Bukan sekali dua, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 25, buat perangai dan mencabar undang-undang negara ini. Bahkan mereka pernah dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman. Singapura dan universiti tempat mereka belajar telah bertindak, namun di Malaysia mereka masih bebas lepas dan mereka untuk melakukan apa-apa sahaja tanpa sedikit pun takut dengan undang-undang mahupun penguatkuasa undang-undang.
Pasangan tersebut berasakan mereka sudah terlalu kebal dan tidak dapat disentuh oleh sesiapa pun. Apatah lagi, di belakang mereka terdapat ahli-ahli politik yang hanya menunggu masa untuk mengambil kesempatan bagi membuktikan kononnya mereka lebih berfikiran terbuka dan mahu mengajar rakyat negara ini agar berfikiran sama seperti mereka.
Apa sangatlah dengan video dan budaya seks liar, kalau dibandingkan dengan RASUAH dan PENYELEWENGAN KUASA, kata mereka. Justeru, dosa Alvin Tan dan Vivian Lee kepada masyarakat negara ini, tidaklah sebesar mana sehingga memerlukan mereka dihukum.
Ekoran penyebaran gambar makan BAK KUT TEH bersama-sama ucapan SELAMAT BERBUKA PUASA yang dilihat bermotifkan penghinaan terhadap agama Islam, banyak pihak yang melakukan tekanan terhadap pasangan berkenaan. Beberapa laporan polis telah dibuat oleh pelbagai golongan termasuklah dari masyarakat Cina dan India walaupun tiada seorang pun daripada mereka adalah dari DAP atau PKR.
Pasangan berkenaan cuba bertahan dengan penghinaan yang dilakukan terhadap umat Islam dan amalan Islam sehinggalah apabila akaun Facebook mereka dibatalkan. Namun sebagai manusia yang tidak tahu diuntung, pasangan tersebut sekali lagi menyeranah semua pihak yang telah menyebabkan akaun Facebook mereka dibatalkan oleh pengendali laman sosial tersebut.
Telah kecoh yang SKMM akan memanggil kedua-duanya untuk memberi keterangan berhubung penghinaan yang telah dibuat. Namun ramai yang melihat tindakan tersebut sebenarnya hanyalah untuk memenuhi protokol semata-mata tanpa sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka. Apatah lagi dengan status sebagai BANGSA CINA di Malaysia, Alvin dan Vivian pastinya akan bebas dan terlepas daripada sebarang tindakan.
Lainlah kalau Alvin dan Vivian tu bernama Ahmad dan Aminah, mereka mungkin tidak akan bebas lama kerana yang menanti mereka adalah tindakan undang-undang.
Baca Seterusnya
Bab nak berbogel dan berkongsi aksi seks mereka di talian internet tu lantak pi dekat depa lah sebab itu hak mereka sebagai orang kafir dan lagi kita boleh memilih untuk tidak melihatnya di internet.
Merujuk kepada beberapa orang kenalan MMI yang bukan beragama Islam pun mereka melahirkan rasa jelik dan jijik dengan perlakuan pasangan bangsat ni.Malah beberapa pemimpin Cina juga turut mengutuk tindakan pasangan bangsat ini
Klik Sini
Namun menghina agama Islam dengan tindakan yang sengaja di lakukan , MMI tak boleh terima.
Terus-terang MMI menolak secara langsung permohonan maaf yang dibuat oleh pasangan BANGSAT ini kerana jelas ianya di lakukan dengan niat tertentu.Malas MMI nak muatkan video bangsat 2 ekor ni kalau ampa nak tengok klik ja di
SINI
Kepada semua MMI sarankan sama-samalah kita desak pihak berwajib untuk kenakan tindakan sekeras-kerasnya kepada pasangan bangsat ini.Usahakanlah dengan apa cara sekalipun !! Ini soal penghinaan ke atas orang Islam dan agama Islam , JANGAN BIARKAN MEREKA TERLEPAS !!! Sebarkan...
MMI