Followers

Monday 8 August 2016

SAH Guan Eng Tidak Lagi MAMPU Teraju P.Pinang !


Akibat daripada sikap bodoh sombong dan ego melampau yang selama ini menjadi makanan Guan Eng , akhirnya Ketua Menteri P.Pinang dari DAP ini menerima kesannya.Kelansungan daripada kemelut yang membelenggu dirinya akibat pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa , Guan Eng ternyata semakin mengelabah dan mula keliru dengan tindak tanduknya sendiri.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang selama ini gah kononnya pejuang integriti dan kerap menuduh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN) korup, kini bagai hilang ‘kejantanan’ apabila beliau sendiri berdepan dakwaan rasuah.

Ini kerana Ketua Menteri Pulau Pinang masih mendakwa tuduhan rasuah dan salah kuasa ke atas tawaran hartanah adalah rekaan BN sebagai sebahagian daripada sekatan ke atas pemimpin pembangkang sepertinya.

Belum pun kes beliau dibicarakan, Guan Eng sudah mula membuat momokan supaya rakyat dan penyokong DAP percaya tuduhan rasuah terhadapnya adalah konspirasi kerajaan dan pemimpin BN.

Namun yang pelik  beliau sendiri sudah ‘menghukum’ diri sendiri dengan membuat kenyataan  telah menerima hakikat bahawa akan masuk penjara.

Malah dalam ucapan di majlis mengumpul dana bagi beliau berdepan perbicaraan di mahkamah September ini, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menegaskan, penyokong-penyokong beliau pun tidak dapat menyelamatkannya.

“Saya telah menerima hakikat bahawa saya akan masuk (Penjara). Tetapi saya akan berjuang dengan pelbagai cara. Saya tidak akan berundur. Dan walaupun anda tidak boleh menyelamatkan Lim Guan Eng, kami percaya anda masih boleh menyelamatkan Malaysia.

“Anda masih boleh selamatkan Pulau Pinang. Anda masih boleh selamatkan Sarawak. Anda masih boleh selamatkan semua negeri di Malaysia,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal pro pembangkang.

Beliau yang tetap mengatakan tidak bersalah atas tuduhan rasuah itu berkata kepada ahli-ahli parti di Kuching pada malam Jumaat supaya tidak “tawar hati” dan meneruskan perjuangan untuk “menyelamatkan Malaysia”.

Semasa majlis makan malam itu, yang dihadiri sekurang-kurangnya 500 penyokong dan pemimpin DAP Sarawak, Guan Engm berkata komponen pembangkang telah mendesak sebelum akur kepada permintaan PKR untuk tidak mengadakan pilihan raya kerana mungkin pertembungan pelbagai penjuru.

“Tetapi sama ada kita menang pilihan raya ini, saya tidak fikir kamu boleh menyelamatkan Lim Guan Eng. Kita tidak boleh menyelamatkan Lim Guan Eng kerana BN mahu menghabiskan Lim Guan Eng. Saya telah menerima itu,” katanya. sumber BNBBC 

KEGAGALAN paling memalukan bagi Ketua Menteri ini bermula apabila beliau dan konco-konconya begitu bernafsu untuk membubarkan DUN P.Pinang.Kononnya tindakan tersebut adalah untuk kepentingan rakyat sedang hakikatnya semua pihak sedia maklum niat sebenar DAP hanyalah untuk mengaburi hasrat terdesak DAP menyelamatkan Lim Guan Eng.Impian penuh agenda itu kemudiannya cuba diselindungkan dengan cubaan mendapatkan sokongan parti-parti dalam Pakatan Haprak.

Namun usaha terdesak itu sehinggakan Guan Eng dilihat merayu PKR untuk menerima cadangan DAP tidak mendapat respon yang diimpikan sebaliknya PKR menghidu lebih awal perancangan licik tersebut yang hanya akan memberikan kelebihan kepada DAP semata-mata.

Natijahnya impian untuk mengadakan PRN di Pulau Pinang tidak berjaya !

Kita tahu bahawa Pakatan Haprak turut sama terkesan akibat daripada tindakan bodoh Guan Eng dan kini semua pihak dapat melihat betapa kecelaruan yang berlaku dalam pakatan pembangkang itu adalah sesuatu yang tidak lagi boleh ditutup.

Perbezaan pendapat dan pandangan antara parti-parti dalam Pakatan Haprak telah menelanjangkan sikap pimpinan mereka sendiri yang lebih kepada agenda masing-masing.

Hakikatnya rakyat melihat Pakatan Haprak bukanlah pilihan yang baik untuk diletakkan kepercayaan sebagai peneraju kepada negara dan seluruh warganya.

Disinilah bermulanya satu lagi episod malang buat kem DAP apabila tindak tanduk Guan Eng mula tersasar dan lebih banyak berhalusinasi daripada tampil sebagai seorang pemimpin yang mengamalkan polisi Cekap , Akauntibiliti dan Telus.

Kini setelah hampir semua usaha untuk memulihkan imej Guan Eng GAGAL , Ketua Menteri itu dilihat semakin hilang pertimbangan malah mungkin sampai ke tahap hilang kewarasan politik apabila masih lagi cuba untuk menuding jari mencari salah orang lain sedang realitinya kedudukannya sebagai seorang pemimpin politik sudah terlalu teruk terjejas dan tercalar.

Tindakan terkini kerajaan DAP Pulau Pinang yang bersedia untuk berdepan dengan usul tidak percaya kepada Ketua Menteri adalah BUKTI betapa Guan Eng sudah tidak LAYAK menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang !

Sebagai pemimpin nombor satu di Pulau Pinang dalam hiraki pentadbiran kerajaan negeri , Guan Eng telah meletakkan syarat sekiranya usul tidak percaya itu mahu diusulkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang , ianya mestilah diusulkan oleh Ketua Pembangkang kononnya supaya usul tersebut dilihat serius.

Persoalanya bagaimana sekiranya usul tersebut diusulkan oleh ADUN dari DAP sendiri dan bukannya Ketua Pembangkang ?

Apakah usul tersebut dikira tidak serius dan tidak terpakai ?

Dan apakah menjadi satu kesalahan kepada ADUN-ADUN lain termasuk Ketua Pembangkang untuk menyokong usul tersebut ?

Undang-undang apakah yang cuba digunakan oleh Ketua Menteri yang mengaku paling Cekap , berAkauntibiliti dan Telus ini ?

Apakah Guan Eng sedang menidakkan suara semua ADUN-ADUN di Pulau Pinang ?

Jika itulah yang dimahukan maka jelaslah Lim Guan Eng sudah tidak lagi LAYAK menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dan beliau perlulah SEGERA dinyahkan dari kerusi tersebut !

Guan Eng ternyata sudah keliru dan celaru dengan permainan politiknya sendiri dan semestinya tindakan mengekalkan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang akan memberikan kesan yang tidak baik bukan sahaja kepada negeri Pulau Pinang tetapi juga seluruh warga Pulau Mutiara.

MMI

2 comments:

  1. Sendiri kupas nangka sendiri kena getahnya

    ReplyDelete
  2. Cina dap paling bodo dan hipokrit...
    Tuduh org bukan main lantang tapi sendiri bersembunyi mencuri di sebalik segala tuduhannya...

    ReplyDelete

Labels