Followers

Friday 27 September 2013

Kenapa @Azwanbro ??


Menjelang Pemilihan UMNO 2013 Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO yang disandang Dato Razali Ibrahim kosong memandangkan had usia Dato Razali Ibrahim yang melebihi 40 tahun. Kekosongan ini membolehkan kerusi nombor dua tertinggi dalam sayap kiri UMNO dipertandingkan dalam pemilihan yang akan datang. 

Daripada enam calon yang berhasrat untuk bertanding, tiga nama dikatakan menjadi pilihan di kalangan pemuda manakala selebihnya dilihat sekadar memeriahkan pertembungan sepanjang proses pemilihan kelak.

Sebelum itu perlu diingat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merupakan individu kedua terpenting dalam sayap kiri UMNO. Jadi wajar calon tersebut memiliki keberanian untuk berdepan dengan sebarang cabaran.

Memerhati tiga senarai pilihan buat masa ini Khairul Azwan Harun menepati ciri-ciri pemimpin muda yang diperlukan.

Pertama dari segi gerak-kerja di peringkat bahagian dan negeri , MMI merasakan gerak kerja dan aktiviti yang dilakukan oleh Khairul Azwan Harun yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak dilihat berjaya menarik minat anak muda Melayu di negeri tersebut. 

Akademi Pemuda antara satu platform yang berjaya digerakkan Khairul Azwan Harun, melalui akademi yang mempunyai 15 pekerja sukarela banyak kerja-kerja kebajikan melibatkan anak-anak yatim berjaya dilaksanakan di negeri Perak.

Selain itu aktiviti ilmiah serta latihan untuk ahli UMNO turut digerakkan dan ia sejajar dengan agenda mendidik dan memperkasakan ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Bukan sahaja gerak kerja di peringkat negeri berjaya digalas dengan baik, keberanian Khairul Azwan Harun mencabar beberapa tokoh pembangkang seperti Ngeh Ko Ham, Nizar Jamaluddin setiap kali timbul isu berbangkit di negeri Perak antara ciri-ciri yang dikehendaki dalam pemuda.



Buatlah pilihan yang tepat ! Baca juga artikel berkaitan di SINI , SINI , SINI & SINI

MMI

1 comment:

  1. Nk memilih pemimpin biarlah yg iklas dan jujur dlm melaksanakan tanggungjawab yg d amanahkan...jgn asyik memikirkan tempolok sendiri, sedangkan perjuangan sebenar d abaikan......

    ReplyDelete

Labels