Followers

Sunday, 29 June 2014

Kita Patut Malu Dengan Cina Ni !!


SEBAGAI umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus Melayu, lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!

Pertama, bidang pekerjaan. Melayu tidak mahu lagi menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar dan tukang cuci. Tak glamor. Lebih 3 juta buruh asing mengambil alih tugas Melayu.

Kedua, bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur daripada program realiti bintang kecil sehinggalah bintang tua.

Semua program realiti akan berakhir Ramadan ini kerana pada kefahaman kita, ia bulan ibadat. Bagaimana pula bulan lain, dan kefahaman Islam jenis apakah ini?

Ketiga, bidang politik. Kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Sedar atau tidak, kita hanya ada 50 peratus. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah.

Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.

Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas dan sumbang mahram. Bukan bermakna bukan Islam tidak melakukannya.

Mereka pun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 21 lelaki sehingga menjadi rekod dunia.

Kelima, bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70 peratus dikuasai bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di laman sosial, cap Masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Ini baru bihun, belum yang lain.

Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak? Begitu juga pendedahan aurat sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta.

Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan? Orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?

Ketujuh, kebanyakan stesen TV tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya?

Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Karpet merah dibuat pada waktu maghrib, solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis ini bersolat Zohor, Asar dan Maghrib?

Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam? Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini? 

Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini. Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.

Bak kata Dr Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.

Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?

Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjemaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?

Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu.

Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat.

RIDHUAN TEE ABDULLAH - Sinar Harian -

Cari jalan wahai orang Melayu sekalian .. 

MMI

UPDATE MH370 Pesawat Di Pandu Secara AUTOMATIK !!


SYDNEY - Semua penumpang dan krew pesawat penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas dan pesawat berkenaan dipandu melalui pemanduan automatik sebelum hilang di selatan Lautan Hindi, mengikut laporan terbaharu pihak berkuasa Australia yang disiarkan hari ini.

Dalam laporan setebal 55 muka surat itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Australia menjelaskan, kesimpulan tersebut dicapai selepas pasukan penyiasat membuat perbezaan senario dalam pesawat berbanding dengan insiden-insiden sebelum ini namun tiada bukti baharu dikemukakan berhubung keadaan dalam pesawat tersebut.

Menurut laporan itu, kegagalan komunikasi dan corak penerbangan stabil yang menyerupai cara penerbangan pemanduan automatik mengukuhkan lagi dakwaan bahawa semua penumpang dan krew telah meninggal dunia lebih awal, dipercayai akibat sesak nafas.

Selain itu laporan tersebut menjelaskan, beberapa petunjuk luar biasa yang ditinggalkan sepanjang laluan penerbangan pesawat berkenaan dan tiada campur tangan juruterbang juga diambil kira sebagai bukti mengukuhkan dakwaan berkenaan.

"Berdasarkan penilaian tersebut, situasi terakhir yang menunjukkan tiada maklum balas daripada krew atau kejadian kekurangan oksigen dilihat sebagai bukti terbaik untuk menjelaskan senario yang berlaku pada tempoh akhir penerbangan pesawat MH370 ketika menuju ke arah selatan (Lautan Hindi)," jelas lapor itu tanpa menjelaskan punca semua penumpang dan krew sesak nafas.

Bagaimanapun laporan tersebut menjelaskan bahawa kesimpulan berkenaan dibuat bagi mengecilkan skop pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss mengumumkan lokasi pencarian baharu pesawat MH370 bermula Ogos depan di kawasan yang jauh ke selatan Lautan Hindi, melibatkan kawasan seluas 60,000 kilometer persegi.

Pencarian di kawasan tersebut yang dikenali sebagai 'arka ketujuh' (lokasi terakhir pesawat berkomunikasi dengan satelit) akan dimuktamadkan dalam tempoh setahun- AFP

MMI cuma terfikir bagaimana pula transponder boleh ditutup ? Automatik ?

MMI

Apa Hal Nurul Izzah Jumpa BOMOH ZIN ??


Betul ker apa yang MMI dengar ni ? Katanya Nurul jumpa bomoh Zin untuk bantu selesaikan masalah rumahtangganya.Ish sampai ke bomoh-bomoh pula !

Kena ingat na MMI dengar cerita bukan menuduh , dalam masa yang sama MMI juga buat carian melalui sumber-sumber terdekat dan tak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran cerita yang disampaikan tersebut.

Apa pun setakat ini kita abaikan cerita yang mungkin tidak benar tu..Sekadar berkongsi dengan semua apa yang telah berlaku dalam insiden kekalutan rumahtangga Nurul Izzah ni.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah semalam menangguhkan keputusan Jawatankuasa Pendamai membabitkan kes permohonan cerai Nurul Izzah Anwar pada 7 Ogos depan bagi memberi peluang kepada peguam suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim meneliti semula laporan dibuat jawatankuasa itu.

Hakim Syarie Ab Malek Awang membuat keputusan itu selepas meneliti permohonan peguam defendan, Zulkifli Che Yong yang meminta laporan Jawatankuasa Pendamai diserahkan kepada pihaknya bagi meneliti semula segala prosiding agar ia selaras dengan Seksyen 47 (8,9,10).

“Anak guam saya tidak ada halangan untuk membantah namun memohon agar laporan Jawatankuasa Pendamai diserahkan kepada pihak kami bagi penelitian semula untuk menentukan ia selaras dengan Seksyen 47,” katanya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Nurul Izzah Anwar, 34, anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.

Bagaimanapun defendan, Raja Ahmad Shahrir tidak hadir di mahkamah hari ini.

Dalam perbicaraan sebelum ini, mahkamah menetapkan kedua-dua jawatankuasa pendamai yang dilantik menghantar laporan sebelum keputusan dibuat berhubung permohonan cerai difailkan oleh Nurul Izzah.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan dua anak, seorang perempuan berumur 7 tahun dan lelaki berusia 4 tahun. 

Oklah kita sama-sama doakan semoga kedua-duanya dapat berbaik semula.Politik tu politik juga memandangkan sekarang ni bulan baik maka apa salahnya kita mendoakan kebahagian buat Nurul Izzah.

Hahaha MMI rasa macam blogger pembangkang la pula hihihi .. Tapi serius ikhlas ni !


Ops Bomoh Zin ! Sorry brader MMI bukan sengaja nak kaitkan brader dengan cerita ni tetapi sebab orang ada bunyi jadi MMI kasi clearlah..Orait brader jangan lupa posa !!!

MMI

DAP Dah Mula Jadi MAFIA Dalam Pembangkang , Tak NAMPAK Lagi ?????


PULAU INDAH: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengecam dua pemimpin DAP yang menyalahkan kerajaan negeri terhadap gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa daerah di negeri itu. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan  Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Pengerusi DAP Negeri, Tony Pua dan bekas Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liu yang menuduh kerajaan negeri dan Khalid yang sepatutnya bertanggungjawab dalam isu tersebut.

Sebaliknya Khalid menegaskan kedua-dua pemimpin DAP itu perlu diajar mengenai industri air di Selangor.
Beliau turut mengulangi kenyataan bahawa adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan negeri dalam isu tersebut, malah Khalid yang agak terkejut dengan kenyataan dua pemimpin kanan DAP itu berkata mereka gagal memahami sejarah penstrukturuan air yang telah dilaksanakan.

“Saya terkejut kerana Liu sebelum ini pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama satu penggal, dia masih tidak faham mengenai pelaksanaan penstrukturan air dan kerja yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam memastikan bekalan air sentiasa mencukupi untuk rakyat.

“Bagaimanapun, saya yakin Unit Perancang Ekonomi (Upen) dan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sangat gembira untuk mengajar Pua dan Liu mengenai apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri dan mengapa Syabas sering persalahkan dalam isu ini,” katanya selepas menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadan di Masjid Sultan Abdul Aziz di sini.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Pua yang menyoal mengenai janji kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air mencukupi dalam tempoh lima bulan akan datang, Khalid berkata beliau mengakui agak sukar untuk memastikan tindakan ia tidak berlaku kerana Syabas tidak mahu bekerjasama dengan syarikat konsesi air yang lain.

“Menurut perkiraan kami, bekalan air di empangan dan sungai mencukupi. Bagaimanapun sekiranya bekalan air di loji rawatan yang dimiliki Syabas gagal berfungsi, adalah sangat sukar untuk memastikan bekalan air cukup untuk menampung keperluan rakyat.

“Oleh itu, adalah tidak wajar untuk menyalahkan kerajaan negeri. Jika kerajaan negeri mengambilalih aset air (Syabas) mereka dalam tempoh enam bulan anda boleh melihat pusingan catuan air. Namun mereka (pemimpin DAP) menggunakan cara ini untuk menyalahkan kerajaan negeri dan diri saya sendiri,” kata Khalid.

Pua dalam satu kenyataan pada pagi Sabtu, berkata gangguan bekalan air yang berlaku selepas kerajaan negeri berjanji tidak akan berlakunya gangguan bekalan menunjukkan kelemahan kerajaan negeri dalam mengatasi masalah tersebut.

“Apabila bekalan air terganggu beberapa hari selepas kerajaan negeri berjanji tiada lagi gangguan bekalan akan berlaku, tidak ini menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat dan semua Exco Kerajaan Negeri seperti orang bodoh?,” katanya.mstar

Ampa tengok sendiri sesama sendiri pun dah mula berbalah , sebagai sebuah kerajaan negeri mereka sepatutnya bersatu menyelesaikan amanah rakyat bukan menuding jari antara satu sama lain.

Mudah cita banyak yang dok lena lagi , DAP sebenarnya dah jadi mafia dalam pembangkang aksi mereka sudah menyamai MAHARAJA !! Ampa ingat Anwar dengan PAS ada kuasa dalam Pakatan Haprak ??

MMI

FITNAH Dah Jadi ULAM Waktu Depa Melantak


Kita sering kali mendengar ungkapan TARIK BALIK ! TARIK BALIK ! TARIK BALIK ! dan semua itu selalunya berlaku dalam sidang Dewan Rakyat mahupun Sidang DUN.Tetapi sukar sekali untuk kita mendengar ianya diungkap atau dilaungkan di luar daripada kedua-dua tempat tersebut.

Bukan apa MMI selalu tengok kalau berlaku dalam Dewan Rakyat , wakil-wakil rakyat kita ni mengalahkan budak pra sekolah , rasanya kalau boleh nak berdiri atas meja sambil isap air krim kemudian lompat-lompat bagi ruih-rendah dewan.

Apa raaa sikap macam ni orang INDON kata GOBLOQ !!!!

MMI bukan apa cerita politik dan main hentam ikut suka puak pembangkang ni kadang-kadang macam tak ada adab langsung.Fakta kemana tah apa-apa hantam bagi benda tu jadi isu kemudian habih merata tempat tersebar puak pembangkang tepuk tangan sedangkan merekalah yang sering kali berkata dan menyebut bahawa politik memfitnah itu adalah politik keterlaluan dan bukan pilihan mereka.

Kepala hotak ampa !!

Isu pembinaan kasino kedua di Malaysia yang dihebohkan oleh si Azmin Ali bukanlah satu kenyataan berfakta.tetapi setakat "hear say" atau MMI kategorikan sebagai FITNAH semata-mata.Tak percaya protal pro pembangkang siap sebarkan lagi !!


Betul ker bro ?? Malah Anwar Ibrahim pun turut mencanang perkara yang sama dalam ceramahnya sebelum ni , apa cerita ? Baca Sini ....  Ada bukti ker ? Sebagai pemimpin pembangkang dah kaji habis ker ?


Nahh semuanya dah dijawab so sekarang ni hanya ada 2 perkara sahaja yang boleh dilakukan oleh puak macai pembangkang tu ! 

1.Mohon maaf segera kepada pihak kerajaan
2.BUKTIKan tuduhan tersebut jika GAGAL bersedia untuk menerima tindakan SAMAN

Agak-agak ampa macai dua beranak tu berani buat dak ?

Kalau rasa-rasa depa tak berani KEMENTERIAN KEWANGAN tolong SAMAN KeadilanDaily dan dua macai tersebut !!

Kes Closed !

MMI

Bahagia Sangat Ka ?? HANYUT !!!


Mungkin gambar yang dimuatnaik dalam media sosial ini menjadi sebahagian daripada BUKTI betapa sayang dan cintanya pasangan ini diantara satu sama lain.Betapa BAHAGIAnya mereka berdua dan dunia sudah pun diibaratkan sebagai syurga buat pasangan anak Melayu ini.

Bila menyebut sahaja Melayu sudah pasti kita semua tahu sejauh mana budaya dan agama kita tidak membenarkan perlakuan seperti ini.

Tambahan pula kini sudah masuk bulan ramadhan !!

Adoii MMI rasa dah sampai masanya pihak berwajib seperti Majlis Agama Islam Malaysia mewujudkan satu pasukan khas bagi menangani permasalahan di ruang siber ni.

Pasukan tersebut akan memantau ruang siber dan punya kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang menyaman sesiapa jua yang bertindak menyebar dengan sengaja gambar seperti di atas yang kini semakin berleluasa.

Kenapa sesiapa jua ? Ish jangan dok peduli lagipun Malaysia ni negara Islam kita ada hak !!

Kalau tak ada orang , bagitau ! MMI sedia untuk berkhidmat dan pastinya ramai lagi sahabat-sahabat blog MMI yang lain sedia untuk membantu.

Kalau ampa yang baca ni setuju dengan apa yang MMI tulis kat atas sana tu haa pakat-pakat tolong desak pihak Majlis Agama Islam atau pihak yang berwajib bertindak segera.Masukkan dalam mana-mana ruang siber asalkan hasrat ini sampai ke pihak yang berwajib.

Kita cuba untuk membantu memandangkan budaya dan perlakuan seperti ini semakin membmbangkan.

MMI

WORLD Cup BRAZIL Mara , CHILE Beri Tentangan SENGIT !!


Antara hujung minggu yang paling sibuk buat MMI apatah lagi dalam keadaan semua umat Islam menyambut bulan ramadhan yang secara rasminya bermula hari ini.

Seperti biasa awal pagi tadi MMI bersama rakan-rakan sempat mengikuti siaran secara langsung bersama di sebuah restoran nasi kandar pertemuan antara Brazil dan Chile.

Memang menarik permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan malah menyebabkan MMI dan rakan-rakan turut gementar.Haha memang trill bolasepak ni boleh buat kita rasa semacam kan ??

Berikut adalah ulasan tentang perlawan pagi tadi .. 

Brazil berjaya mara ke pusingan suku akhir Piala Dunia 2014 setelah menewaskan Chile dalam satu perlawanan yang amat mendebarkan di Stadium Mineirao malam tadi.

Pasukan samba itu mengalahkan Chile melalui sepakan penalti, 3-2 setelah seri 1-1 pada masa penuh perlawanan serta masa tambahan.

Neymar, David Luiz dan Marcelo masing-masing menjaringkan gol untuk Brazil dalam sepakan penalti tersebut, sementara penjaga gol, Julio Cesar berjaya menghalang dua gol dari membolosi jaring.

Stadium menjadi riuh dengan sorakan penyokong-penyokong Brazil apabila sepakan penalti terakhir Chile oleh pemain mereka, Jara terkena palang, seterusnya memberikan kemenangan kepada Brazil.

Seperti dijangka, perlawanan agak sengit dengan kedua-dua pasukan saling membalas serangan.

Bagaimanapun pada minit ke-18, Brazil berjaya mendahului permainan menerusi jaringan David Luiz.

Jaringan Luiz disempurkan hasil dari sepakan sudut Neymar. Namun, ulang tayang menunjukkan bola itu disentuh oleh Jara sebelum masuk ke dalam jaring.

Namun pada minit ke-32, Chile menyamakan kedudukan melalui jaringan Alexis Sanchez.

Jaringan Sanchez dari jarak dekat itu hanya mampu dilihat oleh Cesar yang ternyata tewas dengan sepakan ke arah sudut kiri itu.

Pada minit ke-55 pula, apa yang nampak seperti gol oleh pemain Brazil, Hulk telah dibatalkan selepas dia didakwa menggunakan lengan. Hulk turut dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

Brazil terus mendominasi permainan pada separuh masa kedua dan masa tambahan, sementara Chile terus memberikan saingan sengit kepada pasukan tuan rumah itu.

Permainan berakhir dengan keputusan 1-1 sebelum disudahi dengan sepakan penalti yang mengubah kedudukan menjadi Brazil 1-1 (3-2) Chile.

Untuk rekod Brazil akan bertemu Colombia di saingan peringkat suku akhir nanti dan pastinya satu lagi pertembungan yang menarik untuk kita saksikan.

Oh ya dah langsung kat sini MMI nak ucap Selamat Berpuasa kepada semua tak kira berada di mana selagi mana ampa berpuasa dan WAJIB berpuasa maka ucapan ini terarah kepada ampa semua.

Kepada pihak-pihak yang suka TUANG Puasa tu , ampa cuba tengok game Brazil dengan Chile tu sikit punya laju ka ! So puasa pun macam tu jugalah sekejap ja sebulan jangan risau tak lama mana pun , cuma kuatkan diri tu sikit .. Kepada sorang kawan MMI ni (dia tahu MMI tujukan pada dia) elakkan plastik hitam tahun ni ya !!!!

Selamat Berpuasa Semua !!

MMI

Friday, 27 June 2014

Apa Kena Mengena PERANG SYRIA Dengan Mustafa Ali ?!!


Perang di bumi Syria telah berlarutan sejak beberapa lama dan berdasarkan maklumat terdapat rakyat Malaysia turut terlibat dalam kancah peperangan tersebut.Peperangan yang telah mengorbankan ribuan nyawa itu sehingga kini masih belum menampakkan sebarang jalan penyelesaian dan ura-ura ianya akan tamat dalam masa terdekat.

Sesuatu yang agak aneh adalah kenapa sehingga ke hari ini tidak ada satu pun tindakan daripada badan-badan dunia seperti PBB mahupun Amerika Syarikat yang selama ini menjadi polis dunia untuk cuba menghentikan konflik berdarah tersebut.

Semua masih menjadi misteri kepada kebanyakkan penduduk dunia yang prihatin dengan nasib rakyat Syria yang kini menjadi mangsa kepada keganasan sesama manusia.

Sehingga berita ini dikeluarkan terdapat banyak laporan menyatakan bahawa antara pejuang yang terlibat dalam peperangan di bumi Syria adalah dikalangan rakyat Malaysia.

Malah Bekas pemimpin Dewan Ulama PAS, Ustaz Lotfi Ariffin telah dikenal pasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat menyertai pergerakan jihad di Syria, lapor The Star hari ini.

Menurut akhbar itu, hasil siasatannya mendapati Lotfi secara terbuka telah memuatnaik gambar-gambarnya serta klip video ke media sosial.

Serentak dengan itu PAS melalui Setiausaha Agungnya , Datuk Mustafa Ali hari ini telah membuat kenyataan menegaskan bahawa PAS telah pun memecat keahlian Lotfi Ariffin sebagai ahli serta merta selepas mendapat maklumat dengan jelas dan sahih berhubung pemergiannya ke Syria.

"Kita mendapat maklumat sahih tentang pemergian beliau ke Syria untuk menyertai gerakan jihad, maka kita membuat keputusan pecat beliau. Beliau sudah tidak ada kaitan lagi dengan PAS," katanya kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau turut mengingatkan mana-mana ahli PAS yang terlibat dalam gerakan seperti itu, PAS Pusat tidak teragak-agak untuk memecat ahlinya.

Begitu cepat tindakan yang diambil oleh parti PAS terhadap ahlinya yang menyertai perang di bumi Syria.

Namun dalam beberapa keadaan timbul tanda tanya dikalangan penyokong pembangkang sendiri , apakah PAS tidak lagi mahu terlibat dalam perjuangan untuk menegakkan Islam ? 

Persoalan ini timbul apabila bekas pemimpin PAS terbabit dipecat serta merta daripada parti selain daripada penegasan oleh Mustafa Ali terhadap mana-mana ahlinya yang terlibat dalam gerakan jihad di Syria turut sama akan dipecat.

Kepada penyokong PAS khususnya , MUNGKIN PAS hanya mengiktiraf perjuangan jihad seperti yang berlaku di Memali satu ketika dulu dan bukannya seperti mana yang berlaku di bumi Syria hari ini.

Walau bagaimanapun PAS sudah pasti punya pendirian dan pendekatan tersendiri hanya mereka yang boleh menjelaskannya.sumber 

Komen MMI cepat sungguh depa bertindak kan !!!

MMI

Thursday, 26 June 2014

GEMPAR GOLLUM Di Temui Di Kaki Gunung !


Beijing – “Saya bukan makhluk asing. Saya hanya kencing di situ!’’ itu penjelasan seorang pelakon cerita fiksyen bagi menyelesaikan dakwaan seorang pelancong bahawa dia berjaya merakamkan gambar makhluk asing di kawasan pergunungan.

Pelakon itu menjelaskan bahawa dia dan rakan-rakannya mengunjungi pergunungan berkenaan untuk membuat rakaman filem sci-fi, ketika gambar dia kencing diambil.

“Saya tidak sangka ketika saya kencing, seseorang telah merakamkan gambar saya,’’ katanya.

Perkara itu sebelum ini menjadi perdebatan dalam media sosial selepas gambar berkenaan tersebar di internet.

Gambar itu menunjukkan wajah makhluk asing tersebut yang menyerupai watak dalam filem Lord Of The Ring.

Ia dirakamkan ketika pelancong berkenaan sedang berkhemah di kawasan pergunungan terbabit.

“Saya berjalan keluar dari kem itu kerana ingin kencing dan tiba-tiba saya melihat makhluk asing. Saya kemudian merakamkan gambar dan kini saya takut dengan keberanian saya itu,’’ kata pelancong itu.

MMI

Jangan Biadap Sangat Hormat Keputusan Mahkamah


Isu kalimah Allah yang menjadi kontroversi sejak sekian lama kini dianggap selesai apabila pihak mahkamah sudah pun menolak permohonan Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran merayu dari segi perundangan bagi menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada Tuhan dalam penerbitan mingguannya The Herald versi Bahasa Malaysia.

Serentak dengan maka isu pertikaian kalimah Allah di antara orang kristian dan Islam seharusnya selesai dan masing-masing perlu akur kepada keputusan tersebut.

Namun sejak keputusan itu dibuat oleh pihak mahkamah , masih lagi terdapat suara-suara sumbang daripada pihak-pihak tertentu di Malaysia yang tidak berpuas hati dan masih mahu terus menggunakan kalimah tersebut walaupun secara perundangannya kalimah Allah kekal milik orang Islam.

Bimbang dengan perkembangan terbaru ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu kalimah Allah.

"Saya ingin memberi ingatan kepada mereka supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana kita (polis) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan.

"Ini berbahaya kerana jika dibiarkan masing-masing bercakap ikut suka hati, ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada ketenteraman awam. Saya memberi ingatan kepada orang perseorangan dan pihak berkenaan supaya jangan cakap sebarangan kerana Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.

Perkara ini bukan boleh dibincang secara terbuka,"

Peringatan tegas daripada Ketua Polis Negara itu bolehlah dianggap sebagai kayu ukur tahap kesabaran pihak berkuasa dalam mendepani isu kalimah Allah.Sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia terjamin saranan tersebut seharusnya dipatuhi oleh semua pihak.

Seperkara yang harus kita perhatikan disini adalah pihak yang membawa kes ini ke mahkamah sudah pun diberikan ruang dan peluang secukupnya untuk mengemukakan hujah masing-masing dan diadili mengikut sistem perundangan negara yang sah.

Walaupun terdapat sedikit pertentangan pada awalnya oleh orang Islam yang marah dengan tindakan pihak gereja namun kes ini tetap diteruskan dengan orang Islam turut sama menyokong institusi kehakiman negara dengan menjadikan perundangan sebagai tempat untuk menyelesaikan masalah berbangkit.

Jika dilihat kepada sentimen yang telah wujud sudah pasti orang Melayu dan Islam boleh sahaja melakukan provokasi melampau sehingga mungkin berlakunya pergaduhan yang boleh mengakibatkan kecederaan mahupun kematian.

Tetapi semua itu tidak berlaku kerana orang Melayu dan Islam memilih untuk menggunakan ruang yang lebih adil dan terbuka dengan kedua-dua pihak mengemukakan hujah masing-masing berpaksikan kepada perundangan negara.

Oleh yang demikian setelah pihak mahkamah membuat keputusan semua pihak seharusnya menerima keputusan terbabit dengan baik bukan dengan cubaan mencetuskan lagi kontroversi lain yang mampu merosakkan hubungan diantara kaum dan agama di Malaysia.

Justeru itu tindakan pihak yang cuba mencetuskan kontroversi setelah keputusan di buat oleh pihak mahkamah bolehlah dilabel sebagai JIJIK kerana cuba mempermain-mainkan institusi kehakiman negara.

Mereka cuba mempersoalkan keputusan mahkamah sedangkan pihak gerejalah yang mula-mula membawa kes ini kemuka pengadilan.

Dalam masa yang sama kita perlu juga melihat dalam sudut politik , bimbang ada pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan diatas apa yang sedang berlaku.sumber

MMI

Menteri Besaq Pun Kalah Pemilihan Ka ??


Betulkah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kalah dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor?

Berdasarkan berita melalui satu sebaran sms sejak pagi Khamis, Menteri Besar Selangor itu dikatakan tewas kepada bekas ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam atau Mike pada pemilihan semula cabang berkenaan hujung minggu lalu.

Khalid dikatakan hanya mendapat 515 undi berbanding 705 diperolehi Mike.

Pemilihan cabang Kuala Selangor sebelum ini mencetuskan kekecohan dengan dakwaan oleh Mike kononnya Khalid terbabit politik wang sehingga terpaksa dibatalkan.

Bagaimanapun, dakwaan itu sudah dinafikan oleh Khalid dan pemilihan semula diadakan Sabtu lalu.

Khalid selain bertanding satu lawan satu dengan Mike turut bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden mencabar Azmin Ali, Datuk Saifuddin Nasution.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dikatakan sedang mendahului pesaing-pesaingnya itu.

Dalam pada itu, seorang pegawai Pejabat Menteri Besar menyifatkan penyebaran sms itu sebagai tidak sahih lagi kerana belum ada maklumat rasmi mengenai keputusan pemilihan Cabang Kuala Selangor.

Katanya, banyak pihak menghubunginya cuba mendapatkan pengesahan berita sms tersebut.

Beliau percaya berita itu sengaja disebarkan pihak lain yang mahu memberi gambaran Khalid sudah tewas dan kepimpinan beliau tidak diterima lagi.

Ini juga katanya mungkin ada kaitan dengan perancangan pihak tertentu yang mahu jawatan Menteri besar yang kini disandang oleh Khalid digantikan.

Usaha mendapatkan reaksi Mike, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul tidak berhasil.bnbbc

MMI dengaq kata semua pemimpin PKR yang pegang jawatan ADUN atau Ahli Parlimen pakat kalah habih dalam pemilihan PKR kali ni .. Betoi ka ???

MMI

2 Kawasan Di P.Pinang Hampiri IPU Tak SIHAT .. JEREBU OIII !!!


BUTTERWORTH 26 Jun - Dua kawasan di negeri ini yang dilanda jerebu sejak semalam menghampiri bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Mengikut maklumat yang dipaparkan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), stesen Seberang Jaya 2 mencatatkan bacaan 98 manakala bacaan di Universiti Sains Malaysia (USM) pula ialah 92 dengan bacaan 100 dikategorikan tidak sihat.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Jambatan Pulau Pinang mendapati jarak penglihatan berkurangan kepada tiga kilometer manakala orang ramai dilihat mula memakai topeng sebagai langkah keselamatan.utusan online

Kepada semua ambil langkah yang perlu dan hati-hati..

MMI

Kabinet Baru DAP YANG MELEBIH !!


Seperti semua pihak sedia maklum , isu panas sepanjang minggu ini adalah rombakan kabinet yang akan dilakukan oleh YAB Perdana Menteri bagi memperkukuhkan pentadbiran kerajaan Malaysia.Belum pun keputusan tersebut diumumkan oleh YAB PM petang semalam , pembangkang dan saluran medianya tidak henti-henti melakukan pelbagai spekulasi termasuklah isu berkaitan penyingkiran Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diwar-warkan.

Entah mengapa secara tiba-tiba pihak pembangkang khususnya DAP dilihat begitu obses dengan rombakan kabinet oleh pihak kerajaan Barisan Nasional sedangkan sudah tentunya DAP dan para pimpinannya dari Pakatan Rakyat tidak akan dipilih bagi menganggotai pentadbiran kerajaan persekutuan.

Apakah DAP mahu membuktikan mereka sebenarnya begitu prihatin tentang untung nasib rakyat di Malaysia ?

Jika itu alasannya maka DAP harus segera bertanya kepada Lim Guan Eng , apakah pemimpin itu benar-benar mengambil berat tentang nasib rakyatnya di Pulau Pinang.

Pengumuman oleh YAB PM tentang penambahan anggota kabinet daripada MCA dan Gerakan jelas telah menyebabkan kem DAP seperti cacing kepanasan.Tidak ada sebarang rombakan melainkan penambahan sebanyak 6 muka baru daripada MCA dan Gerakan Baca Sini .

Tidak dapat dipastikan hantu apakah yang telah merasuk para pemimpin DAP sehingga bertindak seolah-olah mereka lebih tahu segala-galanya.

Malah tindakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim yang menggesa supaya Dato’ Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan yang baru agar lebih telus dalam menangani krisis kehilangan pesawat MH370 dilihat banyak pihak sebagai kebudak-budakkan.

Apakah Steven hanya menganggap pemimpin DAP sahaja yang mampu menggalas tugas dengan baik ?

Atau Steven terlupa selama ini kerajaan Malaysia sudah pun melakukan yang terbaik dan sedang berusaha secara berterusan menangani insiden melibatkan kehilangan pesawat MH370 ?

Sebagai pemimpin parti , Dato’ Seri Liow Tiong Lai sudah semestinya tahu dan faham peranan yang akan beliau lakukan dalam Kementerian Pengangkutan apatah lagi beliau bukanlah seorang pemimpin politik yang baru.

Malah pemimpin ini punya pengalaman sama ada dalam parti mahupun kerajaan dan pernah mengepalai Kementerian Kesihatan sebelum ini.

Apa yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari DAP tersebut hanyalah satu lagi sandiwara politik dengan tujuan untuk memburukkan nama baik Dato’ Seri Liow Tiong Lai dan keputusan YAB PM menyenaraikan 6 nama pemimpin daripada MCA dan Gerakan untuk menganggotai kabinet.

Mereka tahu MCA punya beberapa masalah sebelum PRU13 yang lalu dan kini DAP cuba untuk terus mengalunkan rentak lagu yang sama.Namun seperkara yang Steven dan DAP perlu tahu adalah MCA kini sedang berusaha untuk kembali sebagai sebuah parti yang mampu membawa suara masyarakat kaum cina bersama-sama dengan Barisan Nasional.

Mereka sudah pun melakukan proses tranformasi diperingkat kepimpinan parti dan ia sebenarnya amat tidak disenangi oleh DAP memandangkan MCA punya kelebihan dan kekuatan tersendiri untuk berkhidmat kepada masyarakat kaum cina dan Malaysia secara keseluruhannya.

Sewajarnya pemimpin DAP daripada Bukit Mertajam tersebut melihat kepada negeri Pulau Pinang terlebih dahulu.Buat desakan kepada Lim Guan Eng supaya lebih telus dalam mentadbir kerajaan negeri bukan dengan mengamalkan konsep "double standard" yang begitu jelas memberikan keistimewaan terhadap mereka yang sebangsa dengan DAP ! sumber 

Tambah sikit ... Depa tau la apa yang depa nak buat yang ang (steven) dok kalut pasai apa ?!!

MMI

Antara Line INTERNET & Aksi SELFIE


Hari ini merupakan antara hari yang amat mengecewakan MMI apabila kuasa gelombang tahap dewa yang dijanjikan oleh pihak yang menguruskan berkaitan hal ehwal line internet tidaklah berlaku seperti mana yang dijanjikan.

Ada beberapa perkara yang telah pun tertangguh disebabkan janji kuasa gelombang tahap dewa itu tidak berlaku seperti mana yang dijanjikan.

Justeru itu maka MMI terpaksa memperlahankan sedikit rentak tari artikel di blog MMI kerana kesulitan tersebut.Harapnya dapatlah kuasa gelombang tahap dewa itu kembali baik dan seterusnya mampu membuatkan MMI kembali tersenyum.

Untuk makluman semua pihak yang sering kali menjanjikan kuasa gelombang tahap dewa kepada mereka-mereka yang lain kalau boleh tu tengok-tengoklah sama perihal servis yang ampa berikan.

Bukan apa kesian dekat orang lain mereka sentiasa membayar setiap bulan tetapi servis tidak sebaik yang dijanjikan iaitu kuasa gelombang tahap dewa.

Tahukah kamu wahai pihak yang menjanjikan kuasa gelombang tahap dewa , MMI hampir-hampir melakukan aksi selfie sebentar tadi kerana terlalu tertekan dengan kuasa gelombang tahap dewa yang tidak seberapa itu.

Namun MMI masih bernasib baik kerana terbaca satu artikel berkaitan aksi selfie yang telah menyebabkan MMI kembali bertenang buat seketika.

Apa pun kepada pihak yang berkenaan TOLONGLAH jangan buat macam ni kesian dekat pengguna OK !!

MMI

Cerita aksi Selfie yang ampa kena baca.. (gambar kat atas tu)

Seorang wanita maut selepas berkongsi gambar 'selfie' semasa dalam perjalanan ke sebuah majlis di Amerika Syarikat.

Collette Moreno, 26, yang duduk di tempat duduk penumpang maut dalam insiden itu apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan kenderaan lain ketika pemandu cuba memotong sebuah lori.

Kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan, lapor sebuah portal. 

Pemandu kereta tersebut, Ashley Theobald merupakan sahabat baik kepada mangsa. Ketika insiden itu, mereka dalam perjalanan ke Tasik Ozarks di Missouri dan memakai tali pinggang keledar.

Theobald, 26, berkata, dia cuba untuk memintas lori yang mengeluarkan banyak asap semasa kejadian. Moreno merupakan penghidap asma dan asap menyebabkan dia batuk.

"Saya cuba untuk memintas dan sebuah lagi lori datang dari arah depan," ujar Theobald.

Lapan minit sebelum kejadian, Moreno mengambil gambar 'selfie' bersama Theobald, yang menunjukkan mereka sedang menikmati perjalanan tersebut.

Peronda Lebuhraya Missouri berkata, Theobald boleh didakwa atas pemanduan cuai.

Sumber: SinarHarian

Siapa TARIK Topeng DAP ??


Kalau melihat kepada cara mereka bercakap dan bertemu rakyat memang kita akan anggap merekalah yang terbaik.Bukan sahaja terhadap rakyat tetapi mahu mendengar serta memahami denyut nadi dan jiwa seluurh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

Itu jika dilihat dengan mata kasar , dan sepengetahuan MMI dah berbuih jugalah para sahabat seangkatan dengan MMI yang selalu mengingatkan kepada mereka-mereka diluar sana supaya hati-hati sebab puak-puak semacam ini pandai berlakon.

Tapi biasalah adat politik ada yang dengar dan ada juga yang langsung tak mahu ambil tahu.Hmm itu oerkara biasa malah perjuangan tetap diteruskan waima apa jua yang mendatang.

Namun kini segalanya nampak sedikit mudah apabila puak mereka sendiri yang tampil dan mengaku bahawa betapa puak yang suka bertopeng ini sebenarnya jauh lebih zalim dan rakus dalam mengejar cita-cita politik.

“Tidak ada satu sen pun yang disalurkan oleh parti selepas apa yang kami lakukan untuk parti." - Irene Chang, isteri mendiang Wong Ho Leng.

Itu kenyataan yang diluahkan oleh isteri mendiang ADUN Bukit Assek terhadap Setiausaha Agung DAP tatkala suaminya mengidap penyakit kanser sebelum ini.

Irene Chang bukan sahaja kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh DAP malah kesal kerana mereka tidak lansung dipedulikan oleh pucuk pimpinan.

Malah lebih menyakitkan hati serta menguris perasaan keluarga mendiang Wong ialah apabila Guan Eng didakwa hanya mengambil sikap 'sambil lewa' sahaja.

Pendedahan yang dibuat oleh Irene menjelaskan bahawa keluarganya terpaksa menggunakan ke semua wang simpanan bagi tujuan rawatan kimoterapi dan radioterapi.

Perbelanjaan itu termasuk penginapan, belanja makan dan perbelanjaan lain yang perlu mereka tanggung sendiri sepanjang berada di Singapura.

Malangnya, TIDAK ADA SATU SEN pun yang dihulurkan oleh DAP serta pemimpin utamanya ketika mereka menghadapi kesukaran itu sebelum ini.

Wong Ho Leng sebelum ini yang berkhidmat sebagai peguam sudah tidak lagi mampu untuk mencari sumber pendapatan lain setelah dia dipilih menjadi Ahli Parlimen Sibu.

Kemudian, dia dipilih pula untuk menjadi ADUN yang sudah tentu memerlukan belanja lebih besar bagi membiayai perbelanjaan pejabat Pusat Khidmat Masyarakat yang dibukanya.

Elaun sebagai wakil rakyat yang diperolehi oleh Wong TERPAKSA pula diserahkan sebahagiannya kepada parti walaupun dengan rasa berat hati.

Menurut Irene, setiap bulan, mereka terpaksa mencari sekurang-kurangnya RM10,000 bagi menampung perbelanjaan tambahan untuk membiayai pusat khidmat yang ditubuhkan.

Sewaktu Pilihan Raya Negeri pada tahun 2011, mereka telah menggunakan hampir ke semua simpanan peribadi yang berjumlah RM 700 ribu untuk perbelanjaan kempen.

Jelas Irene, pada ketika itu, DAP Pusat sedikit pun tidak membantu untu menanggung perbelanjaan kempen yang dianggap cukup besar bagi kemampuan mereka.

Irene juga cukup kesal apabila DAP lebih rela memberikan sejumlah RM1.3 juta untuk buat video 'Gangnam' yang dipersembahkan sewaktu Konvensyen Kebangsaan.

Maka jelas, pendedahan dan luahan rasa hati Balu kepada Mendiang ADUN Bukit Assek ni membuktikan bahawa DAP tak ambik kisah lansung pasal kebajikan ahli mereka. Kalau dikalangan mereka pun diorang buat tak tau, inikan pulak dengan rakyat!!! sumber 

MMI

Wednesday, 25 June 2014

Mana Pi RM9 Bilion ?? Guan Eng Tolong Jawab Sat !!


Sebagai sebuah kerajaan negeri yang sering mendabik dada kononnya yang terbaik dalam negara , Pulau Pinang seharusnya menjadi sebuah negeri yang paling berjaya dalam Malaysia.

Namun segala cakap-cakap penyedap mulut dan hati barisan pimpinan DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng kini ternyata semakin lemah.

Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini pernah berbangga dengan pencapaian serta kedudukan ekonomi negeri tersebut yang mencatat hasil pendapatan paling tinggi sebanyak dua kali berturut-turut pada 2008 dan 2009 berdasarkan laporan ketua audit negara pada 2009 yang lalu.

Pada ketika ini pimpinan DAP begitu galak mencanangkan ke seluruh pelusuk kawasan di Pulau Pinang bahawa pentadbiran kerajaan negeri di bawah DAP jauh lebih baik daripada Barisan Nasional.

Memang benar laporan tersebut tetapi rakyat seharusnya lebih bijak kerana kedudukan kewangan negeri pada ketika itu hanya di bezakan dengan tempoh masa 2 tahun sebelum DAP mengambil alih negeri Pulau Pinang daripada Barisan Nasional.

Sudah pasti sedikit sebanyak dasar dan perancangan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu memberikan kesan kepada kedudukan ekonomi Pulau Pinang memandangkan ianya telah terlaksana.

Ini dibuktikan melalui satu komentar oleh Rebecca Gates terhadap Lim Guan Eng berikutan isu keterlibatan MCA dan Gerakan ke dalam kabinet kerajaan.


Apakah yang telah dilakukan oleh Lim Guan Eng dan kerajaan DAP semenjak mentadbir Pulau Pinang ? Persoalan yang telah menyebabkan Guan Eng terpaksa mengunci mulutnya.

Kini setelah 2 penggal kerajaan DAP mentadbir Pulau Pinang , kedudukan ekonomi dan sebarang kemajuan barulah dirasakan layak untuk dicanangkan kerana tempoh masa itu bakal membuktikan sejauh mana kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar berwibawa.

Hari ini Lim Guan Eng perlu menjelaskan mengenai kehilangan Pelaburan Langsung Asing (FDI) kepada rakyat di negeri Pulau Pinang yang berjumlah lebih RM9 billion selepas negeri ini diperintah oleh DAP.

Kedudukan FDI yang merosot teruk daripada RM10.451 bilion pada 2010 kepada hanya RM1.794 bilion tahun lalu ternyata menimbulkan banyak tanda tanya apakah yang dilakukan oleh kerajaan negeri sehingga berlakunya kemerosotan sebegitu rupa.

Pengerusi BN Negeri , Teng Chang Yeow telah mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang agar berterus terang dan menjawab dakwaan sebuah portal yang mendedahkan berkaitan kemerosotan FDI berkenaan lebih dari 90 peratus berbanding pada tahun 2010.

"Guan Eng perlu menjelaskan perkara ini. Tiada apa yang perlu disembunyikan jika benar dakwaan Chang Yeow bahawa kepemimpinan pembangkang di bawah Guan Eng gagal menarik pelabur asing untuk melabur di Pulau Pinang," lapor The Mole.

Malah beliau mendakwa, Guan Eng cuba menyembunyikan kebenaran sebenar keadaan ekonomi Pulau Pinang berbanding semasa era pentadbiran Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang disifatkan lebih telus.

Dalam pada itu, The Mole menjelaskan, Pulau Pinang bukan seperti Kelantan kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menyediakan asas yang kukuh antaranya mewujudkan zon perdagangan bebas pertama di negara ini, di Bayan Lepas pada tahun 1972.

Selaku Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng harus segera menjawab persoalan yang dibangkitkan dan sekiranya beliau gagal memberikan penjelasan maka jelas kerajaan DAP Pulau Pinang tidaklah secekap seperti mana yang digembar-gemburkan.

MMI

PEMILIHAN PKR Kawasan MANSOR Pun Haru Biru Macam Mana ??


Sukar untuk diterima tetapi itulah hakikatnya yang berlaku dalam parti yang kononnya meletakkan soal KEADILAN sebagai teras kepada perjuangannya.

Pemilihan 2014 telah menyaksikan wajah sebenar parti PKR apabila begitu banyak insiden pergaduhan dan kes penipuan yang berlaku sewaktu proses pemilihan dijalankan.

Sambil menyifatkan pemilihan Parti Keadilan Rakyat sebagai tidak adil dan tercemar , bekas Timbalan Ketua Cabang Nibong Tebal juga mendedahkan kemenangan Dr Mansor Othman menunjukkan unsur-unsur sabotaj terhadap calon yang bertanding selain daripada sikap pilih kasih.

"PKR adalah parti yang memperjuangkan keadilan tetapi malangnya perkara itu tidak berlaku dalam pemilihan di Nibong Tebal yang mencetuskan pelbagai persoalan dan bantahan ahli-ahli peringkat akar umbi," katanya dalam sidang akhbar semalam.

Justeru itu , majoriti ahli PKR Cabang Nibong Tebal bertindak memulaukan pemilihan kali kedua berkenaan dan juga tidak mengiktiraf kemenangan yang diperolehi oleh Mansor Othman.

Satu pemilihan yang dicemari dengan pelbagai perkara yang cukup memalukan bagi sebuah parti yang mengaku pejuang keadilan.

Penipuan , sabotaj , pilih kasih yang dilakukan oleh ahli parti sendiri sudah cukup untuk membuktikan bahawa PKR bukanlah parti yang mampu membela rakyat.Malahan dalam kejadian yang sama aksi tumbuk-menumbuk hampir berlaku sebelum beberapa pihak meleraikannya.

Malah sudah ada cakap-cakap menyatakan akan ada mereka yang akan keluar parti !

Insiden seperti ini memberi sejuta makna bahawa pemimpin PKR hanya pandai berpolitik tetapi tidak mampu menguruskan waima parti sendiri.

Jika mengurus parti pun gagal bagaimana agaknya sekiranya mereka menguruskan negara ?


MMI

PENAMBAHAN Kabinet 6 Muka Baru


Khabar angin mengenai rombakan kabinet kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib seperti mana yang diwar-warkan sejak minggu lepas telah terjawab sebentar tadi.

Merujuk kepada laporan di UtaraNews.com , Perdana Menteri sebentar tadi telah mengumumkan beberapa nama baru yang telah dilantik. Kesemua yang dilantik ini dijangka akan mengangkat sumpah pada Jumaat ini, jam 11.30 pagi di Istana Negara.

Berikut senarai Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri sebentar tadi:

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong

Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Chua Tee Yong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk We Ka Siong

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Lee Chee Leong

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat: Datin Paduka Chew Mei Fun

Tahniah semua dan buat kerja elok-elok lepas ni na.

Apa pun pengumuman tersebut sekaligus menamatkan pelbagai spekulasi tentang macam-macam cerita.Kepada puak pembangkang yang teringin sangat nak tengok Muhyiddin letak jawatan tu , Sorry to say game ampa tak berapa cantek !!!!

MMI

JEREBU Satu Ancaman SERIUS WAJIB BACA


Masalah jerebu merupakan satu masalah yang perlu ditangani dengan baik memandangkan ia mampu menjejaskan kesihatan khususnya kepada mereka yang punya alahan seperti pesakit asma dan yang seangkatan dengannya.

Oleh yang demikian sebarang maklumat berkaitan perlulah dikongsi bersama sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial MMI.

Untuk itu luangkan sedikit masa untuk membaca dan mengambil tahu serba sedikit tentang keadaan terkini sekurang-kurangnya kita dapat mencegah apa-apa yang patut.

Negara yang kini sudah menghadapi pencemaran udara berpunca jerebu berkemungkinan berdepan ancaman serius seperti tahun lalu apabila bacaan paling tinggi dicatatkan  741 indeks Pencemaran Udara (IPU) pada 23 Jun 2013 di Muar dan Ledang.

Bacaan itu lebih sekali ganda berbanding tahap standard ’merbahaya’ menyebabkan mesyuarat khas Jawatankuasa Menangani Keadaan Jerebu Majlis Keselamatan Negara menetapkan sekolah-sekolah di kawasan bacaan jerebu IPU melebihi 300 wajib ditutup .

Ini berdasarkan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang mewajibkan  sekolah ditutup sekiranya bacaan IPU tahap tersebut.

Berdasarkan tahap bacaan yang semakin meningkat sekarang, kerajaan sudah mula melaksanakan langkah berjaga-jaga apabila 129 titik panas dikesan di Sumatera, Indonesia semalam berbanding 116 sehari sebelumnya, yang menjurus kepada fenomena jerebu yang kini melanda negara.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata 23 titik panas turut dikesan di Malaysia berbanding 11 bagi tempoh sama.

“Kesemua titik panas yang dikesan dalam negara akan disiasat dan diambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan Selasa.

Enam titik panas dikesan di Pahang, Sarawak (lima), Selangor (empat), Kelantan dan Sabah (masing-masing tiga), serta Johor dan Terengganu (masing-masing satu).

jerebuindeksPergerakan asap jerebu sederhana dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, dan tiupan angin dari arah barat daya mengakibatkan keadaan jerebu di kawasan tengah pantai barat Semenanjung.

Dalam pada itu, Palanivel menggesa semua pihak tidak melakukan pembakaran terbuka selain membantu memadam kebakaran kecil.

“Semua pihak perlu memastikan tanah atau premis kepunyaan mereka tidak dimasuki atau dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja,” katanya.

Orang ramai diminta melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran lain kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727.

Pencemaran jerebu merentas sempadan yang melanda negara ketika ini berikutan musim Monsun Barat Daya dijangka berterusan sehingga September.

Keadaan ini dijangka diburukkan lagi dengan cuaca kering berpunca El Nino.

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti di luar berikutan keadaan berjerebu ketika ini yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka juga perlu minum lebih banyak air dan memakai topeng muka semasa berada di luar rumah.

Mereka yang mengalami simptom seperti demam, selesema, batuk dan kerengsaan mata perlu mendapatkan rawatan perubatan.

Mutakhir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menasihatkan orang ramai supaya minum air  secukupnya, dan jika boleh, duduk di dalam rumah berikutan jerebu kembali melanda.

“Memandangkan jerebu telah kembali, anda perlu minum air secukupnya dan mengelakkan kegiatan luar yang berat,” katanya dalam tweet beliau hari ini.

Setakat 6 petang ini, laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan lima kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan Banting di Selangor merekodkan bacaan tertinggi 128.
Kawasan lain yang terlibat termasuk Nilai dengan bacaan IPU pada 105, Pelabuhan Kelang (112), Cheras (101) dan Putrajaya (116).bnbbc

MMI kata hati-hati semua cuma jangan pula ada puak dok meroyan tuduh ini kerja buat UMNO atau Barisan Nasional pula !

MMI

Labels