Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kawasan Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu, mengumumkan keluar parti dan berkata beliau akan menjadi wakil rakyat bebas.
King Cheu, yang meletak jawatan sebagai penasihat kepada jawatankuasa perhubungan negeri DAP beberapa minggu lepas, berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti lain.
"Ya, saya membuat keputusan untuk keluar parti. Bagaimanapun, saya akan kekal sebagai (Adun) Bebas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
King Cheu berkata, beliau akan menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibu pejabat parti lewat hari ini.
Selepas pilihan raya umum Mei tahun ini, Hiew bertelagah dengan beberapa pemimpin DAP Sabah susulan keputusannya untuk menyokong ADUN Klias Datuk Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang Sabah sedangkan parti itu menyokong Adun Tamparuli Datuk Wilfred Bumburing. - BERNAMA
Untuk makluman sebelum ini Hiew King Cheu ni sudah pun menjadi liabiliti kepada parti DAP apabila telah menyatakan hasrat untuk keluar dari DAP.
Perkhabaran ini bukannya datang dari sumber UMNO atau pun komponen BN yang lain yang selama ini sering dikambing hitamkan dalam drama permasalahan parti DAP dan rakan sepakatannya, tetapi datang dari mulut ADUN Layang itu sendiri.
Maka janganlah pula ada kalangan bebalan dalam DAP atau PR yang terloncat sakan macam beruk kena belacan atau baring di tengah jalan untuk mempersoalkan kesahihan berita ini.
Antara faktor utama yang dikatakan menjadi punca timbulnya ura-ura ini khabarnya kerana tidak mahu kawasan yang dimenanginya tertinggal arus pembangunan dalam tempoh lima tahun mendatang dan kini beliau sedang mengambil kira pandangan penyokongnya samada untuk merealisasikan hasratnya itu atau sebaliknya.
“Saya menerima beberapa maklum balas daripada para penyokong dan kebanyakan mereka menasihatkan saya supaya keluar (parti) dan mencari alternatif untuk melakukan apa yang boleh dilakukan untuk rakyat,” itu penjelasannya seperti mana dilaporkan oleh Mstar Online beberapa hari lepas.
Pada 12 Ogos yang lalu Dr Hiew telah melepaskan jawatannya sebagai Penasihat DAP Sabah sehingga menimbulkan kegemparan dalam parti yang mana ia dikaitkan dengan perasaan tidak puas hatinya dengan pucuk pimpinan DAP di peringkat Pusat serta beberapa orang pemimpin DAP Sabah.
Sebelumnya beliau dilaporkan menerima surat tunjuk sebab dari DAP berikutan isu perlantikan Ketua Pembangkang di DUN Sabah dan sejak beberapa minggu kebelakangan ini pula dianggap sebagai pengkhianat yang cuba mensabotaj DAP dari dalam.
Terbaru The Star melaporkan pemimpin DAP Sabah yang dihubungi mengesahkan Dr Hiew yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu hampir pasti melompat keluar dari DAP. Ke mana arah haluannya samada Bebas atau parti lain tidak diketahui.
Yang pastinya jika ia menjadi kenyataan maka bergolak sakanlah DAP lebih-lebih lagi ketika parti anak beranak dinasti Lim itu sedang bergolak sakan gara-gara pemilihan CEC DAP terpaksa diadakan semula.
Sama-sama kita nantikan komen oleh Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang entah apa agaknya drama atau alasan tunggang terbalik yang akan di imaginasikannya kelak.
Adakah akan terpancul pula alasannya menyalahkan UMNO dan BN? Diikutkan tabie semulajadinya yang suka menyalahkan pihak lain, rasanya itulah alasan kelak, tak gitu? sumber
MMI
No comments:
Post a Comment