Followers

Showing posts with label Dinasti Lim. Show all posts
Showing posts with label Dinasti Lim. Show all posts

Friday, 16 August 2013

DAPigs Akhirnya TUNDUK ! Pemilihan Semula Dalam Masa Terdekat , Katanya Pakai Undi Angkat Tangan ??


Nampaknya game atau wayang pacak yang cuba di lakonkan oleh puak-puak DAPigs tidak dapat membantu mereka untuk mendapatkan simpati rakyat bagi menentang keputusan ROS supaya parti tersebut mengadakan pemilihan semula.

Jika sebelum ini Guan Eng bukan main lagi persoal sana sini kini segalanya terjawab sememangnya parti cauvinis ini melakukan kesalahan dalam pemilihan lalu.

Bukan setakat menipu ahli sendiri dengan ROS pun puak-puak ni nak menipu.Agak-agaklah bro kalau nak jaga kepentingan dinasti pun janganlah sampai jadi bodo piang.

Pasai apa MMI kata bodo piang sebab ahli sendiri pun tak puas hati dengan pemilihan boleh pula nak divert mai bagi jadi salah UMNO.

Hahaha dan lagi apabila keputusan di buat untuk mengadakan pemilihan semula maka ianya secara automatik membuktikan serta merupakan pengakuan pimpinan DAPigs selama ini BERBOHONG serta melakukan kesilapan.

Karpal dalam satu kenyataan pada Khamis, berkata perkara itu diputuskan malam Selasa.

CEC bagi penggal 2008-2011 akan bermesyuarat Khamis depan untuk melakukan persiapan bagi pemilihan semula, katanya.Keputusan mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) bagi mengelakkan pendaftaran parti itu batalkan, kata Pengerusinya Karpal Singh.

Bagi MMI yang penting puak ni TUNDUK juga dan satu pesanan untuk mereka kalau takut tak telus ampa pakat-pakat pakai undi angkat tanganlah hahahaha..

MMI

Wednesday, 14 August 2013

DAPigs Lancar Operasi SAVING PRIVATE GUAN ENG ?? Hahahaha Macam Haram


Isu pemilihan CEC parti DAPigs yang sudah pun mendapat perhatian pihak ROS kini menjadi semakin panas apabila mereka kini di lihat sedang berusaha bermatian-matian untuk mempertahankan apa yang mereka gelarkan sebagai pemilihan yang penuh dengan amalan Cekap , Akauntibiliti & Telus.Puii..

Bagi MMI hanya mereka yang buta hati dan terlalu taksub sahaja akan mengangguk tanda setuju mengiakan kenyataan pemilihan CEC parti DAPigs itu mengikut peraturan yang sepatutnya.Selebihnya berterusan melakukan bantahan dan meminta supaya ianya diadakan semula.

Alo brader bukan orang UMNO yang suruh ahli DAPigs sendiri !
  

Kalau dah sesama ahli sendiri pun langsung tak nampak keadilan macam mana tu ?

Terkini pemimpin DAPigs telah pun mengadakan mesyuarat tergempar kononnya membincangkan tentang arahan daripada ROS supaya parti cauvinis ini mengadakan pemilihan semula.

Hahahaha kalau ampa nak tau ini bukannya mesyuarat tergempar bincang tentang arahan ROS tetapi mesyuarat untuk melancarkan satu operasi menyelamatkan Guan Eng !

SAVING PRIVATE GUAN ENG ! Itulah yang sebenarnya sedang di lakukan oleh pemimpin ultra kiasu dinasti cauvinis yang kini sedang kelam kabut untuk menutup kelemahan sendiri.


Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi membuat keputusan menolak arahan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya parti itu mengadakan pemilihan semula jawatankuasa berkenaan.

CEC sebulat suara membuat keputusan itu kerana mereka tidak boleh menerima arahan ROS seperti mana surat bertarikh 30 Julai lalu yang diterima DAP lewat petang semalam.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan selepas mesyuarat tergempar itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan DAP tidak boleh terima arahan itu kerana dua sebab yang perlu dinyatakan ROS terlebih dahulu.

Katanya, pertama, CEC menggesa ROS memberi punca atau sebab mengapa mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi DAP mengenai pengendalian pemilihan CEC pada 15 Disember tahun lalu mengikut Seksyen 16 (1) Akta Pertubuhan 1966.

“Kedua, ROS perlu menjelaskan peruntukan mengikut arahan undang-undang mana yang menyebabkan DAP perlu mengadakan pemilihan semula.Baca seterusnya di SINI

Macam-macam persoalan puak DAPigs ni kan ? Pernah ka ampa terfikir macam mana pula nasib puak DAPigs sendiri yang menjadi mangsa kepada kerakusan puak yang jaga dinasti dalam parti tu ? Haha hampeh puak tu biaq macam tu ja !

Apa pun yang dilakukan oleh Guan Eng atau Kit siang atau mana-mana pemimpin DAPigs lain yang bersekongkol dengan mereka , ianya hanyalah sekadar "camourflage" atau lakonan bias kepada sebuah lagi pementasan teater paling hebat dalam sejarah apabila parti DAPigs sendiri sudah hampir hilang nyawanya.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, selepas hampir tujuh bulan akhirnya Lim Kit Siang membuat pengesahan secara tidak langsung bahawa wujud penyelewengan dan manipulasi undi yang membabitkan 547 perwakilan haram seperti yang didakwa oleh Father Augustus Chen dalam buku The Equity Report.

Menurutnya,  Kit Siang langsung tidak berani membuat penafian terhadap semua dakwaan penipuan yang dibongkar oleh Father Chen semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.Baca Sini 

Mudah cita walau apa pun yang dilakukan oleh puak Dapigs ni ianya tak lebih dari usaha menyelamatkan dinasti yang wujud dalam parti cauvinis ni dan seperkara yang harus semua pihak tahu pemimpin DAPigs sedang berusaha menyelamatkan seorang anak kepada lelaki yang pernah berusaha untuk menyapu orang Melayu dari Kuala Lumpur.

Sebab itu operasi Saving Private Guan Eng di lancarkan ...

MMI

Saturday, 10 August 2013

Guan Eng Terkedu Kena Balun TUNKU AZIZ ~ Awat Tak SAMAN ??


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didakwa cuba berlagak sebagai 'samseng' politik apabila sanggup melakukan apa sahaja termasuk 'mengugut' Pendaftar Pertubuhan (ROS) demi menutup segala penyelewengan parti itu daripada terbongkar.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa, Guan Eng ketika ini begitu tertekan dengan desakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) oleh ROS dan akar umbi DAP sehingga terpaksa menggunakan pelbagai taktik untuk mengaburi mata umum.

Sehubungan itu, Tunku Abdul Aziz mengingatkan ROS supaya tidak tunduk dengan mana-mana kehendak serta syarat dikenakan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Guan Eng memang ingat beliau kebal daripada undang-undang. Siapa dia untuk memberi kata dua kepada ROS? Penubuhan DAP adalah di bawah bidang kuasa ROS, bukan sebaliknya. Anak beranak, Lim Kit Siang dan Guan Eng sering menganggap mereka kebal undang-undang.

"Tidak cukup dengan itu, Guan Eng sekali lagi menuding jari dan melemparkan fitnah kepada kerajaan serta media arus perdana sebagai punca kejadian salah kira undi serta dakwaan-dakwaan lain. Mengapa orang lain pula dipersalahkan untuk kesalahan dilakukan anak-beranak itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tunku Abdul Aziz mengulas kenyataan terbaharu Guan Eng cuba mencabar ROS supaya mengadakan pertemuan bersyarat sekiranya mahu parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.

Guan Eng dalam satu kenyataan kelmarin turut mengugut untuk menyaman akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times berikutan berita-berita dakwaan penyelewengan dalam pemilihan parti itu Disember lepas.

Siasatan ROS dijalankan setelah ahli DAP berterusan mendesak parti itu mengadakan pemilihan semula CEC kerana mendakwa wujud penyelewengan dan manipulasi undi.

Antara dakwaan itu adalah DAP gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi pada pemilihan CEC ketika Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di Pulau Pinang pada 15 Disember lalu.

Dakwaan lain adalah wujud 547 perwakilan 'haram' kebanyakannya dari Pulau Pinang yang telah diarah mengundi enam nama iaitu Kit Siang, Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke Siew Fook dan Vincent Wu Him Ven.

Sebelum itu, tiga minggu selepas pemilihan berlangsung, DAP mengumumkan terdapat kesilapan teknikal pengiraan pengundian.

Ekoran kesilapan tersebut, wakil Melayu, Zairil Khir Johari yang juga Setiausaha Politik Guan Eng kemudian berjaya menduduki kedudukan terakhir senarai CEC yang dipilih dengan 803 undi.

Tunku Abdul Aziz meminta Guan Eng supaya berhenti berdolak-dalik sebaliknya akur kepada desakan akar umbi supaya diadakan pemilihan semula.

"Adakah mereka takut sangat dinasti Lim akan tumbang jika diadakan semula pemilihan? Jika benar-benar telus seperti slogan mereka, ikutlah kehendak akar umbi.

"Guan Eng perlu berhenti daripada memutarbelitkan isu ini seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana berlaku penyelewengan dalam pemilihan sebelum ini," ujarnya.utusan

Rasanya dah banyak kenyataan politik Tunku Aziz yang menjurus kepada Guan Eng dan parti DAPigs sebelum ini.Malah dalam kenyataan-kenyataan Tunku sebelum ini selalunya akan ada sindiran serta cabaran daripada Tunku terhadap Guan Eng.

Namun ada sesuatu yang agak aneh apabila Guan Eng langsung tak berani angkat muka apatah lagi mahu menyaman Tunku tetapi sebaliknya boleh pula menyaman media seperti Utusan Malaysia.

Betullah kata Tunku , Guan Eng ni samseng politik !! MMI tambah sikit samseng tokcai dia , tak ada teloq !!

MMI

Tuesday, 6 August 2013

DAPigs Tidak Akan Buat Pemilihan Semula , Guan Eng ANGKUH Tolak Suara Ahli Sendiri !!!


DAP tidak akan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) selagi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak menjawab tuntutan parti itu yang mahukan penjelasan mengenai sebab-sebab parti itu perlu berbuat demikian.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, partinya tidak akan mematuhi arahan ROS tanpa sebarang alasan munasabah.

"ROS ingat dia Raja kah? Tak payah beri sebab langsung dan membuat pengumuman dahulu sebelum menjawab surat," katanya kepada pemberita di George Town, semalam.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjelaskan, DAP akan hanya menerima arahan itu jika ROS memberi alasan mengapa ia tidak berpuas hati dengan penjelasan parti berhubung perjalanan CEC pada 15 Dis lepas.

Katanya, tindakan ROS mengarahkan DAP membuat pemilihan semula CEC adalah berunsur penganiayaan dan (sebagai) dendam politik.

"DAP akan terima arahan jika ROS jelaskan di bawah peruntukan undang-undang mana arahan pemilihan semula CEC itu dibuat.

"Walaupun DAP mengakui terdapat kesilapan tetapi pemilihan CEC pada Disember lepas adalah bersih," katanya.Baca Selanjutnya 

Ini BUKTI bahawa Guan Eng adalah pemimpin ANGKUH malah langsung tidak menghiraukan suara ahli parti sendiri yang sebelum ini mempertikaikan pemilihan CEC tersebut.

Untuk rekod Kit Siang pun selepas hampir tujuh bulan akhirnya membuat pengesahan secara tidak langsung bahawa wujud penyelewengan dan manipulasi undi yang membabitkan 547 perwakilan haram seperti yang didakwa oleh Father Augustus Chen dalam buku The Equity Report.

Menurutnya,  Kit Siang langsung tidak berani membuat penafian terhadap semua dakwaan penipuan yang dibongkar oleh Father Chen semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.

Katanya, sebagai seorang yang karib dengan Kit Siang, ternyata Father Chen tahu cara politik kotor yang diamalkan oleh Kit Siang dan parti DAPigs ini.


Dalam masa yang sama beberapa pemimpin DAP lainnya turut bersuara melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemilihan CEC DAPigs sebelum ini yang di lihat lebih menjaga hal ehwal dinasti Lim dan periuk nasi orang-orang tertentu.Baca Sini

Dengar khabar ramai diantara perwakilan yang hadir masa pemilihan CEC DAPigs hari tu main tangkap muat saja , bukan ahli pun !! Siap mengundi untuk orang lain lagi..Huhu sejauh mana kebenaran maklumat ni harap pihak berwajib cuba siasat tengoklah.

MMI

Saturday, 3 August 2013

Guan Eng Di Saran Letak Jawatan !!!


Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk meletak jawatan berikutan krisis politik dalaman parti itu.

Presidennya, Rahmad Isahak berkata Lim sepatutnya mengundur diri kerana gagal melaksanakan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) secara adil, jujur dan telus.

"Tanpa ragu-ragu, Lim adalah liabiliti kepada parti. Polisi CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) perlu bermula dari dalam parti.

"Jika anda tidak melaksanakan CAT di dalam parti anda sendiri, bagaimana anda mahu ia dilaksanakan di dalam kerajaan negeri.

"Lim sepatutnya berbudi-bahasa dan adil kepada semua ahli DAP dengan meletak jawatan sebagai setiausaha agung parti itu," kata Rahmad pada sidang media di Hotel Traders, Pulau Pinang pada Sabtu.mstar 

Apa yang di suarakan oleh KMPP itu tepat sama sekali , malah Guan Eng seharusnya menjadi orang pertama yang memikul tanggungjawab ini apabila pemilihan CEC DAP menjadi masalah.

Dari sini MMI rasa ramai rakyat di luar sana dapat lihat bagaimana DAP atau dinasti Lim dalam DAP membohongi kaum Cina di Malaysia.Malah sehingga entri ini di tulis sudah ada kaum Cina sendiri yang mempertikaikan ketelusan puak Lim dalam DAP.

Agak menarik juga dalam isu ini , mereka yang mengaku sahabat sesyurga DAP diam terus langsung tidak bersuara...kihkih PAS apa cita ? Kenapa tak tolong settlekan kes DAP ni ? Mana ketelusan kalau dah sampai bergaduh bagai ??

OO lupa PAS taraf pencacai ja dalam DAP ...

MMI

Saturday, 6 April 2013

PRU13 Rejim & Dinasti Pimpinan Pakatan Haprak Kini Kembali !! #TolaPR #TukarKelantan #BetterNation


Macam biasa pilihanraya umum ke13 tak sampai sebulan saja lagi malah mungkin 2 minggu dari sekarang.Jadi seperti pilihanraya yang lepas-lepas calon-calon akan diumumkan ada muka baru dan ada muka lama.

Namun seperkara yang ampa semua kena tahu sekali lagi pilihanraya umum ke13 bakal menyaksikan calon-calon dari kalangan rejim dan dinasti pimpinan puak Pakatan Haprak akan memenuhi ruang-ruang calon atas nama demokrasi.

Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat telah menamakan anaknya Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan di Rantau Panjang. Ahli Parlimen Pas sekarang, Siti Zailah Yussof, Ketua Dewan Muslimah Pas,  telah dipindahkan ke Jeli. Zailah menolak pencalonannya di jeli dan ini menimbulkan masalah dalam Pas sekarang.

PKR akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha Anwar.

DAP akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew.  Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh.

 Persoalannya dimanakah perjuangan Pakatan Haprak yang kononnya anti kronisme dan nepotisme?

Bukan sahaja Nik Abduh diberi peluang menjadi calon, malah dipilih kawasan yang agak selamat. Sebaliknya Siti Zailah yang telah berkhidmat dihantar ke kawasan “hitam” Pas iaitu Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed. Inikah makna rakyat biasa diutamakan?

Wujud pergolakan dalaman Pas Kelantan sekarang kerana Pilihan Nik Aziz untuk Rantau Panjang timbulkan rasa tidak puas hati Ketua Muslimat Pas Siti Zailah Yusof.

Parti yang kononnya Islam ni pun bergolak juga ?!!!

Untuk makluman ampa semua Pas letak calon wanita separuh hati sekadar untuk kelabui mata orang ramai.  

Sebab itu puak-puak muslimah diberi kawasan yang PAS jangka akan kalah teruk. Kalau anak Nik Aziz jantan mengapa tidak bertanding lawan Tok Pa? Ops tak ada TELOQ hihihi....

Apa punya parti, kawasan ada peluang menang hantar anak beranak. Dengar cerita Siti Zailah enggan bertanding di Jeli kerana tahu beliau tidak akan menang melawan Tok Pa.

Hah sokonglah la lagi Siti ooiii...

Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah ampa boleh percaya Pakatan Haprak akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal? 

Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya. Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang  dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya?

Kepada juak-juak macai Pakatan Haprak selamat berjuang sebab ampa semua hanyalah pencacai untuk kepuasan anak beranak depa !!!!

Pakatan Rakyat memang parti anak beranak !

MMI.

Thursday, 25 October 2012

DAPigs SPRING ! Dinasti Lim Bakal Terkubur ???!!!


Dinasti Lim yang menguasai DAP untuk sekian lama bakal berhadapan dengan cabaran disingkirkan dalam Kongres Nasional Parti DAP yang dijangka diadakan pada pertengahan Disember 2012.

Menurut sumber, sebuah kumpulan ahli DAP di Selangor yang bersifat anti 'Dinasti Lim' telah memulakan gerakan mengatur strategi bagi menyingkirkan Lim Guan Eng dalam Kongress akan datang.

Kumpulan ini juga dikatakan punya jaringan dengan beberapa kumpulan yang menguasai kepimpinan negeri-negeri.

Gelagat Guan Eng telah mengundang ketidaksenangan kalangan ahli akar umbi DAP sendiri.

Sejak diangkat sebagai Ketua Menteri selepas menang pilihanraya yang lalu, Guan Eng telah tunjuk sikapnya yang sebenar. 

Akar umbi tidak suka dengan watak baru Guan Eng sejak jadi Ketua Menteri. Beliau dikatakan bertindak seperti parti DAP adalah kepunyaan keluarganya sendiri.

Guan Eng semakin sombong dan tidak lagi senang mendengar pandangan dan buah fikiran ahli akar umbi. Sebaliknya, beliau dilihat cuba mengatur langkah dengan menyusun beberapa orang kuatnya bagi melindungi jawatannya untuk terus kekal memelihara legasi 'Dinasti Lim' dalam DAP.

Oleh itu, kumpulan anti 'Dinasti Lim' sedang berkompromi dengan seorang pemimpin yang punya pengaruh di Selangor. Individu ini juga dikatakan punya pengaruh kuat dalam kumpulan kongsi gelap di Selangor dan Kuala Lumpur.

Di fikiran penulis, hanya dua orang sahaja pemimpin DAP di Selangor yang punya kekuatan untuk tumbangkan Guan Eng. Mereka adalah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chan Khim dan Exco Kanan Kerajaan Selangor, Ronnie Liu.

Namun, Chang Khim dilihat punya kriteria untuk mengetuai kumpulan anti 'Dinasti Lim'.

Chang Khim juga antara pemimpin DAP yang berani mengkritik Guan Eng sejak akhir-akhir ini.

Nampaknya puak-puak pemberontak dalam parti DAPigs sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Maharaja Lim , cumanya puak-puak pemberontak kena ingat mereka terpaksa berdepan dengan tentera pencacai pimpinan Lim Ah Jiz yang bakal mempertahankan Maharaja Lim bermati-matian dengan tentera hijaunya.

MMI.

Labels