Followers

Saturday, 2 March 2013

Operasi Kg Tanduo Di Istiharkan TAMAT - SALUTE To Our HERO

Gambar Hiasan
Esok Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan melawat Kg Tanduo, sementara Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman akan melawat anggota pasukan komando 69 yang tercedera di hospital.

Sementara itu Koperal Azman Ampong, 39, yang dilaporkan sebelum ini maut, sebenarnya hanya cedera. 

Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penceroboh bersenjata, polis sahkan hari ini.

Operasi kg Tanduo disitiharkan tamat. Walau bagaimanapun perintah berkurung telah dilaksanakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitarnya sejak jam 4 petang.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib seperti yang dipetik The Star Online menyatakan kesedihan kerana berlakunya pertumapahan darah, yang memang dari awal-awal lagi cuba dielakkan oleh pasukan keselamatan negara.

Akibat aksi tembak menembak itu dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua komando Malaysia terbunuh dan tiga anggota polis Malaysia turut tercedera.

Komisioner Polis Sabah Datuk Hamza Taib menyatakan bahawa kejadian tembak menembak itu berlaku, apabila pihak penceroboh memulakan tembakan pemula, dengan menembak mortar ke arah kenderaan pasukan keselamatan.

Sehingga kini, belum ada maklumat berkaitan dengan sejumlah penceroboh yang dianggarkan berjumlah 180 orang yang berkumpul di Kg Tanduo Lahad Datu sejak malam 12 Februari lalu.sumber  

"SALUTE TO OUR HERO" terima kasih kepada semua pasukan keselamatan , atas nama keamanan dan kedaulatan negara MMI cukup berbangga kerana negara memiliki wira seperti Inspektor Zulkifly dan Koperal Sabaruddin yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk negara tercinta ini. Pengorbanan mereka cukup besar sekali kepada setiap rakyat negara ini.Al-Fatihah..

MMI.

1 comment:

  1. Sekarang masa untuk menangkap dalang di sebalik pencerobohan ini (pengkhianat negara) dan sumbat masuk ke dalam penjara...habis cerita. No kompromi lagi!!

    ReplyDelete

Labels