Followers

Wednesday, 31 October 2012

Blog Pro Pakatan Haprak Politikkan Cheng Ho


PENYANYI lagenda rock tanah air, Amy Search meluahkan rasa kesal dan kecewanya apabila terpaksa menutup Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina yang sudah beroperasi selama empat tahun itu terpaksa ditutup kerana mempunyai pelbagai masalah.

"Saya sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya.Berita Seterusnya

Bagi MMI inilah asam garam dalam dunia perniagaan bilamana ada masa kita naik dan ada masa kita turun.Namun bagi kebanyakkan mereka yang terlibat dalam dunia perniagaan perkara sebegini adalah lumrah dan ianya sudah pasti menjadi satu pengalaman paling berharga kepada sesiapa saja.

Malah ada dikalangan mereka yang pernah gagal kemudiannya berjaya kerana dunia perniagaan sebenarnya penuh dengan dugaannya.

Percaya bahawa rezeki itu datangnya dari Allah SWT kita sebagai hambanya hanya mampu berusaha dan berusaha semoga berkat usaha itu diberkati oleh Allah SWT dan insyallah selalunya dengan usaha yang bersungguh-sungguh kejayaan akan pasti tiba.

MMI turut bersimpati dengan apa yang menimpa Amy namun sedikit terkejut dan terkilan kerana isu penutupan restoran Cheng Ho milik beliau dipolitikkan oleh juak-juak Pakatan Haprak.

Agak malang sekali apabila salah satu blog pro Pakatan Haprak cuba mengheret isu penutupan ini  untuk dikaitkan dengan dunia politik hanya kerana Amy yang satu ketika dulu dilihat bersama Pakatan Haprak kini memilih untuk bersama UMNO.


"Perniagaan Amy senasib dengan restoran sekinchan setelah beliau isytihar masuk umno? Mungkinkah restoran cheng ho diboikot sepertimana sekinchan ikan bakar? Mungkinkah apa sahaja yang dikaitkan dengan Umno rakyat akan tolak akibat kebencian yang meluap-luap?  Anda semua mungkin ada jawapannya?" Klik Sini

Apakah niat dan tujuan penulis blog tersebut membuat kenyataan sedemikian ? Apakah ini sebenarnya sikap juak-juak Pakatan Haprak yang memboikot setiap usaha orang-orang Melayu kita khususnya dalam dunia perniagaan hanya kerana perbezaan politik ?

Jika beginilah sikap mereka maka jelaslah juak-juak Pakatan Haprak langsung tiada agenda untuk sama-sama membantu bangsa mereka apatah lagi mahu melihat bangsa seagama dengan mereka berjaya.

Seingat MMI orang-orang UMNO langsung tidak mempunyai perasaan seperti ini khususnya melibatkan perniagaan orang-orang Melayu malah sikap mahu melihat bangsa sendiri maju dalam setiap bidang sentiasa tersemat di hati semuanya kerana mahu melihat bangsa Melayu mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain tanpa mengambil kira fahaman politik.

Bayangkan sekiranya puak-puak ini diberikan ruang dan peluang untuk memerintah negara ? Rasanya pasti ramai bangsa Melayu sendiri yang dianak tirikan kerana prinsip perjuangan mereka hanyalah untuk mendapatkan kuasa kemudiannya turus menyalak menjadi pencacai kepada Anwar dan DAPigs.

Sedih melihat kelakuan bangsa sendiri !!!

MMI.

Taufan "Sandy"


Pasti ramai yang sudah pun mengetahui tentang taufan "Sandy" yang kini menghentam New York.Malah diberitakan keadaan disana juga agak sedikit kelam kabut dan taufan ini dijangka berlarutan dalam sehari dua ini.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan khususnya kepada orang-orang Islam di sana dalam menempuh taufan "Sandy" ini.

Berikut adalah video taufan "Sandy" yang sempat dirakamkan..

   




Ketika entri ini ditulis , hujan begitu lebat mencurah-curah turun tanda rahmat dari Allah SWT kepada rakyat Malaysia.Oleh kerana itu bersyukurlah kerana negara kita tidak ditimpa malapetaka sepertimana yang berlaku di negara-negara lain.

MMI.

DAPigs - Cakap Tak Serupa Bikin !!


Lihatlah bagaimana tamaknya pimpinan DAPigs dalam gerak kerja mereka sampaikan 9 orang pemimpin mereka bertanding masing-masing dua kerusi.Apakah itu menunjukkan pemimpin Pakatan Haprak ini telus , cekap lagi akauntibiliti ?

MMI masih ingat baru-baru ini Karpal Singh ada menyeru pimpinan DAPigs supaya bertanding di satu kawasan sahaja.Bayangkan bagaimana perasaan orang lain apabila segelintirnya diberikan peluang untuk bertanding lebih dari satu kerusi ?

Dimanakah ketelusan pimpinan DAPigs dalam soal ini ? Cakap tak serupa bikin , Hampeh belaka...

Malah jika merujuk kepada kawasan Guan Eng sendiri jelas DAPigs sebenarnya tidak bekerja untuk rakyat malah amalan CAT yang dilalakkan mereka selama ini hanyalah sebagai penyedap halwa telinga rakyat.

MMI bukan bercakap kosong lihat saja apa yang telah berlaku di DUN Air Putih sendiri dimana Guan Eng adalah ADUNnya.


Mac 18 2012 - menghuni di kawasan Dewan Undangan Negeri Air Putih yang dikuasai oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, masa depan penduduk Kampung Boundary 5 masih terumbang ambing dengan ramai yang tidur dengan tidak lena kerana bimbang akan diusir.Lagi Berita



16 April 2012 - TEMBAK - Kira-kira 30 keluarga merayu terus diberi peluang menduduki tanah yang didiami sejak 50 tahun lalu walaupun kediaman mereka bakal dirobohkan esok (Selasa).Presiden Persatuan Penduduk Kampung Boundary 5, Santok Singh berkata, mereka menerima surat arahan dari Mahkamah Sesyen Georgetown 4 April lalu yang mengarahkan tanah itu dikosongkan pada 17 April.Baca Seterusnya

Pelbagai reaksi telah dilontarkan mengenai permasalahan diatas , ada yang menuduh semuanya berlaku kerana kerakusan kerajaan BN sebelum Pakatan Haprak memerintah Pulau Pinang namun perlu diingat bukankah sebelum Pakatan Haprak menang dalam PRU Ke-12 yang lalu antara janji mereka adalah menjadi sebuah kerajaan yang lebih baik dan dinamik dari kerajaan BN yang sedia ada ?? 

Maka oleh kerana itu sebagai kerajaan negeri hari ini yang pernah berjanji kepada rakyat bahawa mereka adalah lebih baik mengapa tidak diselesaikan permasalahan tersebut apabila memegang kuasa ? ketika inilah sepatutnya kerajaan DAPigs membuktikan kepada rakyat bahawa mereka adalah kerajaan terbaik yang mampu membela nasib rakyat !!

Namun apa yang berlaku semenjak berkuasa pada 2008 langsung perkara ini tidak diendahkan malah isu diatas berlaku pada Mac dan April 2012 , ini memberikan gambaran bahawa selama hampir 4 tahun DAPigs dan Guan Eng berkuasa di Pulau Pinang tidak wujud sebarang usaha bagi membantu penduduk tersebut.

Inikah yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat ???? Malah meletakkan pula kesalahan tersebut terhadap BN dan UMNO sedangkan selama BN memerintah Pulau Pinang langsung tidak berlaku sedemikian.


Inilah sebenarnya sikap Guan Eng dan rejim DAPigs di Pulau Pinang mereka banyak menepis tagihan janji mereka sendiri terhadap rakyat dengan mensasarkan kelemahan tersebut kepada UMNO dan BN.

Sebagai sebuah kerajaan yang mengaku bahawa mereka lebih hebat dari yang lain mengapa rejim DAPigs di Pulau Pinang khususnya di DUN Ketua Menteri sendiri berlaku masalah sedemikian ? 

Apakah rakyat Pulau Pinang masih buta dan pekak ??? 

Jangan meletakkan kesalahan kepada orang lain kerana diri sudah berjanji , persoalannya sekarang mengapa permasalahan tersebut masih berlaku ??

CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!!

MMI.

MALIK ITIK BIADAP !! Rejim DAPigs P. Pinang Tidak Hormati Islam


Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan melayan tuntutan yang dikemukakan oleh Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) seperti diputuskan dalam Majlis Silaturrahim Ummah pada Ahad lalu selagi tidak menerimanya secara rasmi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima tuntutan tersebut daripada penganjur majlis berkenaan.

“Saya tidak diberi tahu mengenai tuntutan berkenaan dan hanya mengetahuinya melalui akhbar.

“Oleh itu, tidak perlu untuk saya memberikan sebarang komen berhubung tuntutan-tuntutan tersebut," .... begitulah sikap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama rejim DAPigs di Pulau Pinang.

Perkara paling mudah yang dapat kita lihat disini adalah bagaimana orang Islam sendiri yang hari ini memegang kuasa seperti Malik langsung tidak mengambil endah dan memandang remeh terhadap orang Islam sendiri.

Persoalannya apakah tuntutan JMPP itu merupakan tuntutan politik ? Malik mungkin terlupa bahawa beliau adalah orang Islam dan sebagai Islam sepatutnya beliau serius dalam tuntutan seperti ini kerana ianya melibatkan kesucian Islam khususnya di Pulau Pinang.

Walaupun masih belum menerima tuntutan tersebut ianya bukanlah satu alasan kukuh untuk bersikap sambil lewa malah maklumat yang Malik perolehi melalui akhbar sepatutnya dijadikan sebagai medium untuk beliau memanggil malah mengaturkan satu perjumpaan bersama JMPP bagi menyelesaikan isu tuntutan dan sebab musababnya.

Tindakan dan kenyataan Malik jelas sekali menunjukkan sikap kerajaan negeri pimpinan rejim DAPigs yang langsung tidak menghormati sensitiviti orang Islam dan agama Islam itu sendiri.

Malah Malik sebagai pemimpin dalam kerajaan negeri sepatutnya berasa malu apabila tokoh-tokoh agama di negara ini turut menggesa Kerajaan DAP Pulau Pinang menyerahkan pelantikan jawatan mufti dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam serta perkara berkaitan agama kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut mereka, jawatan tersebut bukan untuk dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana pelantikan itu membabitkan agama Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, kuasa pelantikan mufti oleh Yang di-Pertuan Agong atau sultan perlu dipertahankan kerana jawatan itu bukan untuk tujuan politik.

“Kalau mufti dilantik oleh kerajaan negeri, pelantikan itu akan dipolitikkan, kalau tidak suka bila-bila masa jawatan berkenaan boleh ditarik balik.

“Mufti bukan ahli politik dan seharusnya jawatan berkenaan diperkukuhkan selaras dengan fungsinya sebagai penasihat agama,’".

Kenyataan daripada Tan Sri Harussani Zakaria itu merupakan salah satu daripada tuntutan JMPP terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini.


Apa yang boleh MMI simpulkan disini adalah Malik selaku pemimpin yang dipertanggungjawabkan bagi menjaga hal ehwal agama di Pulau Pinang bersikap BIADAP terhadap orang Islam apabila langsung tidak menghormati tuntutan JMPP yang mewakili suara NGO-NGO Islam di Pulau Pinang.

Sebagai pemimpin haruskah Malik mempersoalkan perihal tuntutan yang masih belum sampai kepadanya sedangkan isu ini sudah pun berada didada-dada akhbar ??? Bukankah sebagai seorang Islam dan pemimpin beliau seharusnya melakukan sesuatu dengan terus berhubung dengan pihak JMPP bagi mendapatkan pengesahan dan melakukan tindakan yang sewajarnya ???

MMI kesal dengan sikap dan tindakan Malik yang langsung tidak menghormati hak dan suara rakyat khususnya orang-orang Islam di Pulau Pinang.

Psstt barangkali Malik bukan pemimpin Islam agaknya ???

MMI.

TERKINI !!! TOP 100 BLOGGER PRO-BN (31/10/2012) !!!


Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang selama ini memberikan sokongan dan singgah di blog MMI.Tak lupa kepada sahabat-sahabat blogger yang banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar Insyallah akan MMI teruskan segala usaha demi sebuah perjuangan keramat orang-orang Melayu mempertahankan Bangsa,Agama dan Negara.

Top 100 Blogger Pro-BN :


Seterusnya di blog I4TT.

MMI.

Ketua Menteri Paling Celaka Sah Berlidah BIAWAK !!


Guan Eng sah Ketua Menteri paling celaka kerana selama ini berbohong kepada seluruh rakyat khususnya di Pulau Pinang dan Malaysia amnya.Malah beliau yang terkenal dengan sifat rasisnya kini sudah pun terkantoi dengan pendedahan terbaru penipuannya berkenaan penurunan hutang negeri sebanyak RM600 juta yang sering kali dilalakkannya dalam setiap siri ceramah Pakatan Haprak.

Itulah Guan Eng seorang lelaki berbangsa Cina yang menumpang serta mencari makan di negeri Pulau Pinang.Yang mengejutkan MMI adalah selama ini juak-juak PAS juga turut di tipu oleh Guan Eng bulat-bulat.

Berikutan itu Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini meminta Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang untuk menjelaskan jumlah hasil pendapatan kewangan yang diperoleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran pembangkang secara terperinci kerana angkanya meragukan. 

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata sebagai contoh di Pulau Pinang, laporan kewangan Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2011 negeri itu dipercayai bukan jumlah yang sebenar. 

"Dakwaan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini yang mengatakan bahawa hutang negeri itu turun kepada kepada RM600 juta adalah tidak tepat kerana jumlah RM600 adalah hutang yang dipindahkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk urusan berkaitan bekalan air di sana," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. 

"Difahamkan, kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang telah mengubah wang dari Akaun Amanah Disatukan dan mentakrifkannya sebagai hasil kewangan sebenar yang dicatat kerajaan negeri, tetapi sebenarnya wang Akaun Amanah adalah untuk kegunaan seperti memperbaiki jalan, memperbaiki kemudahan awam dan pelbagai perkara yang berkaitan," katanya.Baca Seterusnya

Akhirnya segala penipuan Guan Eng selama ini terbongkar dan bagi seluruh rakyat Pulau Pinang fikirlah adakah pemimpin seperti ini harus di pilih sebagai Ketua Menteri kita ?? 

Ternyata Guan Eng dan juak-juak DAPigs penuh dengan muslihat , tindakan mereka selama ini hanyalah terarah kepada mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat demi mengekalkan kuasa politik dengan memilih untuk menipu sebagai jalan pintas terbaik.

Alo Guan Eng malulah weiii !!!

MMI.

Kisah Nasi Goreng BACALAH !!


Dalam pada kita asyik dengan segala macam kerja dan aktiviti kita seharian kadang-kadang kita lupa bahawa masih ada mereka di luar sana yang hidupnya ala kadar sahaja.Entri kali ini agak berbeza dari entri MMI sebelumnya kerana ianya tidak ada kaitan dengan politik.Menjadi harapan MMI agar semua dapat membaca sehingga kepenghujungnya.

 

Sebagai pembuka bicara anda klik lah video diatas dan mulalah membaca sebuah cerita benar yang mungkin boleh berlaku di mana-mana saja percayalah sesungguhnya manusia itu kerdil di sisi Allah SWT.

Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng sebab itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi .. dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya sebab hari-hari bawak roti kosong jer cicah air sirap...

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak ??.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat kerana Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah..malam hari sebelum tidur..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..Mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..Mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler...aku bawak..kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan 'bekas' nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?

Tak lah..Mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu...standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat sebab menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..

Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya kenapa ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Kemudian saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..

Terima kasih..

MMI.

Tuesday, 30 October 2012

TERKINI Video HOT Atas Jet Pula Di Dedahkan !!!


Aksi demi aksi bakal di didedahkan yang terbaru berkenaan video di atas jet.Tak tahulah MMI jet mana satu tapi kalau tentang jet dan video ni jangan buat main-main.Sekarang ni zaman teknologi macam-macam cara orang boleh buat.Apa nak hairan orang sendiri pun kadang-kadang belot juga.


Tengok saja apa yang berlaku dalam isu rakaman audio Mansor yang dah jadi isu panas dan paling panas katanya Guan Eng pun dah sampai tahap tak percaya dengan puak-puak PKR ni.Maklumlah agenda mereka bukan untuk kepentingan rakyat tapi nak penuhkan kerusi-kerusi di GLC,Agensi-agensi kerajaan dan ada juga yang nak jadi duta hehe macam-macam puak ni.

Amacam ??? Jangan tunggu lagi ampa klik video kat bawah tu selesai masalah..


Kalau bab video ni cepat betul !! hehe tapi mestilah kan siapa yang tak mau tengok video yang melibatkan pemimpin ni ye tak ??? Apa pun kita tunggulah video yang akan tersebar sedikit masa lagi katanya siap ada warna lagi Auww!!!

MMI.

VIDEO INSIDE - PANASSS Anwar Shamsidar ?????


Mengikut sumber terbaru dari sahabat blog MPP , diberitakan video seks melibatkan Anwar dengan Shamsidar bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Video kali ni katanya dalam versi warna dan juga ada audio yang mengesahkan si pelakunya adalah pemimpin pujaan puak-puak Pakatan..Tu dia aih pasti "box office" lepas ni..Maklumlah pelakon lelaki tu antara pelakon paling terkenal didunia sekarang ni.Jadi pasti ianya ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan rakyat Malaysia bahkan luar negara juga.

Menurut MPP berita ini bukan saja-saja dikeluarkan tapi ianya disahkan sendiri oleh laman Web Pro Pakatan Haprak yang dilihat agak kelam kabut bimbang tentang penyebaran video yang bakal menyaksikan manusia anugerah tuhan beraksi.Klik Sini  

Kalau korang masih ingat, video perselingkuhan antara Anwar dan Shamsidar ni dikatakan berada dalam simpanan bekas kawan baik Anwar, S Nallakarupan..

Dan beberapa bulan lepas, Nallakarupan telah menyerahkan satu daripada video tersebut untuk digunakan dalam prosiding saman fitnah yang dikemukakan Anwar ke atasnya.

Jadi, apakah video yang sama akan didedahkan kepada umum? Kalau betul video tu yang tersebar, gua rasa ia mesti akan kecoh satu negara..Lagi Berita di blog MPP.

Apa pun yang bakal berlaku sudah pasti juak-juak Pakatan Haprak sudah mula membuka buku dan merancang segala persiapan bagi menangkis isu video seks itu nanti.Pastinya segala jentera akan dikerah bermati-matian untuk tidak mempercayai tentang kewujudan video tersebut.

Malah barangkali ketika ini Shamsidar sudah pun dihubungi oleh juak-juak Anwar untuk menyerahkan skrip yang harus dibaca oleh Shamsidar sekiranya isu ini timbul nanti.

Anwar seperti biasa raja spin sudah pasti bersedia dengan segala kemungkinan bahkan ketika ini beliau mungkin sedang belajar bagaimana untuk melepaskan diri dari mesin pengesan pembohongan.

Apa pun samada ianya benar atau tidak kita sama-sama nantikan.

Tapi sebelum ampa semua tunggu video tu berada di pasaran , MMI bagi ampa tengok video atas jet dululah..pssstt tak ada sapa-sapa tengok lagi ni !!! Nak tengok ker ? kalau nak tunggu post jam 10 nanti..

MMI.

BREAKING NEWS Anwar Mahu Kembali Pada UMNO ??!!


"Saya tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno" itulah antara kenyataan yang keluar dari mulut Anwar Ibrahim semasa di Permatang , Tanjung Karang Selangor baru-baru ini.

Mendengar ungkapan tersebut cukup mengujakan , apakah ini petandanya Anwar bakal kembali pada perjuangan UMNO ? Barangkali inilah yang di tunggu-tunggu kebanyakkan masyarakat kita yang mahu melihat Melayu itu bersatu atas satu perjuangan.

Namun sejauh mana ungkapan tersebut mampu diterjemahkan oleh Anwar dalam konteks kejujuran seorang pemimpin ?

Siapa yang tidak ingat pembohongan Anwar Ibrahim kononnya terbentuknya kerajaan baru pada 16 September. Begitu juga pembohongan beliau tentang Kampung Buah Pala yang menyebabkan kaum India tersentak dan marah kepada beliau dan Guan Eng DAPigs.

Kenyataan Anwar Ibrahim menjadi semakin tidak dipercayai dek sejarah-sejarah silam dan putar belit beliau untuk terus tampak relevan dalam politik negara.

Senangnya Anwar berkata 'tidak mencerca Najib, Rosmah dan Umno' kerana dipentas yang sama, Anwar mengulangi gaya putar belit beliau dengan menyentuh Najib Razak! 

"Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang kerana dia ada rasuah. Sebab itu dia tidak mampu jawab,” ujar Penasihat Ekonomi Selangor itu dipetik MediaSelangorku.

Inilah sikap seorang bekas banduan yang pernah dipenjarakan kerana menyalahgunakan kuasa!Baca Seterusnya di blog Dr MiM.

Anwar Ibrahim dan konco-konconya sering kali malah saban hari menuduh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional terlibat dengan gejala rasuah.Malah rasuah cuba dikaitkan dengan UMNO dan kerajaan seolah-olah juak-juak Pakatan Haprak langsung tidak pernah terlibat dengan rasuah.

Inilah sikap angkuh dan bongkak Pakatan Haprak seolah-oleh mereka lupa dengan isu pembelian bas mewah Khalid Ibrahim yang menjadi pertikaian kerana didaftarkan dibawah nama Menteri Besar Selangor.Dari mana datangnya dana tersebut ? Apakah ianya duit Khalid sendiri ? duit rakyat Selangor ? atau imbuhan dari syarikat-syarikat tertentu yang diberikan projek oleh kerajaan negeri Selangor ? 

Kenapa agaknya sehingga kini persoalan tersebut tidak dijawab ? inilah yang MMI katakan sikap "Double Standard" yang dilakukan oleh juak-juak Pakatan Haprak apabila berbicara soal rasuah.Malah banyak lagi isu-isu lain sekiranya mahu di catat disini.

Namun apa yang mahu MMI bicarakan disini adalah walaupun UMNO dan kerajaan dituduh sebagai raja rasuah tetapi dalam masa yang sama UMNO dan parti-parti komponennyalah melalui kerajaan Malaysia sentiasa berusaha dan komited dalam membasmi gejala rasuah yang sering di perkatakan.

Berikut MMI perincikan langkah-langkah dan komitmen kerajaan dalam menangani gejala rasuah di negara Malaysia. 

PENDEKATAN KERAJAAN DALAM MENCEGAH DAN MENGAWAL RASUAH

Dengan tujuan untuk mencegah dan mengawal, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pegawai awam.

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009

Usaha penting yang signifikan adalah dengan penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang telah diluluskan oleh Parlimen dan telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2009. Matlamat utama akta ini adalah untuk menggalakkan integriti dan kebertanggungjawaban pentadbiran sektor awam dan swasta dengan menubuhkan satu badan pencegahan rasuah yang bebas, Akta ini juga turut bertanggungjawab mendidik pihak berkuasa awam, pegawai awam dan orang awam tentang rasuah dan kesan buruknya terhadap pentadbiran awam, swasta dan komuniti. Melalui pengenalan akta, keanggotaan SPRM seramai 5,000 orang akan ditambah dalam tempoh 5 tahun bagi mempercepatkan proses penyiasatan dam memberikan perkhidmatan pencegahan rasuah yang lebih baik kepada masyarakat.

Insititut Integriti Malaysia (IIM)

Penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) juga selari dengan hasrat kerajaan mengurangkan rasuah disamping ianya adalah untuk meningkatkan tahap integriti sebagai suatu cara hidup rakyat Malaysia melalui prinsip-prinsip etika yang sesuai. IIM juga menjadi jentera penggerak dan pelaksana Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada tahun 2004 yang antara lain mensasarkan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui dwi objektif pengukuhan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang terbaik disamping peningkatan integriti pengurusan dan pentadbiran perkhidmatan awam.

Garis Panduan Bagi Mempertingkat Tadbir Urus Dalam Perkhidmatan Awam

Kerajaan juga telah menyediakan satu Garis Panduan Bagi Mempertingkatkan Tadbir Urus dalam Perkhidmatan Awam dengan 4 prinsip utama yang dinyatakan dalam garis panduan tersebut iaitu integriti, akauntabiliti, pengamanahan dan pengawasan serta ketelusan. Dari aspek integriti, ianya berdasarkan kepada kejujuran dan objektiviti, tahap tatasusila yang tinggi dan penuh tanggungjawab dalam pengawasan dana dan sumber awam serta pengurusan hal ehwal jabatan/agensi. Amalan integriti ini adalah bergantung kepada keberkesanan pelaksanaan Perintah Am Perkhidmatan Awam dan juga kepada etika peribadi dan profesional Pegawai Awam. Integriti turut dipaparkan dalam prosedur bagaimana jabatan/agensi membuat keputusan.

Dari sudut akauntabiliti pula menekankan kewajipan untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada sesiapa yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan. Ianya adalah satu proses di mana jabatan/agensi adalah bertanggungjawab ke atas semua keputusan yang dibuat dan tindakan yang diambil. Pegawai pengurusan berkenaan adalah tertakluk kepada pemeriksaan luar yang wajar. Semua pihak perlu mempunyai kefahaman yang jelas mengenai tanggungjawab ini. Ketua jabatan/agensi hendaklah memastikan tanggungjawab ini diamanahkan kepada semua pegawai dengan memperjelaskan peranan masing-masing supaya ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan. 

Pengamanahan dan Pengawasan (stewardship) merupakan pelaksanaan kuasa pegawai awam yang telah diamanahkan oleh pihak Kerajaan. Pegawai Kerajaan adalah pemegang amanah dan pengawas ke atas penggunaan kuasa dan sumber yang dipertanggungjawabkan. Tanggungjawab ini merangkumi keupayaan untuk memastikan kecekapan pengurusan kewangan secara berterusan dan pengurusan sumber secara ekonomik dan berkesan melalui dasar-dasar yang bersesuaian. Adalah penting untuk sektor awam sentiasa mengekal dan meningkatkan kemampuannya bagi memenuhi kehendak kerajaan dan kepentingan awam.

Ketelusan merujuk kepada keperluan untuk memberi keyakinan kepada orang awam terhadap proses pengambilan keputusan dan tindakan pegawai awam yang telah diamanahkan dengan kuasa dan tanggungjawab. Hubungan yang erat dan perkongsian maklumat yang lengkap, tepat dan jelas dengan stakeholders akan memastikan tindakan yang diambil itu adalah berkesan dan menepati waktu di samping membolehkan pegawai awam menangani sebarang penilaian awam.

Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP)

Dalam tahun 2008 yang lalu juga, Kerajaan telah mengarahkan agar digerakkan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) yang bertujuan untuk mengukuhkan integriti sektor awam di peringkat persekutuan, negeri dan daerah bagi mencegah rasuah, amalan salah guna kuasa dan penyelewengan di kalangan pegawai awam.

Laporan Ketua Audit Negara

Laporan Ketua Audit Negara disediakan pada setiap tahun adalah untuk mengesahkan sama ada penyata kewangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Agama Islam telah disediakan secara teratur mengikut piawaian perakaunan yang diterima pakai. Selain itu, pengauditan prestasi kewangan ini dapat menilai sejauh mana pelbagai program dan projek Kerajaan telah dirancang, dilaksanakan dan dipantau dengan cekap dan berkesan serta sejauh mana objektif asal program dan projek ini telah tercapai. Penilaian sejauh mana wang awam telah dibelanjakan dengan berhemat tanpa pemborosan dan pembaziran juga akan dapat dikenalpasti. Agensi Kerajaan digesa supaya mengambil iktibar daripada kelemahan-kelemahan dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap program dan projek yang dibangkitkan dalam laporan-laporan audit prestasi yang disediakan, selaras dengan prinsip-prinsip akauntabiliti dan integriti dalam perkhidmatan awam.

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kedua – Memerangi Rasuah

Y.A.B Perdana Menteri semasa mengumumkan 6 teras NKRA telah meletakkan usaha memerangi rasuah sebagai salah satu daripada teras tersebut. Ini menunjukan kerajaan amat komited dalam usaha memerangi rasuah. Seperti mana yang kita semua tahu, gejala rasuah haruslah dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu Transparency International dalam Corruption Perception Index mereka, meletakkan Malaysia di tangga 47 pada tahun 2008 berbanding dengan kedudukan nombor 39 pada tahun 2004. Oleh itu, untuk memastikan persepsi kedudukan Malaysia bertambah pulih pada masa hadapan, kerajaan beriltizam mengemaskini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah pun mengambil keputusan bahawa semua perolehan kerajaan haruslah menggunakan tender terbuka atau pun tender terhad kecuali dalam kes-kes tertentu. Dari segi penguatkuasaan, langkah kerajaan menaiktaraf Badan Pencegah Rasuah menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dengan bidang kuasa dan perundangan yang lebih efektif turut diletakan sebagai strategi untuk mencapai NKRA ini.Baca Seterusnya 

MMI tak nafikan gejala rasuah masih berlaku namun sebagai rakyat dan individu yang mempunyai akal dan fikiran kita seharusnya meletakkan rasional sebagai keutamaan dalam membuat sebarang tuduhan dan rumusan.

Dengan segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan adakah ianya masih menjadi kesalahan kepada kerajaan sekiranya gejala rasuah tersebut masih berlaku ? paling penting jangan lupa bahawa gejala rasuah berlaku kerana sikap individu dan bukannya badan mahupun kerajaan.

Oleh yang demikian sekiranya sesiapa saja yang mempunyai bukti bahawa berlakunya gejala rasuah berlaku maka kemukakan laporan dan bukti supaya siasatan dapat dilakukan dan tindakan dapat diambil.

Ianya adalah langkah yang lebih tepat daripada kita melalak di pentas-pentas ceramah kerana melalak sahaja tidak dapat membendung gejala rasuah.

Barangkali inilah yang membezakan diantara kerajaan dan pembangkang kini.

Psst agak-agak sapa yang audit duit kutipan setiap kali ceramah Pakatan Haprak diadakan ??????

MMI.


PUNAH Dokumen Sulit BN Bocor !!!


Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kebocoran maklumat kesiapsiagaan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang yang kononnya dimiliki pembangkang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya juga telah menghantar surat kepada semua parti komponen BN supaya berhati-hati dan menganggap dokumen-dokumen yang diedarkan sebagai rahsia.

Meskipun menganggap dakwaan pembangkang itu sebagai gimik politik, tegasnya, sebarang tindakan terhadap mereka yang bertindak membocorkan maklumat tersebut akan diserahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita sedang siasat. Kita hendak dapatkan dokumen yang ada pada Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) supaya tahu siapa yang beri kepada beliau. Ini kerana setiap dokumen yang diedar ada kod tersendiri. (Tetapi) kemungkinan ini pun gimik politik DAP sebab mereka juga rasa tertekan. Kita pun ada dokumen pembangkang, tak bising pun.

Bagi MMI mudah ja , dah BN tu kerajaan Malaysia yang sah jadi kalau benar seperti yang diperkatakan minta Guan Eng dedahkan lepas tu saman saja sebab dia dedahkan dokumen milik kerajaan Malaysia !

Belambak peguam kat luar sana yang boleh settlekan Guan Eng ni .. 

MMI.

Kota Belud Bikin Telinga Juak Pakatan Haprak PANAZZZZ !!


Sikap dwistandard pembangkang yang hanya gemar mencari salah kerajaan tetapi menutup mata jika sesuatu skandal itu melibatkan mereka walaupun ia melibatkan wang rakyat, terbukti semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Malah pemimpin-pemimpin pembangkang juga mula memperlihatkan reaksi tidak selesa apabila kelemahan mereka 'dilondehkan' wakil rakyat Barisan Nasional (BN), sedangkan selama ini pakatan itu mendabik dada kononnya telus dan berakauntabiliti.

Semuanya bermula apabila Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mempersoal mengapa pembangkang cuba menutup skandal penternakan lembu Kedah Corporation Berhad (KCB) bernilai RM1 juta yang mempunyai persamaan dengan kes National Feedlot Corporation (NFC).

Sedangkan jelas beliau, sebelum ini pemimpin pembangkang begitu ghairah dan cukup bernafsu mendedahkan kontroversi projek NFC sehingga pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap kerajaan.

"Isu penternakan lembu bernilai RM1 juta yang dilaksanakan KCB yang dibangkitkan dalam laporan audit cuba ditutup oleh pembangkang apabila kita lihat tiada seorang pemimpin mereka membangkitkan isu ini sedangkan ia hampir sama dengan kes NFC.

"RM1 juta mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak tetapi sebenarnya ia 0.10 peratus daripada bajet kerajaan negeri Kedah yang berjumlah RM1 bilion. Peratusan itu sama dengan kes NFC yang juga 0.10 peratus berbanding bajet kerajaan Pusat.

"Ini skandal besar bagi sebuah negeri yang memiliki ekonomi seperti Kedah tapi mengapa pemimpin pembangkang tidak timbul isu ini, mengapa dwistandard," katanya ketika mencelah semasa sesi perbahasan Hamim Samuri (BN-Ledang).

Mengulas mengenai persoalan tersebut, Hamim berkata, satu sidang media akan diadakan esok selepas mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang diketuai Timbalan Pengerusinya, Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) bagi membincangkan perkara itu.

"Cuma saya nak jelaskan di sini, saya setuju dengan Kota Belud. Pembangkang jelas sekali dwistandard apabila skandal itu membabitkan mereka. Sepatutnya kalau nak tegur, tegurlah semua, jangan main pilih bulu. Kalau tak betul, cakap tak betul," katanya.

Kurang selesa apabila sikap pembangkang dilondehkan, Dr. Mohd. Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) bangun mencelah dengan bertanya, kalau skandal, siapa isteri atau suami kepada Exco Kerajaan Negeri Kedah yang terbabit dalam projek penternakan itu.

Tindakannya itu kemudian dibidas Abdul Rahman apabila dengan tegas beliau berkata, siapa pun yang terlibat, kecil atau besar nilai skandal tersebut, apa yang pasti ia melibatkan wang rakyat dan kerugian sudah pun berlaku.

Inilah sebenarnya wajah barisan pembangkang di Malaysia , siang dan malamnya diisi dengan dakyah dan penipuan malah fitnah menjadi agenda utama dalam usaha menjatuhkan kerajaan.Sikap "Double Standard" jelas namun masih mendabik dada kononnya merekalah yang terbaik. 

Apa nak jadi Malaysia ???     

MMI.

BONGKAR Kumpulan Kristian Kuasai DAP !! Ada Agenda ??


Suatu ketika dulu, ramai kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu teruja dan terpesona dengan kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah menyamakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab.

Sehinggakan ada segelintir pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat dibacakan.

Pelik? Tiada peliknya. Bagi PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat penting dan kerana itu amat dihargai nilai persahabatannya dengan kafir harbi DAP berbanding persaudaraan sesama Islam.

Dalam pada PAS begitu teruja dengan ‘kehebatan khalifah’ Guan Eng, selang beberapa ketika kemudiannya beliau dinugerahkan dengan gelaran sebagai Father Joseph dari Gereja St. Anne, Bukit Mertajam sebagai perhargaan di atas sumbangan dana kepada gereja tersebut.

Penganugerahan gelaran Father Joseph kepada Guan Eng itu sebenarnya tidaklah mengejutkan, walaupun selama ini beliau sering berahsia berkaitan status agamanya.

Namun bagi penyokong PAS yang acapkali memuja muji Guan Eng konon bakal mengulangi kegemilangan Khalifah Umar Abdul Aziz, tak sedikit yang terpinga-pinga apabila mengetahui rupa-rupanya Guan Eng adalah seorang penganut Kristian yang amat taat pada agamanya.

Mungkin ini dapat menjawab persoalan kenapa tiba-tiba sahaja perarakan Maulidur Rasul tidak lagi diadakan di Pulau Pinang. Barangkali ini semua adalah gara-gara betapa ‘mesranya’ Setiausaha Agung DAP itu dengan gaya kepimpinan ala khalifahnya yang selama ini di puja oleh PAS agaknya.


Selain Guan Eng dan isterinya, Betty Chew, ramai lagi pemimpin DAP yang sedang menonjol tika ini rata-ratanya beragama Kristian, antaranya Terresa Kok, Ronnie Liew, William Leong, Ngeh Koo Ham @ James, Nga Kor Ming @ David, Tony Pua dan Hannah Yeoh.

Sebahagiannya dari mereka diketahui umum cukup keras dalam mencuit hak umat Islam termasuklah pernah mempertikaikan azan subuh, bacaan Al-Quran, tulisan jawi pada papan tanda jalan, mendesak penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan kitab Kristian dan gereja serta beberapa isu sensitif yang lain.

Selain itu, dikalangan pemimpin PKR pula seperti Xavier misalnya serta beberapa yang lain juga pernah mencetuskan kontroversi termasuklah menyampaikan ‘tazkirah’ di ruang utama solat surau.

Malah beberapa orang dari mereka juga merupakan orang kuat gereja yang pernah terbabit secara tidak langsung dalam usaha memurtadkan orang Islam.

DAP tetap DAP, sementelah lagi kini DAP sudah dikuasai kumpulan pemimpin yang beragama Kristian yang agak vokal mempertikaikan hak agama dan umat Islam, tidak mustahil mereka akan semakin berani mempolemikkan pelbagai isu sensitif berkaitannya.

Manakala PKR pula walaupun dikuasai oleh Anwar Ibrahim, namun kebanyakan hala tuju politiknya terlalu dekat dengan unsur Kristian termasuklah cukup sinonim dengan budaya candle light virgil serta pernah menamakan seorang penganut Kristian, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak.

Jelas sekali kerjasama dan persahabatan PAS dengan DAP tidak pun berjaya mengubah kepercayaan Guan Eng ataupun menyebabkan DAP semakin berlembut dengan Islam ataupun membawa PKR semakin dekat dengan Islam.

Sebaliknya yang berlaku, PAS pula semakin liberal dengan pendiriannya sehinggakan terikut-ikut rentak DAP serta PKR dengan melupakan terus semua perjuangannya untuk mendirikan Negara Islam dan menegakkan hukum hudud ala PAS.

Juak-juak PAS perlu sedar bahawa maruah dan integriti parti dan para pimpinannya kini sudah hilang dan perjuangan menghalalkan cara sedang rancak dilakukan kerana semua itu dianggap sebagai jihad. bilamana Putrajaya menjadi impian mereka untuk terus menjadi pencacai kepada rejim DAPigs dan pengawal peribadi politik keatas kejijikan sikap seorang manusia seperti anwar Ibrahim. 

Yang pasti Guan Eng dan konco-konconya sedang mentertawakan PAS kerana dengan mudah dibeli dengan janji kuasa dan tempat di Putrajaya.Nampak sangat PAS hanyalah pencacai kepada agenda Pakatan Haprak di Pulau Pinang.

MMI.

Monday, 29 October 2012

Gempar Alien Di Jambatan Pulau Pinang !!


Apakah yang berlaku sebenarnya di jambatan Pulau Pinang ? Apakah ianya melibatkan makhluk asing yang menjadi misteri kepada seluruh penduduk dunia ? Apakah ini merupakan penemuan paling bersejarah bagi merungkai misteri makhluk asing yang selama ini menghantui penduduk dunia ? 

Untuk makluman anda semua apa yang dimaksudkan makhluk asing itu adalah berkenaan satu kejadian kemalangan yang berlaku di jambatan Pulau Pinang melibatkan individu yang mempunyai nama dan kad pengenalan yang sama.

Polis sedang mengenal pasti identiti pemandu kereta yang dilaporkan maut dalam satu kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, dekat sini awal pagi semalam selepas seorang lelaki di Selangor mendakwa kad pengenalan yang digunakan mangsa adalah miliknya.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pihaknya telah menghantar pegawainya ke rumah lelaki yang mendakwa kad pengenalannya digunakan pemandu kereta berkenaan di Kampung Selayang Baru, Batu Caves, Selangor bagi menyiasat dakwaan terbabit.

Katanya pengecaman mayat pemandu kereta itu dibuat berdasarkan dokumen pengenalan diri yang terdapat bersama mangsa semasa berlaku kemalangan berkenaan.

"Sehingga hari ini kita belum tahu identiti sebenar pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan terbabit dan saya difahamkan mayatnya telah dituntut isteri ketiganya semalam di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini.

"Polis juga akan memanggil anggota keluarga mangsa termasuk isteri-isterinya bagi merekodkan keterangan untuk kita mendapatkan maklumat terperinci tentang mangsa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Komuniti Kepolisan Majlis Korban Perdana Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara bersama kariah Masjid Padang Menora, di sini hari ini.


Sebuah akhbar hari ini melaporkan seorang lelaki Sadisafizan Saad, 36, di Kampung Selayang Baru, Selangor terkejut selepas dilaporkan terbunuh bersama dua yang lain dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam.

Beliau mendakwa kekeliruan identiti si mati yang menggunakan namanya berlaku mungkin ada kaitan dengan kehilangan kad pengenalannya pada 28 Sept tahun lepas.

Dalam kemalangan itu, pemandu yang menggunakan nama Sadisafizan bersama rakannya, Muslim Idwar, 38, dari Batu 6, Gombak, Kuala Lumpur dan seorang wanita Indonesia Mai Linda, 18, terbunuh selepas kereta jenis Proton Perdana yang dipandu laju terbabas melanggar tembok Jambatan Pulau Pinang.

Abdul Rahim berkata seorang lagi penumpang kereta berkenaan iaitu wanita warga Indonesia yang berusia lingkungan 20-an dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang dan masih dalam keadaan kritikal berikutan cedera parah.

"Identiti wanita itu juga belum dikenal pasti kerana kita tidak dapat merekodkan keterangannya berikutan keadaan dia yang masih belum sedar," katanya. - BERNAMA

Apa yang MMI boleh simpulkan barangkali inilah sebahagian daripada kerja-kerja sindiket memalsukan pengenalan rakyat Malaysia yang pasti mewujudkan dua manusia dengan satu nama.Mungkin juga mereka-mereka ini boleh kita gelarkan sebagai makhluk asing !!

MMI.

GEMPAR Logo YAHUDI Di Komputer Anda !!!


Penemuan ini amat mengejutkan dan apa yang bakal MMI dedahkan dibawah adalah benar belaka.MMI sendiri telah pun menjalankan pemeriksaan dan didapati ianya benar-benar berada dalam komputer kita termasuk kepunyaan MMI sendiri.

Untuk mengetahuinya anda perlu mengikut langkah-langkah berikut :

Buka My Computer " anda pada " Local Disc (C) " 
Klik " Program Files " ATAU " Program Files (x86) "
klik " Microsoft Office "
klik " MEDIA "
klik " CAGCAT10 "
Cari gambar no "J0285926 "

Anda pasti akan menemui imej di seperti dibawah :


Lambang dan logo Yahudi Israel, Gambar gabungan lambang Israel dan menorah ( lilin kemenangan yang juga ditemukan di lambang Mossad ) 

Terserah kepada anda samada mahu menghapusnya atau tidak.

Yang pasti pada gambar diatas, latar belakangnya adalah bintang lambang Yahudi kemudian ditimpa dengan gambar lilin kemenangan ( lilin menorah ). 

Jelas lagi nyata ,  bagaimana imej tersebut boleh berada dalam setiap komputer ? MMI sendiri pun tak pasti , mungkin juga ianya hanya kebetulan tapi yang pasti kepada anda yang belum mencuba di komputer masing-masing cuba sekarang !!!

Apakah selama ini Yahudi mengintip kita ???? 

MMI.

Labels