Followers

Showing posts with label Hudud. Show all posts
Showing posts with label Hudud. Show all posts

Sunday, 11 August 2013

Hukum HUDUD Hanya Apabila RAKYAT Sokong ~ Khalid Samad


Hukum hudud hanya akan dilaksanakan jika PAS mentadbir kerajaan pusat dan melakukan pungutan suara yang keputusannya mendapati sebahagian besar rakyat mahukan undang-undang Islam itu, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad.

Dalam meneruskan hasrat PAS untuk melaksanakan hukuman itu negara ini, Khalid berkata, buat permulaan ia akan dilaksanakan di Kelantan terlebih dahulu.

Ini disebabkan PAS merupakan parti dominasi yang menguasai kerusi DUN yang terbanyak setelah menang di negeri pantai timur itu sejak 22 tahun lalu.

"Untuk membuat perubahan tersebut, kita memerlukan sebuah kerajaan pusat yang tidak menghalang dan itu harapan kita bahawa PR akan memerintah. Dan atas desakan rakyat Kelantan itu sendiri akan membenarkan ia dilaksanakan. 

"Kita boleh membuat referendum dan minta rakyat Kelantan menzahirkan sokongan terhadap perlaksanaan hukuman hudud dan kita laksanakan dahulu di Kelantan. Yang pentingnya, akhirnya undang-undang yang dilaksanakan bergantung kepada penerimaan masyarakat. 

"Jika mereka nakkan Islam, maka mereka akan tuntut supaya undang-undang Islam dilaksanakan. Kalau dipaksa nanti timbul masalah," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Antarapos di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Menurut Khalid, langkah-langkah untuk menjalankan hudud telah diusahakan semenjak tahun 1990-an oleh Menteri Besarnya ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun hasrat itu terbantut di tengah jalan apabila Nik Aziz menerima surat bantahan daripada kerajaan pusat.

"Di Kelantan memang kita nak jalankan, tetapi seperti yang dijelaskan oleh Nik Aziz, bila nak dilaksanakan setelah Enakmen Rang Undang-undang Islam diluluskan yang mengandungi hukuman hudud, Nik Aziz ada menerima surat dari Kerajaan Pusat untuk melarang perlaksanaannya kerana dikatakan bercanggah dengan perlembagaan negara buat masa ini," katanya.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa tindakan Mahkamah Syariah adalah terhad kepada tiga (3) tahun penjara, enam kali sebatan dan denda berjumlah sehingga RM 5,000 yang mana ia menjadi salah satu penghalang kepada perlaksanaan hukuman hudud di Malaysia.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini mempersolkan 'ketakutan' orang ramai terhadap hudud sedangkan ia adalah sebahagian undang-undang Allah SWT dan PAS bertindak menjalankan kewajipan untuk menyenaraikannya di dalam undang-undang Kelantan.

Beliau bertegas hudud harus ditegakkan seiring dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Walau selantang mana PAS memperjuangkan isu hudud di negara ini, parti itu tetap mendapat tentangan oleh rakan-rakan sekutunya di dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP yang dilihat tetap berpegang kepada perjanjian bersama di mana perlaksanaan hukum hudud tidak termasuk di dalam perbincangan pakatan itu.

Mengulas lanjut, Khalid berkata adalah menjadi harapan peribadinya agar hukum hudud dapat dilaksanakan apabila PAS menjadi kerajaan pusat, walau ini mungkin mengambil masa yang lama.

Khalid selain itu berbangga dengan pencapaian PAS dan Pakatan secara keseluruhannya atas kejayaan mereka memperluaskan kefahaman agama di Selangor, berbanding sewaktu pemerintahan Barisan Nasional (BN).

"Di bawah Pakatan, di negeri-negeri kita diberi kebebasan untuk menyampaikan risalah kita. Contoh Selangor jika di bawah BN tak boleh buat program-program tazkirah, kuliah dan sebagainya.

"Melalui Pakatan, matlamat PAS tercapai di dalam erti kata menyampaikan kefahaman dan penjelasan tentang perundangan dan sistem pemerintahan Islam," katanya lagi.

Kerjasama PAS melalui Pakatan telah bermula semenjak 2008 di mana gabungan PAS-PKR-DAP itu berjaya memenangi sebanyak 82 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen selain menafikan majoriti dua pertiga yang dipegang BN semenjak kemerdekaan 1957.

Pada PRU-12, Pakatan berjaya menguasai Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, namun hilang Kedah pada PRU-13 yang lalu.sumber 

MMI

Thursday, 25 October 2012

Isu Hudud - Pakatan Haprak Mula Bertempik !!!!!


Puak-puak Pakatan Haprak nampaknya bersungguh-sungguh menggunakan talian hayat yang ada untuk betul-betul menghentam UMNO dan BN.Jika sebelum ini mereka terdesak dan ketandusan isu kini dengan isu Datuk Seri Chua Soi Lek serta MCA yang dikatakan menolak hudud maka bertempik sakanlah juak-juak Paktan Haprak termasuklah mereka-mereka  yang bukan dari kalangan orang Melayu Islam.

Pakatan Haprak Perak akan menghantar surat kepada Sultan Perak yang juga Ketua Agama Negeri berhubung tindakan MCA khususnya Datuk Seri Chua Soi Lek tidak henti-henti menghina Islam.

Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, surat berhubung perkara itu juga akan dihantar kepada Mufti dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kenyataan Soi Lek sebelum ini jelas mengherdik agama Islam dan menceroboh ke dalam urusan hal-ehwal agama Islam.

Kata beliau, perbuatan Chua Soi Lek sangat menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama.

Ekoran itu juga, Pakatan Haprak Perak ujarnya turut mencabar kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Soi Lek atas Akta Hasutan.

Tu dia punya kalutnya puak-puak ni bila kena dekat orang !!

MMI pun hairan macam mana puak-puak tu boleh kata Soi Lek tak henti-henti hina Islam ? Lepas tu pula siap bagitau ianya menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama. 

MMI tak nafi kenyataan Soi Lek salah dan MMI antara blogger yang turut memuatkan entri mendesak supaya beliau memohon maaf di atas tindakannya Baca Sini namun melihat juak-juak Pakatan Haprak dengan tindakan sedemikian rupa mengingatkan MMI terhadap tindakan mereka sebelum ini yang juga melibatkan isu yang hampir sama.




Jika isu Soi Lek tindakan terus digerakkan bagaimana pula dengan kes Karpal Singh yang terang-terangan menolak Islam malah perkataan yang keluar dari mulut beliau lebih dasyat bilamana ungkapan "Langkah Mayat Aku Dulu" sudah lama berkemundang sehinggalah yang terkini.

Karpal juga dengan nada tegas telah menyatakan tidak akan berkompromi dalam soal hudud dan mungkin juak-juak pencacai Pakatan Haprak khususnya PAS terlupa mereka sendiri sudah pun melacurkan perjuangan Islam mereka kepada perjuangan "Negara Berkebajikan" demi memenuhi tuntutan sebagai rakan parti dalam Pakatan Haprak.

Jelas sikap "Double Standard" dalam soal ini amat jelas diamalkan oleh mereka.

Persoalan mengapa agaknya sebelum ini mahupun hari ini juak-juak Pakatan Haprak langsung tidak pernah menyerahkan sebarang memo mahupun mengadakan sebarang demontrasi terhadap Karpal Singh kerana beliau lebih awal turut menolak hudud ?

Nampak sangat sikap mereka hanyalah untuk memesong pandangan rakyat dan mengheret isu ini menjadi isu politik demi menagih undi untuk diisi kantung nafsu mereka menuju Putrajaya.

Pssttt Tolak sebarang usaha menghina dan mencerca agama Islam !!!

MMI.

Tuesday, 23 October 2012

GEMPAR KRISTIAN & BUDDHA Bakal Ranapkan Islam Di Malaysia !!


Apakah reaksi pertama apabila kita membaca tajuk entri diatas ? Apa benar kristian dan buddha bakal ranapkan Malaysia ? Adakah orang-orang Islam di Malaysia bakal diperangi oleh orang-orang kristian dan buddha ? Mampukah negara seperti Malaysia bertahan daripada segala kemungkinan ? 

Inilah sebenarnya lontaran persepsi yang mampu menimbulkan kekacauan dan rasa tidak senang masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara kita.Malah MMI yakin dengan ungkapan seperti diatas ianya bakal menyebabkan orang-orang kristian dan buddha turut merasa marah kerana ianya barangkali bukan agenda mereka.

Begitulah juga hakikatnya hari ini apabila Chua Soi Lek dalam perhimpunan MCA baru-baru ini berbicara soal hudud yang mendapat liputan meluas semua media di Malaysia khususnya media-media politik.

Chua Soi Lek dan barisan pimpinannya harus sedar menyentuh sesuatu perkara yang melibatkan institusi agama apatah lagi agama Islam khususnya di Malaysia ini bererti seluruh pimpinan MCA sebenarnya sedang bermain dengan api.

Mereka harus sedar bahawa api yang sedang dinyalakan ini bukan saja mampu meleburkan MCA malah seluruh bangsa Cina dan mereka-mereka yang selalu menjadikan Islam sebagai bahan politik murahan.

MCA dan Chua Soi Lek perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam kerana kedangkalan mereka menyentuh isu hudud yang jauh menyimpang daripada maksud sebenar hukum Allah SWT itu.

MMI tidak akan berkompromi dalam soal ini kerana ianya melibatkan maruah Islam dan orang-orang Islam di Malaysia.Chua Soi Lek selaku Presiden MCA seharusnya mengambil tahu apa itu hukum hudud bukannya membuat tuduhan secara membabi buta apatah lagi dalam perhimpunan MCA yang mampu mengundang pelbagai persepsi yang tidak baik.

Kenyataan " menolak pelaksanaan hukum hudud, dari dulu sehingga kini. Pelaksanaan hukum ini akan menjejaskan keharmonian dalam kalangan rakyat beragama Islam dan bukan Islam " adalah satu kenyataan paling biadap daripada pimpinan MCA kerana ianya jelas merupakan satu tuduhan tidak berasas yang sepatutnya dirujuk kepada rakan komponen seperti UMNO terlebih dahulu bagi mendapatkan gambaran sebenar.

Malah MCA yang sebelum ini pernah mengadakan pertemuan dengan Ustaz Fathul Bari bagi mendapatkan pandangan berkenaan hukum hudud seharusnya tahu bahawa isu hudud bukanlah isu yang seharusnya dijadikan sebagai bahan mahupun perkara yang harus diperbincangkan dalam perhimpunan MCA apatah lagi menjadikannya sebagai salah satu resolusi persidangan.

MCA harus sedar bahawa mereka sudah pun mengistiharkan parti mereka sebagai parti yang menentang Islam dan menentang Islam bererti menentang umatnya menentang umatnya bererti menentang UMNO di Malaysia.

Apakah MCA juga mempunyai pendirian yang sama dengan DAPigs dalam Pakatan Haprak ? Jika inilah yang menjadi pendirian MCA maka sudah sampai masanya MCA harus diterajang keluar dari Barisan Nasional.


Kepada seluruh umat Islam di Malaysia , kita sedang berdepan dengan satu senario yang cukup membimbangkan dan kerana itulah maka gerakkan seluruh saf kita untuk pastikan orang-orang Melayu dan Islam bersatu dibawah satu bumbung.

Mungkin tidak ramai yang sedar akan perkembangan ini namun percaya atau tidak semuanya bermula apabila orang-orang Islam dalam Pakatan Haprak terlalu memberikan ruang kepada puak-puak cauvinis ini memijak kepala mereka dan kerana kelemahan inilah maka cauvinis lainya sedikit sebanyak sudah berani menyuarakan pendirian mereka yang sama sekali tidak berasas malah boleh dikatakan sebagai pencetus kepada kekacauan.

Di ketika ini samada UMNO mahupun PAS usah menuding jari antara satu sama lain kerana masing-masing sedang berdepan dengan pihak-pihak yang sedang berusaha menghina agama Islam.

MMI menghormati pandangan YAB PM apabila menyatakan bahawa kita menghormati pandangan rakan komponen dan sememangnya ia selari dengan apa yang kita pegang selama ini iaitu kontrak sosial.Malah parti UMNO dan PAS sendiri pun sentiasa melaungkan untuk berusaha supaya golongan seperti MCA dan DAPigs dapat memahami Islam dan ketika Islam itu sudah difahami oleh mereka barulah pelaksanaan seperti hukum hudud akan diperbincangkan ini diakui sendiri oleh pimpinan dari kedua-dua parti UMNO dan PAS. 

Walaupun begitu kita juga perlu tegas dalam soal ini kerana ianya mampu melahirkan rasa benci dikalangan orang Melayu sendiri seterusnya akan mengakibatkan undi protes berlaku sekali lagi dalam pilihanraya ke-13 nanti dan natijahnya BN mampu kecundang.

Percaya atau tidak jika BN kecundang kali ini maka kecundang itu cukup perit dan sakit malah memerlukan tempoh masa bertahun-tahun lamanya untuk kembali sebagai kerajaan Malaysia.

Kerana MCA merupakan parti komponen dalam Barisan Nasional maka MMI mendesak Chua Soi Lek dan seluruh pimpinannya HARUS SEGERA MEMOHON MAAF kepada seluruh umat Islam di Malaysia !!

Demi Agama , Bangsa dan Negara SEBARKAN !!

MMI.

Labels