Followers

Saturday 3 August 2013

AURAT ~ MAJLIS FATWA Tiada Cadangan Larang Atlet Bersukan ??

Contoh
Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan tiada larangan dikenakan kepada atlet dalam sukan tertentu seperti renang, gimnastik dan bina badan selagi mereka mematuhi beberapa garis panduan berpakaian yang ditetapkan, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad.

Bagaimanapun, katanya yang menganggotai Majlis Fatwa - bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai khususnya umat Islam di negara ini, Majlis Fatwa akan mengeluarkan garis panduan bagi menjelaskan hukum yang lebih tepat dan terperinci berhubung beberapa jenis sukan yang mendedahkan aurat.

"Sekarang ini heboh pasal masalah ratu cantik... kita tidak ada fatwa dan yang lain juga tak diperjelaskan.

"Jadi saya rasa perlu dibuat garis panduan berhubung penyertaan wanita dalam sukan, macam sukan renang dan sebagainya... apakah garis panduan menurut Islam? Itu penting,"

Menurut Hassan, untuk tujuan itu, pihaknya juga telah memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya mengadakan penyelidikan yang lebih teperinci berhubung garis panduan berkenaan.

"Perkara ini telah saya maklumkan kepada JAKIM di bahagian penyelidikan minta supaya membuat satu garis panduan berhubung penyertaan wanita dalam sukan menurut Islam.

"Saya juga telah maklumkan kepada JAKIM agar berbincang untuk adakan penyelidikan dan kemudiaannya kami akan bincangkan," katanya.

Menurut Hassan, garis panduan yang bakal dikeluarkan bukan setakat untuk wanita sahaja tetapi juga akan meliputi cara berpakaian bagi lelaki ketika bersukan.

"Garis panduan itu bukan setakat wanita sahaja orang lelaki pun kena adalah.

"Bagi pandangan saya perlu diperincikan dari hukum secara umumnya memanglah mendedahkan aurat adalah haram tetapi ia perlu diperincikan lagi mengenai jenis-jenisnya," katanya.

Awal minggu ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan hukum yang lebih tepat dan terperinci berhubung beberapa jenis sukan yang mendedahkan aurat.

Katanya, berikutan larangan umat Islam menyertai pertandingan ratu cantik, beberapa pihak juga mula tampil mempersoalkan kewajaran berpakaian beberapa atlet sukan seperti renang, gimnastik dan bina badan yang dibenarkan bertanding.

Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd. Wahid ketika dihubungi menegaskan bahawa tiada keperluan untuk Majlis Fatwa mengeluarkan hukum terbabit kerana sudah termaktub dalam Al-Quran dan hadis mendedahkan aurat itu adalah haram.

Bagaimanapun, beliau menyarankan Khalid  yang juga ahli Parlimen Shah supaya memanjangkan gesaannya kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk diteliti dan dibincangkan.  

"Mendedahkan aurat ini memang sudah ada hukumnya dalam Al-Quran dan dalam hadis juga sudah dijelaskan ia adalah haram, jadi fatwa ini sebenarnya mengeluarkan hukum yang tidak wujud dalam nas Al-Quran ataupun hadis. 

"Jadi kalau hukumnya sudah ada tidak perlu lagi mengeluarkan hukum yang lebih tepat... maksudnya kalau hukum sudah ada, hukum mendedahkan aurat itu tidak boleh jelas aurat macam mana, siapa... manusia ini ada peringkat-peringkat dia boleh dedah aurat pada siapa, tidak boleh dedah pada siapa semua ada dijelaskan dalam kitab Al-Quran," katanya.

Menurut beliau hukum mendedahkan aurat amat jelas, hatta dalam solatpun sekiranya aurat terdedah, sembahyang seseorang itu tidak sah.

Polemik atlet berpakaian mendedahkan aurat timbul apabila tercetusnya kontroversi empat peserta beragama Islam berkeras untuk menyertai Pertandingan Ratu Cantik Miss World 2013 baru-baru ini walaupun larangan itu telah difatwa dan diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.sumber 

Mungkin akan ada suara-suara sumbang yang akan mempolitikkan isu ini , namun dari pemerhatian MMI ianya adalah langkah yang paling baik dan semakin baik apabila isu ini sudah mula mendapat perhatian mereka-mereka di atas sana.

MMI sejak dulu menantikan tindakan-tindakan sebegini kerana melihat kepada konsep dan dasar kerajaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Ayuh semua sama-sama kita doakan semoga apa ianya menjadi kenyataan dan kita sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak lagi gusar dan malu sendiri apabila melihat ada di kalangan mereka yang sebangsa dan seagama dengan kita masih lagi mamai dan buat bodoh dengan isu serius seperti ini.

Kepada agensi kerajaan dan pihak terbabit khususnya Kementerian Belia & Sukan , usahakan supaya ianya menjadi kenyataan dan jangan sesekali memberikan alasan yang tidak munasabah kerana aurat bukan sesuatu yang boleh di buat main-main.

Psst tak rugi apa pun kalau Malaysia menolak acara sukan yang keterlaluan dari segi etika pakaiannya !!

MMI

1 comment:

  1. Dilarang atau tidak, mendedahkan aurat haram dan berdosa, moga sempat bertaubat !

    ReplyDelete

Labels