Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik."
Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.
Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.
"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi.
"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.
"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," kata beliau dalam reaksinya diperoleh dari laman sosial Facebook.
Kelmarin, dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.
Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mufti boleh berbincang dengan cara yang elok dan tidak perlu bermain politik.
"Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan di dalam jubah mufti," katanya.
Beliau juga mengingatkan mufti supaya tidak menjual harga seorang mufti sehingga menjadikannya "murah".
"Jangan jual harga mufti dengan murah...," katanya.
Betul ka apa yang Nik Aziz ni kata ? Hebat sangat ka dia dengan Hadi Awang ni ?
Kalau ampa nak tau Nik Aziz dah mengaku bahawa jubah puak-puak PAS tu termasuk dia sekali sebenarnya adalah untuk kepentingan politik dan sememangnya terlalu murah dengan sifat terpuji kalau nak dibandingkan dengan para ulama dan guru-guru agama diluar sana.
Tak percaya tengok kenyataan Nik Aziz yang MMI warnakan di atas.
Ahkir kalam ulama ka puak-puak ni ? Kalau nak tau Baca Sini
MMI.
No comments:
Post a Comment