Sejak 2008 DAP mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang , tidak ada satu pun polisi menyelamat atau mengekalkan kampung-kampung tradisi sebaliknya banyak kampung-kampung yang terlibat kini tidak lagi kelihatan.
Dengan alasan pembangunan yang tidak seimbang , DAP tidak pernah ambil peduli perihal penduduk yang tersepit sebaliknya terus menjadikan para anggota Majlis Perbandaran sebagai agen untuk menjayakan agenda licik mereka.
Nah secara tiba-tiba kerajaan DAP Pulau Pinang bertindak sebaliknya , Guan Eng tidak lagi sekejam dulu malah turun ke akar umbi dan dalam sekelip mata isu yang membelenggu penduduk Kampung Tok Subuh selesai !
Hebat bukan ? Jom baca seterusnya ...
Isu penduduk Kampung Tok Subuh di Bukit Mertajam , Pulau Pinang ini sebenarnya sudah berlarutan sekian lama.Kampung yang pada asalnya merupakan kawasan paya kemudiannya diteroka dan dibersihkan lebih daripada 70 tahun yang lalu itu kemudiannya berubah wajah menjadi sebuah kawasan perkampungan yang damai.
Generasi demi generasi telah mendiami kampung tersebut sehinggalah pada bulan Mei 2013 , 52 buah keluarga telah menerima notis pengusiran daripada pemilik tanah Distinct Class Sdn. Bhd. supaya mengosongkan rumah-rumah yang didiami.
Untuk rekod separuh daripada penduduk kampung terbabit sudah pun berpindah dan baki 26 keluarga lagi telah membuat keputusan untuk terus kekal dan mempertahankan hak mereka.
Kesemua penduduk yang masih kekal itu menuntut supaya pihak pemaju perlulah menyediakan sebuah rumah lain sebagai ganti memandangkan rata-rata penduduk yang tinggal itu bukanlah dari kalangan penduduk yang punya kemampuan untuk membuat pembelian rumah dan pinjaman daripada pihak bank.
Tindakan mahkamah kemudiannya diambil oleh pemilik tanah dan wakil penduduk kemudiannya kalah serta gagal mempertahankan tuntutan mereka.
Disinilah bermulanya episod yang lebih mencabar bagi penduduk yang masih tinggal kerana kehidupan mereka bukan sahaja tidak tenteram tetapi emosi kebanyakkan daripada mereka terganggu.Memandangkan rumah yang menjadi tempat berteduh selama ini bakal dirobohkan , penduduk saban hari menghitung nasib apakah yang bakal berlaku kepada mereka dikemudian hari.
Cabaran itu kemudiannya disusuli dengan tindakan para penduduk yang membuat halangan selain bergilir-gilir mengawal laluan masuk ke kampung itu agar tiada sebarang jentera yang masuk dan melakukan perobohan.
Berdasarkan carian berkenaan pemilik tanah ini , ianya pada asalnya berstatus "TOL" sehingga ia berpindah milik kepada tanah pemilikan persendirian atas nama Lee Seng Poey dan Cee Wah Poey. Penduduk kampung tidak langsung mengetahui mengenai pertukaran status tanah ini. Beberapa penduduk memaklumkan bahawa mereka mula membawayar sewaan tanah kepada pemilik tanah seawal tahun 1980 namun tiada sebarang resit disediakan kerana ketika itu perjanjian yang berlaku antara pihak penduduk dan pemilik hanya secara lisan.
Memandangkan pemilik tanah ini adalah milik individu yang kemudiannya dijual kepada Distinct Class Sdn. Bhd. yang kita yakin mahu dibangunkan maka mana-mana pihak sekalipun akan menghadapi kesukaran sekiranya tanah dan kampung itu mahu dikekalkan.
Apatah lagi perihal membabitkan tanah dan hak milik ini berada di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh parti-parti pembangkang.
Seharusnya untung nasib penduduk Kampung Tok Subuh ini perlu dijadikan sebagai keutamaan pada siapa jua yang mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang.
Bukan mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi sebagai sebuah kerajaan negeri yang sering mengaku berjiwa rakyat seharusnya isu melibatkan penduduk Kampung Tok Subuh ini sudah pun diselesaikan sejak lama dahulu.
DAP sebagai peneraju kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat langsung tidak menunjukkan minat untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit sedangkan mereka sudah mentadbir Pulau Pinang sejak tahun 2008 lagi.
Malah kerajaan DAP Pulau Pinang lebih banyak memberikan tumpuan terhadap rojek-projek mega dan supermega yang langsung tidak memberikan sebarang manfaat kepada penduduk pertengahan khususnya penduduk di Kampung Tok Subuh yang terhimpit.
Hanya kini setelah hampir 9 tahun DAP mentadbir Pulau Pinang dan setelah isu membabitkan penduduk Kampung Tok Subuh ini berlarutan selama hampir 4 tahun barulah para penduduk Kampung Tok Subuh boleh menghembus nafas lega.
Pihak pemaju telah bersetuju untuk memberikan pampasan kepada penduduk diantara RM25,000 kepada RM44,400 dan bakal berpindah ke sebidang tanah di sebelah tanah didiami kini untuk dijadikan penempatan semula Kampung Permatang Tok Suboh.
DAP hari ini mengaku sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap keputusan terbabit dan mereka menganggap penyelesaian ini sebagai hasil usaha mereka yang cukup suci.
Persoalannya adakah penyelesaian ini ada kena mengena dengan tarikh pilihanraya umum yang diberitakan semakin dekat ?
Kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menyelesaikan perkara ini lebih awal daripada sekarang ? Bukankah hal melibatkan tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang ?
Sesuatu yang pasti dalam keterujaan kerajaan DAP Pulau Pinang menyelesaikan isu penduduk Kampung Tok Subuh ini , ada perkara yang disembunyikan oleh Lim Guan Eng dan kerajaan DAP di Pulau Pinang berkaitan isu yang sama.
Iaitu usaha keras pihak kerajaan persekutuan melalui agensi-agensinya khusus bagi membantu dan menyelesaikan permasalahan yang dialami oleh penduduk Kampung Tok Subuh.
Walaupun Barisan Nasional tidak mempunyai kuasa eksekutif pentadbiran di Pulau Pinang , semua pihak berkaitan sebenarnya sudah pun membuat perancangan jauh lebih awal lagi bagi membantu menyelesaikan masalah yang merundingi penduduk Kampung Tok Subuh.
Walaupun Barisan Nasional tidak mempunyai kuasa eksekutif pentadbiran di Pulau Pinang , semua pihak berkaitan sebenarnya sudah pun membuat perancangan jauh lebih awal lagi bagi membantu menyelesaikan masalah yang merundingi penduduk Kampung Tok Subuh.
Berdasarkan perkiraan itu maka ianya jelas memperlihatkan usaha yang telah digerakkan sejak tahun 2011 itu bukanlah usaha untuk memenangi hati penduduk atas kepentingan politik semata-mata tetapi ianya dibuat atas dasar tanggungjawab dan amanah untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.
DAP mahupun Lim Guan Eng boleh berbuat apa sahaja yang mereka suka tetapi mengaku sebagai pihak yang menyelamatkan penduduk kampung Tok Subuh adalah satu tindakan yang sebenarnya memalukan diri mereka sendiri.
Bagi penduduk tidak ada salahnya berterima kasih kepada siapa jua yang membantu mereka tetapi bagi mereka yang mengaku membantu itu ianya perlulah memiliki sekurang-kurangnya keikhlasan bukan mengambil kesempatan politik apatah lagi dalam keadaan PRU14 semakin hampir.sumber
MMI kata kalau benar DAP nak tolong selesaikan dari awal lagi perkara ni boleh selesai dah ! Tapi kenapa sekarang ?
Hmm sebab nak PRU14 !
MMI kata kalau benar DAP nak tolong selesaikan dari awal lagi perkara ni boleh selesai dah ! Tapi kenapa sekarang ?
Hmm sebab nak PRU14 !