Followers

Wednesday 7 November 2012

Nik Aziz Pula Bela Nurul STEADYLAH !!

 

Nampaknya juak-juak Pakatan Haprak betul-betul menunjukkan semangat berpasukan yang cukup jitu dalam isu kenyataan Nurul Izzah yang telah menggemparkan seluruh negara apabila menyentuh soal kebebasan memilih agama.

Malah tindakan Nurul turut mendapat pembelaan Nik Aziz seorang pemimpin yang tidak asing lagi dalam menangani isu-isu besar yang melibatkan kelemahan pemimpin-pemimpin dari Pakatan Haprak.

Malah Nik Aziz bukan saja sudah terkenal dengan sikap menghalalkan cara malah beliau turut menjadi antara pemimpin utama dalam Pakatan Haprak yang pasti akan melakukan apa saja demi memastikan Pakatan Haprak terus mendapat perhatian dari rakyat.

Berikut adalah kenyataan Nik Aziz dalam laman FB milik beliau berkenaan isu ini.



Berdasarkan kenyataan Nik Aziz diatas jelas beliau sebenarnya memperlihatkan sikap "double standard" dalam mengulas satu-satu isu.

Apakah Nik Aziz yang dianggap sebagai alim ulama dalam PAS malah seorang pemimpin yang diangkat sebagai "Tok Guru" hanya mampu melihat dalam konteks yang cukup lemah iaitu menjadikan kenyataan akhbar utusan sebagai medium untuk beliau menyatakan pendirian ?

Bukankah sebenarnya isu yang lebih penting disini berkenaan hujah seorang pemimpin Islam dalam Pakatan Haprak yang telah mencetuskan suasana serta pemahaman yang salah dikalangan masyarakat termasuk orang Islam sendiri ?

Nik Aziz ternyata sekali lagi mengeluarkan kenyataan dangkal dalam menangani isu ini.Adakah begini sikap seorang pemimpin yang kononnya berjuang bagi mengangkat martabat Islam ?

Malah mengikut blog-blog pro pembangkang mereka dengan penuh bangga menceritakan bahawa kenyataan Nik Aziz tersebut telah mendapat perhatian dari pengamal laman FB sehingga jumlah pengunjung ke laman dan kenyataan tersebut mencecah ribuan orang namun mereka terlupa diantara ribuan yang mengunjunginya terdapat mereka yang turut mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz.


Amat malang lagi Nik Aziz masih menjadikan amalan menghalalkan cara itu sebagai kaedah untuk mempertahankan juak-juaknya sendiri walaupun sudah jelas kenyataan tersebut keluar dari mulut Nurul Izzah sendiri.

Seperkara yang perlu dingat adalah bagaimana Nik Aziz boleh pula menggunakan medium media baru iaitu laman FB bagi mengeluarkan kenyataan sebegitu tetapi dalam masa yang sama gagal untuk melihat dan mendangar sendiri rakaman video khususnya dalam laman YouTube sebelum mengeluarkan kenyataan ?


Tindakan beliau yang hanya merujuk kepada akhbar yang sememangnya dianggap musuh oleh beliau membuktikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz hanyalah sekadar kenyataan mempertahankan juak-juak sendiri dan tidak mahu mengakui kelemahan dan kesilapan pimpinan sahabat sesyurga beliau.

Terkini Dewan Pemuda PAS pula , melalui Timbalannya telah mengeluarkan kenyataan yang jauh menyimpang daripada apa yang diungkapkan oleh Nik Aziz sendiri.Malah yang lebih menarik kenyataan ini datangnya daripada anak Nik Aziz sendiri dengan menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan Nurul Izzah yang dianggap mereka sebagai tidak logik dan pelik.Klik Sini

Ampa tengok sendiri ?? Macam tu lah puak-puak ni dok main wayang !! 

Inikah pemimpin yang dibanga-banggakan oleh juak-juak PAS ?  

Psstt Nik Aziz mungkin tak faham bahasa inggeris jadi dia rujuk Utusan Melayu..Boleh jadi !!

MMI.

1 comment:

  1. Sbnrnya Nik Aziz ni gu lain, anok dia gu lain. Bila masing-masing ada matlamat sendiri, tu yg jadi haru-biru. Tp dlm banyak2 matlamat tu, tkde pun nak daulah Islamiyyah. Semua nak kenyang tembolok sendiri.

    ReplyDelete

Labels