Followers

Thursday 3 August 2017

Bila Arahan Presiden Pun Tak Di Layan , Apa Maknanya Azizah ??


Presiden parti politik yang paling teruk dalam sejarah politik tanahair , dipergunakan oleh semua pihak dan beliau hanya terarah kepada satu hala tuju ANWAR IBRAHIM tak lebih dari itu !

Dalam Pakatan Haprak sudah tentu dia akan diberikan peluang bersuara tapi sejauh mana suara itu benar-benar membawa prinsip parti PKR yang diwakilinya sebagai boneka politik ?

Sejauh mana relevan suara Azizah dalam hal-hal melibatkan kepentingan rakyat ? Hahaha boleh baca dalam artikel berkaitan klik SINI

Yang terbaru dan sebagau BUKTInya ... Arahan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggesa pimpinan PKR Kelantan melepaskan semua jawatan hanyalah ‘sampah’ apabila mereka ingkar pada arahannya.

Menurut Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, ia memperlihat Wan Azizah yang juga merupakan Presiden PKR itu sememangnya tidak layak untuk memimpin parti, apatah lagi arahan tersebut berbeza dengan arahan yang didakwa dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dari dulu lagi yang kuasai PKR ini bukanlah Presiden parti, tapi adalah Anwar Ibrahim, baik keputusan daripada mana-mana pimpinan pusat sekalipun, satu suara dari Anwar sudah cukup untuk membatalkan keputusan yang lain, inilah yang rakyat patut tahu berbeza parti yang ada dalam negara ini dan bezanya dengan UMNO yang kolektif dalam mengeluarkan arahan.

“Dalam hal ini kita hanya nampak kenyataan Wan Azizah hanyalah sampah, tak guna, dan dia hanyalah boneka, pemimpin yang dipimpin, baik jawatan Ketua Umum dan Presiden parti disekalikan sahaja, arahan dia langsung tidak berguna kepada semua akar umbi PKR.

“Jangan cakap negeri Kelantan, mana-mana negeri pun akan jadi mangsa bila ada Presiden parti yang remote control seperti ini,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keengganan pemimpin PKR Kelantan melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri berikutan wujud dua arahan berbeza membabitkan Wan Azizah dan Anwar Ibrahim.

Ketika kemelut antara PAS dan PKR sebelum ini, Wan Azizah telah mengarahkan serta merta supaya PKR Kelantan melepaskan jawatan menjelang akhir Julai ini.

Namun, sehingga hari ini tidak ada seorang pun melepaskan jawatan seperti yang dinyatakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Difahamkan sebenarnya keengganan mereka melepaskan jawatan tersebut dikatakan atas arahan Anwar.

Mengulas lanjut, Jazlan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata rakyat perlu menilai sewajarnya sikap pemimpin pembangkang khususnya PKR yang sering tidak konsisten dalam mengeluarkan arahan.

Katanya, ini bukan kali pertama berlaku dalam kepimpinan parti mereka sekaligus tidak layak untuk mentadbir negara.

“Takkan nak harap parti sebegini pimpin negara?” soalnya lagi. - selanjutnya

SAMPAH beb SAMPAH !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels