Followers

Wednesday 24 January 2018

RM850 Ribu Subsidi Kerajaan Yang Syed Saddiq Tak Nak Cerita !


Adalah menjadi perkara biasa bagi mana-mana pihak yang terlibat dengan Pakatan Haprak untuk segera mewar-warkan isu berbangkit yang dirasa mampu untuk memburukkan reputasi kerajaan BN seterusnya mengaut keuntungan politik secara langsung.

Dan selalunya keuntungan politik itu hadir apabila rakyat di akar umbi secara membuta tuli percayakan bahan-bahan fitnah yang ditabur ke serata alam.

Walaupun seluruh dunia sedang berhadapan dengan perkembangan teknologi maklumat  yang bergerak sepantas kilat, sejak akhir-akhir ini rata-rata rakyat Malaysia dilihat sudah mula berhati-hati dengan sebaran yang dibuat kerana dibimbangi ianya berunsurkan fitnah 

Tanpa menafikan sebahagian lagi masih percayakan cerita-cerita sebegini atau sebahagian lagi menjadikan cerita-cerita ini sebagai bahan untuk terus menyerang kerajaan BN, telah ramai yang kini mengambil sikap untuk mencari kepastian terlebih dahulu.

Seterusnya ia mengundang kepada perbandingan sihat yang kemudiannya telah menyesakkan Pakatan Haprak itu sendiri kerana mereka di label sebagai kaki FITNAH !

Terkini dalam semua aksi-aksi fitnah itu adalah tindakan Syed Saddiq si Ketua Armada yang secara melulu membuat tuduhan berkaitan pembayaran balik pinjaman pendidikan MARA yang dikatakan naik mendadak daripada RM100 ke RM700.

Apa yang diutarakan oleh Syed Saddiq di akaun twitter miliknya walaupun ianya dilihat bersembunyi di sebalik persoalan tetapi ianya jelas bersifat menghasut.

Sedangkan Syed Saddiq boleh merujuk kepada pihak MARA terlebih dahulu sebelum membuat tindakan sedemikian.

Persoalannya kenapa terburu-buru ?

Tidak lain dan tidak bukan beliau mencari keuntungan politik seperti mana yang MMI sebutkan diatas.

Untuk pengetahuan Syed Saddiq dan seluruh kuncu-kuncu Pakatan Haprak yang jiwanya begitu hitam itu pihak MARA tidak pernah mengeluarkan apa jua arahan untuk menaikkan pembayaran RM100 kepada RM700 seperti mana yang diwar-warkan oleh beliau.

Malah pihak MARA sendiri sudah pun mengesahkan bahawa CADANGAN yang dikemukakan oleh pegawai MARA yang terlibat untuk menaikan kadar pembayaran itu telah di BATALKAN !

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membatalkan rancangan untuk menaikkan kadar pembayaran balik pinjaman pendidikan dari RM100 kepada RM700.

“Sudah dibatalkan. Bayar seperti yang lama,” katanya.

Cadangan tersebut belum lagi diluluskan oleh Mesyuarat Majlis MARA.

“Tiada rombakan (kenaikan), kekal (pembayaran). Hanya cadangan di peringkat pegawai. Belum pun dibawa dan diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Mara,” katanya lagi.

MARA turut menafikan kenaikan bayaran tersebut dalam satu kenyataan di Twitter hari ini.

Pihak MARA turut menjelaskan bahawa pelajar perlu memohon untuk mengurangkan pembayaran pinjaman dengan melalui beberapa prosedur.

“Untuk makluman, seramai 3,514 orang pelajar yang baru tamat pengajian telah menerima jadual bayaran balik pinjaman sebelum diberi pengurangan, di mana pelajar perlu memohon untuk mendapat keistimewaan ini.

“Oleh yang demikian, jadual bayaran balik selepas pengurangan akan dikeluarkan setelah pelajar-pelajar memohon pengurangan bayaran balik dengan memuat naik transkrip secara atas talian melalui pautan e-Baki di portal MARA,” kenyataan itu dipetik.

MARA turut menegaskan bahawa agensi itu sentiasa berusaha meringankan bebanan bayaran balik pinjaman.

SEPERKARA yang Syed Saddiq tak nak ceritakan kepada umum adalah MARA sentiasa berusaha untuk meringankan beban kepada peminjam untuk membuat bayaran balik.

Antara contoh usaha ini adalah jumlah pembiayaan penuh bagi seorang pelajar perubatan adalah sebanyak RM1 juta dan selepas pengurangan, pelajar hanya perlu membayar balik sebanyak RM150,000 saja.rujukan

Secara tidak langsung seorang pelajar perubatan yang merujuk kepada pihak MARA dan melalui prosedur-prosedur tertentu telah pun mendapat subsidi daripada kerajaan BN sebanyak RM850 ribu apabila hanya perlu membayar balik sejumlah RM150 ribu sahaja daripada keseluruhan pembiayaan RM1 juta.

Bayangkan bagaimana pihak kerajaan melalui agensinya MARA membantu kumpulan ini yang hampir pasti tidak dirasai oleh mereka-mereka seperti MMI.

Namun kita perlu rasional dalam hal pembiayaan ini kerana ianya berterusan serta berganti-ganti pihak. Maksudnya selepas seorang pelajar itu mendapat pembiayaan dan kemudian bertindak untuk membayar semula pembiayaan terbabit, pihak kerajaan masih lagi menanggung kos yang besar kerana jumlah pembiayaan yang besar tetap perlu disediakan berbanding kutipan bayaran balik pembiayaan yang dibuat secara ansuran sehingga ke tahap RM100.

Malah Syed Saddiq sendiri pun membuat bayaran RM100 sebulan kepada MARA daripada keseluruhan pinjaman RM490 ribu... Bila nak habis ?

Pihak MARA sendiri pun mempunyai prosedur yang cukup mudah kerana pinjaman pelajaran MARA merupakan pinjaman boleh ubah dan tertakluk kepada terma dan syarat yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.

Maka rujuklah kepada pihak yang sepatutnya bukan membuat tuduhan melulu seperti mana yang dibangkitkan oleh Syed Saddiq.

Guna akal untuk membuat sedikit perkiraan dan kita pastinya dapat melihat bagaimana kerajaan BN yang ada pada hari ini komited untuk terus memberikan yang terbaik kepada rakyatnya.

Jika dalam soal ini pun kita masih GAGAL untuk membuat pertimbangan yang wajar maka kita sebenarnya sebahagian daripada kalangan mereka-mereka yang pentingkan diri sendiri.

Kepada Syed Saddiq, jangan retorik dan terlalu berpolitik kerana rakyat bukan lagi boleh diperbodohkan.

MMI

3 comments:

  1. Apabila Shayateen berbichara. ..

    ReplyDelete
  2. Amat susah untuk memahami apabila sudah berjaya tidak mahu membayar hutang atau sekurang-kurangnya berusaha untuk membayarnya. Kalau dah tak mahu berhutang dari mula lagi minta ibubapa untuk jual harta benda yang ada untuk membiayai pelajaran. Baru tahu betapa susahnya untuk membiayai pelajaran.

    ReplyDelete
  3. muda2 lagi dah jadi tukang fitnah...takde harapan nk jadi pemimpin akan datang budak ni....

    ReplyDelete

Labels