Followers

Showing posts with label Liwat. Show all posts
Showing posts with label Liwat. Show all posts

Wednesday, 1 May 2013

HOT Azlan Keluar PARTI & Tarik Balik Dakwaan Isu Liwat Saiful ~ Anwar Lari Ke Kedutaan Turki ??!!!


Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini menarik semula kenyataannya pada 8 Mac lepas yang mendakwa insiden liwat ke atas anaknya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan konspirasi politik.

Menurut Azlan, tindakan beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ekoran terpedaya dengan desakan sesetengah pihak.

Pihak mana tu ????

"Kesedaran ini timbul dari diri saya sendiri. Saya membela anak saya dan secara tiba-tiba saya mengkhianati sumpah beliau (Saiful). Saya termakan hasutan beberapa pihak untuk membuat sidang akhbar pada 8 Mac," katanya kepada pemberita di Ibis Styles Hotel, Balakong, hari ini.

Tambah beliau, tindakannya menarik kembali kenyataan tersebut disebabkan oleh sumpah laknat yang telah dilafazkan oleh beliau dan anaknya sebelum ini disamping ingin mengeratkan semula hubungannya dengan Saiful yang dikatakan renggang selepas beliau mengeluarkan dakwaan itu.

"Keutamaan serta tanggungjawab saya ketika ini adalah kembali kepada keluarga saya. Saya telah kembali ke pangkal jalan.


"Perlu diingat saya dan anak saya pernah sumpah laknat di Masjid dan saya takut disumpah. Saya berjanji akan membela anak saya sampai bila-bila pun," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengisytiharkan untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa hari ini, 1 Mei 2013 dan tidak akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini.klpos 

MMI bukan suka sangat dengan manusia jenis ni..sat lagu nu sat lagu ni nampak sangat merapunya.Sebelum ni bukan main lagi ada janji masyuk kot ??? Alih-alih kena kencing hah sakarang patah balik ???

Malas MMI nak ulas bab dia ni tapi apa yang berlaku sebenarnya menunjukkan betapa juak-juak Pembangkang sekarang terdesak dan terhimpit maka pelbagai cara di gunakan bagi mendapatkan kepercayaan rakyat walaupun setiap perlakuan itu memerlukan seseorang itu berbohong.

Tapi kita nak kisah apa ?? Memang anwar pun jenis lagu tu !!!!

Justice 4 Saiful !!!

MMI.

Saturday, 23 March 2013

Lembut Rintik Bapa Borek !! Rafizi Auwwww



Memang tidak syak lagi Rafizi ni LEMBUT You !! Tak percaya ampa tengok atau ulang tengok video kat atas di minit-minit yang terakhir masa dia bangun dari tempat duduknya.Hihihi jambu niiiiii....

Ampa tengoklah kelaku si Rafizi ni apabila di tanya soalan oleh wartawan lain yang dijawabnya.Lepas tu siap main tuduh-tuduh lagi kata media UMNO lah dan macam-macam tapi soalan tetap tak dijawab juga.Apa punya baqhal la dia ni..

Cuba ampa bandingkan pula dengan si Nuar tu Klik Sini 

Sebiji macam perangai si Anwar tu orang tanya dah makan ker ? dia pi jawab proses menghasilkan beras bukanlah satu perkara mudah kerana terdapat padi yang dah masak akan rosak semuanya kerana salah siput gondang mas hahahaha spin Fizi spin jangan kira janji dapat com molot dengan si Nuar tu.

Baca selanjutnya di agendadaily  

Friday, 22 March 2013

PAS Penyokong Tegar PapaHomo !!


Apa cerita pun PAS dan seluruh juak-juaknya adalah penyokong tegar kepada PapaHomo.Ini dibuktikan dengan sokongan bertali arus terhadap Pakatan Haprak sehinggakan pendirian PAS pun sanggup di lacurkan.

Untuk makluman ampa semua , kat luar sana berlambak juak-juak PAS yang sebenarnya menolak PapaHomo ni tetapi kerana sifat taksub kepada pemimpin maka lidah mereka kelu malah ada yang tuli bila bab ni diperbincangkan.

Rumusanya mudah selagi PAS masih memberikan sokongan dan bersama dengan Pakatan Haprak selagi itulah PAS dan seluruh juak-juaknya merupakan penyokong kepada PapaHomo.

Ini soal politik bukan soal pilih anak menantu ! Jadi dalam politik sekiranya kamu memberikan sokongan kepada satu-satu kumpulan bermakna kamu faham , tahu dan percaya dengan setiap dasar yang di laksanakan.

Sebagai contoh jika DAPigs mahu menggunakan kalimah Allah dalam kitab bible bahasa Melayu maka PAS juga sebenarnya merupakan penyokong tegar kepada gerakan ini.keputusan Majlis Syura tak boleh pakai beb sebab Presiden PAS sendiri pun tak ikut dan menghormati keputusan tersebut.

Banyak lagilah kalau nak cerita cumanya satu perkara yang MMI nak ajak semua untuk sama-sama kita renung dan fikirkan.

Ada satu kenyataan daripada penyokong tegar PapaHomo dan Pakatan Haprak yang cukup menarik sudah pun dikeluarkan dan MMI tertanya-tanya apakah PAS dan juak-juaknya juga turut bersetuju ?


Jangan pula nanti ada yang kata itu kenyataan peribadi na...Sebagai parti yang mendabik dada kononnya merekalah yang memperjuangkan Islam , di mana suara pimpinan PAS apabila mamat ini mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa ? Tak perasan ? jangan buat lawak lah..Pandangan peribadi ? kan tadi dah pesan...

Kenyataan itu salah ? Habis kenapa tak ada langsung teguran dan mengapa masih menyokong perjuangan sebegitu ? Tak boleh nak jawab ???? Kalau tak boleh nak jawab maka benarlah pemimpin dan juak-juak PAS adalah sebahagian daripada juak-juak penyokong TEGAR PapaHomo dan Pakatan Haprak.

Selamat Maju Jaya PAS !!

Anwar perlu di tolak jauh-jauh...

MMI.

Lagi Sikap Ganjil Bang Non !!


Seperti sebelumnya MMI pernah kata si Anwar ni ada perangai pelik sikit senang cita ganjil lah.Dalam beberapa keadaan mamat ni akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu dan kadang kalanya dia buat-buat bodoh.

Cuba peratikan isu-isu besar yang pernah berlaku melibatkan musibat ni ada saja cara dan tindakannya dan paling pelik sekali sampaikan puak-puak berkopiah dan berserban pun termakan dengan lentok-liuknya.Pernah MMI diceritakan oleh salah seorang penyokong tegar PAS yang mereka sebenarnya langsung tak suka kepada Anwar tetapi dalam masa yang sama mereka jugalah yang bertempik di pentas-pentas ceramah bila Anwar buka mulut.

Tak ke haru namanya tu !! Mungkin puak-puak ni belum sedar sepenuhnya kot biasalah orang kalau dah terlalu taksub dengan sesuatu tu air sejuk pun dia kata air kopi.Sekarang ni macam tulah kalau puak PAS kata yang tu kucing tapi kalau Anwar kata yang tu penguin habis tok-tok lebai angguk kepala.

Hihi lu pikir la sendiri !!

Sama macam isu gambar com molot yang tengah laris di ruang-ruang maya sekarang ni , boleh ka si Anwar ni ambik keputusan untuk saman si blogger tu !! MMI bukan kisah sangat pun Anwar nak saman ke tak nak saman tapi kenapa saman saja ? Kenapa Anwar langsung tak berani buka mulut untuk melakukan sumpah laknat menyatakan bahawa orang dalam gambar tersebut bukan dirinya ? Susah sangat ke nak bersumpah bagi mempertahankan maruah diri sendiri ??

Kalau MMI la di tuduh menyontot papagomo , CONFIRMED !!  masa tu juga buat penafian malah penafian itu sudah pasti MMI lakukan dengan pelbagai cara termasuklah bersumpah laknat sesungguhnya MMI tak pernah menyontot si papagomo.Mudah kan ??? Tapi kenapa Anwar tak boleh buat ???

Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang akan kata MMI bukannya pernah kenal dengan si Anwar tu secara dekat ! YA memang betul MMI tak pernah rapat dan kalau boleh tak nak rapat langsung bimbang BUMPER kena rodok.

Tapi bukan MMI sorang yang pertikai , puak-puak yang pernah berkorban jiwa dan raga untuk Anwar pun kata benda yang sama.Tak percaya ??


Memang si Anwar ni ganjilkan ? Sebab ganjil tulah yang semua dia taroh !! Are You Homeseksual and Biseksual ?? Err aaa ini semua kerja UMNO !! Pegirahhhh...

Tolah Anwar jauh-jauh !!

MMI.

Thursday, 21 March 2013

Khamis Malam Jumaat Paling Moody Buat Anwar


Sendiri cari pasal nak buat macam mana betul tak ? Isu saman Anwar dan video dari papagomo sudah semestinya akan berlanjutan untuk satu tempoh yang agak panjang.Namun semua itu adalah rencah atau mungkin rempah yang sudah dicampur-campur agar rasanya lebih sedap menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti.

Apa pun sudah semestinya malam ini menjadi malam paling panjang buat Anwar apabila semenjak petang tadi video perbualan beliau dalam bilik hotel bersama seorang lelaki lembut menerjah ruang-ruang siber di seluruh negara bahkan mungkin sudah pun sampai ke seluruh dunia.

Walaupun video yang didedahkan itu bukanlah aksi lucah terlampau mahupun menjijikkan namun ianya memberikan satu persepsi yang pelbagai malah MMI berani katakan ia mampu meruntuhkan kepercayaan penyokong-penyokong Anwar sendiri.

Seperkara lagi yang harus kita tunggu adalah apa mungkin selepas ini akan ada lagi bunyi-bunyi yang mengatakan itu bukan Anwar !! atau ianya sekadar besi buruk !! 

Hahaha macam-macam akan berlaku dan sudah pasti akan berlaku selepas ini , cumanya kita sebagai rakyat kepada sebuah negara MERDEKA seperti Malaysia beringatlah kita merupakan generasi penentu kepada kejayaan Malaysia jangan sesekali buat silap.

Kepada Anwar janganlah moody malam-malam ni na...


MMI.

Anwar Di Beri Tempoh 6 Jam ?!!


Tempoh masa selama 6 jam untuk Anwar ? Untuk apa dan siapa yang memberikan tempoh 6 jam tersebut ? Tok sah cakap banyak ampa klik kat SINI 

Psstt katanya ada audio bunyi-bunyi merintih .. 

MMI.

SAMAN PAPA - ANWAR Semakin GANJIL !!


Anwar Ibrahim raja saman dan kaki putar belit kini semakin aneh ! Sejak jumaat lalu sehingga ke hari ini Anwar Ibrahim semakin ganjil malah sikap dan perangainya juga berubah-rubah.Apa kena dengan raja saman ni ???

Semenjak Anwar memfailkan saman ke atas blogger papagomo dengan tuntutan RM100 juta , beliau tiba-tiba berubah nada malah langsung tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya tentang ugutan mahupun arahan dari papagomo yang mahukan beliau supaya menarik balik saman atau berdepan dengan lagi pendedahan video melibatkan perlakuan seks songsangnya.

Aloo pencacai-pencacai pembangkang ! Apa punya ketua yang ampa ada ni ??? Malu lah weiii....

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan 'cabaran' Papa Gomo yang memberi beliau tempoh 48 jam supaya menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

"Saya serahkan perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya," kata beliau ringkas pada sidang media di sini, hari ini.

Papa Gomo membuat kenyataan beliau enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video  membabitkan Anwar.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu dan menegaskan apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin.sinar

Adoi Anwar !! Apa pasal la lu tak berani kata "Saya akan teruskan saman keatas blogger papagomo" kan mudah tapi masih lagi nak berbelit-belit.Kalau ampa semua perasan taktik atau tindakan si Anwar yang dah mungkin rasa nak demam tu sama saja dengan isu pertanyaan dari seorang wartawan terhadap Anwar sama ada beliau homoseksual atau biseksual.Baca Sini 

MMI tak nak ulas panjang-panjang kita sama-sama tunggu tengok kelaku Anwar lepas ni...

Psstt rasa-rasa MUNGKIN lepas ni peguam Anwar akan tarik balik saman tersebut dengan alasan teknikal , kenal sangat dah puak-puak ni cukup pandai main game..Anwar pula boleh lepas sebab bukan dia yang tarik tapi atas nasihat peguam.BANGSAT !!!!!!

Tapi kalau diteruskan kita pakat-pakat tengok aksi macam mana pula nak mai...

MMI.

Tuesday, 19 March 2013

Anwar SAMAN Papa , Gambar & Video Baru Bakal Muncul Dalam 48 Jam ?!!


Panas sungguh hari ni , MMI yang kebetulan ke sana ke mari berpayungkan cahaya matahari benar-benar terasa kehangatannya.Namun dalam panas-panas tu pun tiba-tiba kita di kejutkan dengan berita PapaGomo bertindak memberikan tempoh selama 48 jam kepada Anwar Ibrahim supaya segera menarik balik saman beliau terhadap PapaGomo.

Pada awalnya tadi berita berkenaan Anwar Ibrahim bertindak menyaman seorang individu kerana didakwa menyebarkan gambar serta video lucah didalam ruang siber yang dikatakan mirip dirinya. Saman berjumlah RM 100juta tersebut telah difailkan di Mahkamah hari ini.

Menurut N.Surendran yang membuat kenyataan media bagi pihak anak guamnya, beliau memaklumkan bahawa Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah memulakan prosiding undang-undang terhadap satu Wan Muhammad Azri bin Wan Deris yang merupakan pemilik / pengendali laman web berkaitan Umno yang dikenali sebagai "Papa Gomo".

Pada 16 Mac 2013, laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan tidak berasas terhadap Datuk Seri Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka.Baca Seterusnya 

Selang beberapa jam selepas tu PapaGomo mula beraksi dan berikut adalah kenyataan beliau ,

Salam sejahtera kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat. Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucah kepada rakyat. Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual.

Dengan permohonaan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri. Lagipun saya terpaksa menanggung 5 orang adik adik saya yang masih lagi bersekolah manakala ibu saya tidak sihat dan bapa saya pula tidak berkerja.

Apa sekalipun Dato Sri, saya juga dengan ini memberikan amaran buat Dato Sri untuk menarik balik saman tersebut dalam masa 48 Jam kerana jika Dato Sri tidak menarik balik saman tersebut serta membuat permohonan Maaf kepada saya maka saya dengan ini tidak akan teragak agak untuk mendedahkan lebih banyak paparan video Homoseksual Dato Sri untuk tatapan rakyat.

Dato Sri Anwar Ibrahim, 6 hb Febuari 2013 berlokasi di Hotel Hilton KL Central pada jam 1 pagi rakaman aksi Dato Sri membelasah Jubor Mahasiswa dari Sabah juga berada di tangan saya. Saya merasakan bahawa Dato Sri tahu apa yang akan berlaku jika Video tersebut tersebar kerana rakyat perlukan bukti nyata dalam pekara ini.

Apa yang dilakukan saya adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia bahawa Dato Sri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin dengan moral yang begitu jijik apatahlagi dengan ketagihan homoseksual yang saya lihat tidak dapat lagi dibendung. Wan Azizah, Nurul Izzah dan juga suami Nurul tahu kegiatan Dato Sri dan saya rasa Dato Sri pasti terkejut jika saya nyatakan bahawa Menantu Dato Sri yang akan membawa Dato Sri keluar setiap malam bagi mencari Jubor untuk dikoyakkan.

Pendedahan mengenai moral Dato Sri saya lakukan demi rakyat Malaysia. Seharusnya Dato Sri berundur dari pentas politik dengan kadar segera demi menjaga maruah keluarga Dato Sri terutama Wan Azizah yang sudah begitu lama menahan azab dengan kegiatan tak bermoral Dato Sri.Baca Seterusnya

Anwar saman Papagomo lepas tu Papagomo bagi amaran tarik balik dalam masa 48 jam kalau tidak video terbaru keluar.Hemmm kita tunggu tengoklah....

MMI.

Hey Guys Listen , YES or NO !!!


Hey guys listen ! listen ! Why this person never said NO ? sometime it feel weird when he keep spin and spin     , People out there just want to know whether Anwar did it or not and of course being a normal people NO is just a simple word to denied it.

But when the question being asked by the reporter to Anwar itself , the answer is another spin , spin and more spin without said NO.

The question is why ???? 


More stories on Dr MiM and MMI 

MMI.

PANAZZ Are You Homoseksual Or Biseksual ?? Anwar KANTOI Di Minit Ke 6 !! Saksikan...


Semenjak 1998 hingga kini isu liwat yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim sering kali menghantui diri beliau.Malah semenjak itu Anwar tidak pernah mengakui bahawa beliau terlibat.Namun dalam beberapa perkara Anwar mencetuskan satu tanda tanya dan mewujudkan tanggapan dari konteks lain apabila beliau sendiri GAGAL untuk bersumpah laknat.

Maka rakyat menjadi keliru dan ada sesetengahnya terus-terusan menyalahkan kerajaan kononnya apa yang berlaku itu adalah konspirasi kerajaan sehinggalah ke hari ini.

Bertitik-tolak dari situlah pelbagai perkara berlaku malah kadang-kalanya merencatkan perancangan kerajaan untuk membangunkan negara.

Terkini dalam satu temubual Anwar dilihat masih bermain teka-teki apabila langsung tidak menjawab soalan yang di ajukan kepada beliau.Are you Homoseksual or Biseksual ?? Tidak ada langsung jawapan TIDAK !! yang terpacul dari mulut beliau.

Begitu juga dengan 4 pertanyaan tentang perkara yang sama GAGAL di jawab oleh Anwar seperti mana sebelumnya.

Anwar dilihat lebih suka memutar belit jawapannya sedangkan perkara paling mudah beliau hanya perlu menjawab TIDAK atau NO sahaja.

Ikuti video di bawah dan lihat di minit ke 6.00 ....


Anwar main lagi bukan ? MMI serahkan kepada ampa semua untuk membuat rumusannya.Seperkara lagi yang perlu ampa lihat adalah sepanjang sesi temubual tersebut berlangsung , perasan atau tidak bagaimana reaksi wartawan tersebut yang kelihatannya kurang selesa.

Agaknya mengapa ? Hahaha mungkin sebab dekat dengan Anwar kot !!

Ampa baca juga kupasan oleh blogger Dr MiM 

MMI.

Monday, 11 March 2013

HOT Blogger Pembangkang Naik Minyak Sebab Kena Liwat ??!!


Tu dia ! Blogger pembangkang ni dikatakan naik minyak selepas kena sontot dengan Anwar hahahaha...Dok la dekat-dekat lagi..Ampa jangan kecoh dulu mamat ni bukan kena liwat tapi naik minyak sebab pertahankan kaki liwat..Hihihi apa punya samdol !!

Blogger PR,Tulang Besi atau nama sebenar Rahman Talib mempertikaikan soalan sumpah laknat yang diajukan dari wartawan kepada Bapa Saiful Bukhari , Azlan Lazim.

Sidang media diadakan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Merchant Square,Petaling Jaya,Selangor!

Ampa tengok bahasa yang dia pakai kepada wartawan, nampak cerdik kan?Yang dia marah sangat tu kenapa? dia ker yang kena liwat?


Hahahaha bahalol lah dia ni , eh ampa rasa dia ni orang Melayu Islam ke tak ? Kalau bab minta sumpah untuk sahkan yang kita ni di pihak yang betul apa masalahnya ? Kita bukan istihar keluar Islam beb..

Nak cari publisiti ke bro ???

kredit to daengselili

MMI.

Sunday, 10 March 2013

Azlan MELAWAN !! #SaifulBukhari


MELAWAN !! Nampaknya bapa Mohd Saiful Bukhari yang baru-baru ini menggemparkan media dengan kepercayaannya bahawa saiful tidak di liwat bakal mengheret isu ini menjadi lebih besar dan mungkin memakan masa.Dari apa yang MMI lihat ini merupakan satu lagi percubaan untuk menjadikan isu ini sebagai bahan dalam pentas kempen Pakatan Haprak menjelang PRU13 nanti.

Seperti semua sedia maklum insiden Lahad Datu yang telah meragut nyawa anggota keselamatan kita telah menyebabkan reputasi pasukan pembangkang merundum dan isu Azlan berkenaan kes liwat ternyata merupakan sebahagian daripada perancangan pihak tertentu bagi mengalih perhatian rakyat terhadap sikap pihak pembangkang.

Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim dijangka akan mengadakan sidang media kedua esok. Ini berikutan kritikan pelbagai pihak terhadap Azlan berikutan kenyataannya berhubung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang melibatkan Saiful.

Menurut satu sumber, pada sidang media itu, beliau akan menjawab pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Azlan termasuk dakwaan melibatkan wang dan perbezaan pendapat yang dikatakan berlaku antaranya dan Saiful. Ada sumber yang mengatakan mereka tidak tinggal sebumbung lagi, tetapi tuduhan itu tidak dapat disahkan kebenarannya lagi.

Dalam sidang media pertama, Azlan mendakwa ada beberapa orang kanan kerajaan yang menjadi dalang dalam isu tersebut. Menurutnya, ada pihak mahu mengheret Anwar ke penjara buat kali kedua. Menurut Azlan, dia akan memohon maaf secara terbuka dengan Anwar dan menyifatkan orang kanan kerajaan itu hanya pergunakan anaknya sebagai agenda politik.

Seperkara yang harus ampa semua faham adalah mengapa Azlan tidak saja membuat laporan polis untuk disiasat sekiranya wujud apa yang dikatakan sebagai orang kanan kerajaan yang menjadi dalang ?

Paling tak boleh blah siapa yang kena sontot bro ? Azlan ker Saiful ??

Jom kita imbas apa yang Azlan pernah kata sebelum ni..


Kemudiannya ...


Macam-macam hal..Azlan rasanya perlu belajar dengan Saiful untuk membuat sumpah laknat dengan nama Allah seperti mana Saiful lakukan sekurang-kurangnya rakyat boleh menilai siapa yang akan kena laknat selepas ini !!

Alhamdulillah , Saiful Bukhari sehingga ke hari ini masih sihat dan berupaya mempertahankan hak beliau sebagai mangsa liwat kepada Anwar Ibrahim.

Kalau kita tengok Azlan dengan Anwar ni dah hampir nak sama sebab dua-dua tak bersumpah pun..

kredit to utaranews 

MMI.

Friday, 8 March 2013

Bertaubatlah Anwar #SaifulBukhari


Setelah hampir beberapa jam kenyataan yang dikeluarkan oleh Azlan Mohd Lazim  bapa kepada Mohd Saiful Bukhari mangsa liwat Anwar Ibrahim menyatakan segala yang berlaku selama ini adalah konspirasi kerajaan , Saiful bingkas bangun mengeluarkan kenyataannya kepada pihak media petang tadi.

Berikut adalah kenyataan Mohd Saiful Bukhari ,

Bismillahirahmannirrahim.

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim. 

2. Demi Allah, Bangsa dan Negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan sehingga akhir hayat. 

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah lima tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali. 

4. Saya juga membuat amaran kepada Anwar bin Ibrahim, walaupun terdesak jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau. 

5. Walau apa pun berlaku saya yakin pada Allah swt, kebenaran tidak dapat dihapuskan. 

6. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang berlaku walaupun berlaku, saya yakin kepada Allah swt yang benar tetap benar. 

7. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah kebenaran, pertahankan anak kandungnya yang menjadi mangsa. 

8. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga akhir hayat. 

9. Kepada seluruh Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim.

10. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita berdoa dan pertahankan. 

11. Akan terus berdoa, sabar dan istiqamah. 

Bertarikh pada 8 Mac 2013. 

Mohd Saiful Bukhari bin Azlan  

Kepada Anwar dan balacinya rakyat dah masak dengan sikap ampa , dalam isu ini jentera pembangkang sebenarnya dah kantoi sebab kenyataan oleh bapa Saiful di buat pada ketika bau dalang insiden Lahad Datu semakin kuat.

Rakyat harus tanya sekarang berapa lori Anwar bayar dekat Si Azlan tu ???

Pakcik kayo !!!

MMI.

Saya Tetap Istiqamah & Tidak Berganjak #SaifulBukhari


Secara tiba-tiba bapa kepada Saiful Bukhari buat kenyataan media mengatakan pertuduhan liwat diantara Anwar Ibrahim dan anaknya adalah konspirasi dan fitnah politik.

Tu dia punya dasat puak-puak ni..Apa pun bagus jugalah kurang-kurang kita kenal orang-orang macam ni.

MMI rasa ampa semua perlu tau juga di sebalik kenyataan si bapa Saiful ni sebenarnya sebelum ini telah berlaku sesuatu yang melibatkan kacau bilau keluarga Saiful anak beranak.

Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalu selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.

Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Perani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim seperti berikut:

“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

Jangan lupa semua apakah punca kehilangan Azlan Mohd Lazim selama 3 minggu ? Masalah kewangan ?

Seperkara lagi sebagai respon kepada kenyataan tersebut Mohd Saiful Bukhari sendiri sudah pun mengeluarkan kenyataannya yang berbunyi,
"Bapa saya dipergunakan, saya tetap ISTIQAMAH dan TIDAK SEKALI BERGANJAK , tengah fikir apa tindakan seterusnya. mohon sahabat-sahabat sabar dan doakan saya"
Jadi kita tunggu tengok lah apa cerita selanjutnya , yang pasti ini satu lagi tindakan puak-puak terdesak barisan pembangkang bagi menutup isu Lahad Datu.

Alo gang sapa yang kena liwat ni ???

Baca juga di MPP 

MMI.

Tuesday, 19 February 2013

Pengaruh Anwar Agaknya ?!!!


Sebut bab pengaruh ni semua orang tahu akan penangannya betol tak ? macam-macam jenis pengaruh ni , kalau ikut kumpulan hip hop maka sikit sebanyak kita terpengaruh dengan hip hop dan macam-macam lagi lah.

MMI rasa macam tu jugalah dengan kes yang satu ni , ada ka patut mamat ni nak meliwat di siang-siang hari ? Pastu yang nak di liwatnya bukannya orang LEMBU beb ! Aduhai hilang akal apa.....
Batu Pahat : Penduduk Parit Sulong gempar dengan kejadian lelaki warga negara Bangladesh cuba melakukan hubungan seks luar tabii dengan lembu, di kebun sawit, dekat sini. 
Perbuatan pekerja kilang perabot berusia akhir 30-an itu disedari pemilik lembu itu ketika memeriksa ternakannya, kira-kira jam 5.30 petang, Isnin lalu, sebelum bertindak mengejarnya. 
Lelaki itu kemudian ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa. 
Difahamkan dia pernah melakukan perbuatan yang sama kira-kira enam bulan lalu, tetapi diberi amaran oleh penduduk. 
Dalam kejadian terbaru, lelaki itu sedang berusaha menumbangkan lembunya yang berusia setahun itu ke tanah selepas mengikat kedua-dua kaki haiwan berkenaan. 
Pengusaha lembu, Sukiman Ab Majid, 54, berkata ketika memeriksa lembunya di ladang sawit berhampiran Perindustrian Sri Sulong, beliau terkejut apabila ternampak kelibat lelaki berkain pelikat dan berbaju kemeja-T cuba menumbangkan lembunya. 
“Kain pelikat lelaki berkenaan terselak sehingga ke punggung membuat saya syak dia cuba melakukan perbuatan terkutuk dengan haiwan ternakan. 
“Saya menyergah lelaki itu sebelum mengejarnya. Selepas menemui lelaki berkenaan yang sedang bersembunyi di kawasan semak berhampiran, saya terus menangkapnya sebelum menghubungi polis,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.Berita Harian 
Sekali tengok mamat tu macam terpengaruh jerrr...Lembu pun nak balon ka ??? Nasib baik Anwar hari tu keluar video balun chinadoll kalau keluar video balon lembu macam mamat bangladesh tu macam mana la agaknya ...

MMI.

Saturday, 16 February 2013

Rayuan Kes Liwat Anwar & Saiful JULAI Ini - Justice For Saiful


Pendakwaan memohon rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, didengar Julai ini.

Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin berkata perkara ini dimaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan N.Kanageswari ketika pengurusan kes itu hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi sebarang alasan mengapa rayuan itu perlu didengar Julai ini.

Noorin dan seorang daripada peguam Anwar iaitu Ramkarpal Singh bertemu Kanageswari dalam kamar untuk pengurusan kes tersebut.

Kanageswari menetapkan 22 Feb ini untuk pendakwaan dan pembelaan kembali dan memaklumkan tarikh yang sesuai untuk pendengaran rayuan.

"Pendakwaan meminta rayuan didengar dalam bulan Julai," kata Noorin kepada pemberita.

Sementara itu, Ramkarpal berkata beliau perlu berunding dengan peguam lain sama ada tempoh yang dipohon pendakwaan sesuai dengan mereka.

Beliau berkata pembelaan lebih menumpukan perhatian terhadap pemerolehan nota prosiding sebelum mahkamah menetapkan tarikh pendengaran rayuan.

Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar, 65, daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008 mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memfailkan notis rayuan pada 20 Jan tahun lepas dan petisyen rayuan pada 9 Julai 2012 yang mengandungi sembilan alasan.

Penghakiman bertulis Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah setebal 80 muka surat mendedahkan dalam kes itu, 'ada berlaku penetrasi' namun ia tidak disokong bukti lain.

Hakim itu berkata mahkamah tidak boleh yakin sepenuhnya terhadap integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana ia mungkin boleh terjejas sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.sumber klpos

MMI.

Saturday, 24 November 2012

Kini Kembali Di Pasaran !!


Rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan ditetapkan untuk satu lagi pengurusan kes pada 15 Februari tahun depan.

Tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, N. Kanageswari hari ini. Timbalan Pendakwa Raya, Najib Zakaria hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili oleh peguam Ramkarpal Singh.

Ramkarpal ketika ditemui pemberita memberitahu, kedua-dua pihak masih memerlukan masa bagi meneliti nota keterangan yang diterima dari Mahkamah Tinggi bagi persediaan prosiding rayuan kelak.

Beliau menyatakan, nota keterangan mencecah 22 jilid itu yang merupakan rakaman perbicaraan diterima dalam bentuk cakera padat (CD) dan perlu diteliti satu persatu serta diperiksa ketulenannya terlebih dahulu.


15 Februari 2013 merupakan tempoh yang agak panjang namun MMI akan tetap bersabar demi menuntut keadilan untuk Saiful Bukhari.Perlu diingatkan antara MMI dengan Saiful tidak ada sebarang rasa cinta mahupun rindu dendam apatah lagi keinginan nafsu seperti mamat sorang tu.

Tapi kerana MMI yakin dan percaya bahawa Saiful sebenarnya menjadi mangsa kepada kerakusan nafsu seorang pemimpin dan juga mangsa keadaan bila mana keputusan terdahulu tidak menyebelahi beliau.

Perkiraan paling mudah MMI dalam perkara ini adalah Saiful bersumpah menyatakan yang benar namun Anwar lari dari tugasan paling mudah untuk membuktikan dirinya suci.

Semoga kebenaran akan timbul jua nanti..Sama-sama kita nantikan.

MMI.

Labels