Followers

Tuesday 13 December 2011

Juak-Juak Pakatan Haprak Semakin Kelam Kabut - PAS Bakal Kehilangan Pemimpin Hebat


Dalam suasana politik negara yang semakin panas ini jika diamati betul-betul ternyata juak-juak pakatan haprak sekarang semakin panas punggung.Mereka yang terkenal dengan sifat patuh tak bertempat ni dah semakin berani secara terang-terangan bukan saja untuk berkempen malahan merayu pun dah mula dilakukan secara terbuka khususnya melalui media maya.

Datuk Dr. Hassan Ali satu nama yang tidak asing lagi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang bergama Islam.Beliau merupakan salah seorang pemimpin Pakatan Haprak dalam negeri Selangor yang dilihat begitu berani untuk terus meletakkan kebenaran di atas landasannya tanpa ada rasa takut dan gentar terhadap mana-mana pihak.Lihat saja peristiwa rampasan arak dan isu murtad di Selangor,Walaupun menerima tekanan daripada rakan sendiri parti DAP di Selangor dan rakan Melayu beragama Islam yang sealiran hanya berdiam diri namun beliau tetap tegas dengan pendiriannya berkenaan satu-satu perkara yang turut dilihat ada kebenarannya.


Terbaru juak-juak pakatan haprak sudah mula menghidu perubahan pada Dr Hassan Ali apabila munculnya cakap-cakap atau kenyataan yang dikeluarkan melalui blog atau media maya yang lain yang mahukan supaya Dr Hassan Ali terus memberikan tumpuan kepada perjuangan pakatan haprak.Cukup jelas dan bukan saja pujukan malah amaran juga telah diberikan kepada Dr Hassan Ali bahawa jangan sampai mereka menggelarkan beliau dengan BARUA TERHORMAT hanya kerana beliau dikatakan layak untuk membawa perpaduan diantara UMNO dan PAS.Inilah sikap dan sifat puak-puak pakatan haprak yang jelas terpesong daripada perjuangan asal mereka.


MMI bawakan kepada semua paparan dibawah agar semua dapat membuat penilaian tersendiri.Inilah paparan yang dikeluarkan oleh juak PAS penyokong tegar pakatan haprak dalam usaha untuk memastikan riwayat PAS dan para sahabatnya dalam kancah politik tanahair dapat terus bertahan.


WEDNESDAY, DECEMBER 7, 2011


Hassan Ali tolong jangan layan S.O.S pencacai Umno jika masih sayangkan PAS!!!


Datuk Dr. Hassan Ali dipohon......diminta jangan sekali2 melayan kehendak pencacai Umno......tolong jangan sekali2 bertindak sehingga orang akan kata hidung tak mancung...pipi pulak tersorong-sorong.

Umno mengharap sangat2 ada seseorang yakni PAS mencampakkan boya untuk menyelamatkannya......sesungguhnya Umno sedang 'meneguk air' dan dalam kelemasan.

Kaki Umno tidak mencecah dasar......arus pula sangat deras.....sebelum ombak tsunami PRU13 tiba, Umno mengharap sangat-sangat boya penyelamat.

Pencacai Umno mengharap Hassan Ali menjadi orang tengah agar PAS menghulurkan tangan untuk menyelamatkan Umno dari terus hanyut oleh 'arus' yang deras......JIKA Hassan Ali menerima tugas yang teramat HINA ini maka jangan marah kalau ahli PAS memberi gelaran terbaharu iatu 'barua' terhormat.
Inilah sikap dan budaya mereka dalam Pakatan Haprak.Tetapi manakan pokok bergoyang kalau tidak ditiup angin ? betul tak ? Sebab itu lah juak-juak PAS ini sudah mula memulakan rentak untuk merayu malahan menggertak pemimpin mereka sendiri hanya kerana perbezaan pendapat.Ternyata PAS dan Pakatan Haprak semakin goyang apatah lagi dengan isu terbaru ANWAR IBRAHIM DISAHKAN MELIWAT SAIFUL BUKHARI ini diakui sendiri oleh peguam belanya Karpal Singh.


Terbaru pula berkenaan senarai nama calon untuk bertanding dalam PRU ke-13 nanti diberitakan bahawa nama Dr Hassan Ali dari Selangor digugurkan sebagai calon.Maksudnya nama beliau tidak dicadangkan oleh mana-mana cawangan,bahagian mahupun negeri untuk disenaraikan sebagai calon.Pelikkan ? Dr Hassan Ali bukan calang-calang pemimpin dan beliau merupakan yang terbaik pernah kerajaan Pakatan Haprak dan PAS di Selangor miliki.

Pastinya kerana beliau dilihat tidak sehaluan dengan dasar pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan juga berkenaan dasar-dasar parti PAS selama ini.Terang dan jelas semua dapat melihat bahawa perkara ini bukan main-main ianya telah menjadi barah dalam PAS sendiri sehinggakan kenyataan ini terpaksa dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Ikuti kenyataan ini.



Sinar Harian

SHAH ALAM - Kedudukan Datuk Dr Hasan Ali untuk kekal atau sebaliknya untuk kerusi Dun Gombak Setia masih belum diputuskan. 
Sehingga kini, Majlis Syura Pas masih belum menerima pencalonan daripada Selangor dan beberapa beberapa negeri lain.
Ketua Pene­rangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Majlis Syura Pas hanya menerima 60 peratus sahaja senarai pencalonan daripada setiap cawangan Pas.

““Sekali pun nama berliau tidak dicalonkan di peringkat cawangan, ia tidak bermakna beliau tidak layak. Pas melihat kredibiliti dan kepentingan ahli untuk menjadi calon.Lagi Berita 



Seperti yang MMI perkatakan cawangan pun tidak mencalonkan nama Dr Hassan Ali sebagai calon sedangkan beliau merupakan pemimpin pakatan haprak negeri Selangor yang dilihat begitu komited dalam memastikan urusan khususnya soal yang menyentuh agama Islam di pertahankan.Inilah sebenarnya wajah PAS dalam pakatan haprak yang dilihat sudah hilang kredibilitinya dan menerima cara dan pembawakan Anwar Ibrahim dalam politik mereka.Syabas kepada semua pencacai PKR dan DAP. 

PAS ternyata merupakan sebuah parti yang gagal membentuk jatidiri para pemimpin mereka.Pembohongan dan fitnah merupakan wadah yang sentiasa mereka lakukan malahan mungkin telah menjadi amalan dalam hidup.MMI bawakan bukti bahawa PAS sememangnya suka berbohong dan memfitnah.Berikan tumpuan dan lihat kelakuan pemimpin PAS apabila mereka telah terperangkap dengan pembohongan dan fitnah mereka.Semuanya untuk renungan kita bersama.Sumber PapaGomo.



Apa pun yang berlaku selepas ini yang pastinya PAS semakin tertekan kerana dikhabarkan terdapat 2 nama pemimpin hebat mereka bakal meninggalkan parti PAS dalam sedikit masa lagi.Kita tunggu dan nantikan.

P/S Sentiasa menyokong dan menantikan perpaduan diantara UMNO dan PAS berlaku.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels