Followers

Friday, 30 March 2012

Anwar Bakal Berdepan Umi Hafilda Di Tasek Gelugor ???


Umi Hafilda satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia politik tanahair kita.Kelantangan dan pendedahan yang telah beliau lakukan di seluruh negara membuatkan Anwar Ibrahim semakin tertekan bahkan sehingga ke hari ini Anwar Ibrahim masih tidak menyaman Umi Hafilda di atas setiap pendedahan dan pembongkaran berkenaan siapa Anwar sebenarnya.

Jika dilihat daripada momentum Anwar hari ini siapa saja yang dilihat menyerang beliau pastinya notis saman akan sampai yang bernilai jutaan ringgit.Namun lain halnya dengan Umi Hafilda,Anwar Ibrahim dilihat seolah-olah takut untuk bersuara malah jauh sekali untuk menyaman.Apakah sebenarnya yang di takuti oleh Anwar Ibrahim untuk menyaman Umi Hafilda ?

Jika dikira cakap-cakap orang lama sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil bermakna pembongkaran oleh Umi Hafilda mengenai Anwar Ibrahim adalah benar.Sejauh mana kebenarannya?


Jom hadir beramai-ramai pada 31 Mac 2012 jam 9.00 malam bertempat di Pokok Sena Tasek Gelugor Pulau Pinang untuk mendengar sendiri pendedahan dan pembongkaran siapa Anwar Ibrahim oleh Umi Hafilda.

Datang sendiri dan dengar sendiri pendedahan tersebut kemudian anda semua nilailah.Paling penting jangan lepaskan peluang ini kerana kebenaran akan ditegakkan pada malam 31 Mac 2012.Mai jangan tak mai.

Anwar Ibrahim nak berdepan Umi Hafilda ?? Nak saman pun tak berani !!

Pssstt Anwar takut dengan Umi Hafilda!!

MMI.

Thursday, 29 March 2012

Isu Saman Guan Eng - Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Tidak Berganjak


Kemelut isu tanah Bayan Mutiara masuk ke episod baru apabila Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang akan menyaman Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang dengan alasan melakukan fitnah terhadap beliau.Semuanya menjadi lebih menarik apabila soal tanah tapak masjid yang diberitakan turut dijual oleh Guan Eng di pertahankan oleh Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang malah dalam sidang akhbar yang diadakan petang tadi Ir. Shaik Hussein Mydin sekali lagi memberi kata dua kepada Guan Eng supaya kembalikan tanah tapak masjid tersebut.

Ayuh semua orang-orang Melayu khususnya di Pulau Pinang bangun untuk kita sama-sama pertahankan hak kita.


SYABAS Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang,Barisan pemuda mengikuti penuh minat perkembangan yang bakal berlaku selepas ini.Guan Eng dikhabarkan makin panas punggung dan tak senang duduk.


Kepada juak-juak PAS terutamanya PAS Pulau Pinang sehingga ke hari ini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan dan menjadi persoalan sekarang apakah PAS Pulau Pinang khususnya Pemuda PAS masih takut untuk bersuara ? Atau mereka turut sama-sama bersekongkol dengan juak-juak DAPigs untuk melihat Melayu dan Islam di hancurkan.

MMI masih menanti tindakan daripada Pemuda PAS Pulau Pinang dalam soal ini.

Membangun Bersama Islam ! Eh bukan sekarang Negara Berkebajikan .. Emmm.. 

MMI. 

Pemakaian Skirt Pendek Di Larang !!


Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Suryadharma Ali, semalam menyatakan dia sedang mempertimbangkan peraturan untuk mengenakan larangan pemakaian skirt pendek terhadap golongan wanita, susulan daripada penubuhan pasukan petugas antipornografi di negara itu pada awal bulan ini.

Pasukan petugas tersebut kini sedang membincangkan langkah-langkah untuk menangani penularan pornografi, termasuk melaksanakan etika berpakaian baru bagi golongan wanita.

“Wanita perlu mematuhi etika berpakaian umum seperti memakai skirt di bawah paras lutut mereka,” katanya.

Menurutnya, definisi pornografi boleh menjadi subjektif, tetapi langkah untuk membendung aktiviti menjurus ke arah itu perlu dilakukan dengan segera.

Itu di Indonesia,Malaysia macam mana pula ? Sepatutnya kita juga mengenakan larangan yang sama supaya moral dikalangan anak muda kita dapat sama-sama kita perbaiki.

Lihat saja bagaimana isu seorang artis berskirt pendek sehinggakan menampakkan apa yang tidak sepatutnya nampak.


Malu aihh..kalau Anwar tengok tak tau lah!!

Jika larangan yang sama seperti Indonesia nak lakukan di Malaysia MMI sokong perkara-perkara baik macam ni.

MMI.

Eksklusif - Antara Tun Mahathir & Tok Malau


Kenyataan Tun Mahathir berkaitan transformasi yang harus dilakukan oleh UMNO untuk menambah nilai dan terus kekal relevan mendapat pelbagai pandangan dari banyak pihak.Seperti biasa kenyataan daripada Tun Mahathir memerlukan kita untuk melihat dengan lebih luas supaya kita tidak terkeluar daripada landasan yang sebenar dari topik perbincangan mahupun satu-satu kenyataan.

MMI melihat kenyataan Tun Mahathir berkaitan UMNO harus membuka pintu kepada golongan profesional untuk menyertai parti sebenarnya merujuk kepada proses tranformasi yang dilakukan oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional hari ini.


Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan  profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya.

Bernama melaporkan bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.

Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.

Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.

"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang,"

Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.

Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.


Tidak bererti kenyataan tersebut menunjukkan selama ini UMNO tidak membuka pintunya kerana lihat saja dalam UMNO hari ini terdapat golongan profesional yang turut bersama-sama berjuang mengangkat martabat parti seterusnya berjuang membela nasib Bangsa,Agama dan Negara.

Dari pemahaman MMI sebagai orang muda yang mengikuti penuh minat proses transformasi kerajaan ini ianya sebenarnya adalah satu mekanisma terbaik dalam usaha UMNO untuk memantapkan parti dalam konteks politik hari ini.

Namun masih ada lagi mereka-mereka yang masih ketinggalan dalam memahami apa yang dipanggil proses tranformasi baik dari sudut kerajaan mahupun parti.MMI bawakan satu kenyataan daripada pengamal media sosial melalui laman FaceBook yang memperkenalkan diri beliau sebagai Tok Malau yang secara terang-terangan membuat kenyataan berupa tuduhan dan mencaci hanya kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir.


Jika diamati kenyataan daripada Tok Malau ini ianya jelas telah menyimpang daripada perkara pokok yang secara jelas telah memperlihatkan betapa lemahnya pemahaman mereka terhadap proses transformasi ini atau mereka lupa bahawa hari ini UMNO sedang berubah kearah politik yang dinamik.

Secara jujur MMI katakan kenyataan yang dilontarkan oleh Tok Malau itu adalah satu tindakan BIADAP kerana turut mencaci negarawan negara yang sebenarnya banyak berjasa kepada rakyat Malaysia.

Melihat kepada tindakan tersebut jelas apa yang dimaksudkan oleh Tun Mahathir adalah benar kerana orang-orang seperti inilah sebenarnya yang menyebabkan UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang lemah.Jika dikira pandangan anak-anak muda hari ini ianya turut bercanggah dengan apa yang dilontarkan oleh Tak Malau.

Kita harus akur dan menerima bahawa politik negara hari ini sebenarnya sedang berubah dan perubahan ini menuntut agar setiap ahli UMNO itu berubah.Perubahan ini pula bukan bererti kita meninggalkan perkara-perkara yang lama tetapi disusun dan diselia dengan cara dan kaedah baru supaya ianya selari dengan suasana politik hari ini.

Percaya bahawa perubahan ini memerlukan sedikit pengorbanan maka setiap ahli UMNO sebenarnya harus bekerja lebih untuk mencari dan memahami apa yang sedang diusahakan oleh pucuk pimpinan parti kerana ianya bakal menentukan sejauh mana UMNO akan terus relevan kepada rakyat dan negara.

Setiap manusia tidak sempurna dan kerana ketidaksempurnaan itulah Tun Mahathir hari ini memberikan pandangan sebegitu supaya UMNO lebih baik dan dapat meneruskan perkhidmatannya kepada rakyat serta kekal menjadi benteng terbaik kepada perjuangan membela nasib Bangsa,Agama dan Negara.

Berbalik kepada Tok Malau,Apakah MMI akan dituduh tidak menghormati orang-orang lama hanya kerana politik hari ini menuntut perubahan ? Apakah MMI akan dikeji sekiranya persoalan diwaktu mereka mempunyai kuasa mengapa tidak menjadikan UMNO ini lebih baik dari sekarang ? Apakah MMI akan dibuang terus dari kancah politik sekiranya kenyataan berbunyi "Kerana kamulah dulunya maka kami anak muda hari ini menanggung sengsara untuk melihat UMNO terus kekal relevan ?

Maaf sekiranya bahasa yang MMI gunakan agak kasar namun itulah hakikatnya.Setiap dari kita ada kelemahannya dan tak bererti kelemahan yang dulunya harus terus dijadikan sebagai benteng untuk kita maju hari ini.



MMI.


Guan Eng Tak Senang Duduk Angkara Shaikh Hussein Mydin!


Siapa yang tidak kenal Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Ir. Shaik Hussein Mydin satu-satunya pemimpin yang pernah berdepan secara empat mata dengan Guan Eng sehinggakan ke hari ini nama beliau menjadi badi kepada Guan Eng di mana jua beliau berada.

Guan Eng ternyata cukup tidak selesa kerana hampir saban waktu dan hari beliau di hentam oleh Shaik Hussein khususnya berkaitan hal penjualan tanah Bayan Mutiara.Paling merimaskan Guan Eng apabila timbul isu penjualan tanah yang sebenarnya untuk pembinaan masjid di Bayan Mutiara.

Bagi MMI keberanian Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ini harus dipuji dan beliau tidak pernah gentar dengan setiap tindakan daripada pihak Guan Eng sendiri.Percaya dengan kata-kata Shaik Hussein bahawa kita mencari kebenaran dan seharusnya Guan Eng menjawab setiap persoalan yang dilontarkan namun sehingga ke hari ini masih bermain teka teki menyebabkan rakyat Pulau Pinang semakin marah dan mahukan jawapan daripada Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tertekan dengan desakan demi desakan Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Pemuda Umno negeri, Shaik Hussein Mydin selepas beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan berniat jahat berkenaan isu Bayan Mutiara.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau sudah tidak boleh bersabar dengan sikap Shaik Hussein dalam isu berkenaan selain tindakannya yang cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai fakta tidak tepat.

Guan Eng berkata, Shaik Hussein sekali lagi menuduh beliau menjual tapak masjid dan sekolah yang diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju.

Menurutnya, tuduhan itu melampau kerana beliau bukan sahaja cuba mengapi-apikan sentimen perkauman, malah cuba mencetuskan isu berkaitan agama.

“Ini bukan kali pertama. Sebelum ini, dia pernah menuduh Kerajaan Negeri menjual tanah Bayan Mutiara tidak melalui tender terbuka walaupun Kerajaan Negeri telah membuktikan bahawa penjualan tanah itu dibuat secara tender terbuka.

“Dan sekarang dia berbohong lagi dengan mendakwa saya menjual tapak masjid di kawasan itu. Ini fitnah yang melampau dan saya telah arahkan peguam untuk mengkaji perkara ini supaya kita boleh ambil tindakan undang-undang ke atasnya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam pada itu, Guan Eng yang diminta menjelaskan mengenai status sebenar tapak masjid dan sekolah itu bagaimanapun enggan memberi sebarang komen dan berkata hanya akan memberi penerangan mengenai perkara itu dalam mahkamah nanti.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Shaik Hussein mendakwa Guan Eng telah menjual tapak masjid dan sekolah di kawasan pembangunan asal Bayan Mutiara.

Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid.

Namun, beliau berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Dalam perkara ini pun Guan Eng masih bermain teka teki bilamana tidak mahu memberikan sebarang komen berkaitan status tapak masjid dan hanya mahu mendedahkannya di dalam mahkamah.Jelas tindakan Guan Eng ini sebenarnya membelakangkan rakyat yang mahukan jawapan dari mulut beliau sendiri selaku orang yang bertanggungjawab.

Inilah sikap pemimpin DAPigs yang hanya pandai menyerang peribadi pemimpin UMNO dan BN tetapi akan mencari pelbagai alasan apabila mereka pula diserang atau di soal.

Guan Eng ternyata kalah hanya di tangan seorang Ketua Pemuda UMNO Negeri.

Kepada Ir. Shaik Hussein teruskan perjuangan,Pemuda UMNO di seluruh negeri sentiasa bersama kamu untuk perjuangan membela nasib Bangsa,Agama dan Negara.

MMI.

Wednesday, 28 March 2012

Anwar Akan Hadir Karnival SkillsMalaysia Di Tasek Gelugor ???


Bertempat di Dewan Besar Sungai Dua Tasek Gelugor akan berlangsungnya satu Karnival SkillsMalaysia Koridor Utara 2012 bagi Zon Utara yang bertarikh 31 Mac 2012 sehingga 1 April 2012.Kepada semua MMI harapkan ambillah peluang ini untuk hadir beramai-ramai bagi mendapatkan segala peluang dan ruang yang bakal dihidangkan kepada anda khususnya kepada golongan belia kerana di karnival ini juga disediakan agensi-agensi mahu pun syarikat-syarikat yang bakal menawarkan peluang-peluang pekerjaan kepada anda.

Untuk makluman semua,inilah gerak kerja UMNO dan Barisan Nasional dalam usaha kita memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.Buat semua masyarakat di Tasek Gelugor dan Pulau Pinang gunakanlah peluang ini dengan sebaik-baiknya kerana dalam kawasan Zon Utara yang melibatkan Perak,Pulau Pinang,Kedah dan Perlis dipilihnya Pulau Pinang serta Tasek Gelugor sebagai tuan rumah.

Karnival SkillsMalaysia yang bakal berlangsung menyediakan pelbagai jenis pilihan kepada anda termasuklah ruang pameran,kaunter agensi-agensi kerajaan dan badan-badan swasta,gerai-gerai jualan,peluang kerjaya dan banyak lagi yang hanya boleh diketahui dan dinikmati sekiranya anda semua hadir sendiri ke Karnival SkillsMalaysia pada 31 Mac hingga 1 April 2012 nanti.

YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor sendiri akan merasmikan program tersebut.

Disamping itu SkillsMalaysia merupakan proses penjenamaan baru yang menjadi simbolik inovasi kepada latihan kemahiran bagi melambangkan jangkauan kemahiran ke aras paling cemerlang dan pencapaian terbilang hasil daripada kesatuan aspirasi bangsa dan negara dengan berpaksikan misi latihan kemahiran dalam kalimat SkillsMalaysia. 

Selaras dengan keperluan RMKe-10, iaitu Mengarusperdana Latihan Kemahiran, jenama SkillsMalaysia telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak pada 11 Januari 2011 sebagai salah satu daripada 19 aktiviti Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah EPP 5 Kempen Kesedaran SkillsMalaysia 2011 peringkat kebangsaan dimana Negara memerlukan 40% pekerja mahir bagi memastikan Malaysia menjadi Negara maju pada tahun 2020.

Maka objektif SkillsMalaysia diwujudkan agar dapat meningkatkan kesedaran terhadap peluang kerjaya dalam bidang latihan kemahiran dan seterusnya menjana ekonomi Negara berpendapatan tinggi akan tercapai. 

Jadi kepada anda semua datanglah beramai-ramai dan jangan melepaskan peluang sebaik ini.

Untuk Rakyat Kepada Rakyat.

Anwar nak hadir ? Haha dia mana mau bantu rakyat,pembohong lagi ada la..Jumpa MMI di sana hehehe... 

Psstt Pakatan Haprak sibuk nak berdebat rupa-rupanya YB Tan Sri lebih pentingkan rakyatnya daripada melayan juak-juak meroyan nak ke Putrajaya.Ampa pikirlah lah sendiri..

MMI.    

Tuesday, 27 March 2012

BUKTI Gerak Kerja Pemuda Di Iktiraf - Tahniah YB KJ !


Pertama sekali MMI nak ucapkan Tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin di atas perlantikan sebagai pengerusi PUNB.Bagi MMI inilah bukti daripada kerajaan dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO diatas segala gerak kerja pemuda selama ini.

Terima kasih juga kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberikan kepercayaan ini kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Bagi semua ahli Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh Malaysia perlantikan ini memberikan satu pengiktirafan terhadap segala usaha dan gerak kerja pemuda selama ini yang sentiasa bekerja untuk parti dan kerajaan.

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) hari ini mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru berkuat kuasa 1 April.

Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998.

Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini setelah berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1998.

PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB.

Yakin dan percaya dengan gerak kerja yang ikhlas untuk memperjuangkan Bangsa,Agama dan Negera hari ini pengiktirafan itu hadir dan pastinya ianya memberikan satu nafas baru bukan saja kepada YB KJ malah kepada seluruh pasukan Pemuda khususnya dalam persiapan menghadapi PRU Ke-13 nanti.

Saja letak gambar ni bagi juak-juak Pakatan Haprak geram sikit hehe

JOM PASTIKAN BN MENANG PRU13 !

MMI.

Nor Mohamed Yakcop Tutup Mulut Guan Eng Di Dewan Rakyat


Sebelum ini kecoh kononnya YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dikatakan sebagai pengecut dan sebagainya hanya kerana beliau tidak menyahut jemputan oleh AMK Pulau Pinang untuk berdebat dengan Lim Guan Eng berkenaan soal Tol.Bermacam-macam dakyah dikeluarkan oleh pihak pembangkang termasuk melalui blog-blog milik mereka sehinggakan memaksa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor membuat laporan polis.Klik Sini 

Namun semuanya dirungkaikan hari ini di Dewan Rakyat apabila jelas memperlihatkan Lim Guan Eng bukannya tandingan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop seperti mana yang pernah dinyatakan oleh MMI. 

Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoalkan kenapa kerajaan melepaskan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican, sehingga diberikan jawatan oleh syarikat Singapura, memakan diri hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata tindakan Lim (DAP-Bagan) yang cuba menunjukkan perhargaan bagi pihak pembangkang terhadap usaha Hassan memajukan Petronas, bertentangan dengan serangan yang dibuatnya terhadap Petronas dan Hassan semasa Lim menjadi Ketua Menteri pada 2008.

"Saya gembira kerana YB Bagan kini puji Tan Sri Hassan sebab saya masih ingat selepas menjadi Ketua Menteri pada tahun 2008, antara kritikan pertama yang beliau lakukan ialah terhadap pengurusan tertinggi Petronas.


 "YB Bagan telah mengeluarkan komen bahawa pegawai atasan Petronas iaitu Tan Sri Hassan sering berbelanja dengan tinggi seperti menggunakan jet milik Petronas. Itu dulu la tapi sekarang dah puji," katanya kepada satu pertanyaan Lim semasa sesi soal jawab.

Lim meminta Perdana Menteri menyatakan sebab kenapa kerajaan melepaskan Hassan dan menyifatkan kehilangan itu sebagai satu tamparan terhadap usaha menarik balik hampir dua juta orang berbakat yang meninggalkan Malaysia sejak merdeka serta berapa ramai yang berjaya ditarik balik sejak Talent Corp ditubuhkan.
    
Nor Mohamed berkata Hassan memang diakui seorang tokoh korporat yang banyak menyumbang kepada negara.

"Kita yakin beliau akan terus menyumbang dari luar negara menerusi jaringan perniagaan dan jawatan yang disandangnya di Singapura dan ini akan membantu mengeratkan lagi hubungan antara dua negara," katanya.

Nor Mohamed berkata pemindahan pengetahuan antara negara asal dan negara destinasi akan menyumbang dalam peningkatan di bidang sains, teknologi dan rangkaian perniagaan mantap, seterusnya meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan asing kepada negara.

Beliau berkata fenomena migrasi modal insan tidak semestinya negatif tetapi mempunyai potensi positif terhadap sesebuah negara, khususnya dalam menarik pulang rakyat Malaysia yang berkepakaran tinggi serta membina jaringan pasaran sebagai saluran untuk mempromosi produk dan perkhidmatan ditawarkan Malaysia di luar negara.

Katanya pelantikan Hassan sebagai Pengarah Conoco Philips di Amerika Syarikat dan sebagai ahli lembaga syarikat di Singapura merupakan contoh yang baik bagi pengiktirafan modal insan Malaysia di luar negara selepas kejayaan dalam negara semasa beliau menerajui Petronas.

"Memahami keadaan dunia kini tanpa sempadan, kerajaan tidak kira mana negara sekalipun tidak dapat menghalang keinginan dan keupayaan seseorang untuk bermigrasi ke negara luar untuk sesuatu jawatan yang lebih baik," katanya.
    
Hassan, 57, telah berkhidmat selama 21 tahun di Petronas, menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas selama 15 tahun dari Februari 1995 hingga Mac 2010.

Nor Mohamed berkata bagi mengimbangi keadaan itu, kerajaan melalui Talent Corp telah mengadakan sesi membangunkan jaringan dengan masyarakat Malaysia di luar negara termasuk di Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom, yang antara lain membolehkan masyarakat Malaysia di luar negara memahami dengan lebih mendalam lagi usaha Talent Corp untuk memudah cara kepulangan kumpulan profesional ke Malaysia serta menjelaskan peluang pekerjaan yang ditawarkan negara menerusi projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi.

Beliau berkata pengenalan "Returning Expert Programme" (REP), satu program yang dirangka untuk memudah cara kepulangan golongan profesional Malaysia, menerima respon yang amat menggalakkan, berdasarkan peningkatan bilangan profesional yang telah diberi kelulusan REP yang meningkat kepada 680 orang tahun lalu, berbanding 313 tahun sebelumnya.

Nor Mohamed berkata penubuhan Talent Corp merupakan satu daripada usaha untuk menghalang tindakan proaktif Singapura yang giat menawarkan biasiswa, derma dan bantuan kepada pelajar-pelajar cemerlang bertujuan menarik pelajar pintar Malaysia ke negara itu.

"Kita semua setuju bahawa kita harus mengambil tindakan yang sedaya upaya untuk memastikan bahawa talent yang wujud dalam negara kekal dalam negara kita dan talent yang sudah berhijrah kita akan cari kaedah untuk membawa mereka kembali ke Malaysia, dan jika tidak, kita harus menggunakan jaringan yang ada untuk kepentingan negara," katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin).- Sumber Bernama.

Amacam gang ? Itulah dari awal-awal lagi MMI dah cakap Guan Eng ni siapa ? AMK Pulau Pinang pula dah semacam tak ada benda dah nak buat.Kalau di Tasek Gelugor ni jangan cakap lah kalau bukan UMNO dan Barisan Nasional yang menjaga hal ehwal rakyat,Syed Mikael buat apa ?

Apa pun SYABAS kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kerana telah menunjukkan tahap profesional apabila menggunakan saluran di Dewan Rakyat menghentam Lim Guan Eng seterusnya memperlihatkan bahawa tindakan YB Tan Sri tidak menerima jemputan debat oleh AMK Pulau Pinang kerana ada alasannya.

Alasan apa tu ? Lim Guan Eng terlalu banyak berpolitik daripada bekerja untuk rakyat.

Kalau Takut Di Lambung Ombak Jangan Berumah Di Tepi Pantai.

MMI.

GEMPAR ! Sesuatu Sedang Berlaku Di Permatang Pasir ??


Dari sumber maklumat yang MMI perolehi seakan-akan bakal berlaku sesuatu yang mengejutkan dan menggemparkan seluruh juak-juak Pakatan Haprak di Permatang Pasir.Malah dari berita yang diterima kemungkinan ianya juga bakal memberikan impak yang positif kepada UMNO dan Barisan Nasional khususnya di Permatang Pauh.

Semuanya berkenaan dengan gambar dibawah yang pastinya menimbulkan banyak tanda tanya dikalangan semua pihak.



Benarkah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Salleh Man akan keluar parti dalam waktu terdekat? Adun Permatang Pasir itu juga dikatakan akan membuat kejutan pada ceramah Hassan Ali di Permatang Pasir pada 7 April nanti.

Menurut laporan sebuah blog, kamisedia.blogspot.com, Ustaz Salleh Man berasa tertekan kerana PAS dalam kerajaan Pulau Pinang seumpama melukut ditepi gantang apabila selalu disisihkan dalam membuat sebarang keputusan berkenaan dengan hal ehwal Agama Islam.

Salleh juga didakwa kurang selesa dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan oleh ahli PAS sendiri yang mahukan wakil mereka menjawat jawatan penting didalam kepimpinan negeri.

Selain itu, blog terbabit juga mendedahkan bahawa pemimpin utama PAS negeri tersebut tidak dapat menerima jika DAP mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.

Berita lanjut di Utara News

Apa pun kita tunggu lah,Sebab apa kena tunggu sebab juak-juak PAS ni bukan boleh percaya sangat dah tu berlakon pun pandai.

Yang pasti Salleh Man bukan SuperMan..hehe..

Ariosss

MMI. 

Monday, 26 March 2012

BUKTI Jelas DAP Mahu Hakis Bangsa Melayu !


DAPigs sebuah parti yang dilihat semakin galak mengejar kuasa politik tanahair hari ini dilihat sudah mula menampakkan belangnya setelah hampir 3 tahun lebih dapat menguasai pentas politik negara dengan kemenangan calon-calon mereka dalam PRU Ke-12 lalu bahkan semenjak menerajui Pulau Pinang mereka semakin angkuh termasuk dengan rakan dalam Pakatan Haprak sekali pun.

Walaupun DAPigs di Pulau Pinang dilanda dengan pelbagai isu terutamanya melibatkan nasib orang Melayu mereka seolah-olah tidak menghiraukan malah dilihat semakin kurang ajar apabila sanggup menjual tanah yang sepatutnya di khususkan kepada pembinaan masjid dalam isu tanah bayan Mutiara yang sehingga kini masih belum di jawab oleh mana-mana pihak daripada kerajaan negeri.

Terbaru lihat saja tuntutan yang dilakukan oleh DAPigs Kedah untuk mendapatkan lebihan kerusi dalam PRU Ke-13 nanti.

"Jika DAP gagal mendapatkan lebih banyak kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, parti itu mungkin tidak mempunyai pilihan tetapi akan berentap dalam pertandingan tiga penjuru".


ADUN tunggal DAP di Kedah, Lee Guan Aik berkata, ini bukan hasrat parti mahupun keinginan rakyat tetapi kerana landskap politik di negeri itu telah berubah sejak pilihan raya umum 2008.

Lee, yang merupakan ADUN Kota Darulaman, menambah bahawa parti itu mahu memainkan peranan lebih besar dalam kerajaan negeri Kedah, dan oleh itu ia berhasrat mempunyai perwakilan yang lebih besar di negeri ini.

"Kami tidak menuntut, kami akan serahkan kepada kepimpinan pusat untuk memutuskannya dan kita akan menghormati keputusan itu tetapi kami ingin mendapatkan lebih banyak kerusi kerana kita mempunyai kubu kuat di Kedah juga," katanya kepada Malaysiakini.

"Ia bukan kerana kita mahu mengurangkan pengaruh PAS di negeri ini tetapi disebabkan oleh kesan limpahan sokongan yang kuat untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Pulau Pinang, sokongan untuk kami di sini semakin meningkat," katanya.

Lee merujuk kepada pengumuman Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam bahawa DAP tidak akan mendapat sebarang kerusi tambahan dalam pilihan raya umum akan datang.


Azizan dipetik oleh media sebagai berkata pengagihan kerusi di kalangan PAS, PKR dan DAP adalah berdasarkan status quo 2008.

Lee yang tidak bersetuju dengan kenyataan Azizan, berkata beliau tidak pasti sama ada pesuruhjaya PAS negeri itu "hanya bermain politik atau mahu mencetuskan masalah kepada Pakatan Rakyat di Kedah".

Menurut Lee, menteri besar telah beberapa kali membuat kenyataan seumpama itu.

Mengenai kemungkinan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat bertelingkah berhubung pembahagian kerusi, Lee berkata mungkin di peringkat negeri tetapi tidak apabila ia dibincangkan oleh kepimpinan Pakatan pusat.

Lee berkata Azizan tidak boleh bergantung kepada situasi pada 2008 untuk membuat keputusan mengenai peruntukan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan menjelang Mei tahun depan.

Dalam pilihanraya yang lepas, DAP tidak benar-benar bersama dengan PAS ekoran kontroversi negara Islam, katanya.

"Bagaimanapun, kali ini rakyat mahu kita bersama. Kami bertanding dalam pilihan raya tanpa menyedari bahawa inilah yang memberi kita kemenangan.

"Apabila ia benar-benar berlaku, kami menyesal kerana meminta jumlah kerusi yang terlalu sedikit tetapi ketika itu ianya tidak mengapa kerana kita mendapat kemenangan moral," katanya.Klik Sini

  
Belang sudah mula di tunjukkan tinggalnya sejauh mana PAS akan akur dan tunduk kepada tuntutan ini ? Dari pandangan MMI isu ini pastinya bakal mencetuskan satu lagi peristiwa menarik yang bakal melanda iklim politik negeri Kedah.

Sejauh mana ianya akan berlarutan kita tunggu dan lihat.Paling pasti ianya merupakan satu lagi gerakan dari DAPigs untuk menghakis peranan dan kuasa orang-orang Melayu.

Ampa tunggu apa lagi ???? 

Psssttt Juak-juak PAS ampa kena tolong Azizan,Ehh boleh ka depa tolong ??

MMI.

BUKTI PAS Pulau Pinang Gagal


Kalau dari segi bercakap tidak akan ada siapa pun yang boleh menandingi hebatnya parti PAS malah boleh dikatakan mereka hebat dari segala segi.Lihat saja ceramah-ceramah mereka bukan main ramai lagi.Di Pulau Pinang pun begitu juga,hebatnya PAS sampaikan ceramah DAP mahupun PKR pun dipenuhi oleh juak-juak mereka.Benarlah kata orang kehebatan sewaktu berceramah sahaja tidak mencukupi sekiranya urusan lain yang lebih penting tidak diambil kira.

Inilah yang berlaku kepada PAS Pulau Pinang apabila dilihat gagal bertindak sebagai wakil orang Islam dalam kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Haprak ini.Mereka semakin alpa dengan sogokan politik dunia yang akhirnya memakan diri sendiri.Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang. 

Terbaru Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Negeri (DHPP), Dr Ooi @ Vellautham hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan parti pembangkang itu.



Dr Ooi yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat berkata tindakan itu diambil ekoran kenyataan Pas Pusat dalam laporan akhbar tempatan baru-baru ini yang mendakwa DHPP Pulau Pinang tidak aktif.

“Lebih 20 tahun saya bersama Pas dan bertungkus-lumus bekerja untuk parti, tetapi usaha saya selama ini tidak dihargai. Jika benarlah DHPP negeri ini tidak aktif, maka sebagai ketua lebih baik saya mengambil sikap bertanggungjawab (letak jawatan),” katanya lapor Bernama di sini, Ahad.

Beliau juga kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang yang  mengatakan dirinya mengemis jawatan, susulan tindakannya yang pernah menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Bayan Lepas.

“Saya bersedia berkhidmat untuk rakyat secara percuma. Segala pendapatan yang saya peroleh jika saya menjadi wakil rakyat akan saya salurkan kepada rakyat…saya cabar pakatan pembangkang yang mendakwa mereka kerajaan berkebajikan membuat tawaran sama seperti saya,” katanya.

Katanya keputusan beliau untuk keluar parti turut mendapat sokongan jawatankuasa tertinggi DHPP dan tidak kurang 50 anggota dalam sayap penyokong Pas itu akan mengikut jejak langkahnya dalam tempoh terdekat.

Beliau juga bersedia mempertimbangkan tawaran pihak luar yang bersedia membantunya bertanding sebagai calon bebas di Bayan Lepas.

“Saya bersedia menerima tawaran daripada mana-mana sahaja parti luar yang mahu menyokong saya kecuali Pakatan Rakyat,” katanya.

Perangai macam gambar diatas pun ada,Manakan tidak PAS dituduh sebagai tidak menghargai peranan DHPP sehinggakan pengerusinya bertindak meletak jawatan disebalik itu pula tawarkan diri untuk bertanding di Bayan Lepas hahaha semuanya merapu jika di amati betul-betul.

Apa pun itulah PAS Pulau Pinang dan semua juak-juak PAS harus menerima hakikat bahawa kamu bersama parti sedang mengalami masalah yang paling teruk dan memerlukan sesuatu dilakukan atas dasar maruah kamu sebagai orang Islam.


Namun terpulanglah kerana semuanya terletak di tangan kamu.

MMI. 

Saturday, 24 March 2012

Kepala Batas - Teriakan Kanak-Kanak GEMPARKAN Orang Ramai !


Satu pengalaman yang cukup menyesakkan jiwa berlaku terhadap MMI petang tadi.Seperti kebiasaannya MMI kadang-kadang di ajak oleh anak-anak ke pasar malam berdekatan dan kebetulan hari ini ke Pasar Malam Kepala Batas.

Seperti biasa ke pasar malam mencari makanan yang boleh di bawa balik namun sebaik saja menjejakkan kaki tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan berlari ditengah-tengah orang ramai sambil menangis teresak-esak menuju ke jalan raya.

Aduh ! Apa yang berlaku ni ? Kanak-kanak tersebut dilihat menangis sambil mencari-cari ibunya.Ramai yang berada di kawasan tersebut tadi terpinga-pinga melihat kanak-kanak tersebut.

MMI dan beberapa orang yang berada di situ turut memberikan tumpuan kepada kanak-kanak tadi dan mujurlah seorang peniaga yang cukup prihatin telah menahan kanak-kanak tersebut lalu membawanya ke gerai milik peniaga terbabit.

Orang ramai dilihat cukup prihatin dengan sama-sama membantu memanggil ibu kepada kanak-kanak tersebut dengan laungan "Anak siapa hilang! Anak siapa Hilang!" namun si ibu tidak muncul-muncul.

Melihat akan kanak-kanak tadi semakin teresak-esak peniaga tadi mendokong kanak-kanak tersebut lalu terus masuk ke dalam pasar malam sambil bertanya siapa keluarga kepada kanak-kanak terbabit.

Akhirnya dengan kesungguhan peniaga dan orang ramai yang prihatin,ibu dan keluarga kanak-kanak terbabit ditemui.Namun apa yang dikesalkan adalah sikap keluarga terbabit yang hadir ke pasar malam dengan keluarga besar tidak sedikit pun sedar akan kehilangan kanak-kanak terbabit sehinggalah diserahkan kepada mereka semula oleh si peniaga.

Cuba bayangkan jika kanak-kanak terbabit di temui oleh mereka yang tidak bertanggungjawab maka seluruh negara akan sekali lagi gempar dengan berita kehilangan seorang lagi kanak-kanak.

Apa pun MMI bersyukur kanak-kanak terbabit berjaya ditemukan semula dengan keluarganya.Sekalung penghargaan MMI berikan kepada si peniaga kerana sanggup meninggalkan gerainya semata-mata prihatin akan nasib kanak-kanak tadi.

Cuma kepada keluarga terbabit selepas ini berikanlah perhatian yang sewajarnya terhadap anak-anak kita kerana mereka hanya insan yang masih belum mengenali sejauh mana dunia ini berputar.Menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa untuk sentiasa mengawasi mereka supaya tidak berlaku sebarang perkara yang mampu membuatkan kita menyesal dikemudian hari.

Kepada semua jadikanlah kejadian yang MMI ceritakan ini sebagai pengajaran kepada kita bersama supaya tidak lagi kedengaran berita perihal kanak-kanak hilang dan sebagainya.

Kepada orang ramai yang turut membantu,MMI turut berterima kasih kerana sekurang-kurang di kawasan Kepala Batas ini masih wujud masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab.

Note : MMI tidak menyiarkan gambar kanak-kanak terbabit dan peniaga yang budiman kerana menghormati permintaan daripada kedua-dua belah pihak untuk tidak disiarkan gambar mereka.

"Sayangi Anak-Anak Kita"

MMI.

GEMPAR ! Guan Eng Kena Warning Dengan PAS ???


Gambar diatas jelas menunjukkan YDP PAS Tasek Gelugor Ustaz Khalid Man bersama dengan Guan Eng Khalifah yang paling di sayangi oleh juak-juak PAS di Pulau Pinang bahkan di seluruh negara begitu akrab sekali.Biasalah pemimpin dalam satu saf memperjuangkan negara berkebajikan.Namun sehingga ke hari ini soal memperjuangkan negara berkebajikan masih tidak menampakkan hasilnya.

Khususnya di Tasek Gelugor sejauh mana PAS menjaga kebajikan rakyat dan masyarakat di Tasek Gelugor? Kalau sekadar menjadi balaci dan memperlengkapkan setiap program DAPigs dan Keadilan jangan cakaplah.

Namun MMI sehingga ke hari ini masih menanti apa tindakan daripada PAS Pulau Pinang mahupun wakil mereka dalam DUN berkenaan dengan kenyataan terbaru daripada Jason Ong PKR Bukit Bendera agar PKR dan DAP bergabung bagi menyukarkan PAS menubuhkan negara Islam dan mengelakkan perebutan kerusi dalam pilihan raya.Klik Sini.

Mungkin gambar diatas memperlihatkan YDP PAS Tasek Gelugor sedang menegur Guan Eng agaknya.Haha MMI berani kata mustahil !! hehe.

Kalau soal itu pun sehingga ke hari ini PAS Pulau Pinang masih berdiam diri apatah lagi dalam soal pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang di pimpin Khalifah Guan Eng yang memperlihatkan makin banyak kegiatan tidak bermoral berlaku di Pulau Pinang.

Sebagai sebuah badan yang mempunyai kuasa dan suara dalam  kerajaan negeri Pulau Pinang apa yang PAS lakukan untuk mengekang budaya seperti gambar diatas tidak berlaku atau sekurang-kurangnya menyekat daripada ianya berterusan ? 
MMI bukan bercakap kosong kerana seluruh rakyat melihat di dada-dada akhbar hampir setiap hari ada saja tangkapan yang dilakukan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia berkaitan gejala dan perbuatan tidak bermoral ini.Dan perlu diingat tindakan daripada Pihak Polis Di Raja Malaysia ini adalah sebahagian daripada tugas mereka disamping program yang dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional melalui GTP "Government Transformation Programme".  

Terbaru Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Mohd Nasir Salleh hari ini berkata polis telah menahan 15 wanita warga China dan seorang warga Vietnam berumur sekitar 20-an dan 30-an semasa mereka sedang melayan pelanggan di pusat hiburan di Jalan Penang pada pukul 2.30 pagi ini.


Dipetik Bernama Online, beliau berkata sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat dari Ibu Pejabat Kontinjen telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang dipercayai menjadi orang tengah untuk mempromosi kegiatan GRO terbabit.


Polis turut menahan dua lelaki tempatan dipercayai bertindak sebagai tonto kerana menghalang tugas polis.


Beliau menambah, “Polis bertindak atas risikan dan maklumat awam telah beberapa kali melakukan serbuan di premis yang sama namun mereka masih tidak serik meneruskan kegiatan tidak bermoral itu," katanya hari ini.


Mohd Nasir berkata siasatan polis mendapati GRO terbabit telah menyalahgunakan pas lawatan sosial.

So kepada juak-juak PAS tanya diri sendiri apa perjuangan kamu di Pulau Pinang ?

PAS nak WARNING Guan Eng ?? Hahahaha..

MMI.

Thursday, 22 March 2012

Pas Pis Pus - Di Mana Pakatannya ?


Berikut adalah laporan akhbar the Star hari ini di bawah tajuk “Merging Will Make Us Stronger” (Penggabungan Akan Membuatkan Kita Lebih Kuat).  Menurut PKR Bukit Bendera, Jason Ong, PKR dan DAP harus bergabung bagi menyukarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan perebutan kerusi.  

Katanya, “Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung.  Lagipun DAP dan PKR punya banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini.  Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.”

Tambahnya lagi, “adalah merupakan hak PAS untuk mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau tidak adalah soal lain sama sekali”.  

Tidak sabar kita menunggu respon PAS mengenai perkara ini.  Antara respon yang dijangka ialah PAS akan menuduh UMNO memerintahkan akhbar the Star memutarbelitkan kata-kata Jason Ong untuk melaga-lagakan mereka dengan DAP dan PKR.

Sumber MatKilau Penang Klik Sini Untuk Berita Penuh

Apa dia ni buat selama ni?
Hakikatnya PAS di Pulau Pinang umpama melukut di tepi gantang atau pun sekagar menjadi balaci DAP kerana suara pemimpin PAS tidak pernah relevan.

Kalau sekadar bangga dengan hanya mempunyai wakil simpan ja lah..

Dimana Pakatannya tu ??

MMI.

Mampukah BN Menang 2/3 Majoriti Pada PRU Ke-13 ?


Perdana Menteri mempunyai asas yang kukuh untuk yakin bahawa Barisan Nasional mampu menguasai semula negeri-negeri yang kini diperintah pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang, demikian menurut penganalisis politik.

Mereka melihat momentum sokongan rakyat yang kian menebal kepada BN setelah Perdana Menteri melaksanakan pelan transformasi negara bukan sahaja dibuat dengan bersungguh-sungguh tetapi juga jelas telah memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Faktor itu, kata mereka, berperanan sangat penting untuk mengubah gelombang sokongan rakyat kepada kerajaan BN, apatah lagi rakyat kini berasa mempunyai hubungan yang 'dekat' dengan Perdana Menteri dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang saban minggu turun ke padang untuk meninjau dan menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi.

"Saya melihat sokongan rakyat kepada BN semakin pulih kerana dasar yang dilaksanakan kerajaan adalah menyeluruh dan adil kepada semua termasuk kaum-kaum minoriti," kata Prof Dr Ahmad Atory Hussain dari Universiti Sains Malaysia.

Bernama melaporkan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan itu berkata amalan bersemuka dengan rakyat telah membuahkan hasil di mana setiap kali pemimpin BN turun padang ada sahaja peruntukan yang diumumkan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Prof Ahmad Atory berkata kenyataan Najib pada Ahad lepas mengenai keyakinan BN untuk kembali memerintah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor pada PRU ke-13, adalah satu kenyataan yang berasas.

Ini kerana, katanya, Perdana Menteri tidak akan bercakap kosong sebaliknya ia bersandarkan kepada maklumat yang diterimanya daripada pelbagai pihak selain angin perubahan yang boleh dirasainya sendiri semasa program turun padang dan beramah mesra dengan rakyat.

Menurut beliau, Perdana Menteri berani berkata demikian kerana dasar transformasi yang dilakukan kerajaan semakin diterima rakyat dan ini termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia yang menarik minat rakyat.

Bantuan langsung lain termasuklah RM100 untuk setiap murid sekolah, RM200 baucer buku bagi pelajar institusi pengajian tinggi hingga ke bantuan pukat dan bot serta rumah untuk nelayan.

"Saya pun yakin BN mampu menguasai negeri-negeri ini," kata Prof Ahmad Atory.

Keyakinan serupa turut dilahirkan Mohamed Hafez Hamid, 29, seorang anggota akar umbi Umno di Shah Alam, berdasarkan kepada apa yang dilihatnya sebagai perubahan positif generasi muda yang tidak lagi segan menghadiri majlis-majlis BN.

Melalui pemerhatiannya, BN turun padang dengan keikhlasan untuk menyelami sendiri kehendak dan hasrat rakyat, menyelesaikan masalah setempat dan berkongsi idea serta perancangan pembangunan untuk masa depan negara dan generasi akan datang yang lebih cemerlang.

"Bagi orang muda seperti saya, cerita mengenai masa depan negara kita yang lebih baik, itulah yang ingin saya dengar dan hayati. Programnya mesti konkrit. Retorik dan fitnah atau tuduhan melulu dah tak main dah," katanya.

Beliau setuju dengan pandangan Prof Ahmad Atory bahawa pemberian terus bantuan kepada rakyat terbukti satu bentuk usaha memenuhi hasrat rakyat, yang disambut baik hatta oleh penyokong pembangkang sekalipun.

Prof Ahmad Atory berkata pemberian langsung ini dapat dilakukan kerana kerajaan BN memang berkemampuan hasil kebijaksanaan menguruskan wang negara.

"Keikhlasan Perdana Menteri dan kerajaan BN pula terbukti apabila belum pun berkuasa di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, BN sudah pun beri bantuan. Kalau dah berkuasa nanti, bermacam-macam lagi bantuan yang BN boleh berikan. Ini adalah ciri kerajaan yang adil dan prihatin.

"Sedangkan kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim datang, apa yang rakyat boleh dapat? Hanya mendengar maki hamun?" katanya.

Prof Ahmad Atory juga optimis BN mampu memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat berdasarkan sokongan yang semakin memuncak kepada BN.

Prof Dr Jayum Jawan, Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah) Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, pula berkata kenyataan Najib mengenai keyakinan menang di negeri-negeri pembangkang itu adalah langkah awal serangan yang sudah cukup untuk melemahkan pembangkang kerana selama ini pembangkanglah yang sering menyerang BN bertubi-tubi.

Katanya Najib sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN mahu melihat semua pemimpin dan anggota parti juga bertindak berani menampilkan keyakinan yang seterusnya boleh meningkatkan pula keyakinan pengundi kepada BN serta tidak lagi membiarkan pembangkang terus menerus menyerang BN.

Apakah kesannya keyakinan Najib itu terhadap parti lawan?

"Saya melihat pembangkang mula gelabah dan mula melancarkan perang psikologi dengan memasang bendera parti seolah-olah esok dah nak pilihan raya. Sebenarnya rakyat semakin menjauhi pembangkang," kata Prof Ahmad Atory.

Secara ringkasnya Pakatan Pembangkang yang dilihat berkira-kira untuk tidak membubarkan DUN apabila Parlimen dibubarkan turut memperlihatkan keadaan mereka yang semakin tertekan dan ini membuktikan bahawa Barisan Nasional berada dalam keadaan yang cukup selesa.
  
Malah jika dilihat bukan sekali,dua,tiga,empat..malah sudah banyak kali Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi soalan sama sejak akhir-akhir ini.Sekalipun tahu beliau pasti tidak akan memberi jawapan namun wartawan tetap terus bertanya lebih-lebih lagi bila spekulasi mengenainya bertambah hangat.

Itu juga halnya semasa sesi soal jawab selepas beliau melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Kuala Lumpur Isnin malam.

Apa lagi kalau bukan soalan bila pilihanraya umum.

Perdana Menteri berkata, melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.

Seperti biasa beliau tetap gam mulut.

Beliau berharap semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.

"Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu," katanya.

Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.

Menjawab pertanyaan mengenai pentingnya Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga, Najib menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil bagi mengelakkan Malaysia daripada ketidaktentuan politik.

Perdana Menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.

"Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat," katanya, sambil menambah kata, ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi.

"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya.

Menjawab satu pertanyaan, Najib berkata dasar kerajaan kini adalah lebih terangkum dan adil kerana kekayaan negara perlu diagihkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat bumiputera tetapi juga kaum-kaum minoriti.

Barisan Nasional Pilihan Kita !

MMI.

Tuesday, 20 March 2012

Himpunan BERSIH 6 Pelajar Kena Tindakan - PAS Terengganu Meroyan

Pas berharap Yayasan Terengganu memberi peluang kedua kepada pelajar-pelajar yang ditarik balik pinjaman kerana dikatakan terlibat dengan perhimpunan haram berkaitan Bersih 2.0 di Mesir, tahun lalu.

Justeru, budi bicara yayasan yang bertanggungjawab meluluskan pinjaman kepada pelajar di negeri ini amatlah ditagih kerana rata-rata pelajar yang dikenakan tindakan itu memiliki latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa pelajar yang terlibat boleh membuat rayuan dan keputusan bakal diketahui sebaik mesyuarat lembaga pengarah Yayasan Terengganu  diadakan pada 10 April ini.

“Kita dimaklumkan bahawa pelajar boleh membuat rayuan yang mana pinjaman mereka ditamatkan kerana hadir ke perhimpunan Bersih di Kaherah (Mesir) dan mereka sebenarnya boleh membuat rayuan.

“Justeru, kita (Pas) harap Yayasan Terengganu mengembalikan pinjaman mereka berdasarkan budi bicara, malah kita difahamkan mereka terlibat dalam perhimpunan bukan di bawah tajaan mana-mana parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika hadir menemui Pengarah Yayasan Terengganu, Zakaria Yusof bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu di Bangunan Yayasan Terengganu di sini, semalam.

Menurut Satiful Bahri lagi, adalah tidak wajar tindakan diambil berdasarkan maklumat dan gambar yang diambil menerusi laman sosial Facebook dan blog-blog kerana belum tentu kesemua mereka terlibat dalam demostrasi berkenaan.

Katanya lagi, berdasarkan maklumt yang diperoleh pihaknya berhubung latar belakang keluarga pelajar-pelajar yang ditarik balik pinjman berkenaan adalah terdiri daripada kelurga yang tidak berkemampuan.

“Daripada sembilan pelajar yang ditarik balik pinjaman berkenaan, dua daripada mereka mengambil jurusan perubatan dan sudah pasti ia memerlukan kos yang tinggi, justeru kita berharap Yayasan Terengganu mempertimbangkan sebaiknya perkara ini tanpa campur tangan politik,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan Kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu ke atas enam pelajar lelaki setelah didapati bersalah terlibat dalam demostrasi di Mesir baru-baru ini.

Keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih yang menimbulkan kontroversi di dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan diteliti selepas mengambil kira kesahihan penglibatan mereka yang secara jelas telah melanggar peraturan.

Tahniah Datuk Seri Ahmad Said satu keputusan yang cukup baik dan memuaskan hati seluruh rakyat Malaysia kerana mereka sememangnya berhak dikenakan tindakan.Biar orang-orang yang tidak tahu berterima kasih ini dibiarkan mencari peruntukan sendiri supaya mereka tahu betapa susahnya bila tidak mendapat bantuan kerajaan.

Seharusnya kerajaan harus bertindak seperti mana Datuk Seri Ahmad Said terutamanya berkaitan FELDA yang melibatkan seramai 8 orang peneroka yang menimbulkan masalah dalam hal penyenaraian FELDA di bursa saham.Sebaiknya usir saja 8 orang tersebut dan biar mereka-mereka ini merujuk kepada Pakatan Haprak untuk dibantu.

Kepada PAS Terengganu mengapa merayu ? Mengapa tidak membantu pelajar terbabit untuk terus menyambung pengajian mereka? PAS sebenarnya menyumbang kepada apa yang berlaku dan mereka seharusnya bertanggungjawab.

MMI.

Labels