Followers

Monday 27 May 2013

DEMI KUASA Kaum Cina RELA Bangsa Sendiri Di Perbodohkan !!!

Gambar Hiasan
Maaf sekiranya entri ini agak keterlaluan dan bukan maksud MMI mahu menghukum apatah lagi mengutuk mana-mana kaum di Malaysia.Selama kita berdepan dengan pelbagai konflik khususnya yang melibatkan kepentingan negara , seluruh rakyat sebenarnya sudah pun menyaksikan bagaimana kuasa politik memainkan peranannya.

Malah peranan ini dipergunakan sepenuhnya sampaikan ada ketikanya berlaku momokan serta sindiran yang cukup mengguris hati siapa sahaja yang jika dihitung mampu mencetuskan insiden yang tidak diingini.Jangan lupa bagaimana peristiwa Lahad Datu yang telah mengorbankan nyawa para wira negara dalam usaha mereka mempertahankan tanah air dari penceroboh.

Paling menyedihkan disinilah kuasa dan pengaruh politik digunakan sepenuhnya oleh pihak pembangkang bukan untuk mempertahankan tanah air tetapi mencari sokongan politik dengan meletakkan pelbagai kesalahan di tangan kerajaan.

Para wira negara yang gugur di hina oleh pemimpin pembangkang dan kita masih lagi bertahan kerana yang lebih penting ketika itu adalah menyelesaikan insiden yang berlaku serta menyempurnakan sebaik mungkin jenazah para wira negara yang gugur.

Apakah kita sedar tatkala insiden ini sedang berlaku , pelbagai maklumat yang jauh menyimpang sebenarnya sudah pun di gerakkan oleh juak-juak pembangkang bahawa apa yang sedang berlaku itu merupakan kegagalan kerajaan Malaysia mempertahankan tanahair.

Malah sudah ada yang menyampaikan kepada akar umbi di bawah insiden ini merupakan satu rancangan NAJIB untuk melewatkan pilihanraya kerana kerajaan UMNO sedar pembangkang akan memenangi pilihanraya umum ke13.

Inilah hakikat yang seharusnya rakyat Malaysia tahu , bagaimana pada ketika negara sedang mengalami masalah ada pihak lain cuba mencari keuntungan politik dan bukannya sama-sama berusaha untuk menanganinya.

Di mana pembangkang yang selama ini kononya benar-benar berjiwa rakyat ? Selain dari mengajak rakyat untuk turun ke jalanraya yang semuanya atas nama keadilan , mana gerakan pembangkang untuk menyelesaikan masalah negara ? Rasanya langsung tidak ada melainkan berdiri dalam pentas ceramah menanam sifat kebencian dalam diri juak-juak dan macai mereka supaya menolak kerajaan Barisan Nasional dalam PRU13 kerana PRU13 jauh lebih penting dari nasib yang menimpa rakyat khususnya di SABAH.

Pengalaman MMI sendiri berdepan dengan kaum Cina dalam pelbagai keadaan sama ada ruang politik mahupun secara santai sudah cukup untuk MMI gambarkan mereka sebagai mangsa politik yang hanya menjurus kepada faktor KUASA dan PERKAUMAN.

Rata-rata kaum Cina PERCAYA dengan dakyah serta penipuan tentang isu pembunuhan Altantuya ! Malah mereka seolah-olah mengikut skrip yang sudah pun di tulis oleh seseorang dan secara langsung mengaitkan Najib dengan seorang warga Monggolia (Altantuya) sebagai pasangan kekasih yang kemudiannya terpaksa di bunuh kerana masalah dalaman.

Paling memeranjatkan kepercayaan mereka itu berdasarkan sekeping gambar yang turut di tunjukkan kepada MMI.


Reaksi pertama MMI , senyum dan sedikit ketawa dalam hati namun bila difikirkan balik ini adalah sebahagian dakyah yang dilakukan oleh juak-juak macai pembangkang yang cukup berbahaya kerana mereka mampu meyakinkan rakyat bahawa cerita dan kejadian tersebut benar-benar berlaku.

Seperkara yang harus kita faham adalah kaum Cina khususnya golongan pertengahan dan yang sudah berumur benar-benar yakin dengan cerita yang telah di momokkan kepada mereka.Paling menarik golongan muda langsung tidak memperbetulkannya malah berterusan mengiakannya kerana inilah peluang terbaik bagi mereka untuk mendapatkan sokongan supaya PRU13 menjadi sejarah Barisan Nasional di tumbangkan.

Ada lagi beberapa perkara yang mendapat perhatian kaum Cina apabila isu pembelian kapal selam yang kononnya tidak boleh menyelam dan ianya dikaitkan dengan pembaziran wang rakyat yang seharusnya di salurkan kepada rakyat.

Malah isu Petronas pun menjadi bahan paling laris apabila ianya dikaitkan dengan wang rakyat yang kini dimonopoli oleh bangsa Melayu dan ianya mengundang isu kroni di kalangan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Apa sangatlah pemberian BR1M sebanyak RM500 jika di bandingkan dengan wang Petronas yang kebanyakkan di gunakan untuk mengkayakan kroni UMNO seterusnya digunakan oleh Rosmah untuk membeli cincin dan bag tangan.

Masyaallah cukup berat fitnah yang dilemparkan namun itulah yang berlaku.

Banyak lagilah jika MMI mahu catatkan disini mungkin di lain entri selepas ini namun hakikat yang harus kita terima adalah dakyah dan serangan fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin kita dilakukan secara berterusan dan paling menyedihkan mereka turut mendapat sokongan daripada bangsa Melayu yang kononnya memperjuangkan keadilan dan agama Islam.

Mungkin apa yang MMI catatkan disini agak radikal tetapi percayalah kaum Cina tidak lagi boleh di percayai mereka bukannya mahukan ekonomi,kebajikan atau apa saja yang berkaitan dengan rakyat tetapi yang jelas mereka mahukan KUASA.

Kerana KUASA itulah hari ini kaum Cina suka melihat bangsa sendiri di perbodohkan.Biar mereka diperbodohkan asalkan KUASA menjadi milik mereka.Sekiranya KUASA milik mereka yang bodoh juga mampu mereka cerdik pandaikan.Kata-kata hikmat dari seorang veteran kaum Cina yang sama-sama melontarkan pandangannya.

Kepada bangsa Melayu , Hati-hatilah kerana dakyah dan pendekatan ini berterusan jangan tersilap langkah kerana sekali kita melakukan kesilapan MMI yakin sukar bagi kita memperbetulkannya semula.

Ingat Pulau Pinang , Kita sudah tunduk kepada tuntutan kaum Cina sebelum ini , apakah kita masih mahu tunduk ?

MMI.

1 comment:

  1. tepat sekali penelitiannya... sebenarnya aku sedih bila MMI huraikan begini rupa... kerajaan perlukan think tank macam Mahathir dan Tun Daim dan otai2 pemimpin2 yang hebat untuk mengatur high level strategi seterusnya...

    ReplyDelete

Labels