Followers

Monday 12 August 2013

PAU13 Sesuatu Yang Menarik Sedang Berlaku ..


Berdasarkan keputusan pucuk pimpinan tertinggi untuk melihat UMNO terus relevan dan mampu terus menjadi payung kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya , proses tranformasi politik yang sedang dilakukan dalam parti kini menampakkan perkembangan positif.

Seperti semua sedia maklum parti UMNO kini sedang melakukan perubahan khususnya dalam soal pemilihan parti dengan membuka ruang kepada lebih ramai ahlinya untuk menjadi pemilih dan penentu siapa yang bakal menerajui parti keramat ini.

Dalam masa yang sama isyarat yang di berikan oleh penggiat media maya khususnya para bloggers pro-UMNO yang dimulakan oleh bloggers Dr MiM & team untuk membantu parti UMNO memiliki pemimpin yang benar-benar bekerja untuk parti dan rakyat turut menjadi sebahagian daripada perkara yang harus di berikan perhatian.Baca Sini 

Seperti sahabat-sahabat bloggers lain MMI juga mahu melihat parti UMNO yang bakal mempunyai barisan kepimpinan barunya dalam pemilihan yang akan datang benar-benar memiliki pemimpin yang mahu berkhidmat untuk rakyat dan bukannya pemimpin yang hanya menjadikan jawatan sebagai keutamaan tetapi dari segi kerjanya boleh diibaratkan sebagai hangat-hangat tahi ayam.

Ada juga pihak yang mempersoalkan sejauh mana mereka-mereka ini (penggiat media maya) mampu membantu parti untuk memiliki pemimpin-pemimpin terbaik untuk menerajui parti ? Senang cita jangan sama sekali menidakkan suara pasukan maya kerana jaringan yang wujud diantara sesama mereka sudah cukup untuk menggegarkan negara.

Bukan niat MMI untuk menggugut mana-mana pihak apatah lagi mahu mengaibkan sesiapa , tetapi atas dasar mahu melihat UMNO tidak lagi menjadi mangsa kepada kerakusan segelintir mereka-mereka yang gila kuasa dan tamak haloba maka sesuatu harus di lakukan.

Dan kerana itulah ada sesuatu yang menarik sedang berlaku kini apabila satu persatu pemimpin mula menyatakan pendirian masing-masing untuk tidak bertanding jawatan MT UMNO dalam pemilihan kali ini.Semuanya mempunyai alasan tersendiri dan sebahagiannya membuktikan bahawa mereka faham kehendak akar umbi untuk melihat pemimpin yang dipilih memberikan penumpuan kepada tugas masing-masing termasuklah di kawasan dan negeri masing-masing.

Timbalan Menteri Kesihatan DS Dr Hilmi Yahaya tidak akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan Oktober depan untuk memberi ruang kepada golongan yang lebih muda.

Menteri Kewangan Kedua DS Ahmad Husni Hanadzlah turut mengambil pendirian untuk tidak mempertahankan jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi memberi laluan kepada golongan baharu.  Beliau juga mahu menumpukan kepada kementerian beliau.

Menteri Besar Johor, DS Mohamed Khaled Nordin telah membayangkan untuk tidak bertanding sebarang jawatan peringkat Majlis Tertinggi UMNO.Ketua Perhubungan UMNO Johor itu berkata tumpuannya adalah kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Terkini pula Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan tidak akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini.Zambry berkata sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, wajar untuk beliau tidak menawarkan diri bertanding di peringkat MT sebaliknya memberi ruang kepada calon lain yang berkelayakan.

Pada pandangan MMI ini merupakan sebahagian daripada proses tranformasi yang dilakukan oleh parti UMNO dan sudah ada dikalangan pemimpinnya yang faham tentang kehendak ahli dan rakyat.

Apakah akan ada lagi pemimpin-pemimpin lainnya yang sudah terlalu lama berada di atas sana akan turut mengambil pendirian yang sama ? Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya selepas ini.

Percayalah UMNO dan pemimpinnya sedang melakukan perubahan seperti mana akar umbi mahukan dan percayalah mereka-mereka yang diatas sana sedar dan faham apa sebenarnya yang harus dilakukan.

Sebagai penulis blog MMI dan rakan-rakan akan terus menulis kerana ini adalah medium kami untuk menyuarakan pandangan ahli di peringkat akar umbi.

Tidak guna hebat di atas sana kalau di bawah banyak yang kecewa.

Semoga PAU13 terus menjadikan UMNO parti yang mampu memayungi orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia secara amnya.

Psst sesuatu yang menarik sedang berlaku ...

Baca juga artikel Dr MiM

MMI

1 comment:

  1. cuba engkau letakkan gambar ah jib gong bersama-sama dengan gambar budak-budak down sindrom ...
    aku yakin mukanya amat seiras dengan budak-budak down sindrom ...
    dan sukar dibezakan mana satu ah jib gong dan budak-budak down sindram ...
    inilah nasib negara malaysia ... apabila pmnya adalah dari orang yang menghidap penyakit down sindrom ...

    macam kes mewafatkan ISA ... dan menghapuskan Ordinan Darurat ...
    kerajaan memang kurang arif dengan kepentingan Ordinan Darurat dan ISA itu ...
    tetapi yang arif dan benar-benar faham ialah polis ...
    sedangkan polis melalui KPN telah berjumpa dan menasihatkan Ah Jib Gong agar kedua-dua akta tersebut perlu dikekalkan ...
    persoalannya ... adakah ah jib gong peduli dengan mereka yang pakar tentang masalah jenayah ... iaitu polis ... tadak ... kerana dia lebih percaya kepada cerita yusuf jalang dan omar ong serta mat liberal yang menjadi penasihatnya ...
    akibatnya KPN yang memberi nasihat tidak dilanjutkan perkhidmatan ...
    aku tidak peduli samada dia lanjutkan KPN tersebut atau tidak ... tetapi sesiapa pun yang menjadi KPN ... jika tiada kedua-dua akta itu dan dengan perjawatan yang amat kurang dan anggota yang amat tidak cukup ... kegagalan menangani permasalahan yang timbul akibat ketiadaan kedua-dua akta itu amat dirasai ...

    biarpun ramai blogger menyalahkan pembankang dalam hal penghapusan kedua-dua akta ini ... bagi aku kesalahan tetap terletak kepada ah jib gong ... kerana dialah yang membentangkan cadangan penghapusan itu di parlimen ... bukannya nwar berahi ...

    ibarat anjing dan bukit ...
    nwar berahi hanyalah seekor anjing yang tetap akan menyalak bukit biarpun beribu kebaikan yang dia dapat dari bukit itu ...
    persoalannya kenapa bukit perlu peduli ... kenapa bukit gentar mendengar salakan anjing dan memenuhi kehendak salakan itu ... sedangkan anjing tidak mampu mengigit bukit ...

    anjingkah bersalah atau bukit yang bersalah ... jika bukit runtuh sendiri akibat salakan anjing ...

    pepatah orang tua memang bijak ... bagai anjing menyalak bukit ... bukit tak akan runtuh ... tetapi kalau pemilik bukit itu adalah orang yang meghidap down sindrom ... engkau lihat sendiri apa yang telah terjadi ...

    ReplyDelete

Labels