandat rakyat untuk menguasai kerajaan persekutuan itu bukan sahaja menjadi elemen terpenting kemerosotan aura pembangkang tetapi juga turut menjadi kudis yang hanya menanti masa untuk merebak seterusnya mendatangkan kecelakaan kepada pihak terlibat.

Hampir pasti kem pembangkang juga merasai kesannya apabila konflik politik yang berakhir dengan pengunduran PAS untuk tidak lagi bersama-sama dengan DAP menjadikan "pemain-pemain politik" canggung ini tidak punya pilihan.

Jika sebelum ini PAS dijadikan sebagai kambing hitam dengan eksploitasi terhadap ahli-ahlinya , kini Bersih 5 berdepan situasi mencemaskan walaupun mereka cuba untuk menutupnya.

Ditambah pula kebangkitan kumpulan berbaju merah serta beberapa kumpulan lain dengan warna berbeza yang telah bangkit turun bagi menyekat kemaraan himpunan haram Bersih 5 , pimpinan dan penggerak Bersih 5 dilihat tertekan dan situasi ini sekiranya tidak ditangani dengan baik bakal menimbulkan persepsi dan masalah yang berlarutan.

Berdasarkan semua diatas , dapat kita simpulkan bahawa parti-parti asal dalam kem pembangkang iaitu DAP , PKR dan PAN mula berasa sangsi dengan keupayaan parti masing-masing dan kini mereka sama ada menerima bulat-bulat mahupun menerima dalam keadaan ragu-ragu kehadiran PPBM untuk bersama dalam himpunan haram tersebut.

DAP antara yang paling awal terkesan apabila terdapat dari kalangan ahli sendiri yang telah mempertikaikan hubungan parti cauvinis itu dengan PPBM.Persoalan demi persoalan dibangkitkan berkaitan relevannya hubungan tersebut dibina.

Malah ahli-ahli DAP sendiri menolak kehadiran Tun Mahathir yang dianggap mereka sebagai musuh politik !

Ahli DAP Kawasan Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind mempersoalkan tentang prinsip veteran DAP sama ada mereka tidak berasa malu ketika berjabat tangan dengan Dr. Mahathir yang suatu ketika dulu merupakan musuh politik mereka.

“Kenapa Dr. Mahathir berminat dengan DAP dan Bersih sekarang? 

“Kerana beliau takut jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang, kita akan mendedahkan segala-galanya (mengenai pentadbiran beliau),” katanya dalam konvensyen DAP Pulau Pinang baru-baru ini.

Mengambil kira semua perkara diatas maka jelas Bersih 5 adalah medium yang dirasakan mampu untuk sekurang-kurangnya mencetuskan isu baru dan menjadi "diversion" bagi mengalih tumpuan seluruh rakyat terhadap isu-isu panas yang kini sedang membelenggu pemimpin dan parti-parti dalam kem pembangkang.

DAP dan PKR tahu bahawa gerak kerja parti kini tidak lagi menjadi pilihan ahli dan pendokong-pendokong mereka , buktinya jumlah kehadiran perwakilan yang begitu teruk sekali ke konvensyen DAP yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini jelas memperlihatkan bagaimana ahli DAP sendiri tidak lagi berminat untuk terus menghambakan diri mereka kepada pemimpin dan dasar caca marba parti cauvinis yang kini dilabel sebagai KELIRU.

Mereka semestinya mengharapkan agar himpunan haram ini mampu membuka jalan agar semua isu yang kini terarah kepada kepimpinan dan parti-parti dalam kem pembangkang tidak lagi menjadi tajuk mahupun berita utama.

Dan kerana itulah pimpinan politik pembangkang begitu mengharapkan agar himpunan haram Bersih 5 ini dijayakan !

Belajar untuk menerima hakikat betapa himpunan haram Bersih 5 bukan soal tuntutan sebenarnya tetapi soal mengembalikan rentak politik pembangkang untuk terus menghentam kerajaan BN bukannya membiarkan mereka dihentam serta diserang bertubi-tubi seperti mana yang sedang berlaku hari ini.Kredit PenangKini

Akhir kalam MMI ada persoalan yang nak diajukan ..


Apakah anda (penyokong BERSHIT) yakin kehadiran mereka-mereka dalam gambar diatas tidak akan merencatkan agenda kamu ?

Well selamat berjuang !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels