Followers

Saturday 8 June 2013

UPDATE UEM Perjelas Runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang


UEM Builders Bhd hari ini menjelaskan bahawa syarikat bukan kontraktor utama bagi projek Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Dalam satu kenyataan hari ini, UEM Builders berkata syarikat hanya bertanggungjawab bagi kerja-kerja struktur besar rentangan bagi jambatan (Pakej 2) dan tidak terlibat dalam pembinaan bahagian lain jambatan berkenaan.

"Oleh itu, syarikat tidak terlibat dan tidak mempunyai kaitan dengan kontraktor yang dilantik untuk membina Pakej A, Persimpangan Batu Maung,"katanya.

Kenyataan itu juga menyenaraikan penerangan projek dan kontraktor yang terlibat dalam pembinaan jambatan berkenaan.

Daripada laman sesawang Jambatan Kedua Sdn Bhd, senarai menunjukkan kontraktor bagi Pakej 3A ialah Cergas Murni Sdn Bhd.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan terdapat laporan yang mendakwa UEM Builders sebagai kontraktor utama bagi jambatan tersebut.

Jalan tanjakan persimpangan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang sedang dibina di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu here, runtuh kira-kira pukul 7.15 petang semalam.

Semalam, jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd berkata kejadian berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan struktur jambatan yang dalam pembinaan tetapi hanya membabitkan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur di Pakej 3A laluan keluar dari jambatan ke lebuh raya di bahagian pulau.

Jurucakap itu berkata projek pembinaan itu diurus kontraktor Cergas Murni, yang mempunyai rekod yang baik dalam kerja pembinaan jambatan sebelum kejadian itu. - BERNAMA

Sementara itu di beritakan mayat mangsa pertama sudah pun di keluarkan lebih kurang jam 10.00 malam tadi oleh pasukan penyelamat dan mayat di hantar ke Hospital Pulau Pinang bagi bedah siasat.Maklumat selanjutnya di penggempur mutiara 

MMI.

1 comment:

  1. Dgr citer LGE ketua komunis tu marah Ketua Polis PP..ada sesiapa leh citer..

    ReplyDelete

Labels