Followers

Monday 28 January 2013

Akaun FB Rafizi Di Godam Rafizi ???


Pagi tadi MMI ada keluarkan entri tentang permohonan maaf oleh Rafizi terhadap saman yang dikeluarkan oleh Zahid Hamidi kepada beliau.Namun ianya diberitakan palsu dan menurut kenyataan daripada Rafizi sendiri akaun Facebook miliknya telah digodam ataupun diceroboh oleh pihak yang tidak dikenali dan secara semborono menuduh pula ianya adalah kerja buat Cybertroopers UMNO.Baca Sini 

Huh hebat sungguh mamat ni belum apa-apa dah boleh nampak siapa dalangnya.Kira hebatlah ilmu apa yang Rafizi pakai ? 

Memanglah dalam dunia maya ni kita tak boleh nafi perkara sedemikian boleh berlaku.Tapi dalam kes Rafizi ni sejauh mana BENARnya akaun fb miliknya di godam ?

Dalam keadaan dan suasana yang semakin hampir untuk pilihan raya ditambah pula dengan isu yang kini melanda Rafizi kemungkinan ianya bukan kerja buat penggodam juga boleh diambil kira.

Pernahkah kita terfikir apa punca dan gunanya jentera maya UMNO menceroboh akaun fb milik Rafizi ? Apakah ianya dilakukan semata-mata untuk membuat lawak bodoh yang kita tahu boleh diperjelaskan oleh si tuan punya badan dalam sekelip mata sahaja.

Untuk makluman Rafizi , cybertroopers UMNO banyak lagi kerja lain yang boleh dilakukan daripada menggodam akaun fb Pengarah Strategi yang tak menjadi ni.Malah kalau setakat nak buat cerita-cerita bodoh macam ni tak perlu sampai nak ceroboh akaun orang sebab kita boleh saja publishkan dalam blog ataupun saluran yang sedia ada.

Bukannya susah tapi kalau puak Pakatan Haprak memang kerja ni makanan depa lah !! sampaikan memo kementerian pun boleh buat siap print lepas tu masuk dalam blog...Agak-agak lah bro nak menipu pun !!

Yang sebenarnya tuduhan Rafizi bahawa akaun fb miliknya telah digodam (oleh cybertroopers UMNO) adalah semata-mata kerana beliau perlukan publisiti singkat untuk membuat 'come back' seperti mana yang selalu dibuat oleh Papa beliau , Si Anwar Ibrahim.

Malah jika akaun seseorang users sedang digodam, users tersebut tidak boleh menggunakan application tersebut langsung. Walhal, timelines fb si Rafizi ni berjalan seperti biasa. 

Seperti apa yang kita tahu sekarang, nama beliau yang semakin pudar dan senyap sepi ditindih nama Abby Adabi. So, dia terpaksa menggunakan 'point' ini sebagai satu titik permulaan untuk pembentukan rancangan barunya semula kerana masa sudah suntuk. Maklumlah pemimpin-pemimpin pembangkang kan tengah tergedik-gedik nak isi kerusi untuk PRU dah.Baca Sepenuhnya 

Ni semua cerita lama beb..Sebab tu MMI kata pengarah strategi apa kalau strategi yang dipakai orang lain boleh baca , alamak malu la weiii...Ang tu pengarah strategi parti !!!

Kalau betul seperti dakwaan Rafizi maka buktikan ianya kerja buat Cybertroopers UMNO ! Sebab kalau tak boleh buktikan maka sesiapa saja boleh berbuat demikian termasuk juga juak-juak pencacai maya Pakatan Haprak.

Tapi ada lagi satu senario yang boleh berlaku yang mungkin banyak pihak tak terfikir ! 

Rafizi sendiri boleh melakukannya...Siapa yang nak tau ???

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels