Followers

Friday, 7 September 2012

Beza Pemuda UMNO & Juak-Juak Janji Demokrasi Sambut Merdeka @Kredit Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor


Pasti semua sudah pun telah sedia maklum berkenaan insiden pihak-memijak gambar YAB PM serta kekecohan yang berlaku di Dataran Merdeka pada malam ambang kemerdekaan negara baru-baru ini.

Semestinya pelbagai cerita sudah pun dilontarkan oleh semua saluran media utama negara termasuklah dilaman-laman media maya.

Malah insiden tempoh hari telah pun sampai ke tahap laporan polis dan penyerahan diri mereka-mereka yang dikehendaki.Klik Sini , Sini dan Sini

Selain dari itu berlaku juga episod sedih dan menagih simpati apabila ibu bapa mereka yang dikehendaki polis merayu dan memohon maaf kepada YAB PM serta seluruh rakyat Malaysia dengan tindakan anak mereka yang telah mencemarkan bukan saja maruah pemimpin negara tetapi juga turut mencemarkan maruah ibu dan bapa kepada mereka yang terlibat.

Dalam suasana sambutan kemerdekaan yang di cemari insiden oleh juak-juak penjilat Pakatan Haprak , MMI terpanggil untuk berkongsi kepada anda semua satu usaha anak-anak muda terdiri daripada Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang telah menjalankan satu program yang cukup baik bersempena dengan hari kemerdekaan negara.

Pada malam ambang kemerdekaan baru-baru ini satu program yang dinamakan "Kembara Merdeka Prihatin" telah pun dijalankan oleh Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor melibatkan jentera seramai 40 orang dengan matlamat mahu berkongsi semangat kemerdekaan negara dengan tidak melupakan mereka-mereka yang hari ini terlantar sakit di rumah,OKU serta golongan yang memerlukan.

Pergerakan konvoi mini berkereta yang dipecahkan kepada 2 kumpulan ini membawa barangan sumbangan daripada Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor masuk ke setiap KADUN dalam Parlimen Tasek Gelugor dan hadir sendiri ke 22 buah rumah mereka-mereka yang dikenal pasti.

Seawal jam 8.15 malam semua jentera "Kembara Merdeka Prihatin" telah berkumpul di Bilik Gerakan Induk Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor di Sungai Dua bagi mempersiapkan segala barangan yang akan di bawa.

Tepat jam 9.00 malam konvoi mula bergerak masuk ke setiap kawasan dalam KADUN Sungai Dua dan Pematang Berangan dan seterusnya berkumpul menjadi satu konvoi besar untuk masuk ke KADUN Teluk Air Tawar dan seterusnya menuju ke Majlis Sambutan Kemerdekaan Pemuda di Kampung Contoh Bagan Ajam Butterworth bersama-sama dengan YB Datuk Jahara Hamid ADUN Teluk Air Tawar.

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar "Program Kembara Merdeka Prihatin".












Sepanjang program ini berlangsung MMI dapat melihat betapa gembira dan sebaknya mereka-mereka yang diziarahi malah ada sebahagiannya yang turut melaungkan Merdeka! ketika di temui.

Lebih manis lagi kepada semua peserta "Kembara Merdeka Prihatin" apabila sepanjang persinggahan ini ucapan terima kasih menjadi ucapan wajib dan jelas terpancar keceriaan di wajah sanak saudara mereka yang diziarahi sehinggakan ada yang menjemput semua peserta untuk menikmati kuih dan minuman yang disediakan walaupun telah dimaklumkan supaya tidak menyediakan apa-apa untuk semua peserta konvoi.

Bagi MMI inilah antara program terbaik yang seharusnya dilakukan oleh mereka-mereka di luar sana khususnya anak-anak muda kerana kita dapat menginsafi diri dan sekurang-kurangnya menceriakan mereka-mereka yang hari ini tidak bernasib baik seperti kita.


Saudara Hasbul Hazani Daud Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang merupakan peneraju kepada program ini melahirkan rasa syukur dengan kejayaan program yang dijalankan."Ianya amat berkesan sekali khususnya kepada kita sebagai generasi muda yang hari ini mampu menilai semangat dan erti kemerdekaan dengan menterjemahkannya dalam bentuk menghargai mereka-mereka yang hari ini tidak bernasib baik".

"Sesungguhnya program ini lahir dari hati dan jiwa anak muda seperti kami yang faham bahawa kemerdekaan negara bukanlah sesuatu yang boleh dilacurkan dengan tindakan biadap kerana kemerdekaan yang kita miliki hari ini merupakan warisan mereka yang terdahulu dari kita dan semestinya amanah ini akan kita pikul sebaiknya dan kali ini dalam sambutan kemerdekaan negara kali ke 55 barisan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor mengambil inisiatif untuk bersama-sama memperingati mereka yang kurang bernasib baik supaya semangat dan sambutan kemerdekaan negara dapat kita sama-sama raikan".Hasbul Hazani Daud. 

Kepada anak-anak muda ini teruskan perjuangan kelian kerana anda sudah membuktikan bahawa anak muda yang berjiwa merdeka jauh berbeza dengan mereka yang berhimpun untuk mencemarkan negara.

Sekalung penghargaan buat Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor diatas penganjuran program yang cukup baik dan berjiwa rakyat itu.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels