Followers

Wednesday 8 August 2012

BNYCT Di Lancar Hari Ini !!


Pada jam 1 petang hari ini, Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan melancarkan satu lagi produk terbaru Pemuda BN, iaitu Pasukan Siber Pemuda BN atau BN Youth CyberTeam. Ini merupakan inisatif Pergerakan Pemuda BN untuk menyediakan platform parti bagi menyelaraskan dan mengkoordinasikan gerakan siber Barisan Nasional bagi menghadapi PRU13. 

Bagi MMI ianya merupakan usaha yang cukup baik dan merupakan antara produk pemuda BN di bawah pimpinan YB Khairy Jamaluddin yang berterusan setelah BNYV di lancarkan baru-baru ini.

Seperti yang kita semua ketahui, Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) merupakan unit yang telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan diberi tanggungjawab oleh PPUM untuk meningkatkan kesedaran di kalangan jentera UMNO mengenai pengunaan media baru / sosial agar penyampaian maklumat dan pendampingan (engagement) dengan golongan muda yang terdedah dengan media ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Namun Pasukan Siber Pemuda BN atau BN Youth CyberTeam mempunyai peranan yang sedikit berbeza dengan UMB.YB Khairy akan memaklumkannya pada hari ini ketika majlis pelancarannya sebentar nanti.

Rugi MMI tak dapat bersama kalau tidak boleh lah dapat baju BNYCT !


Menarikkan ? Kepada anda yang berada sekitar PWTC bolehlah kesana masih sempat lagi ni.Tapi yang penting baju bukanlah keutamaan kita yang penting semangat untuk terus bekerja bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional terus mendapat kepercayaan rakyat Malaysia.

BNYCT Terbaik !!

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels