Jumaat lepas baru sahaja selesai perhimpunan di Kuala Lumpur bagi mengutuk penghinaan terhadap agama Islam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Hebat sekali himpunan tersebut sehinggakan ada pemimpin yang begitu beremosi malah dengan angkuh pula mendabik dada menyatakan merekalah yang paling awal merancang untuk mengadakan perhimpunan malah sanggup pula mengeluarkan perkataan mereka telah lebih awal di jemput oleh nabi untuk turun berdemo.
Kira hebatlah puak-puak ni sebab nabi boleh main jemput-jemput sesetengah orang Islam ja..
Begitulah sikap segelintir dari mereka yang begitu bersemangat untuk turun ke jalanan bagi membela agama Islam.
Macam biasa ayat standard MMI dalam isu ni membela agama Islam tidak salah cumanya biarlah ianya kena dengan caranya.
Apa pun kita tinggalkan isu itu kerana ada perkara yang lebih penting untuk kita sama-sama kongsikan.
Setelah rakyat Malaysia samada yang berhimpun di Masjid Kampung Baru mahupun di Kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat lepas dengan tujuan menzahirkan rasa tidak puas hati , mengutuk serta membantah tindakan mereka yang menghina agama Islam mengambil tempat tiba-tiba negara dikejutkan dengan satu kenyataan oleh seorang pemimpin rakyat Malaysia sendiri yang bernama Anwar Ibrahim.
Siapa yang tidak kenal Anwar Ibrahim , seorang pemimpin yang dianggap oleh juak-juaknya sebagai anugerah tuhan yang cukup licik dalam menjalankan kerja-kerja politik kotornya demi mencapai kepuasan peribadi menjadi Perdana Menteri.
Boleh jadi ker ? Hehehe
Anwar dalam sebuah media British telah mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan umat Islam dalam usaha mereka membantah tindakan pihak yang menghina agama Islam baru-baru ini.
"Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu 'masalah dalam jiwa umat Islam..mudah marah dan emosi," lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman,ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini.
Anwar juga memuat naik laporan tersebut di laman peribadinya Klik Sini , persoalannya apakah rasional tindakan beliau pada ketika seluruh umat Islam di dunia membantah tindakan pihak yang mencerca agama Islam ?
Sebagai seorang Islam , MMI sendiri turut merasa marah terhadap tindakan sesetengah pihak yang menghina agama Islam walaupun MMI kurang bersetuju dengan bantahan yang melibatkan keganasan dan yang mampu memberikan publisiti meluas terhadap sebuah filem yang rendah mutunya Baca Sini .
Namun tindakan Anwar menganggap mereka yang mengadakan bantahan sebagai mengalami masalah jiwa adalah satu perkara yang tidak dapat dimaafkan.Apatah lagi mereka-mereka yang dituduh itu merupakan sebangsa dan seagama dengan beliau.
Tak pasti pula sejauh mana Islamnya si Anwar ni ??
Anwar jelas menghina masyarakat Islam bukan saja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.
Inilah sikap Anwar yang sebenar , berdiam diri apabila keadaan memerlukan tetapi melalak dan menghina agama sendiri apabila berdepan dengan sahabat Yahudi beliau.
Cuma dalam soal ini MMI ingin bertanya kepada juak-juak PAS khususnya kepada Nasrudin Tantawi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang begitu beremosi ketika mahu mengadakan bantahan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jika sebelum ini bukan main hebat lagi mengaku beliaulah yang pertama sekali merancang untuk mengadakan perhimpunan malah sanggup pula menyatakan nabi sudah terlebih dahulu menjemput mereka mengapa dalam soal penghinaan oleh Anwar Ibrahim , Nasrudin dan juak-juak PAS diam seribu bahasa ?? Baca Sini
Sepatutnya besok Nasrudin sekali lagi harus mengerahkan seluruh juak-juak PAS untuk berhimpun secara besar-besaran di depan rumah Anwar mahupun di lobi parlimen bagi menyatakan bantahan dan rasa terhina orang Islam terhadap kenyataan Anwar Ibrahim.
Takkan Nasrudin dan juak-juak PAS terima kenyataan tersebut dengan berlapang dada maklumlah puak-puak ni kalau kena dekat kawan sendiri dikira HALAL kalau orang lain baru cerita bab HALAL HARAM..
Apa yang juak-juak PAS perlu tahu adalah , tindakan Anwar ini adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh sahabat baik mereka sendiri Ngeh Koo Ham Klik Sini
Soalnya mengapa Nasrudin dan juak-juak PAS diam dan tak buat apa-apa ? ermmm kenapa ya ?
MMI.
No comments:
Post a Comment