Followers

Saturday 17 November 2012

Pimpinan PAS Jadikan Muktamar Di Kelantan Lapangan Menyesatkan Juak-Juaknya Sendiri !!


Sehingga entri ini ditulis keganasan Rejim Yahudi di Palestin semakin membimbangkan sehinggakan YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataannya menunjukkan keresahan dengan apa yang berlaku ketika ini.

Berikut adalah kenyataan daripada Perdana Menteri Malaysia berkenaan apa yang berlaku di Palestin kini.
KUALA LUMPUR, 17 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia amat bimbang dengan perkembangan keganasan yang tercetus di Gaza.
“Kami menggesa kedua-dua pihak yang terlibat supaya menghentikan segala aktiviti keganasan itu agar tidak ada lagi nyawa orang awam terkorban,” katanya menerusi entri terkini dalam blog 1Malaysia, hari ini.
Beliau berkata aktiviti keganasan itu sekaligus menunjukkan betapa perlunya proses perdamaian di Asia Barat.
“Untuk itu, kami juga menggesa campur tangan daripada kuasa besar dunia bagi menjamin keamanan di wilayah itu,” katanya.
Perdana menteri berkata Malaysia juga sentiasa bersedia untuk membantu dalam apa jua keadaan agar proses perdamaian yang diharap dapat dilaksana. 

Kenyataan dan respon daripada kerajaan Malaysia terhadap apa yang berlaku di Gaza kini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional komited dan sentiasa berusaha bagi membantu rakyat Palestin yang kini sedang ditindas.

Namun lain pula yang berlaku di Kota Bharu Kelantan , apabila sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam langsung tidak melakukan apa-apa khususnya dalam usaha meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Palestin kini.

Nik Aziz dan seluruh juak-juak PAS memilih untuk mengadakan solat hajat dan solat hajat tersebut bukannya dilakukan dengan tujuan memohon kepada Allah swt bagi membantu rakyat Palestin yang beragama Islam daripada penindasan bangsa YAHUDI ISRAEL namun dijadikan sebagai pentas untuk berdoa bagi menjahanamkan UMNO dalam pilihan raya yang akan datang.

Ampa semua boleh tengok macam mana puak-puak ni meroyan dalam doa mereka malah jika diamati doa yang dibacakan cukup memeranjatkan kerana diselang selikan dengan laungan yang bagi MMI cukup memalukan sekali apatah lagi ianya dilakukan oleh seorang manusia yang digelar alim ulama.

Persoalan yang harus anda fikirkan apakah itu sikap seorang ulama ?


Ampa tengoklah contoh bagaimana khawarij PAS berdoa untuk kehancuran BN,dulu kita pernah dengar bagaimana Nik Aziz mendoakan agar Najib pecah perut yang kemudiannya tak sampai setahun si tua kutuk ini pula yang terlantar di hospital dikhabarkan berlaku pendarahan dalaman.

Kenapa agaknya doa wali selipar si tua kutuk Allah tak makbulkan?

UMNO tidak pernah mendoakan juak-juak PAS sedemikian kerana kita berpegang kepada ajaran Islam yang satu namun juak-juak PAS rasanya sudah beribu kali mendoakan supaya BN dihancurkan namun sehingga kini BN masih terus berdiri teguh malah sudah pun memperbaiki kesilapan dan kelemahan untuk terus bekerja demi Rakyat,Bangsa,Agama dan Negara.

Apa pun MMI yakin rakyat dapat melihat sendiri bagaimana juak-juak PAS menjadikan Muktamar mereka sebagai medan untuk menyesatkan umat Islam !!

Selama MMI diajar tentang agama Islam , bermula dengan Arwah Bapa sendiri sehinggalah kepada guru agama yang lainnya tidak langsung MMI diajar dalam setiap doa kita perlu terjerit-jerit.

Atau mungkin juga doa tersebut disulami dengan perasaan dendam maha dasyat yang terpahat di benak hati Nik Aziz selama ini terhadap UMNO...

Barangkali Nik Aziz dan juak-juaknya lupa bahawa Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana !! 

Sendiri mau ingatlah.....

MMI.

1 comment:

  1. masyaallah... di sini kita sudah ketahwi, pemimpin2 PAS memang telah menyesatkan pengikut2nya... di mana mazha syiah laknatulallah telah melaknat sahaba2 Rasulallah.Masyaalla... apa nak jadi dengan Ulamak2 yang tidak tahu mengucap kalimah ALLAH yang sebenar2nya...
    YA ALLAH...Matikanlah pemimpin2 yang menyesatkan ini. Amin..yaRabilalaminn

    ReplyDelete

Labels