Melihat gambar diatas membuatkan MMI terfikir sejenak " Ingat kita jangan lupa bahawa kita orang Melayu,Kita kena ingat bahawa bangsa Melayu ini adalah bangsa yang cukup hebat,Ingatlah Melayu itu adalah lambang kuatnya Islam di negara kita,Jangan lupa Melayu jugalah yang memulakan rentak sehingga apa yang kita nikmati hari ini tidak lagi sama dengan nasib Melayu pada satu ketika dulu " itulah pesanan yang pernah diungkapkan oleh arwah bapa tersayang kepada MMI pada ketika negara diambang sambutan tahun baru beberapa tahun yang lalu.Tersentuh juga hati MMI tatkala negara bakal menyambut kedatangan tahun baru apabila mengenangkan disaat itulah juga kata-kata diatas diungkapkan namun atas semangat MMI perkuatkan diri untuk terus ke hadapan.
Negara Malaysia bakal meninggalkan tahun 2011 yang penuh dengan pelbagai ceritanya.Begitulah juga buat setiap insan dibumi bertuah ini bahkan di seluruh dunia.Terdapat juga negara-negara tertentu didunia yang sambutan tahun baru merupakan satu kemestian dan telah menjadi acara tahunan untuk disambut bersama-sama.Pelbagai cara dan kaedah setiap dari kita menyambut kedatangan tahun baru ini dan paling menarik negara Malaysia yang rakyat berbilang kaum dan agama dapat bersama-sama dalam sambutan tahun baru pada setiap tahun.
Dari pandangan dan pemerhatian MMI pada setiap kali sambutan tahun baru diadakan maka seluruh rakyat seolah-olah berpesta meraikannya hinggakan pada saat dan ketika ini rakyat boleh melupakan sejenak perihal politik hanya untuk menikmati detik jam 12 tengah malam iaitu waktu dan ketikanya negara dan kita semua melangkah ke tahun baru.
Namun yang menjadi persoalannya adakah tahun 2012 yang bakal kita tempuh dalam masa kurang dari 3 jam ini mampu merubah negara ke satu tahap yang lebih hebat dan maju termasuklah jiwa dan pemikiran setiap insan yang bernama rakyat Malaysia? Adakah proses ini juga akan membawa satu perubahan besar dimana menjadi harapan setiap dari kita untuk melihat negara tidak lagi perlu menghadapi perkara-perkara yang jauh menyimpang daripada budaya rakyat Malaysia seperti mana yang berlaku pada tahun 2011?
Semuanya terletak ditangan kita sebenarnya.Dalam sudut politik sudah semestinya setiap parti politik akan menjadikan kedatangan tahun 2012 sebagai pemangkin kepada perjuangan mereka untuk memastikan cita-cita mereka tercapai.
MMI cukup tertarik apabila melihat kembali sorotan peristiwa demi peristiwa yang telah berlaku di bumi Malaysia pada tahun 2011 ini.
Jika nak dihitungkan peristiwa demi peristiwa mungkin artikel ini akan memakan masa dan ruang yang cukup panjang namun MMI rumuskan semuanya supaya ianya menjadi singkat.
Sejak akhir-akhir ini kita dapat melihat bagaimana rakyat Malaysia mula memperkatakan soal kebebasan dan hak.Tak ketinggalan juga ada yang bercakap soal kebajikan apatah lagi yang tak lekang dengan jolokan pejuang agama yang sentiasa menghuni carta tertinggi dalam aliran politik tanahair.
Apakah negara kita Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang semakin bahaya keadaannya sehinggakan kumpulan pembangkang khususnya begitu lantang bercakap soal menyelamatkan Malaysia ? Apakah negara kita hari ini penduduknya tidak dapat menjalani kehidupan dengan sempurna seperti mana yang berlaku terhadap negara-negara lain contohnya Somalia ? Mungkin ada yang beranggapan jangan disamakan Somalia dengan Malaysia namun kita harus ingat bahawa slogan mengajak rakyat untuk menyelamatkan Malaysia seharusnya dilihat sebagai satu tindakan yang seolah-olah negara ini berada dalam keadaan yang amat kritikal justeru ianya perlu diselamatkan.
Sebenarnya semuanya itu hanyalah tindakan kumpulan yang dilihat sebagai sebahagian daripada rakyat malaysia tetapi dalam masa yang sama sanggup mengheret rakyat untuk turun ke jalanan demi kuasa dan politik.Apa perlunya politik negara kita ini disamakan dengan politik negara-negara lain ? Atau mengapa perlunya politik ganas dijadikan sebagai wadah perjuangan kita sedangkan kita begitu terbuka dalam soal memilih pemerintah.
Apakah hari ini kita mahu mengiakan tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan bahawa proses pilihan raya yang dijalankan itu tidak telus hanya dengan bercakap soal pengundi hantu dan kerja buat kerajaan dalam memenangi sesuatu pilihan raya? MMI nak mengajak semua untuk sama-sama kita berdiri atas nama rakyat dan lihatlah sekeliling kita.Adakah dengan kemenangan 5 buah negeri oleh Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-12 yang lalu adalah kerana ketidak telusan SPR menjalankan proses mengundi ? Atau apakah selepas keputusan diumumkan Pembangkang terus bangun dan menyatakan bahawa proses pengundian yang dijalankan itu tidak telus ?
Barangkali kita terlupa disaat itu juga mereka-mereka yang telah dinobatkan sebagai pemenang dan menjadi pilihan rakyat telah bersorak kegirangan dan terus menyusun agenda untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat bahkan terus menyusun strategi untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka pasti menjadi model kepada sebuah kerajaan yang baik.
Rakyat Malaysia juga barangkali turut terlupa bagaimana disaat kerajaan UMNO dan Barisan Nasional menghadapi pilihan raya pada tahun 2008,di saat itulah juga sebahagian besar rakyat menuduh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia sebagai pemimpin LEMBIK.Dek kerana tuduhan dan serangan politik sebeginilah maka UMNO dan Barisan Nasional telah mengalami kekalahan yang amat dasyat dalam sejarah pilihan raya negara.
Pernahkah kita terfikir sekiranya benar tuduhan pihak-pihak tertentu bahawa keputusan pilihan raya boleh ditentukan oleh UMNO dan Barisan Nasional mana mungkin 2008 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang.Ini adalah perkara dan peristiwa yang paling jelas dan mudah untuk dibuat perbandingan oleh rakyat.Malah sekiranya terdapat bukti bahawa adanya pengundi hantu maka kemukakanlah supaya tindakan dapat kita ambil.
Disaat inilah juga rakyat dapat melihat bagaimana seorang pemimpin yang bernama Anwar Ibrahim yang telah disabitkan dengan kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari telah melakukan satu tindakan yang MMI sifatkan sebagai pengecut dan dayus.Bagaimana seorang pemimpin besar dalam pembangkang telah menidakkan hak dan suara seorang anak muda yang hari ini mencari keadilan keatas apa yang berlaku terhadap dirinya.Apakah kerana Mohd Saiful Bukhari merupakan seorang rakyat biasa maka keadilan untuk beliau dinafikan ? Adakah kerana beliau seorang pemimpin maka beliau perlu dipertahankan waima sistem kehakiman negara juga diheret kekancah politik hanya untuk tujuan menyelamatkan karier politik seorang manusia bernama Anwar Ibrahim ? Ayuh rakyat Malaysia,buka minda kita lihatlah bagaimana perjalanan kes liwat ini yang sentiasa ditunda semuanya atas sikap Anwar Ibrahim dan barisan peguamnya.Apakah hak seluruh rakyat untuk melihat kes ini diselesaikan secepat mungkin dinafikan hanya kerana Anwar Ibrahim itu pemimpin pembangkang ? Dimana keadilan yang seharusnya kita rakyat Malaysia berikan kepada Mohd Saiful Bukhari apabila menuduh beliau sebagai agen UMNO dalam usaha menjatuhkan Anwar Ibrahim ?
Sebagai seorang manusia berbangsa Melayu dan beragama Islam apakah Anwar Ibrahim tidak tahu bahawa budaya orang Melayu Islam,bersumpah atas nama Allah SWT untuk membuktikan diri tidak bersalah merupakan satu tindakan yang paling pantas untuk membuktikan segala-galanya.Namun hakikatnya rakyat Malaysia sanggup mengenepikan budaya yang paling hebat dalam mencari keadilan ini dan meletakkannya sebagai mainan politik pihak-pihak tertentu.
Dan lupakah rakyat Malaysia YB Zulkifli Nordin salah seorang peguam Anwar Ibrahim pada ketika itu telah menyatakan bahawa kes liwat pertama Anwar Ibrahim bilamana beliau didapati tidak bersalah sebenarnya atas keputusan tiada kekuatan kes tetapi dalam masa yang sama pihak mahkamah tidak pernah sesekali menafikan perbuatan liwat tersebut tidak berlaku.
Rakyat Malaysia juga mungkin terlupa kita juga turut dihujani dengan gerakan jalanan yang memaksa pihak kerajaan dan anggota keselamatan untuk turun kebawah memastikan supaya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.Tahukah kita bahawa gerakan BERSIH 2.0 merupakan satu gerakan yang sengaja dilakukan oleh pihak pembangkang semata-mata untuk memperlihatkan kepada dunia bahawa Malaysia sebenarnya tidak aman dan tahukah kita kesannya kepada seluruh rakyat ? Apakah negara kita ini benar-benar tidak aman ? Apakah saudara-saudara mahu melihat negara ini mengalami kemerosotan dan kemunduran sehingga memaksa rakyatnya menjadi peminta sedekah dibumi sendiri ? Apakah kita mahu tumbangkan sebuah kerajaan yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat rakyatnya ? Jika inilah yang dimahukan maka kita sebenarnya sebahagian daripada mereka-mereka yang tidak tahu bersyukur.
Kita juga telah melihat bagaimana anak-anak muda dihasut dan dikerah malahan ditanam dengan sifat-sifat kebencian terhadap kerajaan sehinggakan mereka lupa bahawa berdirinya mereka di universiti hari ini adalah atas usaha dan keringat mereka-mereka yang terdahulu berjuang untuk memastikan hak anak melayu mendapat tempat di universiti di seluruh negara tercapai.Apakah selama ini mahasiswa dan mahasiswi semenjak negara mempunyai universiti kita tidak pernah memberikan mereka ruang yang mencukupi untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar malahan mereka yang telah berjaya hari ini juga turut terlibat dalam kancah politik negara.
Lupakah kita bahawa mahasiswa dan mahasiswi hari ini yang merupakan tiang negara sentiasa diberikan segala kemudahan terbaik oleh kerajaan semata-mata untuk melihat mereka berjaya dan menjadi rakyat Malaysia yang mampu kembali menyumbang kepada pembangunan negara? Tetapi kita lebih memberikan tumpuan kepada segelintir anak muda dan mahasiswa yang hari ini sanggup bertindak keterlaluan dengan menyertai demonstrasi jalanan dan sanggup bertindak biadap semata-mata atas nama hak malahan begitu angkuh dengan tidak sesekali mahu momohon maaf terhadap YAB PM.Wahai rakyat Malaysia lupakah kita bahawa kerajaan telah mengumumkan akan memansuhkan akta AUKU dalam sedikit masa lagi.Apakah hari ini kita boleh tersenyum melihat gelagat mahasiswa ini yang tidak sabar-sabar untuk menuntut apa yang mereka panggil hak sedangkan mereka tahu bahawa akta AUKU bakal dimansuhkan ? Sebenarnya semua kejadian tersebut adalah satu tindakan yang didalangi oleh anasir-anasir tertentu yang mahu melihat negara kita huru hara.
2011 juga telah menjadi saksi kepada kita semua bagaimana gerakan politik jijik yang dilkukan oleh pembangkang telah berjaya mewujudkan kumpulan-kumpulan yang begitu berani menyuarakan bahawa mereka menyokong seks bebas.Masih ingatkah kita berkenaan Seksualiti Merdeka yang cuba digerakkan oleh sebahagian daripada mereka yang kononnya berdiri atas nama NGO.Lupakah kita kepada Ambiga manusia yang bertanggungjawab dalam setiap usaha membawa perkara-perkara yang bukan budaya rakyat Malaysia untuk dikongsi bersama.Malahan mahukan kerajaan untuk mengiktiraf manusia-manusia yang mengamalkan seks songsang ini seperti golongan lesbian,gay,biseksual dan transgender.
Ini bukan budaya kita dan seharusnya semua pihak kerajaan dan pembangkang mesti bersama-sama dalam memastikan budaya ini tidak dibenarkan tetapi seperti yang MMI perkatakan atas nama politik dan kuasa sebelah pihak berdiam diri malahan ada yang menyokong usaha-usaha tersebut.Inilah yang berlaku kepada kita rakyat Malaysia yang bakal melangkah kaki ke tahun baru 2012.
Kita juga disajikan dengan pelbagai kisah parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini.
Suara demi suara yang berlaku dikalangan pemimpin Pas memperlihatkan bahawa mereka juga sebenarnya tidak satu hati dalam perjuangan.Malahan isunya hanya bermula dengan satu tindakan yang cuba diambil oleh segelintir pemimpin mereka untuk merealisasikan sebuah kerajaan perpaduan diantara UMNO dan Pas namun hakikatnya pemimpin utama Pas sendiri sebenarnya yang menolak perpaduan ini semuanya atas satu sifat dendam dan bongkak yang hari ini memakan diri sendiri.Lupakah saudara-saudara bahawa pas pernah mengkafirkan orang-orang UMNO hanya kerana UMNO bersama dengan bangsa yang bukan Islam? Bagaimana pula hari ini apabila Pas boleh bersama DAP ?
Jangan kita lupa 2011 juga telah berlaku satu peristiwa yang cukup dasyat apabila seorang ustaz boleh mengangkat Nik Aziz sebagai Nabi.Pernahkah kita mendengar Nik Aziz selaku pemimpin Pas bertindak mengeluarkan kenyataan untuk memperbetulkan semula kenyataan tersebut ? Begitu juga hari ini apabila Anwar Ibrahim diangkat sebagai Imam Mahdi yang bakal memimpin umat selepas ini.Apakah tindakan Pas sebagai sebuah parti yang memperkenalkan dirinya sebagai pejuang Islam dalam menerima kenyataan ini ? Adakah dengan diam seribu bahasa itu menunjukkan bahawa mereka tidak mahu mencampuri urusan orang lain ? Jika itulah alasannya maka MMI khuatir satu hari nanti Islam dibumi bertuah ini akan menyimpang dari landasan yang sebenarnya.
Namun MMI bersyukur kerana hari ini kita masih dikurniakan sebuah kerajaan yang cukup memahami akan nasib rakyatnya.Sebuah kerajaan yang diterajui oleh UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah telah menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh keikhlasan.Sebagai rakyat MMI mahu melihat kerajaan ini terus memerintah dan berusahalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat kami rakyat Malaysia.MMI tahu dan akui bahawa kerajaan ini juga ada cacat celanya namun untuk menidakkan sumbangan dan usaha mereka merupakan satu usaha sia-sia kerana yang mahu diganti adalah sebuah kerajaan pembangkang yang lebih jauh cacat celanya.Bagaimana pakatan rapuh mereka sehingga ke hari ini tidak dapat bersama dalam menyelaraskan perjuangan bersama.Semuanya atas nama kuasa dan politik.
Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang telah menunjukkan rekod yang cemerlang bahkan telah berjaya membawa negara mencapai kejayaan.Proses transformasi kerajaan,politik dan ekonomi yang telah digerakkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia jelas menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional terus memandang kehadapan dan mereka belajar dari setiap kesilapan dan berusaha mencari kaedah terbaik untuk memastikan negara terus di pacu seterusnya memberikan pulangannya kepada rakyat.
Justeru itu kedatangan tahun 2012 ini pastinya akan menyaksikan satu lagi peristiwa besar bakal berlaku di bumi Malaysia.Seluruh rakyat akan digerakkan untuk bersama-sama dalam satu lagi perayaan.Namun perayaan ini bukannya perayaan biasa ianya merupakan pertembungan buku dengan ruas , hari dimana rakyat akan menentukan siapa bakal memerintah negara.Pilihan raya ke -13 bakal mengambil tempat maka MMI mahu mengajak seluruh rakyat agar membuat pilihan tepat supaya kita tidak akan kecewa dikemudian hari.Ayuh rakyat Malaysia kita berikan sokongan dan pertahankan Barisan Nasional supaya terus menjadi teras kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kepada UMNO kita sandarkan,Kepada Datuk Seri Najib kita berikan kepercayaan,Kepada Barisan Nasional kita letakkan harapan Insyallah Malaysia bakal terus utuh dan kukuh di tahun 2012.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2012
Ikhlas
MMI.