Followers

Saturday, 31 December 2011

Selamat Tahun Baru - Berubahkah Politik Pada 2012 ?


Melihat gambar diatas membuatkan MMI terfikir sejenak " Ingat kita jangan lupa bahawa kita orang Melayu,Kita kena ingat bahawa bangsa Melayu ini adalah bangsa yang cukup hebat,Ingatlah Melayu itu adalah lambang kuatnya Islam di negara kita,Jangan lupa Melayu jugalah yang memulakan rentak sehingga apa yang kita nikmati hari ini tidak lagi sama dengan nasib Melayu pada satu ketika dulu "  itulah pesanan yang pernah diungkapkan oleh arwah bapa tersayang kepada MMI pada ketika negara diambang sambutan tahun baru beberapa tahun yang lalu.Tersentuh juga hati MMI tatkala negara bakal menyambut kedatangan tahun baru apabila mengenangkan disaat itulah juga kata-kata diatas diungkapkan namun atas semangat MMI perkuatkan diri untuk terus ke hadapan.

Negara Malaysia bakal meninggalkan tahun 2011 yang penuh dengan pelbagai ceritanya.Begitulah juga buat setiap insan dibumi bertuah ini bahkan di seluruh dunia.Terdapat juga negara-negara tertentu didunia yang sambutan tahun baru merupakan satu kemestian dan telah menjadi acara tahunan untuk disambut bersama-sama.Pelbagai cara dan kaedah setiap dari kita menyambut kedatangan tahun baru ini dan paling menarik negara Malaysia yang rakyat berbilang kaum dan agama dapat bersama-sama dalam sambutan tahun baru pada setiap tahun.

Dari pandangan dan pemerhatian MMI pada setiap kali sambutan tahun baru diadakan maka seluruh rakyat seolah-olah berpesta meraikannya hinggakan pada saat dan ketika ini rakyat boleh melupakan sejenak perihal politik hanya untuk menikmati detik jam 12 tengah malam iaitu waktu dan ketikanya negara dan kita semua melangkah ke tahun baru.

Namun yang menjadi persoalannya adakah tahun 2012 yang bakal kita tempuh dalam masa kurang dari 3 jam ini  mampu merubah negara ke satu tahap yang lebih hebat dan maju termasuklah jiwa dan pemikiran setiap insan yang bernama rakyat Malaysia? Adakah proses ini juga akan membawa satu perubahan besar dimana menjadi harapan setiap dari kita untuk melihat negara tidak lagi perlu menghadapi perkara-perkara yang jauh menyimpang daripada budaya rakyat Malaysia seperti mana yang berlaku pada tahun 2011?

Semuanya terletak ditangan kita sebenarnya.Dalam sudut politik sudah semestinya setiap parti politik akan menjadikan kedatangan tahun 2012 sebagai pemangkin kepada perjuangan mereka untuk memastikan cita-cita mereka tercapai.

MMI cukup tertarik apabila melihat kembali sorotan peristiwa demi peristiwa yang telah berlaku di bumi Malaysia pada tahun 2011 ini.

Jika nak dihitungkan peristiwa demi peristiwa mungkin artikel ini akan memakan masa dan ruang yang cukup panjang namun MMI rumuskan semuanya supaya ianya menjadi singkat.

Sejak akhir-akhir ini kita dapat melihat bagaimana rakyat Malaysia mula memperkatakan soal kebebasan dan hak.Tak ketinggalan juga ada yang bercakap soal kebajikan apatah lagi yang tak lekang dengan jolokan pejuang agama yang sentiasa menghuni carta tertinggi dalam aliran politik tanahair.

Apakah negara kita Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang semakin bahaya keadaannya sehinggakan kumpulan pembangkang khususnya begitu lantang bercakap soal menyelamatkan Malaysia ? Apakah negara kita hari ini penduduknya tidak dapat menjalani kehidupan dengan sempurna seperti mana yang berlaku terhadap negara-negara lain contohnya Somalia ? Mungkin ada yang beranggapan jangan disamakan Somalia dengan Malaysia namun kita harus ingat bahawa slogan mengajak rakyat untuk menyelamatkan Malaysia seharusnya dilihat sebagai satu tindakan yang seolah-olah negara ini berada dalam keadaan yang amat kritikal justeru ianya perlu diselamatkan.

Sebenarnya semuanya itu hanyalah tindakan kumpulan yang dilihat sebagai sebahagian daripada rakyat malaysia tetapi dalam masa yang sama sanggup mengheret rakyat untuk turun ke jalanan demi kuasa dan politik.Apa perlunya politik negara kita ini disamakan dengan politik negara-negara lain ? Atau mengapa perlunya politik ganas dijadikan sebagai wadah perjuangan kita sedangkan kita begitu terbuka dalam soal memilih pemerintah.

Apakah hari ini kita mahu mengiakan tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan bahawa proses pilihan raya yang dijalankan itu tidak telus hanya dengan bercakap soal pengundi hantu dan kerja buat kerajaan dalam memenangi sesuatu pilihan raya? MMI nak mengajak semua untuk sama-sama kita berdiri atas nama rakyat dan lihatlah sekeliling kita.Adakah dengan kemenangan 5 buah negeri oleh Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-12 yang lalu adalah kerana ketidak telusan SPR menjalankan proses mengundi ? Atau apakah selepas keputusan diumumkan Pembangkang terus bangun dan menyatakan bahawa proses pengundian yang dijalankan itu tidak telus ? 

Barangkali kita terlupa disaat itu juga mereka-mereka yang telah dinobatkan sebagai pemenang dan menjadi pilihan rakyat telah bersorak kegirangan dan terus menyusun agenda untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat bahkan terus menyusun strategi untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka pasti menjadi model kepada sebuah kerajaan yang baik. 

Rakyat Malaysia juga barangkali turut terlupa bagaimana disaat kerajaan UMNO dan Barisan Nasional menghadapi pilihan raya pada tahun 2008,di saat itulah juga sebahagian besar rakyat menuduh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia sebagai pemimpin LEMBIK.Dek kerana tuduhan dan serangan politik sebeginilah maka UMNO dan Barisan Nasional telah mengalami kekalahan yang amat dasyat dalam sejarah pilihan raya negara.

Pernahkah kita terfikir sekiranya benar tuduhan pihak-pihak tertentu bahawa keputusan pilihan raya boleh ditentukan oleh UMNO dan Barisan Nasional mana mungkin 2008 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang.Ini adalah perkara dan peristiwa yang paling jelas dan mudah untuk dibuat perbandingan oleh rakyat.Malah sekiranya terdapat bukti bahawa adanya pengundi hantu maka kemukakanlah supaya tindakan dapat kita ambil.

Disaat inilah juga rakyat dapat melihat bagaimana seorang pemimpin yang bernama Anwar Ibrahim yang telah disabitkan dengan kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari telah melakukan satu tindakan yang MMI sifatkan sebagai pengecut dan dayus.Bagaimana seorang pemimpin besar dalam pembangkang telah menidakkan hak dan suara seorang anak muda yang hari ini mencari keadilan keatas apa yang berlaku terhadap dirinya.Apakah kerana Mohd Saiful Bukhari merupakan seorang rakyat biasa maka keadilan untuk beliau dinafikan ? Adakah kerana beliau seorang pemimpin maka beliau perlu dipertahankan waima sistem kehakiman negara juga diheret kekancah politik hanya untuk tujuan menyelamatkan karier politik seorang manusia bernama Anwar Ibrahim ? Ayuh rakyat Malaysia,buka minda kita lihatlah bagaimana perjalanan kes liwat ini yang sentiasa ditunda semuanya atas sikap Anwar Ibrahim dan barisan peguamnya.Apakah hak seluruh rakyat untuk melihat kes ini diselesaikan secepat mungkin dinafikan hanya kerana Anwar Ibrahim itu pemimpin pembangkang ? Dimana keadilan yang seharusnya kita rakyat Malaysia berikan kepada Mohd Saiful Bukhari apabila menuduh beliau sebagai agen UMNO dalam usaha menjatuhkan Anwar Ibrahim ?

Sebagai seorang manusia berbangsa Melayu dan beragama Islam apakah Anwar Ibrahim tidak tahu bahawa budaya orang Melayu Islam,bersumpah atas nama Allah SWT untuk membuktikan diri tidak bersalah merupakan satu tindakan yang paling pantas untuk membuktikan segala-galanya.Namun hakikatnya rakyat Malaysia sanggup mengenepikan budaya yang paling hebat dalam mencari keadilan ini dan meletakkannya sebagai mainan politik pihak-pihak tertentu.  

Dan lupakah rakyat Malaysia YB Zulkifli Nordin salah seorang peguam Anwar Ibrahim pada ketika itu telah menyatakan bahawa kes liwat pertama Anwar Ibrahim bilamana beliau didapati tidak bersalah sebenarnya atas keputusan tiada kekuatan kes tetapi dalam masa yang sama pihak mahkamah tidak pernah sesekali menafikan perbuatan liwat tersebut tidak berlaku. 

Rakyat Malaysia juga mungkin terlupa kita juga turut dihujani dengan gerakan jalanan yang memaksa pihak kerajaan dan anggota keselamatan untuk turun kebawah memastikan supaya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.Tahukah kita bahawa gerakan BERSIH 2.0 merupakan satu gerakan yang sengaja dilakukan oleh pihak pembangkang semata-mata untuk memperlihatkan kepada dunia bahawa Malaysia sebenarnya tidak aman dan tahukah kita kesannya kepada seluruh rakyat ? Apakah negara kita ini benar-benar tidak aman ? Apakah saudara-saudara mahu melihat negara ini mengalami kemerosotan dan kemunduran sehingga memaksa rakyatnya menjadi peminta sedekah dibumi sendiri ? Apakah kita mahu tumbangkan sebuah kerajaan yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat rakyatnya ? Jika inilah yang dimahukan maka kita sebenarnya sebahagian daripada mereka-mereka yang tidak tahu bersyukur.

Kita juga telah melihat bagaimana anak-anak muda dihasut dan dikerah malahan ditanam dengan sifat-sifat kebencian terhadap kerajaan sehinggakan mereka lupa bahawa berdirinya mereka di universiti hari ini adalah atas usaha dan keringat mereka-mereka yang terdahulu berjuang untuk memastikan hak anak melayu mendapat tempat di universiti di seluruh negara tercapai.Apakah selama ini mahasiswa dan mahasiswi semenjak negara mempunyai universiti kita tidak pernah memberikan mereka ruang yang mencukupi untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar malahan mereka yang telah berjaya hari ini juga turut terlibat dalam kancah politik negara.

Lupakah kita bahawa mahasiswa dan mahasiswi hari ini yang merupakan tiang negara sentiasa diberikan segala kemudahan terbaik oleh kerajaan semata-mata untuk melihat mereka berjaya dan menjadi rakyat Malaysia yang mampu kembali menyumbang kepada pembangunan negara? Tetapi kita lebih memberikan tumpuan kepada segelintir anak muda dan mahasiswa yang hari ini sanggup bertindak keterlaluan dengan menyertai demonstrasi jalanan dan sanggup bertindak biadap semata-mata atas nama hak malahan begitu angkuh dengan tidak sesekali mahu momohon maaf terhadap YAB PM.Wahai rakyat Malaysia lupakah kita bahawa kerajaan telah mengumumkan akan memansuhkan akta AUKU dalam sedikit masa lagi.Apakah hari ini kita boleh tersenyum melihat gelagat mahasiswa ini yang tidak sabar-sabar untuk menuntut apa yang mereka panggil hak sedangkan mereka tahu bahawa akta AUKU bakal dimansuhkan ? Sebenarnya semua kejadian tersebut adalah satu tindakan yang didalangi oleh anasir-anasir tertentu yang mahu melihat negara kita huru hara. 

2011 juga telah menjadi saksi kepada kita semua bagaimana gerakan politik jijik yang dilkukan oleh pembangkang telah berjaya mewujudkan kumpulan-kumpulan yang begitu berani menyuarakan bahawa mereka menyokong seks bebas.Masih ingatkah kita berkenaan Seksualiti Merdeka yang cuba digerakkan oleh sebahagian daripada mereka yang kononnya berdiri atas nama NGO.Lupakah kita kepada Ambiga manusia yang bertanggungjawab dalam setiap usaha membawa perkara-perkara yang bukan budaya rakyat Malaysia untuk dikongsi bersama.Malahan mahukan kerajaan untuk mengiktiraf manusia-manusia yang mengamalkan seks songsang ini seperti golongan lesbian,gay,biseksual dan transgender.

Ini bukan budaya kita dan seharusnya semua pihak kerajaan dan pembangkang mesti bersama-sama dalam memastikan budaya ini tidak dibenarkan tetapi seperti yang MMI perkatakan atas nama politik dan kuasa sebelah pihak berdiam diri malahan ada yang menyokong usaha-usaha tersebut.Inilah yang berlaku kepada kita rakyat Malaysia yang bakal melangkah kaki ke tahun baru 2012.

Kita juga disajikan dengan pelbagai kisah parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini.

Suara demi suara yang berlaku dikalangan pemimpin Pas memperlihatkan bahawa mereka juga sebenarnya tidak satu hati dalam perjuangan.Malahan isunya hanya bermula dengan satu tindakan yang cuba diambil oleh segelintir pemimpin mereka untuk merealisasikan sebuah kerajaan perpaduan diantara UMNO dan Pas namun hakikatnya pemimpin utama Pas sendiri sebenarnya yang menolak perpaduan ini semuanya atas satu sifat dendam dan bongkak yang hari ini memakan diri sendiri.Lupakah saudara-saudara bahawa pas pernah mengkafirkan orang-orang UMNO hanya kerana UMNO bersama dengan bangsa yang bukan Islam? Bagaimana pula hari ini apabila Pas boleh bersama DAP ?

Jangan kita lupa 2011 juga telah berlaku satu peristiwa yang cukup dasyat apabila seorang ustaz boleh mengangkat Nik Aziz sebagai Nabi.Pernahkah kita mendengar Nik Aziz selaku pemimpin Pas bertindak mengeluarkan kenyataan untuk memperbetulkan semula kenyataan tersebut ? Begitu juga hari ini apabila Anwar Ibrahim diangkat sebagai Imam Mahdi yang bakal memimpin umat selepas ini.Apakah tindakan Pas sebagai sebuah parti yang memperkenalkan dirinya sebagai pejuang Islam dalam menerima kenyataan ini ? Adakah dengan diam seribu bahasa itu menunjukkan bahawa mereka tidak mahu mencampuri urusan orang lain ? Jika itulah alasannya maka MMI khuatir satu hari nanti Islam dibumi bertuah ini akan menyimpang dari landasan yang sebenarnya.        

Namun MMI bersyukur kerana hari ini kita masih dikurniakan sebuah kerajaan yang cukup memahami akan nasib rakyatnya.Sebuah kerajaan yang diterajui oleh UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah telah menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh keikhlasan.Sebagai rakyat MMI mahu melihat kerajaan ini terus memerintah dan berusahalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat kami rakyat Malaysia.MMI tahu dan akui bahawa kerajaan ini juga ada cacat celanya namun untuk menidakkan sumbangan dan usaha mereka merupakan satu usaha sia-sia kerana yang mahu diganti adalah sebuah kerajaan pembangkang yang lebih jauh cacat celanya.Bagaimana pakatan rapuh mereka sehingga ke hari ini tidak dapat bersama dalam menyelaraskan perjuangan bersama.Semuanya atas nama kuasa dan politik.

Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang telah menunjukkan rekod yang cemerlang bahkan telah berjaya membawa negara mencapai kejayaan.Proses transformasi kerajaan,politik dan ekonomi yang telah digerakkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional terus memandang kehadapan dan mereka belajar dari setiap kesilapan dan berusaha mencari kaedah terbaik untuk memastikan negara terus di pacu seterusnya memberikan pulangannya kepada rakyat.

Justeru itu kedatangan tahun 2012 ini pastinya akan menyaksikan satu lagi peristiwa besar bakal berlaku di bumi Malaysia.Seluruh rakyat akan digerakkan untuk bersama-sama dalam satu lagi perayaan.Namun perayaan ini bukannya perayaan biasa ianya merupakan pertembungan buku dengan ruas , hari dimana rakyat akan menentukan siapa bakal memerintah negara.Pilihan raya ke -13 bakal mengambil tempat maka MMI mahu mengajak seluruh rakyat agar membuat pilihan tepat supaya kita tidak akan kecewa dikemudian hari.Ayuh rakyat Malaysia kita berikan sokongan dan pertahankan Barisan Nasional supaya terus menjadi teras kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kepada UMNO kita sandarkan,Kepada Datuk Seri Najib kita berikan kepercayaan,Kepada Barisan Nasional kita letakkan harapan Insyallah Malaysia bakal terus utuh dan kukuh di tahun 2012.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 

Ikhlas

MMI.
  

Masih Ada Yang Tidak Bertamadun - Kepala Babi Di Johor!


Di saat rakyat dan negara sedang menantikan kedatangan tahun baru 2012 , rupa-rupanya masih terdapat sebahagian darinya yang masih mundur dan cetek pemikiranya.Mundur bukan bererti miskin tetapi mundur dari sudut sikapnya yang masih mencari dan menghalalkan cara untuk mencetuskan sesuatu yang pernah berlaku satu ketika dulu yang hari ini sebahagian besar rakyat Malaysia menolaknya.

Apakah manusia-manusia ini mahu melihat kesepakatan dan kemakmuran negara dicarik-carik hanya dengan menjadikan binatang bernama BABI ini sebagai pencetus kepada satu pergaduhan kaum malahan boleh mengakibatkan pergaduhan antara agama.Ini bukan budaya kita,MMI mengajak semua sama-sama kita sabagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab menolak sekeras-kerasnya tindakan biadap ini kerana ianya jelas hanya untuk mengeruhkan suasana.

Kejadian terbaru berlaku apabila jemaah Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya di sini gempar dengan penemuan sembilan kepala babi yang diletakkan di dua lokasi di masjid itu dalam tempoh 48 jam. 

Dalam kejadian pertama kira-kira pukul 5 petang semalam, empat kepala babi ditemui di pagar belakang masjid itu oleh penduduk yang melalui kawasan tersebut manakala dalam kejadian kedua pula kira-kira pukul 5 pagi tadi, lima lagi kepala haiwan berkenaan ditemui di pekarangan luar pintu masuk masjid oleh jemaah yang ingin menunaikan solat subuh.

Kesemua kepala babi itu dibungkus dalam beg plastik disedari oleh jemaah yang curiga dengan bau busuk bungkusan tersebut. Ini merupakan kejadian pertama berlaku di masjid ini. Tindakan ini amat menyinggung perasaan umat Islam dan menyentuh sensitiviti agama.

Perbuatan ini mencabar kesucian Islam dan tidak boleh dipandang ringan pihak berkuasa. Kementerian Dalam Negeri perlu mengambil tindakan yang keras supaya perbuatan menghina agama Islam ini tidak berterusan dan akan menjejaskan keamanan negara.Lagi Berita Di Empayar Pemuda

Ayuh semua rakyat Malaysia hentikan tindakan bodoh dan tidak bertamadun ini!

Kita tolak budaya ini!

Kita bakal memasuki tahun 2012 kita tumpukan kepada pembangunan negara dan rakyat.Semoga kita semua mendapat kejayaan pada tahun baru nanti.Insyallah.

MMI.



Friday, 30 December 2011

PANAS! - Giliran Jamil Khir Pula Selepas Sharizat


Nampaknya puak-puak Pembangkang makin agresif mencari apa saja yang boleh dilihat sebagai satu kesalahan melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk dijadikan sebagai isu bertujuan mendapatkan sokongan rakyat dalam waktu dan ketika PRU semakin hampir.

Namun perlu diingat dalam keadaan hari ini suasana yang semakin panas dengan senario politik serang-menyerang setiap kesalahan yang dilakukan oleh semua pimpinan pastinya bakal mengundang malapetaka kepada parti yang diwakili mereka.

Ini jelas dapat dilihat dengan beberapa kes sebelum ini yang memaksa pemimpin yang dituduh untuk tampil memperbetulkan setiap tuduhan yang kadang kalanya merupakan tuduhan liar yang hanya bermotifkan politik.

Tetapi puak-puak pembangkang ini tidak pula melakukan tindakan yang sama terhadap Anwar Ibrahim berkenaan kes liwatnya kerana mereka tetap beranggapan bahawa Anwar hanyalah mangsa konspirasi politik UMNO dan Barisan Nasional.

Inilah sikap double standard yang ditunjukkan oleh juak-juak pembangkang yang kononnya berdiri dan memperjuangkan keadilan.

Terbaru berkenaan Jamil Khir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang dituduh telah menyalahkan penggunaan wang zakat bagi tujuan kepentingan peribadi dan individu.Hebat tuduhan ni,apa pun jom kita ikuti laporan berita yang dipaparkan oleh Sinar Harian.

SHAH ALAM - PKR berharap agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom segera tampil dan tidak menyorok di belakang pegawai kerajaan bagi menjawab isu penyalahgunaan wang zakat.

Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam, Jamil perlu memberi penjelasan.

Nazmi berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Muhamad Yamin berkata semalam, kos pembiayaan guaman Jamil dan dua pegawai kanan MAIWP di ambil dari geran kerajaan.

"Dalam kenyataannya, dia  (Yamin) turut menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihak tertentu yang menyalahgunakan proses mahkamah terhadap penjawat awam yang menyebabkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan proses mahkamah," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memberi peringatan kepada Yamin bahawa apabila seseorang dizalimi, mereka mempunyai hak yang diiktiraf dalam syarak dan sistem perlembagaan untuk mempertahankan diri.

Pada Jun lalu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain daripada lapan asnaf adalah kesalahan dan dosa besar.

Nazmi berkata, "sekurang-kurangnya apabila isu ini mula-mula timbul, Peguam Zainul Rijal Talha dan Amir terbuka dalam bertanya tentang pandangan Mufti Wilayah Persekutuan," katanya.

Sementara itu, Nik Nazmi turut mempersoalkan tentang wujudnya 'dwi-standard' membabitkan kes amil zakat di Johor, Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan wang zakat sebanyak RM19,510 dan memulangkannya kembali. Bagaimanapun, Redzuan dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan.

"Umat Islam yang menyumbang berbilion ringgit wang zakat setiap tahun di seluruh negara tidak mahu timbul sebarang keraguan terhadap pengurusan wang zakat," katanya. 

Banyak pihak memberikan pandangan dan pendapat berkenaan hal ini namun yang perlu dilakukan sekarang adalah Jamil Khir selaku orang yang dituduh perlu tampil membuat kenyataan supaya isu ini tidak terus berlarutan.

MMI sebagai seorang blogger (Kecil-kecilan) yang berjuang untuk melihat UMNO dan Barisan Nasional terus menjadi wadah terbaik kepada rakyat Malaysia merasakan tindakan pantas perlu diambil oleh Jamil Khir bagi meredakan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan dengan menjawab tuduhan tersebut.

Bahkan sekiranya dapat dibuktikan tuduhan tersebut sebagai kesalahan maka Jamil Khir perlu dikenakan tindakan malah kalau tindakan itu menjadi barah kepada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional pecat sahaja,masih ramai di luar sana yang mampu memikul tanggungjawab tersebut.

Mengapa perlu kita menanggung liabiliti ini yang mampu merosakkan perancangan kerajaan membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. 

MMI bukan anti Jamil Khir tetapi UMNO perlu berani untuk tampil menjelaskan kepada rakyat setiap isu yang diutarakan oleh puak-puak pembangkang hari ini.Jangan gentar untuk mempertahankan yang hak dan jangan takut untuk mengambil tindakan terhadap yang batil kerana rakyat Malaysia menilai sejauh mana keikhlasan pemerintah mahupun pembangkang dalam mentadbir negara.

Setuju ? 

Inilah sikap keterbukaan kita dalam perjuangan membela UMNO dan pastinya perjuangan tanpa sempadan ini memerlukan satu pengorbanan yang benar-benar ikhlas yang datangnya dari hati untuk melihat UMNO dan negara Malaysia terus makmur dan sejahtera.

MMI.

GEMPAR! JAIPP DiDakwa Cuba Gagalkan Majlis Multaqa Wehdatul Ummah Bersama Tun Dr Mahathir


Pendedahan berita terbaru ini cukup membuatkan hati sesiapa saja khususnya orang-orang Islam di Pulau Pinang berasa terhina.Betapa kuasa DAP telah merobek hati  orang-orang Melayu khususnya bagi sebuah NGO PEMENANG.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Yussof Latiff, berkata persatuannya sudah menghantar surat meminta penjelasan mengenai tindakan jabatan itu.

"Saya berasa kesal dengan tindakan JAIPP mengeluarkan surat arahan pada 15 Disember supaya majlis ini tidak dihebahkan kepada orang ramai sedangkan dua hari sebelum itu, JAIPP mengeluarkan pekeliling mengarahkan kesemua pengerusi kariah masjid seluruh negeri menghebahkan program itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, berikutan larangan hebahan oleh JAIPP itu, Pemenang kerugian RM100,000 kerana menyediakan peruntukan untuk makanan, khemah dan logistik untuk 3,000 orang tetapi ia hanya dihadiri kira-kira 1,000 orang.


Justeru itu, katanya, persatuan itu memberi tempoh seminggu kepada JAIPP untuk menjawab surat penjelasan berkenaan dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap jabatan itu sekiranya gagal memberi penjelasan.

Majlis Multaqa Wehdatul Ummah yang bertemakan Penyatuan ke Arah Kejayaan Ummah - Masalah dan Penyelesaian telah dijalankan pada 17 Disember 2011 yang lalu bertempat di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad Tasek Gelugor turut dihadiri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai antara ahli panel pada program itu.


Cuba perhatikan gambar di atas YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Ustaz Elias Zakaria turut hadir dan bersama dalam program.Persoalannya sekarang sejauh mana kebenaran berita yang mengatakan JAIPP mengeluarkan arahan supaya majlis ini tidak dihebahkan? Dan sekiranya benar maka siapakah yang memberikan arahan tersebut sedangkan YDP MAINPP Ustaz Elias Zakaria sendiri berada bersama dalam majlis?

Mungkin kini terdapat tangan-tangan ghaib dalam MAINPP yang lebih berkuasa untuk memberikan arahan tanpa boleh disanggah atau ditolak oleh sesiapa hatta Yang Di Pertuanya sendiri.

Fikirlah sejenak dimana untungnya apabila membiarkan DAP dan sahabat-sahabatnya berkuasa di Pulau Pinang?

MMI.

MPAJ Tak Sedar Wujud Tarian Tiang - Apakah Wujud Amalan Rasuah ?


Tu dia jawapan standard dah keluar dari pihak-pihak berwajib.Biasalah apabila pendedahan demi pendedahan dibuat barulah nak kelam kabut.Tapi yang peliknya jika dilihat daripada peta di atas apakah kegiatan ini tidak boleh dihidu oleh pihak-pihak berwajib ataupun telah berlaku amalan suap-menyuap ni.

Jom kita ikuti pendedahan oleh Kosmo.

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mendakwa pihaknya tidak tahu-menahu atau menerima aduan berhubung mana-mana pusat hiburan di kawasan Pandan Perdana yang menyediakan penari tiang bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, laporan muka depan Kosmo! semalam bertajuk Tarian tiang berleluasa adalah kes pertama yang melibatkan aktiviti tidak bermoral berlaku di pusat hiburan di Pandan Perdana yang diterima oleh MPAJ pada tahun ini.

“Daripada pemeriksaan yang dijalankan oleh bahagian penguat kuasa MPAJ sebelum ini, kami tidak pernah menyerbu mana-mana premis pusat hiburan yang menjalankan kegiatan tarian tiang.

“Pihak kami juga tidak pernah menerima sebarang aduan daripada orang ramai berhubung isu terbabit,” katanya.

Oleh itu, menurut Norhayati, pihaknya memberi amaran akan menarik semula lesen mana-mana pusat hiburan yang menyalahgunakan lesen premis bagi menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Pengusaha premis terbabit berhadapan dengan risiko penarikan lesen dan pembatalan akan dilakukan serta- merta jika ia terbukti membenarkan aktiviti tidak bermoral seperti itu,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Malah tegas beliau, MPAJ juga akan menyita pusat hiburan itu jika premis tersebut beroperasi secara tidak sah.

Norhayati berkata demikian ketika mengulas laporan Kosmo! semalam yang mendedahkan mengenai sebuah kelab malam di Pandan Perdana yang didapati menyediakan khidmat tarian tiang berunsur seks oleh wanita tempatan dan wanita warga asing.

Mengikut laporan itu, dengan hanya mengenakan coli serta seluar dalam, penari-penari tiang itu tanpa segan silu mempamerkan aksi ghairah kepada para pengunjung yang rata-rata adalah lelaki tempatan.Lagi Berita.

Kepada pihak yang membuat tangkapan dan pendedahan SYABAS MMI ucapkan.Jom kita sama-sama basmi perkara ini.

MMI.

Thursday, 29 December 2011

Ku Li Tuduh Tun Dr Mahathir Mencuri & Tidak Cerdik - Dia Ni Apa Hal ?


Kuli, Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974 yang juga Ketua UMNO Bahagian itu menjangkakan Anwar Ibrahim akan dipenjarakan, kerana menurutnya jika Anwar tidak dipenjarakan,UMNO akan habis punah ranah@mampos dalam PRU13 yang akan datang.

"La nih Anwar menjadi ketakutan kepada Najib. Ini mengikut logik yang aku tengok la.Kuli yakin yang anwar nih akan dipenjarakan Kalau anwar tak kena penjara alamat lingkoplah umno dalam PRU nanti...Itu komen Kuli sendiri

Kuli juga berpendapat Umno akan menerima kekalahan lagi dalam PRU13 nanti kerana orang cina dan india bukannya semakin mendekati Bn tetapi semakin jauh lagi adala...Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Kuli menyifatkan pentadbiran najib ni sangat lemah disamping bini dia Rosmah akan menjadi liabiliti kepada kekalahan besar umno nanti.Mengikut Ku Li pentabiran sekarang nih selalu berdolak-dalik atau flip flop apabila mengemukakan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana ianya tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.


Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menyatakan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan sebagai hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak nih atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui.


Mengulas mengenai Tun Dr. Mahathir beliau berkata bahawa Mahathir nih bukannya cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri@mencedok idea orang lain dan lepastu dia kata ni idea dia..

"Dia curi lah!. Aku selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau selama 5 tahun bersama Mahathir Mohamad sebagai menteri.

Ku Li berpendapat  bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam keadaan yang huru hara  kacau bilau.Contohnya seperti isu Syarizat lebu NFC.Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai.

Inilah salah satu artikel yang tertulis dalam blog siasahkini.blogspot.com yang jelas daripada penulisan tersebut menunjukkan bahawa Ku Li telah mengeluarkan kata-kata yang cukup biadap apatah lagi kepada negarawan yang kita sayangi Tun Dr Mahathir serta menuduh YAB PM dan isteri dengan pelbagai tohmahan.

Jika ianya benar diperkatakan oleh Ku Li maka MMI kategorikan Ku Li sebagai bongkak dan sombong.Apakah beliau sebagai salah seorang pemimpin UMNO berhak membuat kenyataan sebegitu ? Apakah beliau lupa bahawa dunia pernah menyaksikan beliau ketika bersama Semangat 46 dulunya telah dihukum oleh rakyat kerana biadap dan sikap angkuhnya.

Apa pun sebagai rakyat Malaysia MMI mahukan supaya UMNO mengambil tindakan terhadap manusia bodoh dan sombong ini.Siapa Ku Li ni ??

Dan sekiranya ianya hanyalah satu tuduhan melulu oleh siasahkini.blogspot.com maka tindakan perlu diambil supaya sikap biadap dan tohmahan mengaibkan pemimpin dan negarawan negara tidak sewenang-wenangnya dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Kurang Ajar!

MMI.

Pemuda Pulau Pinang Buktikan Adam Adli DAYUS !


Akibat terlalu takut dibelasah oleh mamak dan melayu Penang, Adam Adli dan pencacai-pencacai SMM tidak kelihatan di Sudut Pidato Di Padang Kota Lama pada tengahari ini.Sebelum ini, SMM dan Adam Adli sungguh-sungguh nak tunjuk hero hendak datang ke Penang untuk tunjukkan kuasa diorang yang berupaya mendesak kerajaan sesuka hati dengan tunjuk perasan macam tak ada akal.

Menurut laporan yang diterima,mereka terpaksa membatalkan program itu atas sebab-sebab keselamatan.Nah, tau pun takut,dulu berani sangat di PWTC,kini kat negeri sendiri pun sudah ketar lutut nak datang.Lagi Berita di Keris Pusaka


Orang yang paling Lim Guan Eng takut pun ada di padang Kota.Steady Shaikh! Patut lah Adam Adli tak berani datang rupa-rupanya beliau takut dengan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang.Hahaha khabarnya pucat lesi budak Adam tu hari ini.Takutnya bukan main cubalah lagi kalau dah hebat sangat! budak tu belum tahu lagi pemuda Pulau Pinang macam mana ?

Lagi berita dan gambar di MPP Online.

Budak bernama Adam Adli yang kononnya hebat sangat rupa-rupanya DAYUS sebenarnya.

MMI.

Al-Kisah Wanita Cantik


Kita rehatkan sikit kepala kita dengan satu artikel menarik yang MMI nak berkongsi dengan semua.Sebuah kisah perihal manusia yang di gelar sebagai WANITA.Jom kita terjah.

Kisah wanita cantik, ceria, cergas, cerdik

WANITA dan kecantikan bagaikan aur dengan tebing, memang tidak boleh dipisahkan, jika dipisahkan, pincanglah lagu, pincanglah irama.

Begitulah perumpamaan yang mengaitkan wanita dengan kecantikan. Laporan yang mengatakan wanita menghabiskan sebahagian besar gaji untuk membeli kosmetik dan memberi fokus yang istimewa terhadap diri untuk kelihatan cantik bukanlah sesuatu yang mengejutkan.


Sebagai wanita, kita akan lebih terkejut jika ada wanita yang tidak memberikan perhatian terhadap kecantikan mereka dan sangat terkejut jika ada wanita yang langsung tidak tahu bagaimana hendak mencantikkan diri.

Kecantikan adalah salah satu antara kuasa wanita selain kelembutan dan sifat keibuan wanita. Lelaki mana yang tidak tertarik dengan wanita cantik, tanyalah mana-mana lelaki, sudah pasti jawapannya jelas dan spesifik, mereka sukakan wanita yang memiliki 4C iaitu CANTIK, CERIA, CERGAS DAN CERDIK, kerana itulah sebenarnya yang dikatakan cantik luar dan cantik dalam yang merangkumi aspek mental, fizikal, sosial dan spiritual.

Mengapa wanita obses dan sukakan kecantikan sampai sanggup berhabis duit untuk cantik.

Ada yang hendak cantik dengan sanggup melakukan pelbagai cara 7S: Susuk yang dimasukkan ke dalam badan; Suntik pada bahagian-bahagian yang boleh mempertingkatkan keyakinan diri wanita iaitu kawasan 5P, pinggang, punggung, perut, pipi dan payu dara; Senam habis-habisan; Sekat makan hingga kurang makan; Sapu krim putih muka dan kawal jeragat, jerawat; Sental badan untuk buang daki badan dan cerah kulit dan Surgeri kosmetik pada muka dan seluruh badan.

Semua usaha 7S sanggup dilakukan bagi wanita yang obses untuk cantik dan ada akses untuk jayakannya, tapi soal fulusnya perlulah difikirkan dengan tulus!

Kerana nak cantik, kosnya juga bukan sedikit, duit yang membukit, lama-lama jadi sikit, badan sihat cari duit, lama-lama jadi sakit kerana kuat cari duit, tapi semuanya wanita sanggup lakukan hanya kerana hendak Cantik dan Menarik, untuk menjadi perhatian dan anganan serta igauan kaum lelaki khususnya dan kecemburuan wanita lain yang menjadikan wanita cantik idola kerana kecantikan tubuh badan macam biola!

Mengapa wanita obses dan sanggup melakukan apa saja untuk cantik? Jawapannya terletak kepada perkataan Cantik itu sendiri. Cuba kita fahami satu persatu:


C - Cemerlangnya wanita itu sering dikaitkan dengan cantik dan intelek yang memiliki semua sifat wanita cemerlang iaitu Cantik, Ceria, Cergas dan Cerdik.

A - Aspirasi kepada kaum lelaki apabila berdampingan dan memiliki wanita cantik yang akan mempertingkatkan lagi semangat dan jati diri lelaki.

N - Nilai-nilai positif wanita yang disenangi seperti sikap kemanjaan, kemesraan dan keibuan banyak dikaitkan dengan wanita cantik.

T - Takluk dunia dengan kecantikan dan sejarah telah membuktikannya dengan kecantikan Cleopatra telah melemahkan pahlawan ternama Mark Anthony, bagaimana Majnun menjadi gila kerana kecantikan Laila!

I - Inspirasi wanita cantik juga menjadi dambaan lelaki dan tidak dinafikan bahawa cantik itu sebagai penyalur idea dan ilham yang memberi inspirasi kepada lelaki. Wanita-wanita Malaysia yang cantik antaranya Siti Norhaliza, Norfazura menjadi sumber inspirasi kepada wanita-wanita lain untuk kekal cantik dan menarik.

K - Kejayaan juga dikaitkan dengan kecantikan kerana wanita-wanita yang ternama dan berjaya ramai terdiri daripada wanita-wanita cantik, menarik dan bergaya.

Dengan tagline beauty is the sign of success menjadikan wanita sanggup beratur inline dan online untuk membeli kosmetik untuk cantik! Hingga wang mereka pun offline!

Penulis merupakan seorang PROF. MADYA DR. RUSINAH SIRON daripada Kolej Pengajian Siswazah UNITEN, Kampus Putrajaya.

Amacam ?

MMI.

GEMPAR ! Hiburan Tiang Pula Menjadi Pilihan


KUALA LUMPUR - Polis menahan 69 wanita warga tempatan dan asing serta seorang mak nyah, yang dipercayai melakukan kegiatan pelacuran,  semasa menyerbu dua kelab malam dan pub yang menawarkan hiburan tarian tiang di ibu negara awal pagi tadi.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) DSP Azman Mohd Isa berkata serbuan pertama dilakukan ke atas sebuah kelab di Jalan Changkat Thambi Dollah pada 1 pagi dan menahan 17 wanita warga Thailand, yang dipercayai menjadi penghibur seks.

"Turut ditahan seorang mak nyah warga Thailand yang telah menjalani pembedahan menukar jantina. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 21 dan 33 tahun.

"Seramai 14 lagi wanita warga tempatan turut ditahan dalam premis itu bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi kedua kemudian dilakukan dengan menyerbu sebuah pub berhampiran Menara PGRM pada 3 pagi dan menahan 37 wanita tempatan serta seorang wanita warga Vietnam yang kesemuanya berusia antara 17 dan 50 tahun.

Azman berkata siasatan awal mendapati kedua-dua premis hiburan itu menawarkan hiburan tarian tiang untuk menarik pelanggannya berdasarkan dua tiang yang ditemui di pentas dalam premis terbabit.

"Selain itu, pelanggan juga boleh ‘mengalungkan bunga’ kepada pelayan yang diminati dan kita percaya ini akan menjurus kepada kegiatan pelacuran,” katanya.

Beliau berkata aktiviti kalungan bunga diadakan dengan harga RM20 bagi setiap kalungan dan pelayan wanita itu akan mampu memperoleh 'tips' sehingga RM1,000 oleh pelanggan yang meminati mereka.

"Mereka ini akan dipakaikan jubah khas yang berharga RM1,000 jika diminati oleh pelanggan dan mereka akan menjadi pelayan paling popular pada malam itu.

Kita juga masih menyiasat penglibatan wanita warga tempatan itu," katanya.

Azman berkata siasatan lanjut mendapati kedua-dua premis yang diserbu telah beroperasi sejak sebulan lepas dan tidak mempunyai lesen perniagaan sah.

Beliau berkata operasi itu berakhir kira-kira 4 pagi dan mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi membantu siasatan mengikut Akta Hiburan (tiada lesen) dan Akta Imigresen (membenarkan warga asing kerja tanpa permit).Sumber Bernama.

KOMBINASI gambar rakaman menunjukkan beberapa aksi menjolok mata yang dilakukan gadis-gadis tempatan dan Siam di sebuah kelab malam di Pandan Perdana, Ampang Jaya awal pagi semalam. Seorang lelaki dilihat membawa bunga untuk dikalungkan pada leher penari tiang.Sumber pemikirpolitikjerantut.blogspot.com
Macam-macam ada...

MMI.

Benarkah Tiada Rasuah Dalam Pakatan Rakyat ?


Naib Ketua Pemuda MCA, Datuk Yoo Wei How mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan kepada umum mengenai dakwaan pemberian projek didedahkan Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy baru-baru ini.

Menurutnya, perkara ini perlu diselesaikan secepat mungkin oleh Guan Eng kerana ia bukanlah isu kecil, tetapi melibatkan kepentingan rakyat Pulau Pinang secara keseluruhan.

“Rasuah adalah kesalahan besar. Tidak kisahlah sama ada dakwaan itu betul atau tidak. Ia tetap tugas Guan Eng sebagai Ketua Menteri untuk memberi respons dan bukannya hanya memberi alasan.

“Saya juga pelik kenapa Guan Eng masih berdiam diri apabila Adun Seri Delima, RSN Rayer secara terbuka mencabar Ramasamy mendedahkan bukti dan melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, Wei How turut menegur kerajaan Pulau Pinang yang sering kali mendakwa mereka sentiasa mengamalkan polisi kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan namun situasi semasa menggambarkan sebaliknya.

“Respons daripada Rayer dan penafian pantas oleh Ramasamy yang mengatakan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu seolah-olah DAP Pulau Pinang mahu membersihkan isu ini dengan mendakwa ia adalah krisis dalaman,” katanya.

Isu ini semakin panas apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menuduh Ramasamy cuba menentangnya disebabkan beliau menolak untuk mendapatkan projek berkepentingan.

Macam mana ni,kalau berdasarkan laporan di atas jelas menunjukkan dalam Pakatan Haprak juga wujud budaya rasuah ni.Tapi ada sorang mamat ni dari parti sahabat Lim Guan Eng telah menyatakan bahawa negara hanya boleh diselamatkan dari budaya rasuah apabila Pakatan Haprak memerintah.Eh betul ke ? Tak percaya jom kita tengok.


Pas Perak menyifatkan amalan rasuah di negara ini hanya dapat dibanteras jika PR memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Pesuruhjaya, Abu Bakar Hussain berkata, kes rasuah di negara ini cukup membimbangkan dan sejak 54 tahun mencapai kemerdekaan gejala ini tidak pernah surut, bahkan sentiasa membuak-buak dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, pelbagai kempen dan strategi dilaksanakan khususnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun sehingga kini hanya kumpulan bawahan sahaja yang dikenakan hukuman, manakala kumpulan atasan seolah-olah kebal dari segala hukuman.

“Sebagai sebuah negara yang memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan majoriti rakyatnya pula beragama Islam, gejala yang menular dalam masyarakat kita hari ini cukup memalukan.

“Sepatutnya, kerajaan yang memerintah hari ini perlu lebih proaktif untuk membanteras gejala rasuah daripada terus menjadi barah kepada masyarakat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambah beliau, kecuaian dan pengabaian dalam memelihara ajaran Islam dan tidak menjadikannya sebagai agenda utama dalam pentadbiran negara akan menyebabkan rasuah akan terus kekal bermaharajalela dan sukar diperangi.

“Satu-satunya cara untuk memerangi gejala rasuah ialah dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan bukannya menggunakan Islam hanya apabila tersepit sahaja” ujarnya.

Beliau berkata, sekiranya duit yang berbilion yang tiris dan bocor kerana rasuah dapat dibendung serta digunakan untuk kegunaan manfaat rakyat, negara akan lebih maju lagi.

Abu Bakar Hussain ni bercakap apa ? Dia rasa Pas tu hebat sangat dah ke ? 

MMI pernah menyaksikan sendiri bagaimana dalam setiap pilihan raya puak-puak Pas ni menuduh UMNO hanyalah sebuah parti yang menggunakan duit untuk menggerakkan jenteranya namun dalam salah satu pilihan raya kecil juak-juak Pas ni sanggup berbaris panjang semata-mata untuk mendapatkan UPAH setelah penat seharian mencaci petugas-petugas UMNO dan Barisan Nasional.

UMNO DITUDUH RASUAH kalau PAS UPAH!

Sembang apa Bro.....

MMI

Isu SBPA: JPA-CEUPACS capai persetujuan - Menyampah Dengan Omar Osman


MMI menyampah betul dengan Dato' Hj Omar Osman ni,Sebagai seorang Presiden CUEPACS beliau sepatutnya berusaha lebih untuk memastikan semua kakitangan awam melaksanakan tugas mereka dengan baik.Ini tidak meroyan lebih-lebih pula.Macam-macam yang dimintanya.

MMI bukan dengki kepada kakitangan awam terutamanya soal tuntutan gaji dan bonus,namun biarlah setiap permintaan itu disertai dengan usaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kakitangan awam.

Masih terdapat kakitangan awam yang tidak efisien dalam melaksanakan tanggungjawab mereka khususnya dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan kesannya akan kembali kepada kerajaan Barisan Nasional.

Presiden CUEPACS buat apa selain daripada meminta-minta?Tahukah beliau bersepah kakitangan awam hari ini yang tidak menunjukkan mutu perkhidmatan yang baik dan lebih dasyat lagi mereka-mereka ini juga terdiri daripada mereka yang kerjanya makan gaji dengan kerajaan tapi dalam masa yang sama menghentam kerajaan.

MMI cuma nak berpesan kepada Dato' Haji Omar Osman selepas ini buat kerja sikitlah,Mana ahli-ahli CUEPACS dikala Barisan Nasional terlibat dalam pilihan raya baik kecil mahupun umum? Sepatutunya CUEPACS perlu menurunkan jenteranya untuk sama-sama membantu kerajaan Barisan Nasional mencapai kemenangan seterusnya menjadi kerajaan yang mampu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


Sepanjang pemerhatian MMI tiada langsung kelibat ahli-ahli CUEPACS yang turun sebagai jentera untuk membantu kempen-kempen Barisan Nasional dalam pilihan raya yang pernah diadakan di negara kita ini.Kalau setakat menjadi ketua pusat mengundi dan kakitangannya tak cukup bro..Turunkan jentera CUEPACS untuk sama-sama berkempen dan membantu memenangkan calon-calon Barisan Nasional dalam setiap pilihan raya kecil mahupun umum.

CUEPACS sebenarnya gagal sebagai sebuah badan kepada seluruh kakitangan awam kerana masih terdapat mereka-mereka yang tidak menyokong kerajaan.MMI tak pernah pun mendengar program-program yang diatur oleh mereka untuk memastikan semua kakitangan awam mengetahui tanggunjawab dan amanah yang seharusnya dipikul oleh mereka.


Terbaru berkenaan isu SBPA,bermula di PUTRAJAYA 28 Dis. – Isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selesai sepenuhnya apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menyelesaikan kemelut tersebut.


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, majlis menandatangani MoU itu yang berlangsung hari ini berjalan lancar dengan disaksikan pengurusan tertinggi kedua-dua pihak.

‘‘JPA dan CUEPACS akan meneruskan perbincangan berhubung perkara-perkara umum yang berbangkit secara berkala setiap tiga bulan untuk dilaksanakan sekiranya sesuai.

‘‘Sebagai contoh, isu CUEPACS mahu kelayakan masuk perkhidmatan awam bagi mereka yang berkelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dinaikkan kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, CUEPACS mencadangkan agar kelayakan minimum untuk menyertai perkhidmatan awam dinaikkan kerana beranggapan PMR sudah tidak lagi sesuai.

Abu Bakar berkata, bagi perkara-perkara yang hendak dilaksanakan tetapi melibatkan peruntukan kewangan akan dibentangkan kepada kerajaan terlebih dahulu untuk pertimbangan.

‘‘CUEPACS setuju opsyen SBPA dilanjutkan sehingga 15 Januari kerana masih ramai yang belum menerima borang memandangkan ia perlu diedarkan ke seluruh negara termasuk kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara,’’ katanya.Sumber Utusan Malaysia.

Lagi sekali kepada ahli-ahli CUEPACS bangun lah buat kerja jangan hanya menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur.Bonus dan macam-macam lagi semua ambik tapi mana jentera untuk membantu kerajaan dalam setiap PRK dan PRU ? Maka oleh kerana itu Dato' Haji Omar Osman BERTANGGUNGJAWAB DAN DIKIRA GAGAL.

  

MMI.

Wednesday, 28 December 2011

GEMPAR! Bukti Pakatan Haprak Makin Sesat

MMI terpaku sejenak setelah melihat satu berita yang rasanya dah sampai tahap melampau.Sebagai seorang manusia yang lahir dari kalangan keluarga beragama Islam,MMI telah didik dengan begitu sempurna sekali oleh kedua ibu dan bapa semenjak dari kecil lagi.Bukannya MMI nak angkat diri kononnya diri ini dah sempurna segalanya.Tapi sebagai seorang manusia dan anak yang tidak pernah sesekali diabaikan oleh keluarganya,pegangan dan nilai-nilai Islam tetap terpahat di hati.Walaupun dengan kekurangan yang ada pada diri MMI tak lah sampai ke tahap bercakap perkara-perkara yang karut-marut apatah lagi perkara yang bukan-bukan mengenai Islam.

Hari ini negara digemparkan dengan satu ceramah oleh Badrul Amin anak kelahiran Sabah yang telah mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi yang bakal bangkit memimpin umat seterusnya membebaskan Al-Agsa.Apa nak jadi ni ? Ikuti ceramah beliau di bawah. 


Transkrip

"kalu ini berlaku sedara, kalu ini berlaku sedara bermakna pembebasan al aqsa sudah hampir"
"kita hanya perlukan satu lg syarat untuk bebaskan al aqsa"
"apadia?? perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat islam!! paling tidak menyatukan dunia arab"
"sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan??"
"dimana agak agak??"
"apakah muamar gaddafi?tadak salah itu koboi tua sudah xboleh pakai."
"apakah apakah ahmadinejab di iran??lakh dia syiah xboleh jugak"
"apakah turki yang akan lead, akan memimpin dunia islam waktu itu??tdak, zaman turki sudah terlepas sudah berlalu, ya akhi"
"sedara penah dgar tak hadis nabi saw tentang kebangkitan islam di akhir zaman nanti datang dari belah mana??"
"dari belah mana??timur.."
"timur itu dimana, bukan di timor leste!"
"timur itu our region, ini ini timur"
"tapi banyak negara di timur ini"
"apakah di indonesia??bukan"
"singapore??oo jauh"
"brunei??lambat sangat"
"aaa thailand, filipine atau kalau tanya sy?"
"sy kata dia ada di??di malaysia."
"sudah adakah pemimpim itu saudara??"
"tanya sy, sy kata dia sudah ada."
"pemimpin itu sedang disiapkan"
"dia sedang melalui series of trials ujian"
"dia sedang di uji"
"satu peringkat ke satu peringkat"
"y kalau calang calang org menerima ujian itu sudah tentu lllame binasa"
"tetapi, dia seorg y kuat..makin di uji dia makin kuat!"
"dan sekarang ujianya peringkat akhir.."
"ujian kepada pemimpin itu di peringkat akhir, sedara"
"insyallah kalau lepas ujian ini dia akan bangkit memimpin umat"
"dan waktu itu insyallah kita akan meraikan pembebasan al aqsa..pemimpin itu sekarang ini menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"
"leading arab countries bukan negara arab y miskin miskin"
"negara arab y kaya kaya saudi dubai emirates abu dhabi ya"
"dia menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"
"dia juga dihormati dibarat dan ditimur"
"dia boleh bercakap soal islam di pentas antarabangsa"
"org hormat pendirianya" "org hormat ketegasannya''
"dan org hormat prinsip agamanya"
"tidak lain tidak bukan"
"sedara Anwar Ibrahim"


MasyaAllah..Sampai begitu sekali diangkatnya pemimpin mereka ? Apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Badrul Amin ini ? Bagi MMI sebagai umat Islam kita harus terus menolak kenyataan ini dan Badrul Amin perlu dikenakan tindakan sewajarnya.

Kepada juak-juak Pas yang melabelkan mereka sebagai pejuang Islam,MMI nantikan kenyataan dan jawapan pendirian saudara-saudara berkenaan kenyataan di atas.Nik Aziz seharusnya mengeluarkan kenyataan sama ada menyokong atau menolak kenyataan tersebut.Berdiam diri bermakna Nik Aziz dan Pas bersekongkol dengan apa yang diucapkan oleh Badrul Amin.

Terpulanglah kepada diri masing-masing namun MMI tetap dengan pendirian bahawa kenyataan mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi hanyalah bermotifkan politik untuk menghasut rakyat bangun mempertahankan Anwar daripada dikenakan tindakan serta hukuman pada 9 Januari 2012 nanti.

Jangan pergunakan agama Islam untuk kepentingan politik kepartian.

Kepada semua kita harus menolak kenyataan tersebut.

MMI.

Tuesday, 27 December 2011

DAP Pulau Pinang Bergolak - LGE Lari Naik Kapal Selam


DAP Pulau Pinang terus bergolak apabila pertembungan Karpal Singh dengan Dr P. Ramasamy dilihat semakin memuncak.Dalam kemelut yang semakin meruncing ini kelibat Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak kelihatan.Pelbagai persoalan timbul dimanakah beliau sewaktu DAP Pulau Pinang amat-amat memerlukan seseorang untuk menyelamatkan perang mulut diantara barisan kepimpinan mereka sendiri.

Terbaru berkenaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer hari ini mencabar Prof. P. Ramasamy menunjukkan bukti siapa yang meminta pertolongan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu untuk mendapatkan projek.


Rayer berkata, kenyataan Ramasamy berhubung perkara berkenaan jelas menjatuhkan imej parti serta memberi persepsi buruk kepada masyarakat terhadap DAP.

Beliau turut mencabar Ramasamy mengemukakan nama individu dan projek yang terlibat serta melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kenyataannya yang mengatakan ada beberapa individu dalam parti (DAP) meminta projek daripada beliau adalah tidak benar. Jika benar, saya cabar beliau kemukakan bukti.

“Saya berasa dukacita kerana tindakan beliau memalukan parti dengan membuat tuduhan melulu sedangkan semua orang tahu kita mengamalkan sistem tender terbuka bagi semua projek,’’ katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Rayer, tindakan Ramasamy itu jelas menunjukkan sikap tidak menghormati pucuk pimpinan parti.Berita Lanjut.

Ternyata DAP Pulau Pinang semakin tenat.

Daripada maklumat yang MMI perolehi rupa-rupanya Lim Guan Eng dikhabarkan telah pergi bercuti disaat DAP Pulau PInang dilanda masalah.Hahaha cukup hebat Ketua Menteri Pulau Pinang sorang ni,dalam suasana politik DAP yang dilihat kacau bilau beliau boleh mengambil keputusan untuk bercuti.

Maka tinggallah Dr P. Ramasamy terkontang kanting seorang diri berusaha untuk meyelamatkan DAP dari serangan-serangan sahabat mereka sendiri.Yang pasti Lim Guan Eng hanya meneropong dari jauh sahaja.Mungkin ketika ini sedang menggunakan teleskop dalam kapal selam agaknya melihat sejauh mana DAP Pulau Pinang boleh bertahan,.hehehe

Gerakan Untuk Menggulingkan Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang.


Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy menafikan dakwaan wujudnya gerakan besar-besaran untuk menggulingkan beliau dari negeri berkenaan.

Katanya, dakwaan yang mengaitkan beliau seperti mana dilaporkan dalam akhbar The Star adalah tidak berasas.

‘‘Saya tidak pernah membuat kenyataan terhadap pemimpin-pemimpin DAP,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun, apabila diasak untuk mendapatkan penjelasan, beliau berkata: “Saya tidak mengeluarkan kata-kata tersebut tetapi saya tidak menuduh bahawa mereka (wartawan) telah menokok tambahnya.”

Jumaat lalu, The Star melaporkan Ramasamy telah membidas pengkritik-pengkritiknya, menuduh mereka merancang untuk menyingkirkan beliau setelah tidak bertindak balas terhadap rundingan berkenaan projek-projek dan bantuan-bantuan.

Semalam, Ramasamy berkata, beliau hanya mengadakan “perbincangan” dengan beberapa wartawan pada Khamis lalu mengenai bagaimana Pulau Pinang boleh bergerak ke hadapan dengan perhatian khusus diberikan kepada masyarakat India.

Menurut Ramasamy, beliau mahu menjelaskan perkara tersebut dan ia dilakukan atas kehendak sendiri serta tidak menyasarkan sesiapa.

“Saya perlu memberikannya (penjelasan) supaya saya tidak disalah tafsir,” katanya.


Sementara itu, Ramasamy mengakui bahawa terdapat soal dan jawab mengenai perkara-perkara berkaitan parti semasa perbincangan tersebut tetapi tiada menyentuh apa-apa isu tentang “godfather-warlord” antara beliau dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

“Sebahagian besar daripada soalan adalah mengenai kebimbangan masyarakat di Pulau Pinang. Bercakap perkara-perkara berkaitan dengan dalaman parti kepada akhbar merupakan perkara terakhir yang saya akan lakukan,” katanya.

Ramasamy berkata, beliau tidak pernah menulis kepada Karpal untuk menjelaskan perkara berkenaan tetapi membiarkan parti menguruskannya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manoharan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A. Sivanesan: Senator S. Ramakrishnan dan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, T. Kannan.

Berhubung kehadiran pemimpin DAP pada sidang akhbar beliau yang akan dianggap sebagai menunjukkan sokongan, Ramasamy berkata, kehadiran pemimpin-pemimpin tersebut hanya kerana mereka mengambil berat tentang perkembangan dalam parti.

“Mereka adalah rakan saya dan telah mengenali saya untuk tempoh yang lama. Sila jangan tersalah anggap mengenainya,” ujar beliau.

Ramasamy bagaimanapun menolak untuk memberi komen berhubung permintaan Karpal supaya beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Beliau juga menjelaskan, kerap berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin DAP, termasuk Karpal, Penasihat parti, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng untuk membincangkan perkara-perkara tertentu serta mendapatkan nasihat.

“Terdapat interaksi yang berterusan. Malah, Guan Eng yang kini bercuti, menghubungi saya untuk mengetahui perkembangan dalam negeri dan parti,” katanya.


Pssssttt MMI pun nak bercuti juga lah..

MMI.

Labels