Followers

Tuesday 12 May 2015

STEP DOWN Ada Yang PLAY SAFE ??

Gambar sebelah menunjukkan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di julang oleh para pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO dari seluruh negara.

Tak ketinggalan bersama-sama dalam kumpulan tersebut adalah Khairy Jamaluddin , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.Dan kalau kita teliti gambar tersebut ianya menunjukkan bahawa kepimpinan YAB Datuk Seri Najib mendapat sokongan jitu daripada sayap pemudanya.

Malah mereka rasanya faham dengan isu-isu yang berbangkit dan kerana itu riak wajah serta aksi tersebut memperlihatkan betapa sokongan itu mampu diterjemahkan ke dalam gerak kerja untuk mempertahankan kepimpinan negara yang ketika ini menghadapi serangan politik.

Namun aksi itu tidak lama kerana selang beberapa minggu kemudian nadanya sedikit berubah ! Pergerakan Pemuda dilihat kembali lantang mendesak kepimpinan negara supaya segera menjawab isu-isu berbangkit yang menimbulkan resah dikalangan akar umbi.

Antara yang terawal adalah Pergerakan Pemuda Johor diikuti dengan beberapa lagi Pergerakan Pemuda UMNO negeri-negeri lain.Tak ketinggalan juga adalah kenyataan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang mahukan supaya isu Tabung Haji di jawab.

Sebagai anak muda dan kumpulan pendesak MMI tak nafikan peranan ini dan sememangnya tindakan itu wajar di saat ramai kumpulan bawahan yang gusar dengan adu domba pihak-pihak tertentu khususnya berkaitan kedudukan wang yang disimpan dalam Tabung Haji.

Namun apa yang MMI lihat adalah sebagai sayap parti kepimpinan pemuda sebenarnya mempunyai ruang yang cukup luas untuk mendapatkan jawapan sama ada daripada kepimpinan negara mahupun daripada Tabung Haji sendiri.

Datuk Seri Azeez Rahim selaku Pengerusi Tabung Haji rasanya tidaklah begitu sukar untuk didekati apatah lagi disapa oleh Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Kenapa tidak saluran ini diguna pakai ? 


Sebaliknya Pemuda memilih untuk mengeluarkan kenyataan di media ?

Apakah Pemuda ada agenda lain ?

Sejujurnya Pergerakan Pemuda UMNO harus memikul tanggungjawab ini untuk mendapatkan jawapan secara tepat dan menjadi pihak yang pertama tampil memperjelaskan kepada rakyat apa yang sebenarnya berlaku !

Malah sewaktu Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO , Khairy Jamaluddin boleh pula bersuara supaya segala isu yang berbangkit diselesaikan.

"Yang dibangkitkan pada hari ini bukan soal kesetiaan (loyalty), tapi lebih penting membangkitkan isu yang sedang hangat dibahaskan oleh rakyat," katanya yang ditemui media selepas sidang media Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam.

"Saya pun telah nyatakan pendirian saya, terutamanya isu 1MDB, yang mana sekarang kita mengharapkan akan ada penyelesaian segera," ujarnya lagi.

Khairy dalam pada itu berkata mesyuarat berkenaan turut menyentuh beberapa kontroversi yang melanda kepimpinan Najib dan menyifatkan Perdana Menteri itu sangat terbuka menerima pandangan daripada ahli-ahli majlis tertinggi Umno.

So apa cita Pemuda ?

Kenapa perlu ke media seolah-olah mahu menjadi HERO sedang hakikatnya ada saluran yang jauh lebih baik seperti mana yang berlaku dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO ?

Sebagai pemerhati politik dan mengikuti perkembangan semasa , MMI langsung tidak punya niat untuk menyinggung mana-mana pihak tetapi amat bimbang dengan situasi ini kerana pada ketika dan saat ini rasanya lebih ramai yang bermuka-muka daripada yang benar-benar ikhlas !

Apakah PM perlu di ganti ? Baca artikel berkaitan di SINI 

MMI

3 comments:

  1. Pelakon tetap berlainan bila diatas pentas dengan semasa ia berada dibelakang pentas.

    ReplyDelete
  2. gambar di atas menunjukan PM dijulang oleh mereka2 yg bermuka muka tapi tak ikhlas , bagaimana pun akan sampai masa ianya akan julang oleh puak yg sama bermuka muka tapi kali ini ikhlas - julang saja tak sambut balik dah /agak agak bunyi macan mana ha ha

    ReplyDelete
  3. Khairy Jamaluddin - Bila Lagi Nak Letak Jawatan.

    Make sure Azwan Bro pon letak juga.

    Kamu Dua Ekor Yg menyebabkan Umno Bn kalah undi.

    ReplyDelete

Labels