Followers

Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts
Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts

Monday, 5 August 2013

Karpal Buat Amal Jariah Dekat Anwar , Boleh Percaya Ka ??


Ada isu yang kini sedang panas di Permatang Pauh apabila  calon PRU13 Dr Mazlan di beritakan menerima lebih 6 ribu surat yang kononnya mendedahkan Anwar membayar puluhan juta kepada Karpal termasuk untuk menyogok Hakim.

Tu dia memang panas betoi isu ni jom baca laporan kat bawah ..

PETALING JAYA 4 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat laporan polis bagi menafikan pendedahan kandungan 6,000 keping surat yang mengaitkan mereka di Permatang Pauh, kelmarin.

Kedua-dua pemimpin pembangkang itu hadir di Balai Polis Tropicana di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari untuk membuat laporan polis supaya satu siasatan dan tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa.

Dalam laporan itu, Anwar dan Karpal memandang serius tentang dakwaan tersebut dan berharap Peguam Negara (AG) akan mengarahkan perkara berkenaan disiasat polis.

Anwar dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR selepas membuat laporan itu berkata, dakwaan yang dibuat bekas calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail berhubung pendedahan surat layang itu disifatkannya sebagai satu fitnah yang dilemparkan UMNO terhadapnya.

Kelmarin, Mazlan mendedahkan kira-kira 6,000 laporan bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal yang mendedahkan 'urus-niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pembangkang iaitu Anwar dan Karpal yang telah tersebar secara meluas di Permatang Pauh sejak beberapa hari lalu.

Mengulas dakwaan 'urus-niaga' itu, Anwar memberitahu, beliau dan sekeluarga amat berterima kasih kepada Karpal yang banyak membantunya selama ini dan tidak timbul isu kewangan antara mereka.

"Sepanjang Karpal membantu saya menjadi panel guamannya, tidak pernah timbul tentang isu pembayaran. Apabila dakwaan sebegini berlaku, sekali gus menjejaskan maruah Karpal," katanya.

Tambahnya, beliau setuju jika Karpal mahu mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba menjejaskan imej mereka dan pemimpin PKR lain.

Sementara itu, Karpal pula mencabar Mazlan mendedahkan identiti dan dokumen mengaitkan dirinya dan Anwar seperti yang didedahkannya sebelum ini.

"Saya cabar Mazlan jika dia 'anak jantan' supaya tunjukkan slip cek, akaun bank, slip pembayaran dan identiti pihak yang membuat surat itu.

"Saya juga mencabar stesen televisyen TV3, akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times untuk turut melakukan perkara sama," katanya.

Beliau turut berkata, pihaknya dan Anwar sedang mengumpul bukti untuk melakukan tindakan dalam masa terdekat.

"Tuduhan yang dilemparkan begitu serius dan saya menafikan kewujudan tuduhan itu kerana saya telah lama bersahabat dengan Anwar. Oleh itu saya menggesa pejabat AG mengarahkan siasatan mendalam tentang perkara ini," katanya.utusan

Hihihi agaknya kenapa puak-puak tu panas ? loncat lain macam ja !! Macam orang katalah mana mungkin pokok begoyang kalau tak ada angin !

Lagi satu kalau diikutkan dari ayat si Anwar tu nampak macam duit ringgit ni tak penting langsung bila Karpal jadi peguam bela Anwar kira macam sukarelalah.Betul ka ?

Sebelum ni kalau ampa nak tau puak-puak ni kalau nak dapatkan khidmat guam mereka bukan kecik anak punya kos , alih-alih untuk Anwar dah jadi macam amal jariah !! Bukan tak percaya tapi boleh ke nak percaya ??

Psstt Rasuah bukan saja dari sudut pemberian wang kena ingat tu bro !!

MMI

Sunday, 28 April 2013

Karpal Singh ANGKUH Ugut Tangkap Tun Mahathir ?!!!


DAP hari ini mengulangi pendiriannya untuk tidak sesekali membenarkan hukum hudud dilaksanakan walaupun 'berhutang' dengan Pas yang membenarkan parti itu menggunakan lambang bulan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusinya, Karpal Singh dalam ceramah di sini dengan angkuh menegaskan walaupun mereka bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) namun ia tidak bermakna DAP menerima konsep negara Islam termasuk hukum hudud.

Selain itu, Karpal turut mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan menghadapkannya ke mahkamah kerana didakwanya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

Beliau turut mengugut untuk memecat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang didakwanya sebagai tidak berkaliber dan menuduh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak mengikut undang-undang semasa menerima Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Pada 2008, kami menang lima negeri tetapi Sultan Perak (Sultan Azlan Shah) bertindak tidak mengikut undang-undang. Saya ditangkap dan didakwa tetapi saya tidak takut, saya akan lawan dan boleh menang," katanya.utusan online

Rasanya tak perlulah MMI ulas panjang lebar , kenyataan diatas saja sudah cukup untuk menunjukkan siapa sebenarnya DAP !! Maka kerana itu orang Melayu dan Islam WAJIB TOLAK DAP..Untuk menolak DAP maka kita harus menolak Pakatan Haprak !! Hanya BN ...

MMI.

Wednesday, 24 April 2013

Op ! Op ! Apahal Dengan Karpal Singh ?? #PRU13 #PG13 #TolakPR

Gambar Hiasan
Apa yang pasti mamat sorang ni mungkin menjadi idola kepada Nik Azij kerana mereka-mereka ini akan terus berpolitik walaupun sampai ketikanya nak mengawal diri pun dah tak boleh.

MMI bukan nak mengutuk tapi ampa tengok sendirilah...



Apa raa yang pi jaga tu pun...Rasanya lepas tu mesti kena pelempang dan mungkin Karpal Singh kata  "You 2 Orang Mesti Bertaubat !!" Nak tau cerita selanjutnya ampa baca di pisau.net

Psst Macam mana nak bagi rakyat sihat kalau pemimpin sendiri pun tak sihat wallawehhhh...

Untuk maklumat & laporan politik terkini KLIK SINI

MMI.

Sunday, 3 February 2013

ADOI SAKIT !! Karpal Singh LUKU Nik Aziz ??


Kali ini Pengerusi DAP Karpal Singh ‘betul’ dalam isu kalimah Allah apabila menyatakan isu itu belum selesai.

Memang betul, isu tersebut memang belum selesai selagi majlis pimpinan Pakatan Rakyat (PR) tidak bermesyuarat memutuskan sama ada kekal menerima ketetapan Datuk Seri Hadi Awang dalam mesyuarat  8 Januari atau keputusan Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari yang tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Sebab itu, Karpal Singh terus persoal perkara itu malah membidas Presiden PAS itu serta Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mendakwa isu tersebut sudah selesai.

Pemimpin veteran DAP itu yang dilabel anti hudud dan Islam oleh bekas timbalan Presiden PAS, Nasarudin Mat Isa bukan sahaja menafikan dakwaan PAS bahawa isu tersebut sudah selesai malah turut kesal dengan  kenyataan Hadi kononnya Karpal sudah menerima pendirian PAS setelah berjumpa Nik Aziz baru-baru ini.

"Saya kesal dengan kenyataan itu. Isu ini belum selesai dan DAP tetap dengan pendiriannya. "Kita masih meminta Majlis Syura PAS untuk mempertimbangkan supaya kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam," katanya.

Mengenai kenyataan yang mengatakan isu itu sudah selesai dalam pertemuan Nik  Aziz di rumahnya di Pulau Pinang minggu lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, itu tidak benar sama sekali.

Baginya, pertemuan itu hanya perjumpaan tidak rasmi dan tiada perbincangan isu serius.

"Semasa perjumpaan itu, saya dan Nik Aziz langsung tidak berbincang isu ini malah tiada perbincangan isu serius. Beliau hanya datang melawat saya sebagai seorang rakan.

"Ia adalah perjumpaan yang tidak formal. Saya tidak tahu bagaimana Hadi dapat maklumat mengenai isu kalimah Allah yang dikatakan sudah selesai selepas DAP setuju dengan keputusan Majlis Syura PAS,"
 katanya.

Karpal yang jelas kecewa dengan kenyataan PAS mendesak parti itu mempertimbangkan keputusan yang dibuat PR dan bukan Majlis Syura.

Hebat sungguh Karpal kerana mahu pemimpin PAS termasuk Hadi membelakang keputusan Majlis Syura Ulamak dan kekal dengan ketetapan yang dibuat parti itu pada 8 Januari lalu.

"PR adalah sebuah organisasi yang besar (dianggotai DAP dan PKR) manakala Majlis Syura hanya terdiri daripada PAS," katanya pada sidang media di Air Itam di Pulau Pinang, Sabtu.

Penyakit Nik Aziz suka menyalahkan orang lain dan mahu dengar cakapnya saja sudah berjangkit kepada Karpal.

Jelaslah juga Karpal belum tahu peranan Majlis Syura Ulamak PAS – badan tertinggi parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu.

Sepatutnya, beliau tahu kuasa majlis berkenaan apabila Hadi, Nik Aziz dan pemimpin lain yang sebelum itu setuju kalimah Allah boleh digunakan dalam Bible Bahasa Melayu tiba-tiba ubah pendirian selepas
 keputusan Majlis Ulamak PAS.

Tindakan Karpal ini sudah tentu satu tamparan kepada pemimpin-pemimpin PAS kerana Karpal berani mempersoal dan memperkecil peranan Majlis Syura.

Ramai nak tengok pemimpin PAS mana yang sanggup ‘balun’ Karpal kerana mendesak PAS mengenepikan pendirian Majlis Syura.

Mungkin Datuk Naib Presiden Mahfuz Omar yang cukup galak buat kenyataan media, AJK Pusat,  Khalid Samad dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan antara yang awal-awal buat kenyataan hentam Karpal selepas ini.

Mungkin juga Timbalan Presiden Mohamad Sabu yang selama ini nampak ‘agak diam’ dalam isu kalimah Allah akan bersuara garang termasuk mungkin anjur Himpunan Kebangkitan PAS bagi mempertahankan pendirian  parti itu yang diperkotak katik oleh Karpal.

Namun itu semua ‘tak mungkin’ kerana pemimpin-pemimpin tersebut tidak lebih sebagai ‘lalang’ yang hanya berani hentam UMNO dan pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan geng Anwarinas.

Hanya seorang sahaja yang boleh mengaum melawan ‘singa’ Karpal iaitu Nik Aziz.

Tetapi beranikah Nik Aziz? Atau Nik Aziz juga akan kata Karpal akan masuk neraka kerana tidak terima keputusan Majlis Syura Ulamak macam mana Menteri Besar itu kata kepada menteri yang tidak beri royalti  minyak kepada Kelantan?

Atau Nik Aziz nak ceraikan Karpal dan DAP daripada perkahwinan tidor sebantal mimpi lain-lain dalam pembangkang selama ini?

Jawapannya pada Nik Aziz bukan pada PAS lagi kerana Nik Aziz menentukan segala-galanya dalam PAS sebab beliaulah pengerusi Majlis Syura Ulama dan PAS juga adalah Parti (Nik) Aziz Seorang.

Tentu ramai nak dengar Nik Aziz kata pada Karpal,” Saya pengerusi mesyuarat (Majlis Ulamak) dan tak siapa boleh bantah! “.

Kalau beliau boleh seangkuh itu ketika menjawab isu pemecatan Nasharudin, sepatutnya Nik Aziz kena bertegas terhadap Karpal.

Apapun, Karpal sudah tunjuk dengan jelas kepada PAS langit itu tinggi atau rendah kalau nak berdakap mesra dengan DAP.agendadaily 

MMI.

Monday, 24 December 2012

Karpal Singh Tak Senang Duduk Kerana Tunku Aziz ?!!


Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh hari ini menggesa bekas naib pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya menarik balik secara terbuka kenyataannya dalam artikel berita bertajuk 'DAP's triumph of chauvinistic will' Baca Sini

Beliau mendakwa dalam artikel itu yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, Tunku Aziz menyebut bahawa beliau (Karpal Singh) mengeluarkan apa yang boleh dianggap sebagai perintah yang menghalang anggota DAP daripada menerima darjah kebesaran negeri daripada Raja-raja Melayu. 

"Kenyataan Tunku Aziz itu sememangnya separuh benar dan dilakukan semata-mata dengan tujuan dan matlamat untuk memburukkan saya pada pandangan orang Melayu di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Karpal Singh berkata beliau tidak pernah mengungkapkan perkataan Raja-raja Melayu, sebaliknya hanya menyatakan bahawa anggota DAP, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, tidak wajar menerima anugerah yang membawa gelaran 'Datuk' dalam tempoh memegang jawatan bagi memastikan ketelusan. 

Dalam perkara berasingan, Karpal berkata kematian bekas presiden Gerakan dan bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Tun Dr Lim Keng Yaik adalah kehilangan besar kepada landskap politik tanah air. 

Menyifatkan mendiang Dr Lim sebagai seorang yang sentiasa riang, Karpal berkata Dr Lim adalah pemimpin yang hebat dan tidak pernah bermasalah dengan beliau sungguhpun mereka berlainan parti. - BERNAMA

Berdasarkan laporan daripada bernama diatas MMI yakin bahawa kenyataan Tunku Aziz ada benarnya.Sekiranya kita melihat kepada barisan pimpinan DAPigs sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun yang telah menerima sebarang gelaran seperti yang dinyatakan oleh Tunku Aziz.

Apakah sebab musababnya selain daripada mahu dilihat sebagai TELUS dalam menjalankan tanggungjawab mereka ? Apakah selama ini para pimpinan DAPigs begitu suci ? 

Jangan lupa kepimpinan DAPigs kini banyak yang terlibat dalam apa yang kita labelkan sebagai kontroversi sehinggakan ada yang diheret sehingga perlu membuat permohonan maaf.Lihat dalam isu ADUN KOMTAR yang bertindak ala mafia sewaktu menggempur sebuah restoran nasi kandar di Pulau Pinang satu ketika dulu.

Lihat juga kepada isu penjualan tanah Taman Manggis oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan bagaimana isu tanah Bayan Mutiara yang sehingga kini masih menjadi misteri kepada kita.

Bukankah mereka yang terlibat dalam isu tersebut terdiri daripada pimpinan utama dalam parti DAPigs ? Jadi dimana ketelusan yang Karpal maksudkan ?

Dalam kita sedar atau tidak MMI berpandangan bahawa tindakan DAPigs untuk tidak menerima sebarang darjah kebesaran adalah kerana satu perkara sahaja.

Dan perkara tersebut sebenarnya membuktikan dengan jelas sikap CAUVINIS dan RASIS mereka khususnya terhadap orang-orang Melayu.Untuk menerima darjah kebesaran , seseorang itu haruslah mengikut adat istiadat kebesaran mereka yang bakal menganugerahkan darjah tersebut contoh daripada TYT,Sultan dan Yang Di pertuan Agong.

Maka sudah pasti sekiranya pimpinan DAPigs mahu menerima darjah kebesaran tersebut mereka perlu menundukkan kepala tanda hormat kepada pihak yang menganugerahkan darjah kebesaran kepada mereka.

Disinilah sebenarnya yang menjadi halangan kepada DAPigs kerana menundukkan kepala tanda hormat kepada TYT,Sultan mahupun Yang Di Pertuan Agong bererti mereka harus tunduk dan hormat kepada bangsa MELAYU.

Inilah sebenarnya perkara yang mahu dielakkan oleh pimpinan DApigs kerana sikap ego mereka yang sebenarnya menebal dengan sikap CAUVINIS dan RASIS.

Ternyata kenyataan daripada Tunku Aziz benar-benar membuatkan Karpal tidak senang duduk kerana beliau tahu sebagai bekas kepimpinan parti , Tunku Aziz sebenarnya tahu dan mempunyai banyak maklumat RAHSIA berkaitan DAPigs yang selama ini disimpan rapi. 

MMI.

Sunday, 25 November 2012

Terperangkap Dengan Dusta Sendiri


Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa kepimpinan PAS campurtangan dan menyelesaikan segera kontroversi terbaru berhubung peraturan di Kelantan yang melarang pendandan rambut wanita memotong rambut pelanggan lelaki. 

"Saya terkejut Kelantan telah memutuskan untuk memperluaskan peraturan tersebut ke atas bukan Islam," kata Karpal dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang. Katanya, seringkali kerajaan negeri PAS secara terbuka mengisytiharkan bahawa undang-undang Islam tidak membabitkan bukan Islam, sepertimana parti itu juga berkata bahawa hudud bukan untuk bukan Islam.

Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, ramai rakyat Malaysia bimbang hukum yang sama akan dikenakan di negeri-negeri lain yang ditadbir oleh Pakatan dan sama ada hudud juga akan membabitkan bukan Islam "Keputusan ini, pada fikiran saya, adalah tidak mengikut perlembagaan dan boleh dicabar di mahkamah, dan ia tidak boleh dikenakan kerana ia menyalahi undang-undang," kata Karpal. "Majlis (tempatan) tidak harus mengumpul denda berdasarkan peraturan yang menyalahi undang-undang," katanya. 

'Selesaikan segera' Ahli politik veteran itu menggesa kepimpinan PAS campurtangan dan menyelesaikan perkara itu dengan segera kerana BN tidak seharusnya dihidangkan dengan isu-isu seumpama itu untuk dieksploitasi dalam pilihan raya umum akan datang. 

Karpal melabelkan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan negeri itu sebagai bentuk undang-undang yang paling rendah, walaupun ia dibuat oleh pihak exco dan mereka yang mentadbir kerajaan tempatan.

Enakmen itu kemudiannya diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, katanya. Beliau mengulas kontroversi yang melibatkan seorang pendandan rambut dari salun rambut E-Life di komplek membelibelah KB Mall yang disaman oleh pegawai penguatkuasa majlis perbandaran yang berpakaian biasa kerana memotong rambut pelanggan lelaki. 

Ahli Exco kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata Majlis Perbandaran Kota Baru harus menunjukkan kelonggaran apabila menguatkuasakan larangan pendandan rambut wanita memotong rambut pelanggan lelaki itu, jika kedua-duanya adalah bukan Islam, tetapi menekankan bahawa dasar kerajaan negeri mengenai perkara itu adalah jelas. 

Saingan Pakatan, terutama MCA, telah mengutuk peratusan itu sebagai sebahagian daripada usaha PAS untuk melaksanakan sekatan ke atas bukan Islam, dan menyeru DAP memutuskan hubungan dengan sekutu politiknya.

Soalnya sekarang sejauh mana janji dan kata-kata hebat dari barisan pimpinan PAS sejak 2008 yang lalu bahawa PAS sentiasa dan sedang bergerak untuk memahamkan DAPigs berkenaan Islam yang di perjuangkan PAS selama ini.

Mujahid Yusof Rawa antara pemimpin terawal yang menyatakan pendirian sedemikian pada 2008 yang lalu dalam satu debat berkaitan hala tuju Melayu dan Islam di Pulau Pinang dimana MMI turut hadir dan masih terngiang-ngiang di telinga sehingga kini.

Hampir 4 tahun lamanya usaha ini di gerakkan akhirnya PAS berjaya ! Berjaya memastikan DAPigs dan Karpal Singh terus-terusan menyerang PAS dalam apa saja isu berkenaan pelaksanaan Islam di Malaysia.

Apakah PAS kini sudah boleh di kira berjaya ? Untuk makluman anda sekelian sebenarnya PAS sudah pun terperangkap dengan DUSTA mereka sendiri.Lihatlah apa yang berlaku di Kelantan bila mana soal pentadbiran negeri pun sudah di tegur secara langsung dan bersungguh-sungguh oleh Karpal Singh.

Perkara terpenting yang harus anda tahu , PAS merupakan mereka yang bertanggungjawab terhadap segala yang berlaku hari ini kerana ruang dan peluang yang di buka oleh mereka selama ini menyebabkan barisan penentang Islam semakin melampau.

Hati-hatilah dengan PAS parti penuh DUSTA ini kerana bersama mereka adalah musuh Islam yang hanya menanti masa untuk bertindak. 

MMI.

Thursday, 25 October 2012

Isu Hudud - Pakatan Haprak Mula Bertempik !!!!!


Puak-puak Pakatan Haprak nampaknya bersungguh-sungguh menggunakan talian hayat yang ada untuk betul-betul menghentam UMNO dan BN.Jika sebelum ini mereka terdesak dan ketandusan isu kini dengan isu Datuk Seri Chua Soi Lek serta MCA yang dikatakan menolak hudud maka bertempik sakanlah juak-juak Paktan Haprak termasuklah mereka-mereka  yang bukan dari kalangan orang Melayu Islam.

Pakatan Haprak Perak akan menghantar surat kepada Sultan Perak yang juga Ketua Agama Negeri berhubung tindakan MCA khususnya Datuk Seri Chua Soi Lek tidak henti-henti menghina Islam.

Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, surat berhubung perkara itu juga akan dihantar kepada Mufti dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kenyataan Soi Lek sebelum ini jelas mengherdik agama Islam dan menceroboh ke dalam urusan hal-ehwal agama Islam.

Kata beliau, perbuatan Chua Soi Lek sangat menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama.

Ekoran itu juga, Pakatan Haprak Perak ujarnya turut mencabar kerajaan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Soi Lek atas Akta Hasutan.

Tu dia punya kalutnya puak-puak ni bila kena dekat orang !!

MMI pun hairan macam mana puak-puak tu boleh kata Soi Lek tak henti-henti hina Islam ? Lepas tu pula siap bagitau ianya menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama. 

MMI tak nafi kenyataan Soi Lek salah dan MMI antara blogger yang turut memuatkan entri mendesak supaya beliau memohon maaf di atas tindakannya Baca Sini namun melihat juak-juak Pakatan Haprak dengan tindakan sedemikian rupa mengingatkan MMI terhadap tindakan mereka sebelum ini yang juga melibatkan isu yang hampir sama.




Jika isu Soi Lek tindakan terus digerakkan bagaimana pula dengan kes Karpal Singh yang terang-terangan menolak Islam malah perkataan yang keluar dari mulut beliau lebih dasyat bilamana ungkapan "Langkah Mayat Aku Dulu" sudah lama berkemundang sehinggalah yang terkini.

Karpal juga dengan nada tegas telah menyatakan tidak akan berkompromi dalam soal hudud dan mungkin juak-juak pencacai Pakatan Haprak khususnya PAS terlupa mereka sendiri sudah pun melacurkan perjuangan Islam mereka kepada perjuangan "Negara Berkebajikan" demi memenuhi tuntutan sebagai rakan parti dalam Pakatan Haprak.

Jelas sikap "Double Standard" dalam soal ini amat jelas diamalkan oleh mereka.

Persoalan mengapa agaknya sebelum ini mahupun hari ini juak-juak Pakatan Haprak langsung tidak pernah menyerahkan sebarang memo mahupun mengadakan sebarang demontrasi terhadap Karpal Singh kerana beliau lebih awal turut menolak hudud ?

Nampak sangat sikap mereka hanyalah untuk memesong pandangan rakyat dan mengheret isu ini menjadi isu politik demi menagih undi untuk diisi kantung nafsu mereka menuju Putrajaya.

Pssttt Tolak sebarang usaha menghina dan mencerca agama Islam !!!

MMI.

Labels