Followers

Tuesday 9 May 2017

Al Kisah Monyet Putih Di Kota London !!

Gambar Hiasan
Mungkin tak ramai yang pernah dengar tentang cerita monyet putih ni sebab ianya merupakan sebuah cerita lagenda.Kepada yang nak tau serba sedikit tentang lagenda ni ampa klik di pautan yang MMI sediakan ni SINI

Tapi jangan keliru beb , apa yang MMI nak kongsikan kat sini cerita yang berlainan sikit tapi ada sikit-sikit aksi yang lebih kurang ....

Sebuah klip video yang memperlihatkan gelagat tiga orang kulit putih yang dipercayai dari Sarawak Report, sedang terlompat-lompat di luar pagar Royal Society dan cuba mengganggu Rosmah Mansor, menjadi tular di media-media sosial.

Clare Rewcastle-Brown dalam satu kenyataan, menafikan telah menghantar ketiga-tiga ekor monyet putih itu untuk mengacau Rosmah Mansor. Namun yang pastinya, ketiga-tiga ekor monyet putih tersebut pasti diupah oleh satu atau dua pihak untuk membodoh-bodohkan diri mereka sendiri.

Mengulas berhubung klip video berkenaan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Keruak menerusi blognya, sskeruak.blogspot.my berkata, gelagat orang dari Sarawak Report itu amat menjijikkan dan menggambarkan betapa rendahnya akhlak mereka, apatah lagi diketahui Sarawak Report hanyalah sebuah media Internet yang berasaskan kepada 'UPAH PALING BESAR, itulah tuan mereka'.



Sarawak Report memulakan pemberitaan negatif tentang negara ini dengan isu BAKUN dan masyarakat Penan. Bruno Manser, seorang aktivis dari Switzerland yang juga merupakan seorang pemburu orkid liar eksotik bernilai tinggi berhadapan dengan masalah untuk membawa keluar benih orkid yang diperolehinya dari hutan di Sarawak. Dan kebetulan pula, projek Empangan Bakun yang sebenarnya merupakan sebuah projek pembalakan besar-besaran yang cuba ditutup dengan pemberian kontrak pembinaan kepada sebuah syarikat pembinaan yang tidak berkeupayaan dari Eropah, sedang dijalankan.

Bermula dari situlah, Sarawak Report menyerang Malaysia terutama yang membabitkan alam sekitar. Sarawak Report turut memberikan 'bantuan' secara tidak langsung mempublisitikan DAP Sarawak sebagai juara alam sekitar tempatan. Dan apabila isu membabitkan 1MDB diperkatakan, Sarawak Report adalah perintis kepada pendedahan-pendedahan tersebut setelah mengubahsuai laporan-laporan yang diseludup keluar oleh Xavier Justo, eksekutif PetroSaudi yang kemudiannya menjalani hukuman penjara kerana ugutan di Thailand.



Daripada Xavier Justo, kaitan antara Sarawak Report dengan beberapa orang pemimpin pembangkang di Malaysia termasuklah Nurul Izzah Anwar Ibrahim, terdedah. Justo mendedahkannya menerusi transkrip perbualan WhatsApp yang menunjukkan bagaimana dia bukan sahaja telah ditipu oleh dua orang taikun media pro-DAP yang dihubungkan menerusi Tony Pua dan pengarang Sarawak Report, Clare, tetapi juga bagaimana dia menolak tawaran RM2 juta dalam bentuk kontrak dan tender jikalau Pakatan berjaya menumbangkan Najib Abdul Razak menggunakan dokumen-dokumennya yang telah diubahsuai dan dipinda.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Salleh Keruak, pengacau-pengacau dari Sarawak Report itu jelas sangat biadap dan berasakan mereka lebih mempunyai hak untuk berlaku biadap sekaligus menunjukkan mereka sebenarnya terdiri daripada golongan manusia yang tidak ada standard.

"Kita menjangkakan orang yang konon-kononnya dari England menunjukkan sdikit hormat kepada isteri Perdana Menteri negara lain tetapi nampaknya diplomasi hanya untuk diamalkan untuk kalangan mereka sahaja."

Menurut Salleh, perbuatan menjerit dan membuat tuduhan liar yang berasaskan kepada pembohongan yang telah dibuktikan berkali-kali sambil memberi alasan itu adalah kebebasan bermaklumat, menunjukkan dengan jelas motif sebenar Sarawak Report yang perlu berbuat apa-apa sahaja demi upah yang diterima. Malahan, pertanyaan salah seorang daripada wartawan Sarawak Report itu, mengapa Rosmah datang ke United Kingdom sekiranya tidak mahu diekori, juga menunjukkan mereka sebenarnya tidak ada apa-apa hujah fitnah lain kecuali melakukan serangan peribadi terhadap Rosmah Mansor. Seterusnya

Kadang-kadang MMI terfikir apa yang puak-puak mat saleh ni dapat ?

MMI

2 comments:

  1. Nampak sangat bodohnya..

    ReplyDelete
  2. Mat salleh penjajah..dapat untung depa buat lah apapun..buto mat salleh

    ReplyDelete

Labels