Followers

Monday 7 May 2018

PRU14 DAP Guna Taktik Paling KEJI


Inilah kerja buat mereka semata-mata untuk kedudukan dan kuasa !

Walaupun Mahathir telah diperalatkan dan sanggup menggadai maruah sendiri untuk semata-mata cuba meyakinkan rakyat Malaysia kononnya DAP adalah sebuah parti pelbagai kaum dan amat suci dalam kerja-kerja politik mereka, hakikatnya warga Malaysia bukanlah warga dangkal dan tidak berakal.

Ramai yang sedar dan tahu bahawa DAP sememangnya sebuah parti rasis dan ianya telah dibuktikan dengan rakaman ucapan oleh para pemimpin DAP sendiri.

So di mana benarnya pengakuan penuh nista Mahathir kononnya DAP itu adalah suci ?

Kini anggota seumur hidup DAP, Amran Ahmad pula mendedahkan parti DAP mempunyai niat untuk menyebarkan progaganda yang bersifat fitnah terhadap kerajaan semata-mata untuk meraih undi rakyat pada PRU14.

Beliau dalam sidang medianya telah menyeru rakyat di seluruh negara terutama pengundi Melayu di Perak, agar tidak menyokong PH pada pilihan raya nanti.

“Jangan sokong PH, jangan undi logo PKR, tanpa anda sedar anda menyerahkan Perak kepada DAP,” katanya sambil menambah PH tidak layak memerintah Malaysia.

Katanya, beliau akan membuat beberapa siri pendedahan bagi memberi pemahaman kepada rakyat secara jelas tentang propaganda dan niat jahat parti pembangkang itu untuk mengelirukan orang ramai.



Selain daripada itu Amran turut mendedahkan DAP berhasrat menuntut jawatan Menteri Besar Perak jika Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu ini.

Beliau berkata pendedahan itu berdasarkan surat yang didakwa diterimanya pada 6 April lepas daripada Prof Dr Abdul Aziz Bari, calon DAP bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi, Perak yang menyebut DAP tidak selesa untuk memberi jawatan menteri besar itu kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sebaliknya DAP mahu menonjolkan tokoh dalam kalangan parti mereka sendiri.

“Ini adalah satu pembohongan jelas yang dilakukan oleh DAP yang mana kali ini dilakukan oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, yang pada ketika dahulu berkata mereka tidak berhasrat menuntut jawatan Menteri Besar Perak.


Tengok dan nilai sendiri, kalau dah kuncu sendiri pun dia sanggup sailang apalah sangat dengan rakyat ?

Pikir bro pikir ....

MMI

2 comments:

  1. Siapa yang tak tahu tektik umno dan bn....beli individu untuk buat fitnah!! Sekarang siapa yang menang? Budak ini yang jadi balacai umno,agak nak nyorok kat mana? Kan BODOH namanya... sendiri mahu ingatlah. Sebiji macam tengku Aziz yang jadi senator dalam DAP dulu.

    ReplyDelete
  2. Kau la bodoh barua komunis.. Melayu murtad hati tu sayang sgt cara komunis. Actual malice is you

    ReplyDelete

Labels