Gambar Hiasan |
Seorang pegawai daerah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, tiga tahun lepas.
Roslan Yahaya, 51, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berumur 29 tahun itu di dalam pejabat pegawai daerah, Pejabat Daerah dan Tanah, Jalan Betek, Sungai Rambai di sini antara 11 pagi dan 1.10 tengah hari, 26 April 2010.
Dia didakawa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amir Hamdzah Othman menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Anthony Samy yang mewakili Roslan memohon jaminan dikurangkan.
Amir Hamdzah turut memohon mahkamah memerintahkan tertuduh supaya tidak mengganggu saksi kes tersebut.
Majistret Chiang Kian Hong membenarkan Roslan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Roslan membayar wang jaminan itu. - BERNAMA
Sebelum itu kes ini telah menggemparkan orang ramai dengan berita tertangkapnya 3 orang oleh SPRM kerana cuba merasuah seorang lelaki kerana mahu laporan polis berkaitan kes di tarik balik.Baca Sini
Dalam masa yang diberitakan salah seorang yang di tangkap tersebut merupakan pembantu khas kepada Mansor Othman Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.Baca Sini
Apa pun siasatan masih dijalankan serta sedang dibicarakan di mahkamah...kita tunggu tengoklah macam mana !!
MMI.
No comments:
Post a Comment