Followers

Tuesday, 31 January 2012

Pertahankan ISRAEL ? - ANWAR Ada Agenda !


Rupa-rupanya dah 3 hari MMI tak menulis,cukup cepat masa berjalan lagi pun tak sempat sebab MMI terlibat dalam satu program penting di Kuala Lumpur.Walaupun begitu perkembangan tetap diikuti maklumlah jiwa dah terpahat untuk sama-sama membantu UMNO dan Barisan Nasional.Kali ni MMI nak mula dengan bercerita perihal Anwar Ibrahim. 

Anwar Ibrahim ni memang sah kaki penipu putar belit.Semua orang dah melihat kenyataan beliau dalam Wall Street Journal baru-baru ni yang jelas memperlihatkan usaha terdesak beliau untuk mempertahankan Israel sebuah negara Yahudi yang saban hari menekan dan membunuh rakyat Islam Palestin.

MMI melihat Anwar hari ini semakin gelabah dan meroyan apabila beliau sendiri sebenarnya telah tahu bahawa rakyat semakin menolak perjuangan PKR dan sekutunya.Lebih memeritkan lagi Anwar tahu bahawa rakyat juga semakin muak dan mula menolak beliau apabila pelbagai cerita dan pendedahan demi pendedahan dikeluarkan menyebabkan reputasinya sebagai pemimpin pembangkang terjejas.

Yang tinggal untuk terus menjadi kuda tunggangan kepada Anwar hanyalah Nik Aziz yang semakin nyanyok bersama segelintir penyokongnya.Percayalah riwayat Pas tidak akan mampu bertahan lama lagi.Sesuatu yang lebih besar dari isu pemecatan Hasan Ali akan berlaku sedikit masa lagi.Sama-samalah kita tunggu.


Pusing dan putar belitkan isu merupakan kepakaran Anwar Ibrahim.Beliau dengan jelas telah menyatakan akan pertahankan Israel alih-alih dituduh pula media Malaysia putar belitkan kenyataannya.Sedarkah beliau bahawa kenyataan itu dikeluarkan terlebih dahulu oleh Wall Street Journal yang bukannya media Malaysia?Memang dah dasar manusia hipokrit itulah kerjanya.

Ayuh rakyat Malaysia Sedarlah! Bangunlah! Buka mata lihat apa yang telah dilakukan oleh si Anwar Al-Juburi ni,memang jelas beliau adalah penyokong tegar YAHUDI ! 

Sebagai rakyat Malaysia dan beragama ISLAM bangangkah kita untuk menilai siapa Anwar apabila beliau secara terang-terangan mahu mempertahankan ISRAEL ?

Sedarkah kita siapa itu ISRAEL ? Kepada semua rakyat Malaysia terutamanya juak-juak pembangkang yang masih taksub dengan kesongsangan pemimpin-pemimpin kamu MMI bawakan secebis kisah dan peristiwa yang pada fikiran MMI ISRAEL tidak boleh sesekali dipertahankan apatah lagi oleh seorang manusia berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM.

Jom tengok,

Itu lah yang berlaku di Palestin dan tidak mustahil Anwar yang sentiasa menyokong YAHUDI dan terbaru nak mempertahankan ISRAEL sebenarnya mempunyai agenda dan strategi tertentu untuk memastikan hayat politik beliau terus bertahan.

Dengan apa yang berlaku di Palestin,MMI yakin jika manusia bernama Anwar Ibrahim ini terus dibiarkan dan diberikan kuasa tidak mustahil penghijrahan besaran-besaran orang YAHUDI seperti mana yang berlaku di Palestin boleh berlaku di Malaysia dan sudah pastinya kuasa untuk merampas Malaysia akan dibantu oleh pihak-pihak YAHUDI yang sememangnya tidak senang dengan apa yang MALAYSIA punyai hari ini.

MMI yakin boleh berlaku kerana manusia bernama ANWAR IBRAHIM ini sanggup melakukan apa saja semata-mata untuk beliau mengejar tampuk kuasa.

Bayangkan sekiranya semua ini benar akan berlaku agaknya apa akan jadi kepada kita dan seluruh rakyat Malaysia.Renungilah peristiwa dibawah yang berlaku di bumi Palestin.


Lihatlah bagaimana seorang bapa cuba menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa keganasan tentera ISRAEL dan ianya berlaku dibumi Palestin.Bumi tanah tumpah mereka sendiri.Lihatlah bagaimana Ahmad Durrah nama budak yang telah menajdi mangsa kepada keganasan tentera ISRAEL yang telah membunuhnya tanpa belas kasihan dengan 4 peluru terbenam dalam tubuh badannya.


Apa anda mahu nasib anak-anak dan cucu-cucu kita nanti turut akan mengalami peristiwa yang sama dibumi sendiri ?

Anwar Ibrahim ada agenda hati-hatilah.

Jangan kita hanya menang sorak hari ini takut-takut kedepan kita menangis sepanjang hari.

MMI.

Friday, 27 January 2012

Haram Jadah Punya Anwar !!


 “I support all efforts to protect the security of the state of Israel”, itulah kata-kata yang terpacul dari mulut Anwar Ibrahim sewaktu ditemuramah oleh " Wall Street Journal " baru-baru ini.

MMI panas telinga apabila mendengar dan mendapat maklumat ini.Apa punya bangang melayu sorang ni sampaikan sanggup nak selamatkan dan pertahankan negara Israel yang jelas dikuasai oleh yahudi laknatullah.

Kalau hanya nakkan sokongan undi daripada orang-orang bukan Islam sekalipun janganlah sampai ke tahap itu yang jelas tidak boleh diterima oleh rakyat khususnya orang-orang Melayu Islam di Malaysia.


MMI cuma nak melihat apa pandangan juak-juak penjilat punggung Anwar selepas ni.Puak-puak Pas dan pemimpin mereka seharusnya mengeluarkan kenyataan samada menyokong atau tidak dengan kenyataan terbaru Anwar ini ?

Berita Penuh Klik Sini dan Sini 

MMI yakin juak-juak Pakatan Haprak bangang pastinya akan diam dan buat bodoh.

Kepada rakyat semua nilailah....

MMI.

HIMPUN di PENANG Cuba di Sabotaj Oleh Puak Lahanat


Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) hari ini menafikan mereka mengeluarkan surat yang didakwa menggunakan tandatangan palsu anggota Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim.

Pengarah Urusetia Himpun negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, pihaknya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu dan tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kepada mana-mana masjid.

"Kami tidak perlu mengeluarkan surat untuk mengajak umat Islam menghadiri perhimpunan ini. Sudah sebulan kami gunakan segala ”networking” yang ada untuk menguar-uarkan Himpun ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau juga tidak tahu siapa yang mengeluarkan surat terbabit yang dikatakan ditandatangani Abdul Malik selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang.

Perkara itu dilapor sebuah portal berita yang antara lain menyebut surat tersebut memaparkan logo kerajaan negeri dan disebarkan kepada jawatankuasa masjid, meminta mereka menghadiri Himpun yang akan diadakan di Kepala Batas, esok.

Ternyata ada puak-puak tertentu yang kurang senang dengan HIMPUN kerana ianya dilihat mampu memesongkan sokongan orang ramai terhadap parti-parti tertentu.Jika kita berbicara soa parti sudah semestinya Pas lah yang dilihat seperti cacing kepanasan kerana gerakan yang dijalankan oleh Datuk Hassan Ali bukan calang-calang impaknya.

Pas sendiri sebenarnya turut mengakui bahawa gerakan ini mampu menyebabkan sokongan orang ramai kepada perjuangan mereka merosot.

Bagi MMI semua yang berlaku ini mempunyai hikmahnya tersendiri.Pas telah tersilap langkah dengan memecat Hassan Ali kerana mereka menjangkakan beliau akan membuat rayuan namun sebaliknya berlaku dan natijahnya Pas yang dilihat tertekan sekarang.

Kepada mereka yang diluar sana inilah Pas hari ini, penuh dengan sifat dendam dan sabotaj yang menjadi amalan dalam perjuangan mereka.

Ayuh persetankan dengan apa yang Pas buat,Kita turun ramai-ramai kita berikan sokongan kepada HIMPUN kerana perjuangan ini lebih adil dan terbaik buat kita umat Islam.

MMI.

Calon Melayu DAP Di Jangka Bertanding Di Kawasan Majoriti Melayu - PAS Bakal Beri Laluan BRAVO !


Pas dijangka memberi laluan kepada calon Melayu DAP untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya orang Melayu.

Sesuatu yang MMI nanti-nantikan terutamanya di Pulau Pinang dan kalau boleh bawalah calon tersebut bertanding di Tasek Gelugor dan Kepala Batas.Pilihlah kawasan mana yang mereka suka datang dan bertanding! Jangan bercakap saja weiii...

Kepada Guan Eng kalau lu ada teloq antar lu punya calon Melayu bertanding diantara 2 kawasan ini atau dua-dua sekali.Kepada PAS ampa pakat-pakat pi ramai-ramai pujuk Guan Eng minta dia hantar calon Melayu dari DAP lepas tu ampa yang memang terkenal sebagai keldai ni buat kerja,kempen sungguh-sungguh   maklumlah calon mesti dimenangkan.

Puak-puak AMK pula ampa mesti atur ceramah supaya rakyat boleh turun dan dengar apa yang nak disampaikan oleh calon Melayu DAP tu.Ampa puak-puak AMK jangan dok saja pakat-pakat pi jumpa Guan Eng juga dan kalau boleh minta Anwar bagi arahan.Jangan dok cakap saja weiii..

Kepada juak-juak PAS dan puak-puak PKR ampa ada teloq ka ? Ada berani ka ?

Sapa yang tengah ceramah tu ???
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku kerana Pas sejak kebelakangan ini cenderung untuk menuruti setiap kehendak DAP.

Beliau yakin Pas tidak banyak pilihan jika itu yang dikehendaki oleh parti sekutunya.

"Saya lihat dan saya percaya ini yang akan berlaku. Tidak mustahil dalam usaha DAP menarik minat sokongan pengundi Melayu, Pas sedia mengorbankan kerusi mereka untuk diberikan kepada calon Melayu DAP".

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini DAP yang kini dilihat cuba menampilkan calon-calon Melayu untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, walaupun UMNO merupakan parti berasaskan Melayu namun parti tersebut tidak pernah mengabaikan nasib serta masa depan kaum-kaum lain.

Beliau berkata, sebagai bukti meskipun pelbagai dasar telah diperkenalkan sebelum ini antaranya Dasar Ekonomi Baru (DEB), nasib kaum lain masih tidak pernah dipinggirkan.

"Ini hakikat dan sejarah yang tidak boleh dipadamkan. Manfaat DEB bukan sahaja dinikmati oleh orang Melayu malah manfaatnya turut dirasai kaum-kaum lain,'' ujarnya.

Ditanya mengenai kesan yang akan dihadapi orang Melayu jika DAP memerintah, beliau berkata, rakyat semestinya dapat membuat penilaian berhubung perkara tersebut.

"Dalam era keterbukaan ini saya yakin rakyat dapat membuat penilaian yang lebih adil iaitu pihak manakah yang mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,''.

Apa yang Guan Eng dan DAP buat ? Nak bina rumah pun tak boleh! Puak-puak PAS buat apa ? Nganga ! 

AMK ???

Sembang !!!

MMI.

Thursday, 26 January 2012

Tun Mahathir DiAnugerah Ijazah Kehormat Universiti Thailand - Azmin Malu Besar


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dianugerah ijazah kehormat kedoktoran dalam bidang Sains Politik oleh Universiti Naresuan di sini esok.


Anugerah diberikan kerana usaha berterusan dan sumbangan besar beliau kepada rakyat Malaysia dan negara-negara ASEAN.

Presiden universiti itu, Prof Dr. Suhjin Jinahyon akan menyampaikan ijazah tersebut kepada Dr. Mahathir di dalam satu majlis di sebuah hotel di sini.

Pihak universiti turut memuatkan iklan separuh muka di dalam sebuah akhbar utama berbahasa Inggeris, mengucapkan tahniah kepada Dr. Mahathir di atas penganugerahan itu.

Universiti Naresuan yang dinamakan sempena nama Raja Naresuan dibangunkan dari sebuah Kolej Pendidikan pada 1967 dan kemudiannya ditubuhkan sebagai Kampus Phitsanulok, Universiti Srinakharinwirot pada 1974 sebelum secara rasmi diberi status universiti pada 29 Julai 1990.

MMI turut teruja dengan pengiktirafan ini dan sekali lagi nama negara Malaysia diharumkan oleh pemimpin ulung yang datangnya daripada UMNO dan Barisan Nasional.

Bayangkan bangsa lain dan negara lain boleh mengiktiraf Tun Dr. Mahathir bangsa kita sendiri kerana keupayaan dan sumbangan besar beliau bukan saja terhadap negara Malaysia bahkan diakui seluruh dunia.

Tapi bangsa kita sendiri masih tidak mahu mengakui malah mengherdik serta mencaci kepimpinan negara seolah-olah mereka ini langsung tidak berjasa.Lupakah kita apabila Azmin Ali yang begitu lantang dan celupar sentiasa mencaci Tun Dr. Mahathir.

"Kepala Hotak Kau" adalah satu kenyataan yang cukup biadap dilontarkan oleh seorang manusia bernama Azmin Ali yang jelas jika di bandingkan sumbangan diantara beliau dan Tun umpama langit dan bumi.

Siapakah Azmin Ali ? Apakah sumbangan beliau terhadap negara ? Kalau setakat berjasa kepada Anwar Ibrahim dengan merelakan segala-galanya lebih baik diam daripada bercakap.


Pelbagai perkara yang menyentuh berkenaan peribadi Azmin merupakan penyebab mengapa beliau tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin apatah lagi untuk merendah-rendahkan pemimpin negara.

Seluruh negara telah mengetahui siapa Azmin melalui ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Ummi Hafilda seorang manusia yang sanggup meninggalkan keluarga sendiri semata-mata untuk mengejar kekayaan dunia dan paling tragis sanggup menggugut keluarga sendiri hanya untuk mempertahankan seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.

Hebatkah Azmin ?


Kepada Tun Dr. Mahathir,terima kasih kamu kebanggaan rakyat Malaysia.

Azmin ????? Sory...

MMI.
    

Mengapa remaja Melayu layu?


KEMERDEKAAN yang kita terima dan isi sepatutnya menjadikan remaja lebih bertenaga dan berwibawa. Sebaliknya proses pembangunan dan perubahan sosial tidak dapat dimanfaatkan oleh kebanyakan para remaja. Terdapat sebahagian remaja Melayu dalam jumlah yang agak membimbangkan terjebak dengan ketirisan jati diri dan menjalani hidup dalam keadaan keliru dan celaru. Ini boleh menyebabkan kelangsungan generasi Melayu menjadi 'layu'.

Abad ini adalah abad persaingan yang menuntut remaja yang berilmu dan mempunyai etika yang tinggi. Masalah sosial yang terjadi, penyalahgunaan dadah yang bertambah, kegiatan rempit yang berlaku, kadar penceraian yang tinggi serta amalan zina dan pembuangan bayi yang meningkat bukanlah suatu gambaran menarik kepada generasi muda. Generasi inilah yang bakal mengambil alih tampuk kekeluargaan, kemasyarakatan dan kepimpinan negara. Ia adalah gambaran suram yang menyebabkan Melayu itu bertambah 'layu'.

Ia bermula dalam pendidikan keluarga yang tidak seimbang. Anak-anak tidak dibina dalam suasana yang fitrah. Keciciran banyak terjadi dalam pembinaan keluarga dan ia menyebabkan keciciran berterusan di sekolah dan dalam masyarakat. Remaja Melayu amat terdedah dengan simpang siur, silang budaya yang kehilangan arah. Ia menyebabkan remaja Melayu mengalami sindrom ketagihan terhadap hiburan, gemar menonton filem-filem tahyul, seram dan hantu yang tidak mampu meningkatkan akal budi insani dan mudah cair dengan cabaran nafsu nafsi dan akhirnya menjerumuskan remaja Melayu ke kancah kerosakan.

Terlihat oleh kita sistem perubahan sosial berlaku dalam dua ekstrem. Di satu pihak cuba membentuk pemikiran generasi muda kearah kebaikan dan kemakrufan. Di sisi lain terdapat usaha dan kegiatan menjadikan mereka orang-orang yang lagha, cuai, dan lalai terhadap amanah keremajaan. Ia menyebabkan konflik sikap dan pemikiran terjadi. Akhirnya menyebabkan sebahagian remaja Melayu menjadi 'layu'.

Sindrom 'kelayuan' ini boleh menyebabkan remaja Melayu hilang pedoman dan arah dalam hidup dan akhirnya menjadi mangsa kepada persekitaran. Persekitaran yang tidak baik bakal membentuk pola berfikir dan binaan sikap yang lemah. Ia tidak akan menghasilkan pemikiran kreatif yang berpotensi untuk membawa perubahan dan pemikiran kompetitif untuk berdepan dengan cabaran dan saingan. Minda remaja Melayu akan menjadi lemah, suka bergantung kepada orang lain dan menjadi pengikut kepada agenda orang lain.

Oleh itu, amat penting generasi muda Melayu membina jati diri atas prinsip perubahan ke arah sesuatu. Remaja Melayu patut menginsafi bahawa ianya tidak boleh berlaku tanpa ilmu, kemahiran serta akhlak. Remaja Melayu yang jauh daripada pendidikan Islam dan tidak menjadikan Islam dan etikanya sebagai pedoman bakal terdedah menjadi mangsa zaman. Sifat zaman yang pantas berubah mengingatkan kita dengan kata-kata Saidina Umar r.a yang menyebutkan "Didiklah generasi muda dengan ilmu yang sezamannya".

Ilmu yang sesuai dengan zaman, pada hemat penulis ialah ilmu yang integratif, yang menyepadukan ilmu akal dengan ilmu wahyu (ilmu aqliah dan ilmu naqliah). Tanpa kekuatan ilmu, yang diolah secara wasatiyyah (berimbang), tidak mungkin kita mampu menyaingi terjahan globalisasi yang berlaku dengan hebatnya.

Reflektif terhadap tamadun Islam yang silam boleh membawa kepada proses integrasi dan islamisasi ilmu yang mampu mencetuskan perubahan dan tamadun. Kalau tidak, para remaja dan generasi muda akan kekal sebagai pengguna setia terhadap tamadun Barat yang belum tentu selari dengan tuntutan agama.

Para remaja yang mengikuti pendidikan agama mesti mampu membentuk pemikiran yang terbuka, tidak emosional dan taksub serta berfikir secara simplistik. Melakukan perubahan terhadap sistem menuntut pemikiran yang jelas, rancangan yang bijaksana dan strategi yang berwibawa.

Kalau pendidikan agama menjadikan para remaja gopoh berfikir, bersikap simplistik terhadap sesuatu, tidak bersedia mendengar pandangan orang lain ia bakal menghasilkan kejumudan dan kebekuan. Sikap jumud dan beku tidak boleh menghasilkan perubahan. Remaja bakal berada dalam kepompong berfikir yang lama dan tidak mampu melonjakkan diri dalam arus perubahan yang terarah.

MMI.

SYABAS PDRM - Kecekapan Anggotanya Akhiri Drama Tebusan


TERIMA KASIH , SYABAS dan TAHNIAH itulah ungkapan yang patut semua rakyat Malaysia ucapkan kepada anggota Polis Malaysia yang telah berjaya menyelesaikan satu kes tebusan melibatkan kanak-kanak di Kampung Baru baru-baru ini.

MMI turut bangga kerana negara mempunyai pasukan keselamatan yang begitu efisien dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka.Walaupun tidak dinafikan segelintir daripada anggota Polis juga tidak terlepas dari perbuatan yang tidak baik namun kejayaan menyelamatkan seorang kanak-kanak yang dijadikan tebusan adalah BUKTI bahawa PDRM sentiasa meletakkan keselamatan rakyat Malaysia sebagai perkara utama yang perlu diberikan perhatian.

Semangat 1 Malaysia jelas ditunjukkan oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian seorang kanak-kanak perempuan dijadikan tebusan di rumah sendiri di Kampung Baru pada Isnin lalu.Mereka bertepuk tangan dan bersorak riang sebaik pihak polis berjaya menyelamatkan mangsa.

Kejadian mencemaskan yang berlaku di Jalan Raja Muda Musa itu cukup mendebarkan, selama enam jam, berbagai-bagai usaha dibuat oleh polis bagi memujuk penculik bersenjatakan pisau itu. Kejadian bermula jam 10 pagi itu, menyaksikan polis mengambil pelbagai langkah bagi memujuk suspek termasuk menggunakan khidmat pakar psikiatri dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) selain memanggil teman wanitanya.

Dalam usaha memujuk itu, polis turut menawarkan KFC dan McDonalds selain minuman kepada suspek tetapi gagal.

Selepas enam jam, polis akhirnya terpaksa melepaskan empat das tembakan ke arah seorang lelaki bagi membebaskan kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang hanya dikenali sebagai 'Fifi' itu dari terus menjadi tebusan suspek.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata langkah itu terpaksa diambil setelah lelaki terbabit, yang berumur 34 tahun, bertindak agresif ketika proses rundingan.

"Tembakan tersebut terkena pada rusuk kiri suspek, bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan dan kedua-dua mereka dibawa ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) manakala mangsa dirawat bagi mengenal pasti sama ada berlaku sebarang kecederaan fizikal semasa dikurung," katanya kepada pemberita.

Zulkarnain berkata, polis menjalankan rundingan dengan turut memanggil pakar psikiatri HKL dan seorang rakan suspek untuk memujuk lelaki berkenaan, namun dia bertindak lebih agresif.

"Suspek sebelum itu secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah terbabit dan mengambil pisau di dapur sebelum menahan mangsa dan mengacukan pisau itu ke leher mangsa yang ketika itu sedang menonton televisyen bersama ibu, adik serta dua lagi sepupunya.

"Suspek kemudian mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya ada yang cuba menghampirinya, sebelum membawa mangsa masuk ke dalam bilik serta mengurungnya dan menutup bilik itu dari dalam," katanya.

Zulkarnain berkata ruang bilik yang agak kecil menyukarkan anggota polis kerana suspek boleh bertindak dengan pantas jika berasa dirinya terancam.


Beliau berkata semasa proses rundingan, suspek tidak menuntut sebarang wang tebusan sebaliknya hanya meminta agar dia tidak diapa-apakan, selain air dan dadah jenis syabu.

Polis bagaimanapun enggan memenuhi permintaan dadah tersebut kerana menyalahi undang-undang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek berasal dari Sabah dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes samun di daerah Dang Wangi.

"Suspek tidak mempunyai sebarang rekod rawatan psikiatri namun pernah memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes samun," kata beliau.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.

Sementara itu, menurut bapa mangsa, Safruddin Marlis, 47, dia berada dalam bilik semasa suspek menceroboh ke ruang tamu rumahnya.

“Saya panik apabila melihat suspek dalam keadaan separuh bogel itu bertindak mengugut akan membunuh anak saya sekiranya saya bertindak melakukan sesuatu.

“Memandangkan keadaan saya yang kurang upaya, saya tidak dapat berbuat apa-apa semasa dia mengheret anak perempuan saya ke bilik belakang,” katanya yang menggunakan kaki palsu kerana kudung.

Safruddin memberitahu, kesemua ahli keluarganya di rumah itu termasuk isteri, seorang anak dan dua anak saudaranya dapat melarikan diri semasa suspek menceroboh masuk kecuali dia yang hanya keluar dari rumah itu selepas ketibaan polis.

Katanya, dia telah tinggal di kawasan itu sejak 15 tahun lalu dan tidak menyangka kejadian tersebut boleh menimpa keluarganya.

Syukurlah semuanya selamat dan kepada semua jadikan peristiwa ini sebagai pengajaran buat kita.Pastikan pintu rumah sentiasa berkunci untuk menghalang tindakan seperti ini daripada berulang.

Apa benarkah seperti yang selalu dilaungkan oleh juak-juak pembangkang bahawa Polis Malaysia tidak efisien dalam melaksanakan tugas mereka ? 

Bagi MMI kerana efisienlah FIFI kanak-kanak yang dijadikan tebusan dapat diselamatkan.

Paling menghairankan MMI adalah terdapat juak-juak Pakatan Haprak yang dilihat langsung tidak mempercayai pasukan polis malah bertindak mempermain-mainkan arahan dan anggota polis yang terlibat.

Bagaimana agaknya jika polis tidak bertindak pada hari kejadian ? Pastinya PDRM tetap diperlukan untuk memastikan keselamatan rakyat terjamin.

TQ PDRM.

MMI.

Wednesday, 25 January 2012

PAS Sahaja Yang Baik ?


Semakin hari Pas dilihat semakin takbur dan angkuh.Kononnya merekalah yang terbaik dalam semua perkara lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan UMNO yang sememangnya telah dilabel sebagai musuh utama yang perlu dijatuhkan.

Halalkan setiap perkara melalui fatwa-fatwa oleh para ulama Pas sekiranya ia dapat membantu menjatuhkan UMNO.Itulah tindakan yang dilihat digunakan oleh kepimpinan Pas semenjak kebelakangan ini.

Mereka dilihat mampu malah akan membuat apa saja untuk memastikan rakan dan teman karib Pas iaitu DAP dan PKR sentiasa dapat bekerjasama dalam usaha untuk mengusai Putrajaya.

MMI tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah apabila beliau membicarakan tentang Islam dan sosialis.MMI turut bersetuju dengan pendapat beliau bahawa dalam politik negara hari ini segala yang baik itu pastinya datang dari Pas dan setiap perbuatan dan perkhidmatan asalkan datang dari UMNO dan Barisan Nasional pastinya akan dilabel sebagai tidak baik oleh sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Sedangkan pada hakikatnya Pas lupa bahawa mereka sedang dikuasai dan membiarkan diri dicerobohi serta tunduk kepada kepimpinan ultra kiasu. 

Jom kita ikuti tulisan artikel tersebut, 

Saya tidak menjadi masalah jika portfolio Islam diberikan kepada orang yang sekurang-kurang mempunyai sedikit asas Islam. Misalnya, bacaan dan pemahaman al-Quran dan Islamnya baik, walaupun tidaklah mencapai makam ustaz atau berlatar belakangkan pengajian Islam. Atau carilah sekurang-kurang yang pro kepada Islam. Tetapi bukan kepada yang sekular sosialis. Pada saya, tidak kena pada tempat dan tidak adil. Saya amat hairan dan pelik kenapa PAS membenarkan keadaan ini berlaku? Apakah benar dakwaan mengatakan PAS sudah menjadi semakin liberal disebabkan oleh parasit-parasit yang wujud?

Mungkin akan ada yang bertanya, Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan) juga pernah memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), sedangkan latar belakang bukanlah pengajian Islam. Jawapan saya, latar belakang Zahid Hamidi dan Hasan Ali amat berbeza dengan pemimpin ultra kiasu Selangor itu. Mereka berdua boleh memahami dan membaca al-Quran, menjadi imam dan menyampaikan khutbah dengan baik. Cuba bertanya kepada pemimpin ultra kiasu Selangor tersebut, adakah beliau juga sedemikian? Saya bimbang nanti makmum lintang pukang lari mendengar sahaja ayat-ayat suci al-Quran dialunkan ketika menjadi imam atau berkhutbah.

Lebih mengejutkan lagi, tidak ada seorangpun pimpinan PAS yang memuji Hasan Ali atau mengenangkan jasa beliau semasa berada dalam PAS dan ketika menjadi Exco Selangor. 999 kebaikan yang dilakukan Hasan Ali dilupakan begitu sahaja, hanya kerana satu ‘kesalahan kecil’ yang dilakukan. Inikah akhlak Islam? Orang PAS selalu bercakap pasal akhlak, adab dan tata susila. Namun, bila masuk bab politik, semua perkara tersebut hilang entah ke mana.

Pemuda PAS mengingatkan Hasan Ali supaya jangan menjadi kuda tunggangan UMNO. Veteran PAS mengibaratkan Hasan Ali sebagai buah busuk yang akan gugur sendiri dan banyak lagi perkara-perkara negatif yang dilemparkan kepada Hasan Ali, hanya kerana Hasan Ali, bukan lagi orang PAS.

Nampaknya, orang PAS sahaja yang baik, orang lain tidak? Kenapa ketika Hasan Ali berada di dalam PAS, yang buruk-buruk langsung tidak disebut? Habis manis sepah dibuang. Adakah ini cara PAS bertindak? Selama ini PAS selalu melabelkan UMNO sebagai kotor. Hatta, mereka yang menulis dalam media arus perdana ‘pro Umno’ pun dikatakan kotor. Semua yang dilakukan oleh UMNO-BN kotor, yang bersih hanyalah pakatan ultra kiasu ini. Sebab itu, saya tertarik dengan rasional Nasharudin Mat Isa yang juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media pro UMNO ingin menjadi anggota UMNO. Mereka sudah tidak ada ruang di medan lain, seperti Harakah, Roket dan Keadilan? Jika adapun, hanya cacian dan makian.

Pengganti Hasan Ali hanya diberikan portfolio adat istiadat Melayu, Belia dan Sukan sahaja dalam rombakan exco di Selangor. Portfolio Islam, Infrastuktur dan Kemudahan Awam diambilalih oleh pemimpin tertinggi Selangor ultra kiasu. Agak terkejut juga apabila pemimpin kanan PAS yang dilantik menggantikan Hasan Ali, tidak lagi diberikan amanah berkaitan dengan Islam, sedangkan PAS dan Islam sudah sinonim.

Menurut kata ultra kiasu tersebut, perlantikan dan rombakan exco ini telah dipersetujui oleh kepimpinan PAS. Nampaknya PAS terus tunduk kepada ultra kiasu. Sebelum ini, presiden PAS menegaskan, parti itu tidak pernah tunduk kepada kehendak atau tekanan mana-mana pihak termasuk parti komponen Pakatan Rakyat terutamanya DAP seperti yang didakwa. Beliau berkata, Pakatan Rakyat sentiasa mengamalkan konsep terbuka dan segala masalah diselesaikan dengan baik. Persoalan saya, apakah benar?

Di manakah akhlak kita sebagai umat Islam ? Klik Sini untuk artikel penuh.

MMI.

Apa Ke Halnya Orang Tua Ni?


MMI kategorikan manusia jenis ini sebagai mereka yang hanya pentingkan diri sendiri.Kadir Sheikh Fadzil dulunya bukan main kesana kemari membawa mesej kerajaan dan dilihat sebagai seorang pemimpin yang cukup mudah didekati.Namun sejak akhir-akhir ini dilihat sudah mula menunjukkan taring tumpulnya apabila dilihat turut berada bersama-sama Anwar Ibrahim.

Soal beliau tidak lagi mahu menyokong kerajaan tidak penting disini yang menjadi persoalannya mengapa baru hari ini beliau mula menghentam UMNO dan bergerak secara jelas membuktikan sokongannya terhadap Anwar Ibrahim ?

Apa pun itu hak masing-masing dan mereka berhak untuk memilih dan membuat keputusan.Namun yang menjadi persoalan sekarang ini bagaimana pula dengan saudara-saudara dan adik beradik Kadir Sheikh Fadzil hari ini yang masih dalam UMNO?

Nampaknya setakat hari ini diam saja,apa mungkin sesuatu sedang dirancang atau berkonsepkan politik masing-masing ?

Agaknya Kadir Sheikh Fadzil lupa bahawa segala yang dinikmati oleh beliau malah keluarganya berpunca daripada UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.Kestabilan ekonomi negara lah yang menjadikan Kadir Sheikh Fadzil hari ini.Tapi MMI faham manusia ni kadang kalanya terlupa,benarlah kata-kata Tun Dr. Mahathir Melayu Mudah Lupa.

Baru-baru ni MMI bertemu seorang kenalan dan beliau baru sahaja menceritakan bahawa rumah yang dimiliki oleh Kadir Sheikh Fadzil ni cukup hebat bahkan disamakan dengan filem-filem hindustan apabila mempunyai ruang dan tangga yang istimewa.



Hang kena tengok ! kata kenalan MMI tadi.

"Ishh hang ni jangan mengata kat orang,tu usaha dia kerja buat dia selama ni mana ada sapa-sapa tolong sebab tulah dia boleh ada semua tu " kata-kata yang terpacul dari mulut MMI.

Kepada semua jom kita sama-sama teruskan perjuangan dan jadikan pedoman dengan apa yang berlaku supaya kedepan kita tidak dicop sebagai pengkianat!

Hidup Melayu !

MMI.

Tuesday, 24 January 2012

Kronologi Insiden Di Jalan Kebun - Hindraf & CheguBard Puncanya


MMI baru saja mendapat maklumat penuh kronologi insiden kekacauan di Jalan Kebun yang heboh dicanang oleh juak-juak Pakatan Haprak sebagai berpunca daripada pemuda UMNO.Sebelum ini MMI ada bawakan berkenaan insiden ini dalam artikel bertajuk Bukti-CheguBard dalang gangguan ceramah Mat Sabu Di Shah Alam dan kali ini MMI bawakan kepada semua kronologi insiden tersebut yang dipetik daripada semaremas.blogspot.com yang menceritakan bagaimana kekacauan tersebut berlaku.Jom kita ikuti perjalanan insiden tersebut.

Rakan bloger SEL 13 telah menceritakan punca sebenar kekecohan yang berlaku di Jalan Kebun tempohari (Sabtu Malam Jumaat / 21/1/12). Chegubadtuya menganjurkan satu Majlis Ceramah Politik bersifat Fitnah Hasutan berbaur perkauman di sebuah kawasan 100% majoriti penduduk Melayu Islam.

Di jemputnya HINDRAF sebuah pertubuhan haram bersifat rasis, anti Islam dan anti Melayu. HINDRAF memang terkenal dengan sifat permusuhan, biadap dan kurang ajar kepada semua orang Melayu dan orang Islam. Chegubadtuya menganjurkan majlis fitnah hasutan itu tanpa pengetahuan DUN Sri Muda, PKR Pusat dan JKKKP mahupun JKKK Jalan Kebun. Kampung Jalan Kebun terletak di antara sempadan daerah pentadbiran Kelang dengan Shah Alam. Mempunyai penduduk seramai 6 000 orang. Sebuah perkampungan Melayu tradisional yang amat kuat semangat kemelayuan, tinggi semangat kejiranan, amat tekun beribadat dan tidak berpecah-belah walaupun berlainan fahaman politik. 

Kampung Jalan Kebun adalah di bawah DUN Sri Muda (PKR). Masjid kariah Kampung Jalan Kebun sentiasa penuh dengan jemaah walaupun pada waktu zohor di hari bekerja. Sejak zaman berzaman dan turun temurun penduduk Kampung Jalan Kebun sangat sensitif dalam soal agama dan bangsa.Jadi anda sendiri tentulah faham bahawa kekecohan yang berlaku sudah tentu dimulakan dan dicetuskan oleh HINDRAF di atas sanksi (perlindungan) Chegubadtuya. SEL 13 menulis :-

MAJLIS

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin telah menganjurkan satu majlis ceramah yang dinamakan Tamatkan Rejim Umno dan juga kempen ABU (Asal Bukan Umno) di Dewan MBSA Kampung Jalan Kebun. Pertubuhan haram hindraf dan Pas turut sama terlibat dalam menjayakan program berkenaan. Penganjuran program tidak dimaklumkan kepada pihak polis. Kampung Jalan Kebun terletak dalam Dun Sri Muda yang mana wakil rakyatnya adalah dari parti PKR. Adun berkenaan juga tidak dimaklumkan tentang penganjuran program tersebut oleh Badrul Hisham.

PUNCA PERGADUHAN

Seperti yang kita semua tahu, pengikut-pengikut hindraf kurang ajar. Mereka pernah menyerbu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri pada tahun 2008. Mereka masuk ke kampung melayu dan buat seperti kampung mereka. Langsung tidak tahu untuk menghormati adat dan agama orang lain. Bukan setakat tidak tahu hormat, malah mereka melakukan provokasi terhadap penduduk kampung pula. Pada jam 7.30 malam iaitu pada waktu Maghrib, penyokong-penyokong hindraf berkumpul di tepi jalan di hadapan dewan tempat ceramah diadakan dalam keadaan bersorak dan menjerit-jerit sambil mengibarkan bendera hindraf. Gelagat mereka telah mengundang kemarahan penduduk kampung kerana mereka tidak menghormati waktu Maghrib serta penduduk sekitar. Penduduk memberi amaran , tetapi mereka tidak mengendahkannya. Berita tersebut tersebar ke serata kampung. Berduyun-duyun penduduk kampung datang ke dewan berkenaan. Berlaku pertengkaran dan cabar mencabar yang membawa kepada pergaduhan. Sewaktu pergaduhan berlaku Badrul Hisham selaku penganjur utama menyembunyikan diri. Selepas semuanya selesai barulah dia muncul dengan berlagak sebagai seorang hero.

ULASAN PERISTIWA

Dalam hal ini kesalahan perlu diletak diatas bahu penganjur,kerana mereka yang menyalakan api terlebih dahulu.Pergaduhan tidak akan berlaku sekiranya penganjur tidak memilih lokasi di kawasan yang sensitif. Banyak lagi dewan lain yang ada untuk mereka mengadakan ceramah , tetapi kenapa mereka heret hindraf ke kawasan melayu yang sensitif ? Tidak lain tidak bukan untuk tujuan provokasi.
Pergaduhan juga tidak akan berlaku sekiranya penyokong-penyokong hindraf tidak bersorak-sorak sambil mengibar bendera di tepi jalan pada waktu Maghrib.
Sekiranya Adun Sri Muda dari parti PKR dan pihak polis dimaklumkan terlebih dahulu tentang penganjuran ceramah di kawasan berkenaan ,sudah pasti mereka juga akan menghalangnya kerana mereka tahu keadaan tempat tersebut.
Kebiasaannya ceramah-ceramah politik diadakan selepas waktu Isyak. Tetapi di Kampung Jalan Kebun pada hari berkenaan ceramah bermula serentak dengan waktu Maghrib.
Badrul Hisham memang terkenal sebagai seorang kaki provok dan orang yang suka menimbulkan kekacauan. Tidak mustahil dia telah merancang semua itu supaya pergaduhan tercetus kerana ingin mencari publisiti murahan.
Badrul cuba menyalahkan pihak polis dengan menuduh polis lambat bertindak. Selama ini dialah orang yang terkenal dengan sikap suka memaki hamun polis.
Dalam hal ini polis tidak boleh dipersalahkan. Apabila sudah tersepit barulah dia ingatkan polis. Kenapa sebelum anjurkan program dia tidak maklumkan kepada polis ?
Itulah sebabnya penting keizinan atau permit dari polis diperolehi sebelum sesuatu program dianjurkan. Ini bertujuan supaya senang pihak polis bersedia jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Pada fikiran Hamba, Chegubadtuya memang sengaja mahu mencetuskan ketegangan kaum. Si penjahat/penghasut itu sengaja memilih lokasi Kampung Jalan Kebun dan menjemput HINDRAF ke situ. Segala unsur dan adunan untuk mencetuskan ketegangan kaum adalah secukup rasa. Segalanya berlaku dengan perancangan teliti. Beginilah sikap orang PKR seperti Chegubadtuya. Anda perlu ingat Chegubadtuya ini ada pertalian darah dengan Anwar Ibrahim.

Justeru itu, penganjur dan HIDRAF lah yang bertanggungjawab ke atas insiden di Kampung Jalan Kebun. Kepada bloger pakatan yang mewarisi genetik tolol Chegubadtuya dan Anwar Ibrahim berhentilah menyebarkan fitnah menyalahkan UMNO. Tak takut dosa ke?

Kepada pengundi dan rakyat Malaysia adakah parti politik murahan seperti PKR DAP PAS ini yang masih menyimpan begitu ramai genetik tolol seperti Chegubadtuya anda hendak pilih jadi pemerintah? Huru hara lag negara dan hancurlah agama jika mereka di pilih.


MMI.

Penangan Gong Xi Fa Cai


Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai merupakan salah satu perayaan kaum terbesar dalam masyarakat di Malaysia.Perayaan ini di sambut penuh meriah oleh masyarakat Cina dan turut tidak ketinggalan bersama-sama meraikannya adalah pelbagai bangsa yang telah menjadi sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.Ianya merupakan salah satu keunikan yang terdapat di Malaysia apabila semua kaum menghormati kaum yang lain dalam setiap perayaan dengan saling kunjung mengunjung antara satu sama lain.Inilah yang menjadikan Malaysia cukup dicemburui oleh negara-negara luar dan juga juak-juak pembangkang.

Namun apa yang MMI nak bawa kali ini adalah berkaitan sambutan Gong Xi Fa Cai pada tahun 2012.Pernahkah kita terfikir bahawa setiap kali perayaan ini disambut maka seluruh rakyat Malaysia sebenarnya dihidangkan dengan satu pertunjukkan besar-besaran oleh masyarakat berbangsa Cina.

Pertunjukkan apa agaknya ? Pasti ramai yang tertanya-tanya..


Inilah pertunjukkannya,apabila tiba hari perayaan Tahun Baru Cina sudah pasti setiap pusat komersial atau komplek membeli belah akan lengang dan hampir kesemua kedai-kedai jualan akan ditutup.Terdapat sebahagiannya yang menampal notis makluman perniagaan akan ditutup selama 5 hari atau seminggu.



MMI yang mengambil peluang hari cuti tersebut telah membuat tinjauan sendiri di salah sebuah komplek perniagaan di Pulau Pinang dan kebetulan membawa keluarga sekali untuk keluar berjalan-jalan namun hampa kerana hampir semua kedai di tutup sempena cuti Gong Xi Fa Cai.Walaupun terdapat beberapa kedai yang membuka perniagaan mereka tetapi jelas dilihat kedai-kedai tersebut diselia oleh pekerja-pekerja berbangsa Melayu dan India.Berapa kerat sangat orang Cina yang MMI jumpa bekerja pada hari tersebut.




Inilah yang kadang-kadang orang kita terlepas pandang,Jika diamati senario ini ianya jelas memperlihatkan bahawa orang-orang Cina menguasai ekonomi yang kadang kalanya menyebabkan bangsa lain di Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan ekonomi mereka.

Bayangkan untuk menempah atau membuat pesanan sesuatu barangan kadang kala terpaksa ditangguhkan semata-mata kerana perayaan Gong Xi Fa Cai.Itulah hakikatnya yang perlu kita terima sebagai sebahagian daripada masyarakat Malaysia yang menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara.

MMI bukan menidakkan keupayaan bangsa lain khususnya orang Melayu dalam soal ekonomi tetapi kita harus melihat kedepan dan terus berusaha untuk menjadi bangsa penentu kekuatan ekonomi negara.Bagi MMI Melayu perlu terus berusaha dan kalau perlu terus dibantu untuk menjadikan bangsa kita sebagai bangsa penentu kepada ekonomi negara dengan mempunyai keupayaan dan kekuatan dari pelbagai sudut.

Persoalannya sedarkah kita bahawa bangsa Melayu masih ketinggalan dari sudut ekonomi jika dibandingkan dengan bangsa lain khususnya bangsa Cina dan tahukah kita betapa sikap bergantung sepenuhnya kepada pembekal-pembekal Cina akan menyebabkan bangsa kita terus-terusan menjadi mangsa kepada kerakusan penentuan harga barangan dan seterusnya menyebabkan harga barangan di pasaran meningkat naik.

Sikap kebergantungan ini perlu diubah dari masa ke semasa supaya akhirnya nanti bangsa Melayu mampu menjadi pesaing malah menjadi kuasa penentu kepada barangan dan harga.

MMI melihat telah wujud usaha ini daripada pihak kerajaan apabila YAB Perdana Menteri melancarkan Kedai Rakyat 1 Malaysia dimana ianya menawarkan harga yang rendah dengan produk yang berkualiti.Selain itu barangan-barangan di Kedai Rakyat 1 Malaysia turut dibekalkan oleh pembekal-pembekal dari kalangan usahawan bumiputera terdiri daripada mereka yang terlibat dalam Industri Kecil Sederhana (IKS).

Semoga usaha ini bakal memberikan impak yang baik kepada bangsa Melayu dalam kita menuju negara maju.

MMI bukan rasis dalam soal ini namun teruja untuk melihat semua bangsa baik Melayu,Cina dan India mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dalam semua perkara khususnya soal ekonomi.

Yakin dan percaya dengan kekuatan semua pihak dan gerak kerja kerajaan Barisan Nasional dalam usaha  memberikan yang terbaik untuk semua,Malaysia dan rakyatnya pasti berjaya.Insyallah.

"Tokey limau satu kotak! Aiya kena tunggu lepas raya woo,sikalang sudah cuti maa..."

MMI.

BUKTI PAS Tertekan Dengan BR1M - Pemimpinnya Mula Meroyan


Semenjak kerajaan mengumumkan akan melaksanakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M ramai di luar sana telah mula memperkatakan tentangnya.Pergilah kemana saja pastinya persoalan bagaimana untuk memohon,perlu ke LHDN atau tidak,siapa yang layak memohon dan banyak lagi persoalan-persoalan lain sentiasa diutarakan.

Alhamdulillah setelah segala proses peringkat awal selesai maka hari ini kita mula menyaksikan pemberian BR1M sudah mengambil tempat.Pemberian ini dijalankan mengikut kumpulan dan setakat ini semuanya berjalan lancar.Klik Sini

Namun satu perkara yang pasti puak-puak PAS sudah mula panas punggung apabila pemberian BR1M ini dilihat mampu menggoncang serta meruntuhkan sokongan rakyat kepada Pas dan perjuangannya yang semakin kabur.

Terbaru PAS mengingatkan Umno BN agar tidak mendabik dada mendakwa wang RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang disalurkan ketika ini adalah wang dari kocek parti itu.


Sebaliknya kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, wang tersebut adalah wang rakyat hasil dari pelbagai sumber yang dibayar kepada kerajaan.

"Umno jangan "perasan" Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 wang kocek Umno. Kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah pemberian Umno BN. 

"Pada hal ini ialah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

MARAHKAN KAIN RENTANG Hehehehe

Beliau turut mengulas kain-kain rentang yang sedang dipasang Umno BN di serata kampung sempena pengagihan wang tersebut kepada rakyat.

Kain-kain rentang itu ujar Idris seolah-olah mendakwa duit RM500 yang sedang diagihkan kepada rakyat yang berpendapatan kurang RM3000 itu adalah duit Umno dan bukan duit hasil cukai yang dibayar rakyat.

"Semua rakyat yang layak wajib ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang Umno," tegasnya sambil menyifatkan ianya hanya modal kempen untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya.

Yang peliknya kenapa si Idris ni meroyan tak tentu pasal ? Hahaha siap kata ini duit rakyat pula,Dulu waktu Guan Eng bagi RM100 kepada warga tua di Pulau Pinang kenapa mangkuk ayun Idris ni tak bising.Patutnya masa tu jugalah dia kena bagitahu Guan Eng dan rakyat Pulau Pinang yang duit RM100 itu adalah duit rakyat dan ianya turut merupakan duit orang-orang UMNO dan Barisan Nasional.Kenapa tak buat ? Oppsss MMI lupa yang puak-puak Pas ni Guan Eng dengan DAP pandang sebelah mata ja.

Paling tak tahan sampaikan kain rentang pun si Idris ni komplen.Apa punya bangang , Meh nak bagitahu sikit, Alo Idris itu kain rentang tak pakai duit kocek kamu pun apatah lagi duit Pas.Ternyata sikap dan perangai si Idris ini membuktikan bahawa Pas semakin tenat dan meroyan bilamana BR1M ini mendapat maklum balas positif daripada rakyat dan signal sedikit sebanyak telah diberikan oleh rakyat untuk menyokong Barisan Nasional dalam PRU ke-13 nanti.

Bagi kerajaan pemberian BR1M ini bukanlah sebagai gula-gula untuk menarik rakyat supaya mengundi BN tetapi atas dasar komitmen dan gerak kerja berterusan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional.Klik Sini.MMI juga percaya rakyat bukannya bodoh,rakyat semakin matang dan mereka melihat siapa yang bekerja dan siapa yang hanya banyak bercakap.

Pakatan Haprak khususnya Pas ternyata amat bimbang dengan merosotnya sokongan rakyat terhadap mereka.Sebab itulah segala tabung dan kempen digerakkan pada setiap kali program anjuran Pas.Kepada juak-juak Pas dan Pakatan Haprak sedarlah diri tu sikit buat kerja tidak,menyumbang idea tidak alih-alih nak hasut rakyat pula supaya membenci kerajaan.Apa punya bangang pemimpin macam ni.

Semua tindakan yang ditunjukkan oleh Pakatan Haprak khususnya Si Idris ni jelas memperlihatkan mereka makin tersepit dan cukup tenat dalam usaha nak mengharungi PRU ke-13.    

MMI.


Monday, 23 January 2012

Pengkianat Bangsa - DAP Di Cabar Tunjuk Angka


DAP sebuah parti yang dilihat semakin meroyan sekarang ini tengah sibuk mencanang ke seluruh negara bahawa mereka telah berjaya mendapatkan penyertaan orang Melayu bersama mereka.Kiranya hebatlah sebab dah ada orang Melayu dalam DAP.Semestinya semua ini menjurus kepada persediaan mereka untuk menghadapi pilihan raya.Bila dah bercakap soal pilihan raya maka sudah tentulah orang-orang melayu tadi akan diletakkan sebagai calon.

Bagi MMI tampilkan siapa saja calon yang penting adalah hala tuju parti dan sejauh mana parti tersebut boleh diterima rakyat.Jangan lupa rakyat bijak menilai dan merekalah yang bakal menentukan sejuah mana calon-calon mampu bekerja.

Setakat Kemasukan Dato Ariff Sabri bekas ADUN BN Pulau Manis di Parlimen Pekan, kemasukan Aspan Alias veteran UMNO dari Negeri Sembilan dan kemasukan bekas Presiden NUJ Hatta Wahari dalam DAP tidak sesekali menjejaskan UMNO dan Barisan Nasional.

Malah kemasukan mereka merupakan  " turning point " yang cukup baik kepada UMNO khususnya untuk menghadapi pembangkang terutamanya DAP dalam pilihan raya nanti.

Dari kiri : Aspen Alias,Mohd Hata Wahari & Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz 
MMI Cabar DAP ! Kalau dah rasa berani sangat bawalah calon-calon Melayu ni untuk bertanding di Pulau Pinang dan pastikan mereka bertanding sama ada DUN atau Parlimen di kawasan Kepala Batas atau Tasek Gelugor.MMI minta mereka bertanding disini kerana dikawasan ini majoritinya Melayu dan sudah semestinya calon Melayu DAP perlu bertanding disini.sebabnya biar kita bagi Melayu DAP lawan Melayu UMNO.

Baru kita tau sejauh mana kuatnya Melayu bangang DAP ni !! 

Amacam Gun Eng ada berani ?

Kalau setakat nak war-warkan ada orang Melayu yang masuk DAP jangan sembanglah.

MMI turut memuji tindakan Khairy Jamaludin yang mencabar DAP untuk tunjukkan angka puak-puak bangsat pengkianat Melayu ni yang masuk DAP.Setakat bercakap siapa pun boleh,kepada Guan Eng kalau boleh buat sidang media dan pamerkan wajah-wajah bangsat-bangsat pengkianat Melayu yang bersama kamu hari ini supaya senang seluruh rakyat malaysia dapat tengok.

Sinar Harian,

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaludin menyifatkan senario semakin ramai orang Melayu menyertai DAP perkara biasa, bukannya masalah besar kepada perikatan tersebut.

Sebaliknya beliau yang juga Ketua Pemuda Umno menambah, ternyata DAP cuba membesarkan isu tersebut dan mahu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu menunjukkan bukti jika benar ramai menyertainya.

"Kalau benar Melayu ramai masuk DAP, saya cabar mereka buktikan berapa ramai dah masuk," katanya di sini hari ini.

Hahaha MMI geli hati sebab puak-puak bangsat ni pilih DAP bukan Pas hehehe nampak sangat,

Kalau dalam cerita P.Ramlee ada sebut " Baik,baik ada makna tuuuuuu " 

MMI.

Sunday, 22 January 2012

BUKTI CheguBard Dalang Gangguan Ceramah Mat Sabu Di Shah Alam


Gempar apabila satu ceramah yang turut dihadiri oleh Mat Sabu diserang oleh sekumpulan lelaki di Shah Alam malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.



Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.

Menurutnya, sekumpulan lelaki yang menyerang dengan menggunakan kayu dan topi keledar itu menyebabkan seorang lelaki berusia 40-an terpaksa dibawa ke Hospital Sentosa untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan di bahagian kepala.

Namun jika diteliti setiap kenyataan dan gerak laku CheguBard berkenaan insiden ini ternyata semuanya telah dirancang oleh beliau sendiri.

Ini adalah kenyataan daripada CheguBard sewaktu berada didalam dewan.



Hebat bukan ? Tapi bagaimana dengan begitu cepat Si CheguBard ini boleh terus menuding jari kepada UMNO ? Apa benarkah insiden ini berlaku disebabkan angkara UMNO ? Bukti apakah yang diguna pakai oleh CheguBard untuk menuduh UMNO terlibat ?

Sebenarnya beliau sebagai penganjur telah merasakan bahawa sambutan yang diberikan cukup dingin dan untuk menutup malu sesuatu perlu dilakukan.Kehadiran Mat Sabu Timbalan Presiden Pas hanya mampu menarik kehadiran 100 orang merupakan satu kegagalan kepada Pakatan Haprak.

Jelas rakyat semakin menolak Pakatan Haprak!

MMI juga nak mengajak semua untuk melihat bagaimana dengan cepat sekali CheguBard telah menyiarkan artikel dalam laman FB nya dengan menuduh serangan daripada pemuda UMNO dan mengajak semua penyokong Pakatan Haprak untuk hadir ke lokasi beliau berada.


Inilah permainan politik murahan CheguBard yang dilihat terkial-kial untuk menonjolkan dirinya dikalangan barisan pemimpin kepercayaan Anwar.

Membawa masuk Hindraf ke Jalan Kebun ternyata mengundang kemarahan penduduk.MMI bawakan kepada anda semua video untuk disaksikan sendiri kejadian tersebut serta bagaimana provokasi-provokasi jelas dimainkan oleh Hindraf.Jangan lupa juga anda perlu lihat kepada reaksi orang-orang Melayu bangang penyokong Hindraf  yang berada dalam dewan tersebut sewaktu kejadian.Lihat juga dimana kelibat CheguBard ketika ini kalau tidak menyembunyikan diri.Lihat juga sekali lagi lakonan puak-puak bangang ini yang kononnya tercedera.

  

Sebagai seorang rakyat Malaysia,MMI juga tidak bersetuju cara dan kaedah kumpulan tersebut mencetuskan kekacauan namun apabila tuduhan diarahkan kepada pemuda UMNO ianya dilihat sebagai satu tindakan melampau yang dilakukan oleh kumpulan yang terdesak.

Bayangkan jika rumah anda dimasuki oleh mereka-mereka yang tidak dikenali dan merupakan kumpulan pelampau apa agaknya tindakan anda ? 

Begitu juga dengan tindakan CheguBard yang membawa kumpulan HINDRAF hadir ke ceramah tersebut.Kehadiran merekalah sebenarnya yang mencetuskan kekacauan dan boleh mencetuskan pergaduhan kaum.CheguBard dilihat sengaja mempergunakan elemen ini untuk membangkit sentimen pergaduhan kaum yang boleh merosakkan negara.Beliau sepatutnya lebih arif berkenaan dengan perkara ini namun masih tetap melakukannya dan MMI yakin semuanya atas satu perkara politik dan kuasa.

MMI.

Labels