Followers

Tuesday, 30 July 2013

TAWARAN JADI TPM Anwar Cuba Lagakan NAJIB Dengan Muhyiddin !!


Kenyataan terbaru daripada Anwar Ibrahim si Raja Putar Alam ni cukup bahaya walaupun ada pihak yang menganggap ianya sekadar satu lagi pembohongan tahap sarkas yang sering di lakukan oleh Anwar dalam apa jua keadaan asalkan dirinya di lihat hebat.

Dakwaan terbarunya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya menawarkan peluang untuk bersatu dalam satu kerajaan bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Sudahlah dengan dakwaan pengundi “hantu” dari Bangladesh yang karut kini Anwar mengatakan kerajaan pernah menawarkan jawatan kepadanya.

Cukup pelik dan ganjil sekali kerana kenyataan sedemikian hanya di keluarkan pada ketika ini dan bukannya sebelum pilihanraya.

Jika di lihat dari sudut keuntungan politik sudah pasti dengan pendirian Anwar dan tawaran tersebut hampir pasti menjadi senjata paling berkesan untuk beliau menjatuhkan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu namun ianya tidak berlaku.

Memetik tulisan Terence Netto dari Malaysiakini pada 19 Jun lepas, Anwar berani mengatakan bahawa Najib menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri untuknya dan empat jawatan Menteri kepada pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada dakwaan awal sudah tahu peristiwa ini tidak logik dan tidak masuk akal langsung.

Hari ini di portal berita kualalumpurpost.net, Anwar dikatakan menolak semua kerjasama yang ditawarkan oleh Umno. Menurut Anwar tawaran itu ditawarkan kepadanya melalui bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.

Anwar dipetik laman portal itu berkata demikian ketika berucap pada majlis iftar bersama anak muda anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC), di Damansara, malam semalam.

Persoalannya adakah Najib sudah begitu terdesak inginkan sokongan seorang “bekas banduan” sehingga sanggup memperjudikan kekuatan 88 kerusi yang dimenangi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 demi untuk menawarkan jawatan kepada Anwar??

Adakah Najib sanggup memperjudikan kekuatan Umno di dalam Dewan Rakyat itu dengan menawarkan jawatan kepada Anwar yang memiliki reputasi “kuat merajuk” dan mengajak rakyat tidak berdosa “merajuk” bersama dengannya dan mengadakan demonstrasi jalanan.

Kredibiliti ayahnya yang juga Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam mengatasi konflik 13 Mei tanpa pertumpahan darah menolak terus dakwaan ini jika ia dikaitkan dengan Perdana Menteri.

Namun jika melihat kepada sejarah Anwar sebagai ketua pembangkang dan strateginya dalam pakatan haprak , kita sudah pasti dapat mengenali dan faham apa sebenarnya yang sedang di lakukan oleh Anwar.

Percayalah Anwar sedang mengambil kesempatan malah pembohongan ini di lakukan pada masa dan ketika kepimpinan Datuk Seri Najib perlu mengharungi suasana politik pasca PRU13 dengan pelbagai tekanan menghimpit pasukan Perdana Menteri kita.

Anwar bijak mengambil peluang ini tatkala terdapat mereka-mereka di luar sana (pro-kerajaan) yang turut menghentam Datuk Seri Najib.Dan permainan ini perlu dimainkan pada masa ini kerana Anwar tahu dengan pemilihan UMNO yang akan datang isu ini mampu membuatkan UMNO sebagai teras dalam Barisan Nasional berpecah.

Najib sahaja tidak cukup dan kerana itu Anwar perlu kaitkan dengan Muhyiddin supaya kem UMNO BERKOCAK !!!!

Pesanan MMI hati-hati dengan serangan terbaru ini...

sumber mynewshub 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels