Followers

Wednesday 5 November 2014

Teguran NAJIB Pada UMNO Selangor , Apa Kata CHEDET !!


Banyak pihak sedikit terkejut apabila Presiden UMNO YAB Datuk Seri Najib secara langsung telah menegur UMNO negeri Selangor dalam satu konvensyen peringkat negeri yang diadakan baru-baru ini.Pelbagai pandangan serta pendapat segera memenuhi setiap ruang media mengolah sejauh mana kesannya kepada UMNO Selangor mahupun UMNO di seluruh negara.

MMI turut mengulas isu ini dalam perspektif ala MMI kerana masih punya rasa dan jiwa untuk melihat UMNO terus berjaya.Baca Sini 

Kita perlu sedar bahawa UMNO telah lama berjaya dan kerana kejayaan itu mengakibatkan sebahagian daripada kita alpa malah mungkin terlupa bahawa kejayaan ini tidak akan mampu bertahan sekiranya kita GAGAL membentuk kesinambungan yang baik untuk meneruskan legasi nenek moyang kita.

Sebelum tu jom kita tinjau apa kata Chedet ..

Sesungguhnya perubahan yang diperlukan oleh UMNO Selangor ialah pembubaran dan penyusunan semula. Pemimpin-pemimpin UMNO Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13. Mereka perlu undur.

Hari ini untuk mendapat calon Menteri Besar di kalangan pemimpin UMNO pun tidak ada. Ini boleh diadakan dengan ramai jika UMNO Selangor sedia menerima ahli baru. Pemimpin UMNO biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihanraya. Oleh itu usaha mereka bukanlah memperkuatkan UMNO tetapi memperkuatkan kedudukan mereka.

Penerimaan ahli baru dengan ramai termasuk yang berbakat adalah perubahan yang utama yang perlu dilakukan oleh UMNO Selangor.

Ahli baru perlu juga ditapis oleh badan yang terdiri dari veteran UMNO termasuk dan Bahagian lain. Tapisan diperlukan kerana ada makhluk perosak yang ingin peralat UMNO untuk agenda peribadi mereka.

Yang kedua ialah tumpuan kepada Gen-Y. Pada PRU 14, 2.5 juta pengundi muda akan mengundi.

Gen-Y tidak berminat dengan UMNO. Mereka, terutama yang terpelajar di Barat sudah menerap budaya dan nilai-nilai hidup Barat. Bagi ramai dari mereka penghargaan terhadap parti dan pemerintah yang memberi peluang kepada mereka mendapat pelajaran dan berjaya dalam kehidupan mereka tidak ada.

Jika disebut akan jasa parti UMNO kepada mereka, mereka menolak peringatan ini sebagai mengungkit. Lagi pun mereka berpendapat parti mana pun yang menjadi Kerajaan akan membuat perkara yang sama.

Pandangan cetek ini disebabkan mereka tidak membuat bandingan antara Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO dengan Kerajaan-Kerajaan negara-negara lain. Jika bandingan dibuat oleh mereka, sudah tentu mereka akan lihat bahawa negara-negara yang mencapai kemerdekaan bersama kita tidak pun dapat dimajukan, jauh sekali daripada memberi pelajaran, biasiswa dan bantuan lain supaya rakyat mereka dapat menikmati taraf hidup seperti rakyat Malaysia.

UMNO Selangor perlu berusaha menarik pemuda Melayu menyertai UMNO dengan mendekatkan diri dengan mereka yang bukan ahli bahkan yang menentang UMNO. Untuk ini kepimpinan UMNO harus tahu sejarah UMNO dengan mendalam. Pemimpin yang mampu menjelas kedudukan orang Melayu dahulu dan sekarang tidak ramai. Mereka juga perlu diberi kursus.

Ketiga, kikis imej UMNO sebagai parti rasuah. Cara hidup pemimpin UMNO perlu lebih sederhana. Mereka perlu rapat dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli UMNO. Jangan sekali-kali guna kereta mewah bila ke kampung.

Sesungguhnya banyak lagi perubahan yang perlu dibuat oleh UMNO Selangor. Tetapi jika yang tiga ini dibuat sokongan rakyat akan lebih kuat.

UMNO pernah sampai pada peringkat PARAH setelah menempa kejayaan dan itu adalah hakikat yang harus kita terima.Kerana itu juga maka UMNO segera bertatih semula dan belajar dari kesilapan untuk memastikan survival atas nama BANGSA , AGAMA , NEGARA dan MMI tambah AMANAH dapat dipikul dengan sebaiknya. 

Sebagai pemimpin sikap ego dan pentingkan diri harus segera dibuang jauh-jauh dan bagi ahli di akar umbi pula kita harus segera belajar untuk MEMPERTAHANKAN bukan MENJATUHKAN.Sesuatu yang MMI rasa boleh dijadikan sebagai kayu ukur buat semua ahli UMNO kerana apa lagi yang tinggal jika kita asyik beradu sesama sendiri.

Tiang yang condong harus ditegakkan bukan dengan memotong dan menggantikan dengan tiang yang lain kerana jika itu menjadi pilihan kita , sampai bila kita tidak akan belajar dari kesilapan.

Suara dan dasar perjuangan juga harus difahami supaya tiap perkara yang kita lakukan lebih terarah kepada soal BANGSA dan RAKYAT seluruhnya.

Pada pendapat MMI , UMNO jangan GAGAL lagi kerana KEGAGALAN kali ini bakal mengundang musibah paling besar dalam sejarah negara !

MMI

6 comments:

  1. Kalau BN pegang..
    Siapa layak jadi MB?
    Siapa patut tukar noh dan ketuai selangor BN?
    Cadangan dibuka...

    ReplyDelete
  2. MMI u patut buat kajian dan hebahkan MB dari BN yg akan merobah politik selangor..
    Cepat bangunnn!!! Moto kita 'pru14 selangor kembali aman' kasi gempaqqqq

    ReplyDelete
  3. .... kepala yg nak melakukan transformasi pun syok sendiri & buat tak paham teguran, lembik, byk perkara takde 'closure', sibuk membuat akronim2, cakap berdegar-degar esok declare KPI, lusa naik kan lagi harga barang....sick! Fedup!

    ReplyDelete
  4. Penekanan yg ingin diberi Tun M ialah mendapatkan sokongan golongan Muda....

    Persoalannya

    Apakah hasil usaha yang telah dilakukan oleh KJ sebagai ketua dan Pemuda Selangor untuk menarik minat belia2 ini?

    Permasalahannya,

    Bukan setakat Selangor malah seluruh malaysia KJ telah gagal menarik belia2 menyertai pemuda umno!

    ReplyDelete
  5. pendapat admin dan tun sangat benar& menarik...masaalah nya sekarang kebanyakan pemimpin2 umno di peringkat bawahan& atasan yg dah tak boleh perform... apa tah lagi dah tua masih tak mahu beri peluang pd org muda....masih sayangkan pangkat & jawatan walau pun sudah kaya raya...atau takut pd bayang2 sendiri jika sudah jadi org biasa kelak?..

    ReplyDelete
  6. Sori to say bro..pemuda msia dah jd pondan,gah dgn kete mewah mereka..masuk umno projek dulu rakyat kemudian.Ada isu semus nak jd hero.untk umno sgor..ubah lah sikap,jgn la dpn ckp lain blakang pun ckp lain dan cantas mencantas.Saya yg ahli pun dah bosan.

    ReplyDelete

Labels