Followers

Showing posts with label Saiful Bukhari. Show all posts
Showing posts with label Saiful Bukhari. Show all posts

Friday, 17 May 2013

Saiful Bukhari Kahwin Personaliti TV3 !!


Saiful Bukhari Azlan hari ini mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan yang juga merupakan seorang personaliti televisyen Nik Suryani Megat Deraman.

“Ya, berita itu benar,” katanya.

Majlis perkahwinan bakal dilangsungkan di Kuala Terengganu pada 25 Mei ini di sebelah perempuan.

Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan dibuat pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.

Ketika ditanya mengenai usia perkenalan pasangan ini, Nik Suriani berkata, kedua-duanya sudah saling mengenali sejak dua tahun lalu.

“Kami bertunang pada 20 Oktober lalu,” jawabnya ringkas.

MMI.

Wednesday, 1 May 2013

HOT Azlan Keluar PARTI & Tarik Balik Dakwaan Isu Liwat Saiful ~ Anwar Lari Ke Kedutaan Turki ??!!!


Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini menarik semula kenyataannya pada 8 Mac lepas yang mendakwa insiden liwat ke atas anaknya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan konspirasi politik.

Menurut Azlan, tindakan beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ekoran terpedaya dengan desakan sesetengah pihak.

Pihak mana tu ????

"Kesedaran ini timbul dari diri saya sendiri. Saya membela anak saya dan secara tiba-tiba saya mengkhianati sumpah beliau (Saiful). Saya termakan hasutan beberapa pihak untuk membuat sidang akhbar pada 8 Mac," katanya kepada pemberita di Ibis Styles Hotel, Balakong, hari ini.

Tambah beliau, tindakannya menarik kembali kenyataan tersebut disebabkan oleh sumpah laknat yang telah dilafazkan oleh beliau dan anaknya sebelum ini disamping ingin mengeratkan semula hubungannya dengan Saiful yang dikatakan renggang selepas beliau mengeluarkan dakwaan itu.

"Keutamaan serta tanggungjawab saya ketika ini adalah kembali kepada keluarga saya. Saya telah kembali ke pangkal jalan.


"Perlu diingat saya dan anak saya pernah sumpah laknat di Masjid dan saya takut disumpah. Saya berjanji akan membela anak saya sampai bila-bila pun," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengisytiharkan untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa hari ini, 1 Mei 2013 dan tidak akan menyertai mana-mana parti politik selepas ini.klpos 

MMI bukan suka sangat dengan manusia jenis ni..sat lagu nu sat lagu ni nampak sangat merapunya.Sebelum ni bukan main lagi ada janji masyuk kot ??? Alih-alih kena kencing hah sakarang patah balik ???

Malas MMI nak ulas bab dia ni tapi apa yang berlaku sebenarnya menunjukkan betapa juak-juak Pembangkang sekarang terdesak dan terhimpit maka pelbagai cara di gunakan bagi mendapatkan kepercayaan rakyat walaupun setiap perlakuan itu memerlukan seseorang itu berbohong.

Tapi kita nak kisah apa ?? Memang anwar pun jenis lagu tu !!!!

Justice 4 Saiful !!!

MMI.

Monday, 11 March 2013

HOT Blogger Pembangkang Naik Minyak Sebab Kena Liwat ??!!


Tu dia ! Blogger pembangkang ni dikatakan naik minyak selepas kena sontot dengan Anwar hahahaha...Dok la dekat-dekat lagi..Ampa jangan kecoh dulu mamat ni bukan kena liwat tapi naik minyak sebab pertahankan kaki liwat..Hihihi apa punya samdol !!

Blogger PR,Tulang Besi atau nama sebenar Rahman Talib mempertikaikan soalan sumpah laknat yang diajukan dari wartawan kepada Bapa Saiful Bukhari , Azlan Lazim.

Sidang media diadakan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Merchant Square,Petaling Jaya,Selangor!

Ampa tengok bahasa yang dia pakai kepada wartawan, nampak cerdik kan?Yang dia marah sangat tu kenapa? dia ker yang kena liwat?


Hahahaha bahalol lah dia ni , eh ampa rasa dia ni orang Melayu Islam ke tak ? Kalau bab minta sumpah untuk sahkan yang kita ni di pihak yang betul apa masalahnya ? Kita bukan istihar keluar Islam beb..

Nak cari publisiti ke bro ???

kredit to daengselili

MMI.

Sunday, 10 March 2013

Azlan MELAWAN !! #SaifulBukhari


MELAWAN !! Nampaknya bapa Mohd Saiful Bukhari yang baru-baru ini menggemparkan media dengan kepercayaannya bahawa saiful tidak di liwat bakal mengheret isu ini menjadi lebih besar dan mungkin memakan masa.Dari apa yang MMI lihat ini merupakan satu lagi percubaan untuk menjadikan isu ini sebagai bahan dalam pentas kempen Pakatan Haprak menjelang PRU13 nanti.

Seperti semua sedia maklum insiden Lahad Datu yang telah meragut nyawa anggota keselamatan kita telah menyebabkan reputasi pasukan pembangkang merundum dan isu Azlan berkenaan kes liwat ternyata merupakan sebahagian daripada perancangan pihak tertentu bagi mengalih perhatian rakyat terhadap sikap pihak pembangkang.

Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim dijangka akan mengadakan sidang media kedua esok. Ini berikutan kritikan pelbagai pihak terhadap Azlan berikutan kenyataannya berhubung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang melibatkan Saiful.

Menurut satu sumber, pada sidang media itu, beliau akan menjawab pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Azlan termasuk dakwaan melibatkan wang dan perbezaan pendapat yang dikatakan berlaku antaranya dan Saiful. Ada sumber yang mengatakan mereka tidak tinggal sebumbung lagi, tetapi tuduhan itu tidak dapat disahkan kebenarannya lagi.

Dalam sidang media pertama, Azlan mendakwa ada beberapa orang kanan kerajaan yang menjadi dalang dalam isu tersebut. Menurutnya, ada pihak mahu mengheret Anwar ke penjara buat kali kedua. Menurut Azlan, dia akan memohon maaf secara terbuka dengan Anwar dan menyifatkan orang kanan kerajaan itu hanya pergunakan anaknya sebagai agenda politik.

Seperkara yang harus ampa semua faham adalah mengapa Azlan tidak saja membuat laporan polis untuk disiasat sekiranya wujud apa yang dikatakan sebagai orang kanan kerajaan yang menjadi dalang ?

Paling tak boleh blah siapa yang kena sontot bro ? Azlan ker Saiful ??

Jom kita imbas apa yang Azlan pernah kata sebelum ni..


Kemudiannya ...


Macam-macam hal..Azlan rasanya perlu belajar dengan Saiful untuk membuat sumpah laknat dengan nama Allah seperti mana Saiful lakukan sekurang-kurangnya rakyat boleh menilai siapa yang akan kena laknat selepas ini !!

Alhamdulillah , Saiful Bukhari sehingga ke hari ini masih sihat dan berupaya mempertahankan hak beliau sebagai mangsa liwat kepada Anwar Ibrahim.

Kalau kita tengok Azlan dengan Anwar ni dah hampir nak sama sebab dua-dua tak bersumpah pun..

kredit to utaranews 

MMI.

Friday, 8 March 2013

Bertaubatlah Anwar #SaifulBukhari


Setelah hampir beberapa jam kenyataan yang dikeluarkan oleh Azlan Mohd Lazim  bapa kepada Mohd Saiful Bukhari mangsa liwat Anwar Ibrahim menyatakan segala yang berlaku selama ini adalah konspirasi kerajaan , Saiful bingkas bangun mengeluarkan kenyataannya kepada pihak media petang tadi.

Berikut adalah kenyataan Mohd Saiful Bukhari ,

Bismillahirahmannirrahim.

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim. 

2. Demi Allah, Bangsa dan Negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan sehingga akhir hayat. 

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah lima tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali. 

4. Saya juga membuat amaran kepada Anwar bin Ibrahim, walaupun terdesak jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau. 

5. Walau apa pun berlaku saya yakin pada Allah swt, kebenaran tidak dapat dihapuskan. 

6. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang berlaku walaupun berlaku, saya yakin kepada Allah swt yang benar tetap benar. 

7. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah kebenaran, pertahankan anak kandungnya yang menjadi mangsa. 

8. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga akhir hayat. 

9. Kepada seluruh Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim.

10. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita berdoa dan pertahankan. 

11. Akan terus berdoa, sabar dan istiqamah. 

Bertarikh pada 8 Mac 2013. 

Mohd Saiful Bukhari bin Azlan  

Kepada Anwar dan balacinya rakyat dah masak dengan sikap ampa , dalam isu ini jentera pembangkang sebenarnya dah kantoi sebab kenyataan oleh bapa Saiful di buat pada ketika bau dalang insiden Lahad Datu semakin kuat.

Rakyat harus tanya sekarang berapa lori Anwar bayar dekat Si Azlan tu ???

Pakcik kayo !!!

MMI.

Saya Tetap Istiqamah & Tidak Berganjak #SaifulBukhari


Secara tiba-tiba bapa kepada Saiful Bukhari buat kenyataan media mengatakan pertuduhan liwat diantara Anwar Ibrahim dan anaknya adalah konspirasi dan fitnah politik.

Tu dia punya dasat puak-puak ni..Apa pun bagus jugalah kurang-kurang kita kenal orang-orang macam ni.

MMI rasa ampa semua perlu tau juga di sebalik kenyataan si bapa Saiful ni sebenarnya sebelum ini telah berlaku sesuatu yang melibatkan kacau bilau keluarga Saiful anak beranak.

Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalu selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.

Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Perani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim.

Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim seperti berikut:

“Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.

Jangan lupa semua apakah punca kehilangan Azlan Mohd Lazim selama 3 minggu ? Masalah kewangan ?

Seperkara lagi sebagai respon kepada kenyataan tersebut Mohd Saiful Bukhari sendiri sudah pun mengeluarkan kenyataannya yang berbunyi,
"Bapa saya dipergunakan, saya tetap ISTIQAMAH dan TIDAK SEKALI BERGANJAK , tengah fikir apa tindakan seterusnya. mohon sahabat-sahabat sabar dan doakan saya"
Jadi kita tunggu tengok lah apa cerita selanjutnya , yang pasti ini satu lagi tindakan puak-puak terdesak barisan pembangkang bagi menutup isu Lahad Datu.

Alo gang sapa yang kena liwat ni ???

Baca juga di MPP 

MMI.

Saturday, 24 November 2012

Kini Kembali Di Pasaran !!


Rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan ditetapkan untuk satu lagi pengurusan kes pada 15 Februari tahun depan.

Tarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, N. Kanageswari hari ini. Timbalan Pendakwa Raya, Najib Zakaria hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili oleh peguam Ramkarpal Singh.

Ramkarpal ketika ditemui pemberita memberitahu, kedua-dua pihak masih memerlukan masa bagi meneliti nota keterangan yang diterima dari Mahkamah Tinggi bagi persediaan prosiding rayuan kelak.

Beliau menyatakan, nota keterangan mencecah 22 jilid itu yang merupakan rakaman perbicaraan diterima dalam bentuk cakera padat (CD) dan perlu diteliti satu persatu serta diperiksa ketulenannya terlebih dahulu.


15 Februari 2013 merupakan tempoh yang agak panjang namun MMI akan tetap bersabar demi menuntut keadilan untuk Saiful Bukhari.Perlu diingatkan antara MMI dengan Saiful tidak ada sebarang rasa cinta mahupun rindu dendam apatah lagi keinginan nafsu seperti mamat sorang tu.

Tapi kerana MMI yakin dan percaya bahawa Saiful sebenarnya menjadi mangsa kepada kerakusan nafsu seorang pemimpin dan juga mangsa keadaan bila mana keputusan terdahulu tidak menyebelahi beliau.

Perkiraan paling mudah MMI dalam perkara ini adalah Saiful bersumpah menyatakan yang benar namun Anwar lari dari tugasan paling mudah untuk membuktikan dirinya suci.

Semoga kebenaran akan timbul jua nanti..Sama-sama kita nantikan.

MMI.

Labels