Bila selalu mencari salah orang lain diakhirnya diri sendiri akan terpalit dengan pelbagai kesalahan yang mungkin jauh lebih dasyat dari mereka yang dimangsakan.Sebagai seorang pemimpin dan suka mengaku sebagai yang terbaik semestinya sikap yang ditunjukkan kepada rakyat haruslah seiring dengan apa yang dipertontonkan.
Bukan sekadar lakonan penuh sastera yang dipenuhi dengan agenda untuk memancing sokongan rakyat semata-mata.Jika sebelum ini kehadiran Guan Eng di bumi Pulau Pinang ditatang bagai minyak yang penuh dan diangkat setinggi-tinggi khalifah oleh sebahagian daripada mereka yang buta dengan permainan politik , kini semuanya terdedah !
Tunduknya penyokong-penyokong pembangkang di Pulau Pinang kepada kedudukan anak kesayangan Kit Siang itu telah menyebabkan corak kepimpinan yang mengaku berdasarkan prinsip CAT dipergunakan semaksimum mungkin untuk kepentingan diri dan membina keutuhan Dinasti Lim sehinggakan salah seorang bekas pemimpin tertinggi kerajaan negeri mengakui betapa kekuasaannya melangkaui batas orang politik.
Dah lama dah ! Pemimpin pembangkang sendiri pun dah sedar lama dah , kerana kesedaran itulah akhirnya Mansor kini tidak lagi berada dalam pentadbiran Guan Eng.Tapi sebelum ni ramai yang tak nak sedar atau sengaja buat-buat tak sedar maklumlah hasrat untuk punya jawatan dan misi nak merampas Putrajaya jauh lebih penting !
Kini setelah Pakatan Rakyat hancur dek permainan politik songsang sesama sendiri , barulah kesedaran itu timbul dan PAS kini tidak lagi bersama pasukan pembangkang dan kerana itu maka wujudlah Pakatan Haprak yang sedang terkial-kial dengan pelbagai isu dalaman.
Paling tragis sekali , isu skandal pembelian banglo terlajak murah yang sedang membelenggu Guan Eng sehingga beliau sudah pun dihadapkan ke mahkamah.
Inilah akibatnya apabila Lim Guan Eng selama ini cuba menjadi hero kepada semua perkara khususnya melibatkan integriti seorang pemimpin.
Jika kita melihat kepada ragam politik sebelum ini , Guan Eng merupakan antara nama besar yang suka menampilkan dirinya sebagai hero ala-ala Robin Hood atau ala-ala Don Corlion watak dalam filem The God Father yang begitu galak beraksi sehingga ada dikalangan orang Melayu sendiri mengangkat darjatnya ke taraf Khalifah.
Kedudukan yang tinggi dan pujian yang tidak putus-putus itu kemudiannya telah menyebabkan Guan Eng mula lupa diri.Beliau bukan sahaja menjadikan kedudukannya selaku Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai perisai dan platform untuk terus mengukuhkan cengkamannya dalam DAP tetapi turut menjadikan penyokong-penyokong DAP khususnya di Pulau Pinang sebagai MACAI yang hanya perlu menurut dan tunduk pada setiap keputusannya.
Kerana itulah kita tidak berasa hairan mengapa Guan Eng kini sedang terkial-kial mendepani kes melibatkan pembelian banglo terlajak murahnya yang sudah pun memasuki fasa perbicaraan.
Siapa yang berani menegur Guan Eng dalam DAP ? Dan kerana kelemahan khususnya macai-macai DAP di Pulau Pinanglah , Guan Eng sesuka hati menggunakan kuasa yang dimilikinya dan kini bakal dibicarakan.
Paling menarik , kelantangan Guan Eng selama ini kononnya beliau dan seluruh pimpinan Pakatan Haprak di Pulau Pinang adalah kumpulan terbaik dan contoh yang wajar menjadi pilihan rakyat kerana mengamalkan polisi Cekap , Akauntibiliti & Telus ternyata hanyalah satu pembohongan paling besar dalam sejarah Negara.
Desakan mereka terhadap pemimpin UMNO dan BN supaya meletakkan jawatan hanya kerana difitnah dan manipulasi isu sebelum ini ternyata makan diri !
Kini Guan Eng sedang berdepan satu perbicaraan berkaitan unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa , persoalanya kenapa Guan Eng sendiri tidak meletakkan jawatannya ?
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia , saudara Ibdillah Ishak berkata keengganan Guan Eng membuktikan DAP yang kononnya selama ini memperjuangkan pentadbiran kerajaan yang cekap, berakauntabiliti lagi telus hanya omong kosong semata-mata.
"Saya fikir keputusan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang yang bersetuju untuk mengekalkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri adalah amat memalukan.
"Ini jelas mempamerkan sifat hipokrasi yang luar biasa sebuah parti yang kononnya memperjuangkan pentadbiran kerajaan yang cekap, berakauntabiliti lagi telus.
"Saya sudah menjangkakan teriakan 'konspirasi politik' akan dilaungkan Guan Eng demi menagih simpati rakyat untuk terus berkuasa sebagai Ketua Menteri," seterusnya
"Ini jelas mempamerkan sifat hipokrasi yang luar biasa sebuah parti yang kononnya memperjuangkan pentadbiran kerajaan yang cekap, berakauntabiliti lagi telus.
"Saya sudah menjangkakan teriakan 'konspirasi politik' akan dilaungkan Guan Eng demi menagih simpati rakyat untuk terus berkuasa sebagai Ketua Menteri," seterusnya
Dalam masa yang sama Ketua Pembangkang Pulau Pinang , YB Datuk Hajjah Jahara Hamid mencadangkan kepada Guan Eng supaya mengambil cuti.
Berdasarkan prinsip kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Cekap, Amanah dan Telus (CAT), Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa di mahkamah semalam seharusnya mengambil cuti daripada pentadbiran kerajaan negeri.
Jahara berkata sebagai kerajaan yang memperjuang CAT, Lim sepatutnya lebih memahami bahawa kes beliau belum selesai walaupun mahkamah membenarkan ikat jamin.
"Jadi sebagai seorang yang bermoral dan mempunyai sikap akauntabiliti, Lim harus melepaskan jawatannya atau bercuti sehingga namanya bersih daripada sebarang tuduhan," katanya kepada pemberita. Baca seterusnya
"Jadi sebagai seorang yang bermoral dan mempunyai sikap akauntabiliti, Lim harus melepaskan jawatannya atau bercuti sehingga namanya bersih daripada sebarang tuduhan," katanya kepada pemberita. Baca seterusnya
Berdasarkan semua perkembangan tersebut , Lim Guan Eng bukan sahaja sedang berdepan dengan sebutan kesnya tetapi turut berdepan dengan konflik melibatkan integriti dirinya sendiri.
Apakah Guan Eng mahu seluruh rakyat Malaysia melihat betapa tidak BERMARUAHNYA beliau dengan tidak mengendahkan perkara yang sedang berlaku apatah lagi tiap ungkapan dan kata-katanya terhadap orang lain selama ini kena pada batang hidung sendiri ?
Cukup memalukan bagi seorang pemimpin DAP yang asyik melaungkan tentang Cekap , Akauntibiliti & Telus malah mempertikaikan pula integriti orang lain kini berdepan dengan masalah integriti melibatkan DIRI SENDIRI !!
Apa punya HAPRAK !
No comments:
Post a Comment