Followers

Sunday 30 December 2012

Guan Eng PERLU Di Tangkap ??!!


Apa lagi yang di tunggu MMI kurang pasti , adakah kerana beliau merupakan seorang pemimpin politik dan kemudian memegang jawatan sebagai Ketua Menteri menyebabkan pihak-pihak tertentu pejamkan mata tanpa melakukan apa-apa ?

Bagi MMI jangan jadi BACUL semata-mata kerana nak jaga politik kerana apa yang telah dilakukan oleh Guan Eng jelas satu penghinaan dan serangan terhadap umat Islam di Malaysia.

Sekiranya ABUYA daripada Al-Arqam boleh ditangkap,Ayah Pin yang pernah mencetuskan negara dengan berita naik ke langit pun pernah diburu takkanlah Guan Eng seorang pemimpin politik tidak boleh diambil tindakan ?

Kenyataan Guan Eng supaya kalimah Allah dibenarkan untuk digunakan oleh bukan Islam adalah satu tindakan yang paling kurang ajar dan biadap.

Beliau sebenarnya sudah sedia maklum tentang kalimah Allah yang sudah pun diperjelaskan termasuk oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang yang memutuskan perkataan seperti ALLAH, takwa, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.“

Peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman Pakatan Rakyat (PR) memerintah dan dipersetujui oleh Guan Eng  sebagai Ketua Menteri, di mana beliau telah dimaklumkan dan peraturan telah diwartakan.

DIULANG peraturan telah diwartakan dengan pengetahuan Guan Eng!

Malah dalam soal ini Majlis Fatwa Kebangsaan turut telah memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan  oleh umat Islam.

Jadi agak ampa semua mengapa Guan Eng masih menuntut penggunaan kalimah Allah ini ?

Jangan lupa Islam adalah agama rasmi persekutuan dan tindakan Guan Eng bukan saja tidak menghormati agama Islam malah turut mencemar Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu kerana kenyataan tersebut menyentuh mengenai hal ehwal agama Islam.

“Amat jelas sekali, kenyataan berkenaan sangat biadab serta berniat mahu mengeruhkan hubungan antara umat Islam dan penganut Kristian di negara ini.

Maka kerana itu MMI mendesak supaya kerajaan melalui kementerian terlibat supaya SEGERA MENGAMBIL TINDAKAN DENGAN MENANGKAP PELAMPAU AGAMA INI kerana tindakannya jelas cuba menghasut mereka yang bukan Islam supaya membuat tuntutan seterusnya mampu mencetuskan kekacauan melibatkan umat Islam dan bukan Islam.

Kepada pihak yang berwajib MMI nak berpesan JANGAN JADI BACUL dalam soal ini tidak ada kompromi kerana umat Islam di luar sana tidak lagi dapat menerima sebarang tindakan BIADAP lagi KURANG AJAR mereka-mereka diluar sana terhadap Islam.

MMI bimbang takut-takut ada pihak di luar sana yang akan bertindak sendiri kerana KELEMAHAN kerajaan menangani isu paling serius ini.

Sebarkan supaya rakyat tahu Guan Eng adalah pelampau agama yang sedang menyerang Institusi Islam di Malaysia dan amat perlu ditangkap !! Baca juga Di Sini.

MMI.

1 comment:

  1. tangkap aja LGE..tgkap juga pemimpin yg mghina hudud,hukum allah xkira dia pm ke org biasa

    ReplyDelete

Labels