Followers

Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts
Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

FITNAH Di Kuala Besut ~ Giliran Mat Sabun Pula PUKOI CANANG !!!


Walaupun mereka mendakwa bahawa asas perjuangan parti Pas adalah berlandaskan Islam, namun itu tidak menghalang pimpinan parti itu untuk terus berbohong bagi memperdayakan rakyat. Ini kerana, sebagai contoh bagi meraih simpati dan sokongan pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut ini, mereka di lihat begitu terdesak sehingga sanggup mereka-cipta pelbagai isu yang dirasakan boleh menambahkan undi.

Antara isu yang dimainkan di sepanjang kempen PRK Kuala Besut ini, seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dilaporkan berkata, kononnya calon BArisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Abdul Rahman tidak dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut.

Malah serangan peribadi terhadap Tengku Zaihan juga membabitkan dakwaan kononnya pemilihannya sebagai calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak mendapat restu pemimpin tempatan.

Seterusnya dakwaan oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad yang berkata kononnya dia diminta oleh ‘kaum keluarga’ calon BN yang mahu bertemu dengannya. Kononnya mereka ini bertujuan untuk menyatakan sokongan terhadap calon PAS, Endot @ Azlan Yusof pada PRK DUN Kuala Besut 24 Julai ini.

Sekiranya ada dikalangan rakyat yang membuat keputusan untuk mendengar dari sebelah pihak sahaja, pasti semua kenyataan yang disampaikan itu akan ditelan bulat-bulat. Tambahan pula mereka yang bercakap itu, mengunakan parti Islam dan simbol ulama, ditambah dengan jubah, serban dan janggut, sebagai platform untuk menghalalkan cara. Maka secara logiknya pasti ada dikalangan penduduk kampung yang merasakan mana mungkin pimpinan yang mewakili parti Islam mampu atau sanggup untuk menipu apabila berkata-kata.Baca Seterusnya 

Terbaru pula giliran Timbalan Presiden PAS Mat Sabu pukoi canang nak raih simpati pengundi sampaikan buat cerita kononnya ada pemimpin UMNO yang menyebarkan SMS meminta pengundi di Kuala Besut untuk memilih calon PAS.

Tu dia punya hebat Mat Sabu ni tapi ampa semua kenal dah kan siapa Timbalan Presiden PAS ni kaki kencing !! Haaa ingat dak lagi insiden kononnya kena langgar dengan kenderaan polis masa BERSIH dulu tu hihihihi ....

Alalalala ciannye die....

"Ni ada satu sms saya terima dari pemimpin Umno tempatan yang minta pengundi di sini memilih calon PAS.

"Tujuannya adalah untuk mengubah pemikiran Najib yang dilihat telah gagal meletakkan Tabung Haji pada tempat sepatutnya apabila melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji," ucap beliau di hadapan kiri-kira 300 orang yang hadir pada ceramah di Kampung Seberang Barat malam tadi.

MMI petik kenyataan di atas daripada haramkah salah satu saluran utama penyebar fitnah PAS. 

Aduhai agak-agaklah Mat Sabun oi , habis di kaitkannya janji dapat sebarkan dakyah .. 

Untuk makluman gerak kerja kempen calon Barisan Nasional berjalan seperti biasa dan sentiasa mendapat sambutan dari kalangan penduduk Kuala Besut jika di bandingkan dengan calon PAS.

Mudah cita , pengundi lebih senang dan percaya dengan kredibiliti serta keupayaan calon dan Barisan Nasional itu sendiri.

Apa pun tahniah MMI nak ucapkan kepada Mat Sabun kerana dakyah yang kamu sampaikan itu telah memberikan kredit kepada Barisan Nasional.

Mat Sabun mungkin lupa rakyat Terengganu masih ingat apa yang telah PAS lakukan satu ketika dulu sewaktu berkuasa di Terengganu.

MMI

Saturday, 11 May 2013

Mat Sabu MERINTIH GAGAL Kali Ke 3 HINA RAKYAT MALAYSIA !!!


Mat Sabu , siapa yang tak kenal ! berasal dari Tasek Gelugor dan tak pernah bertanding di Tasek Gelugor semenjak beliau menyertai politik.Sebagai seorang pemimpin kononnya yang perjuangkan Islam malah orang nombor dua dalam parti PAS , Mat Sabu ternyata DAYUS dan PENAKUT kerana tidak berani bertanding di kawasannya sendiri.

Hahaha ada orang kata dia ni suka pi menyibuk rumah orang sampaikan bukan rumah saja yang di sibukkan habis segala bini orang dia sapu.

Dalam pilihanraya ke13 baru-baru ni Mat Sabu sekali lagi lari jauh-jauh dari kawasan sendiri dan bertanding di Pendang.Nah katanya dia buat gila lagi kali ni di Pendang !!

Mat Sabu menghina rakyat Malaysia lagi apabila berkata  “Kita mahu PBB mengawal pilihanraya Malaysia..”.. Pengkhianat negara bernama Mat Sabu ini tidak habis-habis cuba mengganggu gugat keamanan negara.Dunia begitu menghormati kredibiliti Malaysia namun pakatan haram begitu terdesak mahu menjatuhkan maruah negara.

Mat Sabu merupakan seorang manusia bodoh yang sanggup menjadi balaci dan hamba sesiapa sahaja demi pangkat dan harta. Beliau  bersekolah di Pulau Pinang dan mendapat SPM dengan kelulusan gred 3. Kemudian menyambung pelajaran jurusan pemakanan di ITM pun separuh jalan pada 1975 apabila terkandas dalam pelajarannya. Dengan ertikata lain pakatan haram sememangnya terdiri dari penjenayah dan mereka yang kurang cerdik.

Beliau telah menghina orang siam yang ada di Pendang tempat dia bertanding. Mat Sabu tidak pernah ambil tahu tentang kawasan yang beliau bertanding sehinggakan  kaum mana ramai di Kg Titi Akar, Padang Siam, Sungai Tiang dan Padang Pusing pun tak disedari oleh beliau. Itu merupakan tempat lahirnya Siam di Malaysia.

Mat Sabu yang hanya berkelulusan gred 3 dalam SPM dan tidak mampu habiskan pengajian pemakanan di ITM ini telah merendahkan kebolehan Rakyat Malaysia untuk mentadbir negara dengan acuan kita sendiri.

Terdesaknya Mat Sabu sehingga mendewakan komunis yang telah membawa banyak kesengsaraan terhadap rakyat negara kita. Kini Mat Sabu mahu mengundang penderitaan dan kesengsaraan itu sekali lagi dengan menjual negara kepada DAP Diktator dan Komunis pula.mykmu.net 

Mat Sabu kerana keceluparannya beliau kalah di Pendang.Alo mamat-mamat PAS , Timbalan Presiden tu kenapa biar kalah ? Malu lah wei ampa nak simpan lagi ka Mat Sabu ??? Orang Tasek Gelugor kata dia ni bukan boleh pakai !!!

Bang Mat bila nak balik Tasek Gelugor boleh pekena teh tarik secawan dua !!!

MMI.

Sunday, 14 April 2013

Nak Bagi Aku Mampoih Bertanding Di Tasek Gelugor !!!


Para pengundi di Kedah di nasihatkan supaya berhati-hati dengan calon yang bakal bertanding kerusi Parlimen khususnya di Pendang kerana Mat Sabu merupakan seorang pemimpin yang hanya mengejar cita-cita politiknya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bakal calon PAS di Parlimen Pendang itu mahu mempergunakan undi dan sokongan rakyat bagi mencapai cita-cita politiknya.

"Mat Sabu hanya nak dapat kerusi (kedudukan), dia nak jadi YB (Yang Berhormat). Bukan dia nak perjuangkan Islam sangat pun.

"Perjuangannya hanya untuk jadi calon...dia dan partinya bukan nak perintah negara," katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Rakyat dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Pendang di sini, Sabtu.

Tun Mahathir berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan PAS menamakan Mohamad yang dikenali dengan panggilan 'Mat Sabu' untuk bertanding di Parlimen Pendang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.Pemilihan Mohamad sekaligus mengetepikan penyandang, Dr Hayati Othman juga daripada PAS yang sudah menjadi wakil rakyat selama dua penggal di kawasan itu.

Mengulas lanjut Tun Mahathir berkata , pengundi di Pendang tidak seharusnya membiarkan nasib mereka terus digadaikan PAS dan pembangkang demi kepentingan politik.Baca Seterusnya 

Seperkara yang pengundi di Pendang harus tahu adalah Mat Sabu merupakan warga Tasek Gelugor Pulau Pinang dan beliau sebagai Timbalan Presiden Parti PAS seharusnya bertanding di kawasan sendiri.

Berdasarkan sumber orang yang rapat dengan Mat Sabu , Timbalan Presiden PAS ini pernah berkata "Nak bagi aku mampoih bertanding di Tasek Gelugor"!! kihkih kawasan sendiri pun tak berani nak bertanding apa cer bro ??

Sebagai rakyat yang menghormati undang-undang negara MMI pun faham , Mat Sabu memang boleh bertanding dimana-mana saja yang dia suka tapi bila bab tinggal kawasan sendiri apa barang !!!

Rakyat Pendang beringatlah noo...

MMI.

Wednesday, 3 April 2013

Pakatan Tumbang Di Permatang Pauh ?!!


Ish kenapa muka sampai macam tu sekali ? nak makan orang ke apa ? Hehe tapi ampa semua jangan risau mamat ni tak makan orang dia mantakedarah benda lain , lagi hebat punya yang boleh terkam-terkam Auww...

Parlimen dah bubar jadinya semua pihak menantikan masa untuk berkempen dan mengundi.Fuh bukan satu kerja mudah tu lagipun Datuk Najib dah bagitau awal-awal pilihanraya kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit dan penuh dengan cabaran.

Apa pun kita kena bersedia baik dari segi mental dan juga fizikal , kalau tak kena cara boleh pitam kat tengah jalan.Moralnya bermula dari saat ini semua jentera BN mesti bekerja lebih kuat malah 40 jam satu hari haa kepada yang tak faham tu cuba congak-congak tengok kot mana mai 40 jam satu hari tu...

Macam biasa Permatang Pauh antara kubu kuat Anwar dan parti PKR.Malah sejak dari tertubuhnya PKR Permatang Pauh cukup sinonim dengan PKR apatah lagi Anwar dan keluarganya walaupun jarang-jarang balik kawasan.

Lepas tu dekat-dekat nak pilihanraya tup-tup Anwar kata nak bertanding tempat lain ubah angin kata orang utara.Hmmm apa cer ???

Anwar Ibrahim mengakui keputusannya untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umun ke-13 akan datang menerima bantahan daripada penyokongnya.

Bagaimanapun beliau membayangkan bertegas untuk berpindah kerusi ke Perak bagi memastikan matlamat pakatan pembangkang menawan Putrajaya tercapai.

Sehubungan itu beliau dijadualkan untuk mengadakan perbincangan bagi 'memujuk' pemimpin tempatan berhubung hasratnya itu.

"Saya sedar ada bantahan yang kuat, oleh itu saya perlu jelaskan kepada mereka mengenai matlamat kita bagi melonjakkan sokongan di Perak.

"InsyaAllah saya boleh memujuk mereka kerana saya bukan mahu meremehkan penyokong saya di Permatang Pauh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya. mstar

Aisey strategi rupanya..Hebat Anwar ni tapi dengar cita katanya ada sikit gerun sama calon yang bakal berdepan dengan beliau sekiranya masih di Permatang Pauh ?

Yang tu kita biaq juak-juak dia pikiaq pi tengoklah naa..Cuma satu ja sebagai Ketua Pembangkang kalau dah keluar dari kawasan ni kira CABOK lah kata orang tua-tua.

Apa pun keputusan Anwar semuanya ada kesan dan antara kesan yang menyebabkan Anwar mungkin berubah hati nak ke Perak tu mungkin kerana mamat dalam video kat bawah ni..Jom layan..



MMI.

Tuesday, 26 March 2013

GEMPAR Treler MEMALI Kini Di Kesan ?!!


Sudah ada bunyi-bunyi yang agak aneh di mana-mana jua kawasan sekarang ini apabila parti PAS yang kini semakin galak mengadakan siri jelajah politiknya dilihat mahu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sahabat politiknya iaitu DAPigs dan PKR.

Mana boleh PAS dilihat sebagai parti yang hanya menjadi pemerhati tetapi dalam masa yang sama DAPigs dan PKR bermegah dengan segala jentera khususnya melibatkan penggunaan lori dan treler !

Mana boleh DAPig dan PKR sahaja yang boleh menyusun atur rombongan mereka ? PAS juga harus ke depan dan ini merupakan antara langkah mereka untuk sama-sama memberikan cabaran kepada Barisan Nasional.

Agak mengejutkan rata-rata jentera Barisan Nasional yang MMI temui termasuk orang-orang kampung sendiri , langsung tidak menganggap kehadiran treler-treler ini sebagai sesuatu yang membanggakan apatah lagi ianya kini turut melibatkan parti PAS yang sibuk mengadakan rombongan trelernya sendiri.


Sedar atau tidak kos bagi mendapatkan treler ini sahaja sudah mencecah ratusan ribu ringgit dan ini diperakui sendiri oleh pimpinan PAS.Memang hebat PAS sekarang sudah mampu membuat pembelian untuk jentera parti sehingga ratusan ribu ringgit tak percaya tengok apa Mat Sabu kata di minit 1.04.
                        

Seperti kata Mat Sabu pembelian jentera bergerak PAS ini melibatkan kos ratusan ribu ringgit dan ianya melibatkan sumbangan rakan-rakan , agaknya siapa rakan-rakan tu ? Hadi Awang pula menganggap dengan adanya jentera bergerak ini ianya akan melancarkan kempen-kempen di seluruh negara.

Seperti yang MMI katakan di awal tadi PAS memang hebat sebab dah kedepan sekarang ni namun ada sesuatu yang harus ampa semua tahu.

Dengan slogan Negara Berkebajikan PAS kini lebih terarah kepada kempen politik daripada menyelesaikan janji dan amanahnya sendiri.

Jangan lupa semua , pembelian ratusan ribu ringgit bagi kempen politik boleh dilakukan oleh PAS namun isu berkenaan Tabung Memali masih belum di selesaikan sehingga kini.

Yang mana satu KEBAJIKAN sebenarnya ? Kempen politik atau menyelesaikan isu Tabung Memali yang mencecah RM1 Juta ? 


"Jangan pula lepas ini pucuk pimpinan Pas dakwa isu penyelewengan Tabung Memali ini pun isu basi. Masih ada sembilan balu Memali yang hidup dalam keadaan daif, masih ramai anak-anak yatim tragedi Memali yang memerlukan duit untuk meneruskan pengajian mereka. 

"Tapi ke mana hilang semua harta balu, anak-anak yatim dan mangsa Memali ini? Ketika Pas pusat mengambil tindakan menutup tabung ini, masih ada RM65,000 dalam tabung tersebut dan sehingga kini ia tidak diberi kepada balu, anak-anak yatim dan mangsa Memali. 

"Sebelum ditutup tabung ini yang dipecah kepada tiga iaitu Tabung Mangsa Memali, Tabung Balu Memali dan Tabung Anak-Anak Yatim Memali bernilai lebih RM1 juta tetapi ia ghaib begitu sahaja. Kenapa Pas tidak siasat," Baca Selanjutnya 

PAS sebagai parti yang mendabik dada kononnya pejuang Islam apakah mereka sudah cukup Islam apabila janji dan amanah terhadap mangsa Memali langsung tidak di hiraukan ? 

Timbul keraguan dan persoalan di hati para pemerhati politik dan mereka-mereka di kawasan kenapa PAS tidak memikul tanggungjawab serta amanah untuk menyelesaikan isu Tabung Memali tetapi boleh pula membelanjakan ratusan ribu ringgit bagi tujuan kempen politik ?

Apa yang MMI boleh katakan sudah terdapat cakap-cakap di kawasan bahawa yang sedang bergerak di seluruh negara itu adalah TRELER MEMALI !! Persoalannya mengapa bunyi sedemikian sudah berkemundang ??

TRELER BERKEBAJIKAN atau TRELER MEMALI ??



Syabas MMI ucapkan kepada PAS kerana kini mereka sudah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sahabat DAPIgs dan PKR.Sesungguhnya persamaan ini adalah persamaan tentang JANJI YANG TIDAK DITUNAIKAN !!

Bimbang mereka juga boleh tersilap kiblat selepas ini....PAS makin hilang arah !!

MMI.

Tuesday, 5 February 2013

Tu Dia Dah Mula TERBONGKAQ Dah !!!!


Cerita skandal tentang sorang pemimpin PAS ni dah lama berlegar dalam dunia media cumanya ada setengah juak pencacai yang masih buat-buat tak faham.Saja bikin pekak sebab benda kena batang hidung sendiri tapi cuba bab UMNO atau BN habis seluruh kampung jaja sana sini mengalah lori jual tilam masuk kampung.

Apa pun kena ingat bangkai gajah memang tak boleh tutup punya..tapi kalau bangkai walaupun tak boleh tutup ianya akan hilang sikit demi sikit sebab memang dah macam tu fitrahnya.Yang menjadi persoalan adalah benda tu bukan bangkai , masih lagi bernyawa dan dok melata serata tempat tunggu masa jaa bro..

Kalau ampa nak tau rupanya skandal Mat Sabu dengan Normah yang tertangkap di Hotel Perdana tidak terhenti setakat itu. Masih ada lagi cerita panas dan sensasi tentang perbuatan Mat Sabu dan skandalnya yang belum didedahkan.

Terbaru anak kepada si Normah yang lebih dikenali sebagai Boboi tak tertahan menanggung malu dan benci yang amat kepada perlakuan Mat Sabu yang menjijikkan.

Memang benar, Mat Sabu terlepas dari dari tindakan undang-undang. Namun hakikatnya beliau sedang berdepan dengan satu situasi yang amat berat memandangkan anak Normah bila-bila masa sahaja akan mendedahkan perihal beliau dengan ibunya sepanjang ketiadaan ayahnya. Mat Sabu memang jenis manusia yang tikam kawan dari belakang.

Sebenarnya Mat Sabu tidak asing lagi kalau bertandang ke rumah Normah. Dibuatnya macam rumah sendiri...bukan rumah saja, isteri kawan tu pun dibuat macam isteri sendiri. Jahanam sungguh Mat Sabu. 

Anak Normah dikatakan bengang apabila Mat Sabu sering datang ke rumahnya. Tambah bengang lagi apabila dia kerap terserempak dengan Mat Sabu yang baru keluar dari bilik ibunya. Beliau hampir menumbuk Mat Sabu kerana tak sabar lagi dan menjadikan ibunya mangsa nafsu serakahnya. Tindakannya itu ditahan dan disabarkan oleh ibunya. Menurutnya, bukan sekali beliau terserempak Mat Sabu keluar masuk bilik ibunya sesuka hati, malah banyak kali si jantan sundal ini berbuat demikian.

Boboi juga sering terlihat kereta Mat Sabu yang diletakkan di belakang rumah ketika ayahnya tiada. Kenapa perlu disembunyikan keretanya kalau betul tujuannya untuk berceramah atas nama parti? Dan kenapa datang setiap kali ayahnya tiada? Jujurkah Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti Islam? Tapi sebagai seorang anak yang dah dewasa dan sering terserempak kelibat jantan sundal keluar masuk rumahnya semahunya, dia sudah dapat mengagak apa yang dilakukan oleh Mat Sabu. Ini ditambah pulak dengan 'phone sex' antara mereka yang tersebar meluas.

Patutlah baru-baru ini Mat Sabu mengumumkan yang beliau tidak akan bertanding dalam PRU13. Rupa-rupanya beliau takut dengan si Boboi yang akan mendedahkan rahsia besarnya. Hendak diapa-apakan budak ni, anak kepada kekasih gelap, kalau dibiarkan dia yang akan mampus. Sekarang ini Mat Sabu hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat...iaitu tunggu saat beliau akan dijatuhkan dan melihat orang lain yang akan mengambil jawatannya.

Tapi yang pasti, dendam si Boboi belum berakhir. Dia geram sangat dengan Mat Sabu. Masa dan saatnya akan tiba untuknya memberitahu dunia siapa sebenarnya Mat Sabu. "Mat Sabu ingat sikit...jangan kau fikir dahi kau yang jendul dan perut kau yang buncit, aku takut nak dedahkan rahsia kau. Bagaimana kau rosakkan kami sekeluarga, macam itu jugalah aku akan hancurkan kau" katanya kepada teman rapat penulis yang sememangnya amat mengenali si Boboi.Baca Selanjutnya 

Macam MMI kata di awal tadilah , benda dah mula nak terbongkaq dah..tinggal masa ja !

Psst Patutlah Mat Sabun tak berani bertanding di Tasek Gelugor .. Dengar cita dulu-dulu suka ligan jerbong (Pondan) nii..

MMI.

Friday, 1 February 2013

Semuanya Kerana TEKNIKAL !!


Kadang-kadang kita hairan bagaimana seorang pemimpin yang dulunya pernah menuduh seorang pemimpin lain sebagai Al-Juburi boleh pula duduk bersama dan berjuang bersama.Malah jika melihat kepada bermulanya istilah Al-Juburi itu jelas sekali kedua-duanya bukanlah seteru yang baik.Itu belum masuk bab Karpal Singh lagi..

Masing-masing berhujah dan mempertahankan diri masing-masing.Namun itulah politik , dulu musuh kini sahabat dan jawapan mudahnya kerana kuasa dan dendam segalanya dihalalkan.

Pasti semua sudah sedia maklum tentang kes liwat yang melibatkan Anwar dengan pihak-pihak terlibat.Kecoh seluruh negara malah bukan setakat kecoh dilaman-laman media ianya turut menyaksikan sebahagian juak-juak yang berjaya dipesongkan oleh Anwar untuk turun ke jalan raya bahkan berhimpun atas nama keadilan bagi menuntut pembebasan Anwar.

Macam biasa segala perancangan diatur dan disusun bagi memastikan Anwar dibebaskan sampaikan ada bom tetapi mujurlah ianya tidak menjadi kalau tidak sudah tentu UMNO dan kerajaan akan dipersalahkan.

Walaupun pelbagai pihak menantikan keputusan kes liwat Anwar dengan penuh minat tetapi keputusan beliau dibebaskan diterima dengan baik oleh semua jentera UMNO dan Barisan Nasional.Itu keputusan mahkamah maka kita sebagai rakyat menerimanya walaupun pembebasan itu adalah kerana teknikal.

Tetapi lain pula dengan juak-juak Pakatan Haprak terutamanya PAS kerana kegembiraan dengan pembebasan ini telah menyebabkan mereka lupa kenyataan dan hakikat sebenar.

Juak-juak dan pemimpin PAS sekali lagi membutakan mata serta hati menerima keputusan Anwar dibebaskan tanpa mengambil kira ianya adalah kerana masalah teknikal dan bukannya keputusan menyanggah atau menyebut perlakuan liwat itu tidak berlaku.

Mengapa semua itu berlaku ? kerana mereka (PAS) pernah melakukan perkara yang sama dalam kes melibatkan Mat Sabu yang kini diangkat sebagai Timbalan Presiden parti.

Pasti ramai yang masih ingat tentang kejadian tangkapan khalwat Mat Sabu di bilik 121 bersama isteri orang di Hotel Perdana.Percaya atau tidak tangkapan itu dilakukan oleh Pegawai Pencegah Maksiat dan anggota Polis yang sememangnya menyerbu bilik yang dimaksudkan.

Berikut adalah kronologi kejadian tangkapan Mat Sabu dan Normah ,

Penangkapan Mat Sabu dan pasangannya Norma Abdul Halim menjadi maklumat semasa yang ingin diketahui oleh pelbagai lapisan masyarakat. Masing-masing membuat pelbagai andaian terhadap penangkapan itu, ada yang positif dan tidak kurangnya juga yang negatif berhubung dengan kes ini. Semakin banyak andaian dibuat apabila perbicaraan yang sepatutnya berjalan setiap hari terpaksa ditangguhkan dari semasa ke semasa oleh pihak pendakwa dengan alasan siasatan mereka belum selesai untuk mengumpul fakta-fakta perlu. Berikut disiarkan urutan peristiwa penangkapan Mat Sabu-Norma berdasarkan maklumat bertulis yang ada dalam simpanan pihak pendakwa Mat Sabu: 

31hb Januari 1995, jam 2.40 pagi:

Mat Sabu telah check in di kaunter reception Hotel Perdana. Ketika itu hanya seorang petugas saja bertugas di kaunter berkenaan. Selepas mendaftar, petugas itu meminta Pengawai Kanan Keselamatan menunjukkan bilik 121 di tingkat satu kepada Mat Sabu.

 Jam 9 pagi: 

Seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor yang berpakaian preman bersama seorang rakannya telah menemui Senior Receptionist yang bertugas ketika itu. Inspektor berkenaan kemudian telah meminta senarai penginapan tetamu. Satu salinan senarai penginapan tetamu telah diserahkan oleh Senior Receptionist kepada Inspektor berkenaan. Tindakan itu dikatakan biasa dilakukan oleh pihak hotel apabila dikehendaki oleh polis. Selepas menerima salinan senarai penginapan tetamu, Inspektor berkenaan dan rakannya beredar ke Coffee House. Pegawai polis itu kemudian memesan minuman panas. Sambil menikmati minuman, Inspektor itu seolah-olah berada dalam keadaan memerhati sesuatu. Keadaan itu diperhatikan oleh seorang Waitress Coffee House yang bertugas ketika itu. Inspektor berkenaan kemudian meninggalkan Coffee House itu secara tergesa-gesa tanpa menghabiskan minumannya.

 Jam 10 pagi: 

Mat Sabu dilihat pulang ke hotel bersendirian dengan memandu kereta berwarna biru. Ia disedari oleh Bellboy yang bertugas ketika itu. (Dia dikatakan keluar dari biliknya kira-kira jam 7.30 pagi). 

Jam 10.10 pagi: 

Iaitu selepas lima minit Mat Sabu masuk ke biliknya, seorang Housekeeping Supervisor hotel yang secara kebetulan berada di hadapan bilik 128 di tingkat satu untuk membuat pemeriksaan bilik telah terserempak dengan seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang berpakaian serba hitam iaitu seluar, baju dan tudung sedang menekan loceng bilik 121. Tanpa mengesyaki sesuatu, Housekeeping itu meninggalkan tempat berkenaan dan waktu itu, wanita berpakaian serba hitam masih berada di depan pintu bilik 121. 

Jam 10.15 pagi: 

Seorang Room Steward yang sedang mengemas bilik 128, telah didatangi oleh dua orang anggota polis berpakaian preman. Polis itu memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa. Mereka bertanyakan kepada Room Steward sama ada dalam bilik 121 itu ada tetamu atau tidak. Room Steward kata mungkin ada, mungkin juga tidak ada dan berkata, mengikut senarai penginapan tetamu, tetamu bilik 121 akan check out pagi itu. Bagaimanapun, polis meminta Room Steward membuka pintu bilik 121, tetapi Room Steward enggan kerana peraturan kerja tidak membenarkan petugasnya berbuat demikian. Anggota polis itu terus mendesak dan Room Steward akhirnya akur dan menghampiri bilik 121. Beliau menekan loceng bilik sebanyak tiga kali, tetapi pintu tidak dibuka. Beliau kemudian cuba menggunakan kunci pendua dan belum sempat kunci itu dimasukkan, tiba-tiba pintu bilik 121 dibuka oleh seorang tetamu dari dalam. Ketika itu, tujuh orang iaitu Pegawai Pencegah Maksiat yang bersembunyi tiba-tiba menyerbu masuk ke bilik berkenaan bersama anggota polis. Tidak lama kemudian kumpulan pihak berkuasa itu membawa turun Mohamad Sabu dan Norma. 

Jam 10.50 pagi: 

Mat Sabu turun dari biliknya untuk menjelaskan bil penginapan. Bayaran telah diterima oleh seorang Cashier bertugas. Pada waktu itu Mat Sabu kelihatan tenang tanpa menunjukkan sebarang reaksi berhubung dengan penangkapan beliau. Pada waktu itu juga tidak ada sesiapa bersama beliau. Sekumpulan pihak berkuasa berada agak jauh sedikit dari Mat Sabu untuk menutup keaibannya dan tidak mahu orang ramai tahu mengenai peristiwa yang berlaku ke atas Mat Sabu dengan Norma. 

Jam 11 pagi: 

Mat Sabu dilihat berligar sekejap di lobby hotel. Kumpulan pihak berkuasa sudah menunggunya di luar hotel dan terus mengiringi Mat Sabu ke keretanya. Kejadian itu disedari oleh seorang Bellboy. Pagi 1 Februari 1995: Berita mengenai penangkapan Mat Sabu dengan suri rumah, Norma Abdul Halim disiarkan oleh akhbar-akhbar harian utama dan masih menjadi bahan berita utama sehingga sebulan lamanya.

Nota:
Kes ini digugurkan kerana masalah teknikal iaitu terdapat percanggahan nombor bilik.sumber 

Lagi masalah teknikal ! Dan untuk makluman semua selama ini para juak PAS dan Pakatan Haprak yang mendewakan pemimpin - pemimpin ini telah pun menafikan secara total undang-undang yang mereka sendiri mahu laksanakan apa lagi kalau bukan HUDUD.

Memberikan sokongan malah mengangkat pemimpin yang sememangnya mempunyai masalah moral sebegini sebagai pemimpin utama parti sudah menjelaskan siapa Pakatan Haprak sebenarnya.

Kepada semua bandingkan kes diatas dengan kes melibatkan Hasan Ali dan Nasharudin ?

Apakah Pakatan Haprak khususnya PAS benar-benar meletakkan perjuangan Islam sebagai keutamaan perjuangannya ? 

Hati-hati dengan perjuangan songsang ini kerana mereka (Pakatan Haprak) hari ini sanggup melakukan apa saja demi menagih sokongan dan mencari kedudukan menguasai negara dengan apa cara sekalipun.

Perubahan kerajaan negeri Perak yang kembali kepada Barisan Nasional adalah kerana teknikal dan perubahan ini ditentang habis-habisan oleh juak-juak Pakatan Haprak termasuklah juak PAS yang sanggup berbaring diatas jalan menahan kereta Sultan Perak.

Namun dalam isu Anwar dan Mat Sabu kesemua mereka berdiam diri malah melonjak-lonjak kegirangan dengan keputusan teknikal yang diumumkan.

Pelik bukan ??

MMI.

Friday, 16 November 2012

Tu Dia Mat Sabu Lancar Mee Segera Pasca PAS !!


Kepada peminat mee segera rasanya dah boleh membuat pilihan selepas ini sebab diberitakan keluaran terbaru ni mempunyai citarasa yang cukup berbeza dengan lain-lain mee segera yang ada di pasaran.

MMI tertarik dengan citarasa yang berbeza dengan yang lain tu..Agaknya apa rasa mee segera ni ? 

Tapi satu ja MMI nak pesan kalau terjumpa di mana-mana kedai tolong perati betul-betul isi kandungannya bukan apa teringat perbualan Mat Sabu dalam telefon dengan Normah uwekkk...


Lagi berita di Uruk-Hai Klik Sini

MMI.

Thursday, 8 November 2012

PANAS Pemimpin PAS Di "SUAP" Setiap Bulan ?!!


Benarkah maklumat yang MMI dapat ni ? Kalau benarlah maka pemimpin parti dalam Pakatan Haprak ini tidak kurang hebatnya.Kalau selama ini ramai yang sudah pun mengetahui berkenaan isu dana asing yang disalurkan kepada pimpinan daripada PKR dan DAPigs namun kini PAS juga tidak ketinggalan.

Apa mungkin mereka yang selama ini sering menuduh pemimpin UMNO rasuah sebenarnya lebih hebat dari itu malah mereka dikhabarkan dijaga seperti anak ayam diberikan makan secukupnya.

Menurut suatu berita , Mat Sabu menerima setiap bulan sumbangan sebanyak RM15,000 tunai di Pulau Pinang. Biasanya Mat Sabu akan ke Pulau Pinang di awal bulan untuk kutip wang tersebut.

Seorang petugas dikatakan akan menyerah 150 keping wang tunai bernilai RM100 dalam sampul yang mana Mat Sabu terimanya tanpa mengira samada ianya cukup atau tidak.

Dikatakan juga bahawa petugas ini telah diamanahkan oleh majikannya untuk “jaga” keperluan Mat Sabu. Petugas ini turut maklum bahawa ada lagi beberapa rakannya yang ditugaskan untuk menyalurkan dana kepada pemimpin PAS yang lain namun beliau tidak tahu siapa yang “JAGA” siapa.

Strategi mereka ialah seorang “JAGA” seorang pemimpin PAS supaya maklumat tidak bocor.

Fuh jika benarlah maklumat ini memang celaka puak-puak ni.Manakan tidak dipentas-pentas ceramah bukan lagi main mengutuk sana sini alih-alih mereka sendiri yang terlibat , diam pula tu !!

MMI rasa memang tak ada benda pun si Mat Sabu ni sanggup makan BABI rupa-rupanya memang dasar komunis , BABI tu antara bahan makanan puak-puak depa !!

Emm kalau benar patutlah sampai boleh pakai "ALPHARD" ??? hebat-hebat!!


MMI.

Thursday, 18 October 2012

Jika BABI Boleh Mengundi !!


Sebut ja BABI confirm semua orang Melayu dah tahu binatang alah tu HARAM untuk di makan.Malah sejak dari kecil lagi orang Melayu Islam dah dididik supaya menjauhinya.Begitulah BABI dari perspektif orang-orang Melayu dan agama Islam and don't get me wrong BABI aa bukan ABBI.

MMI pun dalam kategori ini kerana dididik sedemikian rupa oleh arwah bapa dan pendidikan agama yang diberikan walaupun taklah sehebat mereka yang mengaku alim dan pemimpin Islam tu.

Tapi sejak dua menjak ni muncul pula orang Melayu yang sifatnya seolah-olah makhluk asing kepada bangsa Melayu itu sendiri.

Pasti ramai yang kenal dengan Mat Sabu Timbalan Presiden PAS yang dipilih oleh majoriti perwakilan juak-juak PAS bagi membantu Hadi selaku Presiden.

Malah ungkapan beliau yang lebih rela makan babi dengan Guan Eng dari makan ayam dengan Najib cukup mengejutkan banyak pihak.


Pasti ramai yang sudah kenal siapa Mat Sabu yang tidak pernah sunyi dari kontroversi namun hakikatnya bagaimana seorang pemimpin parti bertaraf nombor dua yang kononnya memperjuangkan Islam boleh mengeluarkan ungkapan sedemikian ?

MMI yakin sekiranya BABI boleh mengundi sudah tentu Mat Sabu kini sedang berceramah di depan puluhan ribu BABI untuk mendapatkan sokongan demi meraih kemenangan bernafsu PAS dan Pakatan Haprak dalam impian menuju Putrajaya.

Tak dengar pula pemimpin-pemimpin PAS yang tegur Mat Sabu dalam perkara ni ! Nampak sangat HAPRAK..

Psst Ada setengah juak PAS kata biasalah tu Mat Sabu......

MMI.

Labels