Mengikut satu laporan dalam akhbar HARAKAH pusat-pusat judi di Pulau Pinang kini tumbuh umpama cendawan selepas hujan.Malah melalui tinjauan dari pihak HARAKAH sendiri sememangnya wujud pusat-pusat judi tersebut.
Lagi laporan dari harakah , seorang penduduk sebuah taman di Bukit Mertajam yang mahu dikenali sebagai Zaki berkata, masalahnya sekarang ramai anak muda termasuk pelajar sekolah mula membanjiri tempat tersebut untuk berjudi.
Ramai pelajar berkenaan ialah pelajar Melayu berbanding kaum lain seperti Cina dan India.
"Saya rasa malu bila mendapati ramai pelajar sekolah berpusu-pusu memasuki tempat berkenaan. Ia menjadi keseronokan mereka di waktu cuti persekolahan, " terangnya malu dengan kaum lain.
Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali dengan nama Ong menyifatkan, sepatutnya pihak berkuasa melarang terus gejala yang merosakan generasi muda yang bakal menjadi kepimpinan negara.
"Apa akan terjadi kepada generasi muda tidak kira apa etnik sekalipun kerana yang utama mereka adalah kepimpinan masyarakat pada masa depan, " katanya.
MMI memuji tindakan harakah melaporkan berita sedemikian , barangkali dah tersedar dari lamunan sebab dalam muktamar PAS baru-baru ini harakah antara pihak yang teruk di hentam oleh para perwakilan PAS sendiri.
Apa pun MMI ucapkan syabas dan tahniah kerana inilah antara bahan berita yang dikira baik yang seharusnya dilakukan lama dulu.
Persoalannya mengapa sekarang ? Mengapa sekarang baru berita sebegini dikeluarkan oleh Harakah ? Apakah kerana ianya turut berkaitan dengan apa yang sedang berlaku dalam PAS hari ini ? Atau ianya ada kena mengena dengan tempoh waktu pilihan raya yang semakin hampir ?
Maklumlah berita sebegini boleh menyebabkan juak-juak PAS dan penyokong-penyokong mereka merasakan PAS sememangnya memperjuangkan Islam !!
Apa mungkin selepas ini kerajaan negeri Pulau Pinang bakal menyaman Harakah kerana mengeluarkan berita sedemikian seolah-olah menempelak kerajaan negeri maklumlah lesen-lesen diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan dan sudah semestinya ianya hanya dikeluarkan kepada pemilik bukan Islam dan semestinya untuk pengunjung bukan Islam.
Apa pun yang terbaik MMI sokong cumanya masih bermain di fikiran ni mengapa baru sekarang aaa ???
MMI.
No comments:
Post a Comment