Followers

Tuesday 31 July 2012

The Most Mysteries & Unexplained Story - Are We Ready ??


Pasti semua sedar dan mengetahui semenjak lama dulu dunia menyaksikan pelbagai kejadian aneh dan misteri yang sukar di jawab.Malah berita yang menceritakan penemuan dan bukti bergambar yang menunjukkan terdapatnya hidupan mahupun makhluk lain selain manusia sentiasa menjadi bahan yang sering menarik minat sebahagian besar penduduk dunia.

Malah UFO yang sering di sebut-sebut sebagai kehadiran mahkluk asing ke bumi menjadi bahan mahupun cerita yang tak pernah padam.Walaupun pelbagai cerita telah pun di dedahkan namun sehingga kehari ini ianya masih dianggap misteri malah menjadi kontroversi apabila dikaitkan dengan rahsia yang tak pernah di dedahkan lebih dari 50 tahun.


Artikel kali ini bakal mencerita dan mendedahkan apakah UFO itu benar-benar wujud dan sejauh mana spekulasi dan kontroversi yang mengatakan sesuatu bakal berlaku yang hanya diketahui oleh sebahagian daripada mereka-mereka yang masih menjadikannya satu RAHSIA.






Apakah ianya benar-benar wujud ataupun sekadar propaganda pihak-pihak tertentu  ? Jika ya mengapa agaknya ?

Paling penting Adakah kita sudah bersedia ? MMI serahkan kepada anda semua untuk menilai..

Pssst Yakin dan Percaya bahawa Allah SWT itu Maha Besar.Allahu Akbar !

MMI.

Monday 30 July 2012

Benarkah Hadi Awang Mula Terpinggir ??


Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.

Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit – sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya.

Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata.

Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang.

Rentetan dari situ, satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar.

Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz.

Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal.

Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan, Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai.

Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz.

Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan.

Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan Hadi.

Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi Awang.

Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta restu Nik Aziz.

Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi di mata ahli dan penyokong PAS.

Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS.

Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim.

Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan. Menjelang PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan perebutan untuk calon yang akan bertanding.

Lebih ramai pemimpin pro Anwar berjaya menempatkan diri sebagai calon pilihanraya bermakna berakhirnya zaman kepimpinan Hadi dan akan meninggalkan tampuk kepimpinan PAS dalam keadaan malu dan terhina sama seperti pernah dialami oleh arwah Asri Muda.

Sumber suaragenerasibaru.com

MMI.

AMARAN Jangan Tengok Kalau Tak Tahan !!


Membacanya saja sudah membuatkan anak tekak MMI loya malah tak sanggup rasanya menjadi sebahagian daripada mereka-mereka yang mahu menikmati hidangan berupa daging tiruan ini.

Satu pasukan penyelidik dari Jepun yang diketuai oleh Mitsuyuki Ikeda dari Makmal Okayama telah mencipta satu cara untuk mengitar najis manusia jadi makanan dalam bentuk daging.

Apa punya idea ni ? Orang Jepun ni memang gila lah sampaikan najis pun nak di jadikan bahan makanan.Apa pun baca cerita seterusnya di bawah.

Konsep baru yang sangat menjijikkan ini ditemui apabila Ikeda telah diminta untuk melihat pelbagai kegunaan yang boleh diperolehi dari bahan kumbahan. Dia tidak merasa jijik ketika melakukan tugasan itu, malah rasa teruja bila mendapati kawasan kumbahan mengandungi banyak protein disebabkan oleh bakteria yang ada di situ. Idea ini kedengaran sangat teruk dan menjijikkan bukan?

Tetapi ia bukan lah seperti “daging” dicipta dengan mengambil tahi dan terus meletakkannya ke atas burger. Proses itu melibatkan mengekstrak protein daripada kumbahan kemudian menggabungkannya dengan “reaction enhancer” dan memasukkannya ke dalam “exploder.” Magik sains pun lengkap dan dapatlah hasilnya – daging tahi.

Setelah itu, daging ini akan diletakkan pewarna merah dan rasa dipertingkatkan dengan protein soya. Produk yang telah siap dipecahkan seperti berikut: 63% protein, 25% karbohidrat, lipid 3%, dan 9% mineral. Tetapi bagaimanakah rasanya? Menurut laporan awal, rasanya seperti daging lembu.

Bahagian paling sukar dari idea pelik ini ialah mengajak orang ramai untuk makan daging ini. Menurut Profesor Ikeda, matlamat utama adalah untuk meyakinkan orang ramai bahawa makan daging tahi tidak seburuk yang disangka dan akan membawa kebaikan pada alam sekitar.

Sekarang produk ini berharga 10-20 kali ganda lebih mahal berbanding harga daging biasa disebabkan kos penyelidikan.



Gila babi !! Ampa nak try ka ??

Uweeekkkk...

MMI.

Abby Hilang Kontrak Kerana Sibuk Berpolitik !!


Lagi-lagi cerita bab Abby ni , kalau nak dikira dari segi popular memang Abby dah pukul habis dah barisan artis-artis lain tapi popularnya berbeza sikitlah.

Terbaru Abby di tamatkan kontrak sebagai duta tudung Al-Humaira Contemporary kerana di katakan menjejaskan perniagaan yang dijalankan apabila terlalu berpolitik.

“Saya terkilan. Saya berniaga. Penglibatan kakak dalam politik sedikit sebanyak memberikan kesan kepada perniagaan saya,” memetik dari laman sosial Twitter milik Abby yang didakwa sebagai kenyataan pemilik Al-Humaira Contemporary, Hani Elia.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hani itu telah memberitahu kontrak Abby sebagai duta tudung syarikat itu telah terbatal secara rasmi pada 4 Julai lalu.

Pada masa yang sama, Abby memberi kenyataan balas yang dia menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.

Malah, Abby turut memohon maaf kerana terlibat dalam Pakatan Rakyat.


Tindakan yang diambil oleh pengurusan Al-Humaira Contemperory itu bukanlah disebabkan oleh penglibatan Abby dalam mana-mana parti politik, sebaliknya imej/personaliti serta kredibiliti yang ditunjukkan oleh Abby kepada umum semenjak kebelakangan ini menjadi faktor utama yang memungkinkan kejadian itu.

Pasti ramai yang jelas , apabila menjadi duta seseorang itu haruslah menampilkan personaliti yang menarik serta positif kepada umum serta tidak dilihat memihak kepada mana-mana pihak.

Apa pun itu pilihan Abby sendiri dan mungkin beliau sudah pun menduga bakal menerima kesan yang sebegini.

Psstt Apalah sangat jadi duta tu kalau tiap-tiap kali berceramah ada masyukkk..

MMI.

PKR Jangka kalah 16 Kerusi - Realiti Atau Strategi ?


Jika di hitung tempoh masa bagi YAB Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengumumkan tarikh pilihan raya ke13 pastinya kiraan akan menunjukkan 9 bulan dari sekarang.Maka melihat kepada tempoh masa itu sahaja ramai pihak-pihak di luar sana khususnya mereka yang terlibat dalam gerak kerja politik seakan sudah boleh mengagak tarikh keramat tersebut.

Dalam keadaan seluruh jentera parti politik membuat persediaan bagi menghadapi satu pertarungan hidup mati dan bakal berdepan medan yang paling sengit ini strategi menjadi perkara paling penting untuk mencapai kemenangan.

Jangan lupa dalam suasana politik penuh persepsi hari ini satu kesilapan bakal membawa padah yang amat sangat bahkan mampu merosakkan segala-galanya.

MMI amat tertarik dengan kenyataan terbaru yang menyatakan PKR jangkakan kalah 16 kerusi sedia ada dalam pilihan raya nanti.

Timbul persoalan mengapa tiba-tiba PKR boleh menyatakan sedemikian rupa sedangkan merekalah yang selama ini mengepalai jentera politik Pakatan Haprak melibatkan isu-isu dalam negara ?

Menurut sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi.Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.

MMI melihatnya dalam konteks yang berbeza apabila pengalaman pilihan raya 2008 di Pulau Pinang sudah pun membuktikan strategi seperti ini mampu melemahkan jentera parti lawan dan dalam masa yang sama membangkitkan semangat rakyat untuk mengundi Pembangkang.

Inilah yang berlaku di Pulau Pinang pada 2008 yang lalu apabila dalam setiap ceramah Guan Eng dan DAP mereka melahirkan rasa ketidakmampuan mereka untuk menang kerana gerak jentera Barisan Nasional yang hebat dan kuat.

Namun akhirnya Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Haprak.

Inilah strategi secara halus yang mampu meresap ke dalam setiap jiwa anak muda bahkan seluruh rakyat Malaysia dengan tujuan untuk meraih undi simpati.

Walaupun ketidakyakinan PKR menghadapi pilihan raya itu dibuktikan dengan beberapa alasan namun langkah berhati-hati dan terus menggerakkan jentera parti untuk terus bekerja amat perlu apatah lagi dalam menantikan tarikh keramat yang masih belum diumumkan.

Jika berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN.   Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu.   PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.

Percayalah Pakatan Haprak bakal membuat kejutan dengan kembali membela hak orang Melayu  termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.

Kita jangan lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata ‘malu menjadi Melayu’. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu.   Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ‘Melayu’ sebelum ini.  Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi.  Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan  hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:

1.‘working class’ yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,

2.‘golongan muda’ yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta

3.‘pengundi India’ yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran. 

Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.Klik Sini

Namun ingatlah bahawa Pakatan Haprak sememangnya terkenal dengan tipu muslihat dan kita perlu berhati-hati menyaring segala maklumat dan pastikan seluruh jentera kita sentiasa di gerakkan dan berusahalah tanpa henti untuk memastikan Barisan Nasional terus dipertahankan seterusnya menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Stand And Fight !!


MMI.

Video Yang Pasti Buat Anda Panas Telinga !!


Apabila Malaysia mula melangkah untuk mencapai negara maju maka sudah pasti ianya mempunyai harga tertentu yang perlu di bayar.Harga ini bukan dalam konteks pembayaran tunai kepada pihak-pihak tertentu tetapi dalam konteks apa yang bakal Malaysia depani.

Dengan suasana politik negara yang penuh dengan pelbagai dakyah,penipuan dan fitnah malah bagi sesetengah pihak ianya digelar politik persepsi yang bukan sahaja mampu merosakkan negara malah rakyatnya juga kita turut diheret kedalam kancah budaya dan kemanusiaan.

Lihat saja apa yang berlaku baru-baru ini apabila budaya demontrasi jalanan di bawa ke negara kita dan dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu demi mencapai matlamat walaupun kadang-kalanya ianya jelas merupakan gerakan yang hanya mahu mencetuskan huru-hara.

Jangan lupa juga bagaimana tiba-tiba wujudnya SUARAM sebuah NGO yang kononnya berjuang untuk mempertahankan hak kemanusiaan walaupun hak yang dipertahankan itu merupakan perkara yang tidak boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia sendiri.

Kita sudah pastinya masih ingat bagaimana mereka-mereka ini dijadikan sebagai agen mahupun jentera yang melakukan gerakan memburukkan Malaysia di mata negara luar khususnya dalam isu seperti kapal selam scorpene.

Semuanya adalah kerana kepentingan politik pihak-pihak tertentu yang hanya mahu mencapai kepentingan peribadi hinggakan sanggup menggadaikan maruah negara.

MMI yakin kerana gerakan-gerakan seumpama inilah maka lahirnya mereka dari kalangan rakyat Malaysia sendiri yang hari ini sudah mula biadap dan kurang ajar malah sudah berani melawan waima pihak berkuasa dan pastinya mereka meletakkan hak sebagai pemisahnya.

Video yang akan anda tonton bakal menceritakan segala-galanya khususnya bagaimana mereka yang jahil tentang hak akan bertindak hasil daripada gerakan-gerakan pihak-pihak tertentu sebelum ini.


Barangkali inilah harganya yang perlu dibayar oleh Malaysia dalam mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju apabila segelintir rakyatnya tidak dapat membezakan diantara hak dan undang-undang.

Pssstt Kalau MMI dah lama dah minah tu..

MMI.

Khas Kepada Mereka Yang Tak Mahu Berpuasa !!

Gambar Sekadar Hiasan

Dalam suasana masyarakat Islam menunaikan ibadah puasa masih ada segelintir yang mengambil kesempatan untuk tidak berpuasa.Saban tahun kita dapat melihat berita-berita mengenai tangkapan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam terhadap mereka-mereka yang tidak berpuasa.

Benarlah kata orang manusia itu tidak sempurna dan MMI mengakui bahawa terdapat mereka-mereka yang benar-benar tidak mampu berpuasa atas dasar kesihatan dan sewaktu dengannya.

Namun melihat mereka-mereka yang sengaja tidak berpuasa ini kebanyakkannya daripada golongan dewasa dan tua maka ianya amat memalukan apatah lagi kesemuanya mempunyai kesihatan yang baik.

Oleh kerana itu MMI mengambil kesempatan ini untuk sama-sama berkongsi dengan semua satu rakaman video yang menceritakan bagaimana orang bukan Islam boleh turut berpuasa dan mampu merasa nikmat berpuasa itu sendiri.


Rakaman di atas menunjukkan bagaimana J SZE seorang gadis cina berusia 21 tahun dan bukan Islam menceritakan pengalamannya berpuasa di bulan ramadhan dan menerangkan hikmah2nya dari sudut pandangan dan pemahaman beliau sebagai orang yang bukan beragama Islam.

Malah beliau juga diberitakan bersolat terawih bersama umat Islam selain daripada salah seorang anggota team Najasyi / Abu Talib yang terdiri dari mereka yang bukan Islam tetapi berusaha menghayati Islam secara positif.

J Sze adalah protege Ikon Remaja Islam Loo Jo Yee. Beliau sedang belajar berhujah pro-Islam dengan Xifu Naser (pensyarah pemikiran kritis cfs, iium).

Beliau juga turut muncul di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH di Johor baru-baru ini bersama barisan para ustaz terkenal spt Dr.Zaharudin, Dr Maszlee, Ustaz Zahzan, Ustaz Zamri , Imam Muda Asyraf malah turut berhujah mengapa Islam itu agama yang rasional. Kini beliau sedang belajar bahasa Arab dengan Xifu Naser dan giat menghafal hadis, ayat al-qur'an.

Kepada semua MMI bukan mahu kita berasa teruja dengan anak gadis berbangsa Cina ini apatah lagi menjadikan beliau sebagai idola dan sebagainya namun mahu mengajak semua untuk melihat dari segi logiknya bagaimana seseorang yang bukan beragama Islam seperti J Sze boleh menjalani puasa seperti orang Islam lain dan boleh pula membicarakan tentang nikmat yang beliau perolehi hasil daripada beliau berpuasa.

Malah berita yang mengatakan beliau mahu mendalami tentang Islam seharusnya di sokong mudah-mudahan pintu hatinya terbuka untuk menerima Islam sebagai agamanya satu hari nanti.

Kepada orang-orang Melayu dan bergama Islam diluar sana yang masih tidak mahu berpuasa seharusnya berasa malu dengan anak gadis berusia 21 tahun ini.

Jadikanlah cerita mengenai J Sze ini sebagai pedoman dalam kita menjalani ibadah puasa selain daripada mengakui bahawa berpuasa itu terkandung dalam 5 perkara rukun Islam .

Pssst Malulah wei tak puasa sedangkan bangsa lain yang bukan beragama Islam boleh berpuasa !!

MMI.

Sunday 29 July 2012

Segalanya Terjawab Lajim Ukin Letak Jawatan !!


Kini segalanya sudah terjawab , Lajim Ukin meletakkan jawatannya sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta merta.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno.

“Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

“Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan…kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya,” katanya.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan ‘Pakatan Perubahan Sabah’ (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah.


Pastinya seluruh ahli UMNO melahirkan rasa lega kerana desas desus mengenai beliau mahu meninggalkan UMNO dan menyertai Pembangkang kini benar-benar berlaku.

Bagi kebanyakkan ahli UMNO di seluruh negara pengumuman tersebut memudahkan segala urusan parti selepas ini untuk lebih menumpukan kepada gerak kerja membela rakyat.

Malah MMI yakin keputusan beliau itu akan memudahkan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyusun atur perancangan kerajaan dan parti khususnya bagi menghadapi pilihan raya ke13 nanti.

Dalam masa yang sama pengumuman dan perletakan jawatan oleh Lajim Ukin ini sebenarnya tidak mendatangkan kesan yang terlalu besar kepada parti dan kerajaan kerana Sabah dikhabarkan mempunyai barisan pemimpin yang  mantap dan bersiap sedia untuk mengganti sebarang pemimpin yang tersasar daripada perjuangan.

Datuk Seri Najib Tun Razak juga dikhabarkan telah mengeluarkan kenyataan awal berkenaan isu perletakan jawatan oleh Lajim Ukin ini apabila dilihat berkata kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan, Isnin ini.

Perdana Menteri berkata keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti.

"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.

"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan.

"Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini, Sabtu.

Najib berkata dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian. 

"Namun, sebagai parti yang berpengalaman kita mampu menghadapi cabaran itu,” katanya.

MMI.

Saturday 28 July 2012

Ekonomi Tidak Stabil Jika Harga Kereta Di Turunkan


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menyifatkan pemberian bonus kepada penjawat awam dan bantuan khas kepada pesara kerajaan sempena Aidilfitri sebagai satu langkah yang bijaksana.

Beliau berkata pemberian bonus dan bantuan khas itu wajar memandangkan kebanyakan penjawat awam terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Pemberian untuk rakyat memanglah satu perkara yang bijaksana sebab antara 1.4 juta penjawat awam dan 600,000 pesara kebanyakan mereka bukan dalam kategori yang berpendapatan tinggi.

"Kebanyakan mereka berpendapatan sederhana dan rendah dan mereka memang memerlukan duit tambahan seperti ini, khasnya pada musim perayaan," katanya.

Beliau turut memberikan pandangan berkenaan tindakan pembangkang yang mahu menurunkan cukai keatas setiap kenderaan dengan berkata Negara akan mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ramai yang menjadi muflis jika harga kereta serta duti eksais kenderaan diturunkan.

YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, penghapusan cukai bagi kereta akan mengurangkan cukai negara sebanyak RM7 bilion yang boleh menjejaskan pembangunan infrastruktur negara terutamanya di Sabah dan Sarawak serta pedalaman Semenanjung.

Katanya, jika pembangkang membuat keputusan untuk menghapuskan cukai eksais, rakyat yang hidup dalam keadaan daif tak dapat meningkatkan kehidupan sebab duit tidak ada.Klik Sini

Nampaknya puak-puak Pembangkang hanya pandai bercakap namun dalam soal pelaksanaan hancur.Mereka sebenarnya telah merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara miskin bagi memudahkan mereka untuk berkuasa.

MMI percaya kenyataan YB Tan Sri Nor ini pastinya akan digunakan sebagai bahan ejekan kepada kerajaan selepas ini.Namun hakikat yang rakyat perlu tahu Malaysia bertuah kerana dianugerahkan dengan pemimpin-pemimpin yang terbaik kerana mereka-mereka ini lah dulunya sewaktu krisis 1998 Malaysia diselamatkan dengan izin Allah SWT.

Percayalah memberi janji palsu semata-mata adalah satu tindakan paling jijik dalam dunia politik Malaysia hari ini.Sedarlah kita perlukan sebuah kerajaan yang telus dan tahu memimpin negara ke mercu kejayaan siapa lagi kalau bukan Barisan Nasional.

MMI.

The Store Rupanya Milik Komunis !!


Puak-puak bangsat ni makin hari makin bangsat jadinya.Tindakan pasaraya The Store yang mengulangi kejadian mempromosikan penjualan arak amat dikesali.Tindakan ini cukup biadap kerana promosi yang dibuat sempena bulan ramadhan.

MMI menyokong tindakan semua pihak yang mahu memboikot pasaraya The Store supaya mereka lebih tahu menghormati hak orang lain selepas ini.Sikap kurang ajar pasaraya ini bukan saja telah mencemar bulan ramadhan yang penuh mulia ini malah turut menyentak hati dan perasaan orang-orang Islam di Malaysia.

Ramai yang menghubungi MMI menyuarakan rasa kecewa mereka dengan tindakan biadap ini dan mahukan pemilik rangkaian pasaraya The Store untuk menarik balik promosi tersebut yang jelas menghina orang-orang Islam.

Dalam masa yang sama 4 orang pemilik rangkaian The Store haruslah memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan Barisan Nasional dan seluruh rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam diatas tindakan keterlaluan mereka.

Selagi mana tindakan memohon maaf ini tidak dilakukan MMI menyeru kepada semua untuk kita SAMA-SAMA BOIKOT THE STORE ! BOIKOT THE STORE! BOIKOT THE STORE!

Mana suara puak PAS tak dengar pun ?? 

MMI.

AYUH ! Kita Perlu Pertahankan Tanda Putera


Filem terbaru arahan Shuhaimi Baba berjudul Tanda Putera belum lagi memulakan tayangannya namun kini ianya sudah menjadi bahan atau topik paling panas yang dibahaskan di laman-laman media baru.

Paling mengejutkan filem ini dilihat mendapat bantahan mereka-mereka yang tidak berpuas hati dengan jalan penceritaannya yang kononnya tidak menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku.Namun dari pemerhatian MMI sendiri filem ini sebenarnya turut tidak memuatkan gambaran yang sebenar-benarnya kerana terdapat beberapa babak yang dikira terlalu sensitif.

Bayangkan sekiranya adegan Lim Kit Siang kencing di tiang bendera dimasukkan ! Agaknya apa jadi ? 

Apa yang MMI mahu semua lakukan sekarang adalah kita perlu mempertahankan filem ini kerana ianya menceritakan bagaimana jerit perih pemimpin kita terdahulu dalam membina dan menyelamatkan negara daripada puak-puak bangsat komunis yang hari ni mengaku sebagai rakyat.


Mungkin ramai yang tidak sedar dalam YouTube trailer tayangan filem Tanda Putera sebanyak 257 sahaja yang Like jika nak dibandingkan dengan 3976 yang Dislike.Klik Sini

Di mana kita yang bersuara kononnya perjuangan keramat ini perlu dipertahankan ? Kemana para Facebookers,Bloggers,Tweetarian UMNO dan BN ? Jangan berlengah kita perlu lebih ramai orang-orang kita sendiri untuk sama-sama Like Trailer Tanda Putera.

Walaupun ianya hanya sebuah filem namun membiarkan lebih ramai yang dislike  seolah-olah kita mencalarkan maruah perjuangan Melayu selama ini.Ayuh semua gerakkan rakan-rakan anda !!

Bila menyentuh perihal Melayu maka menjadi tanggungjawab dan amanah kita untuk mempertahankannya kerana satu hari nanti ianya bakal menjadi khazanah negara dan khazanah ini bakal kita wariskan kepada generasi selepas kita.

MMI.

Penggemar Kuih Raya Wajib Baca !!


Bila sebut puasa sudah semestinya kita akan terbayang hari raya.Bila sebut hari raya maka pasti perkara paling utama yang menjadi tumpuan adalah kuih raya.

Malah kuih raya kini sudah di tranformasikan kerana ianya bukan saja dilihat sebagai hidangan wajib pada hari raya tetapi kini sudah menjadi satu bentuk perniagaan yang mampu mendatangkan pendapatan yang cukup lumayan jika kena dengan caranya.

Kali ini MMI nak bercerita sikit berkenaan kuih raya khususnya kepada mereka-mereka atau kakak-kakak yang mengambil tempahan untuk menyediakan kuih raya tahun ni.

Sudah pastinya apabila banyak tempahan maka urusan penyediaannya akan mengambil masa yang panjang bahkan ada dikalangan kita yang sanggup tak tidur malam semata-mata mahu menyiapkan tempahan dari pelanggan.

Apatah lagi kepada mereka-mereka yang baru menceburkan diri dalam perniagaan ini sudah pastinya menghadapi kekangan masa kerana masalah utama adalah oven untuk memasak kuih raya.

Tapi kini jangan risau lagi , MMI sudah pun menemui satu cara terbaik untuk mengatasi permasalahan kakak-kakak di rumah kerana cara dan teknik ini bukan saja dapat membantu production bergerak dengan cepat malah dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik seterusnya bakal menambahkan keuntungan kakak-kakak semua.

Tak percaya ? Jom kita tengok..


Haa pastikan kereta anda di letakkan di bawah sinaran matahari dengan seluruh tingkap berkunci pastinya ia mampu menjadi sebahagian daripada oven kakak-kakak semua dalam menyediakan kuih raya.



Percaya atau tidak kehangatan yang dihasilkan oleh sinaran cahaya matahari mampu merubah sebuah kereta menjadi seperti oven.Oleh itu selain daripada anda menyediakan kuih raya boleh juga dijadikan sebagai tempat untuk memasak makanan untuk berbuka sekali.

Amacam ? Bila nak cuba ?

Hehehe..

MMI.

Pakatan Haprak Habih Modai !!


Nampaknya juak-juak Pakatan Haprak ni memang dah kemaruk isu.Niat dalam hati semata-mata nak ke Putrajaya sahaja sampaikan otak yang Tuhan bagi pun dah letak kat lutut.

Sekarang ni nampaknya juak-juak Pakatan Haprak khususnya yang di alam maya ni dok buat kalut pula kononnya slogan yang kerajaan gunakan bagi tema hari kemerdekaan yang ke55 "Janji Di Tepati" menimbulkan tanggapan negatif kerana ianya tidak menggambarkan kepentingan seluruh rakyat.

Rakyat mana ? Rata-rata yang MMI jumpa semua setuju malah menyokong langkah yang kerajaan ambil.Kalau setakat juak-juak penjilat Pakatan Haprak tu nak gambarkan seluruh rakyat jangan cakap lah bro! 

Dan bukan itu saja lagu Janji Di Tepati yang dimuat naik di laman YouTube pun di persoalkan.


Malah dikatakan juga slogan-slogan tersebut digunakan untuk memancing undi tatkala pilihan raya yang semakin hampir.

Lepas tu siap bagi masa seminggu pula dekat kerajaan supaya tukar slogan tersebut sebelum mereka akan mencadangkan satu slogan yang lebih inklusif buat semua.

Apa punya bangang la juak-juak ni,Dah memang kerja buat kerajaan Barisan Nasional selama ni  macam tu mengapa pula kerajaan tak boleh guna slogan tersebut ? 

Sebab Pakatan Haprak takut rakyat tak bagi undi dekat pembangkang ? Ooi ramai rakyat dah mula tinggalkan Pakatan Haprak sedarlah diri tu sikit !!

MMI hairan dan pelik dengan sikap bodoh dan langau puak-puak ni.Kalau slogan-slogan tu digunakan oleh Pakatan Haprak barulah salah sebab mereka tak buat seperti mana yang kerajaan buat.

Kadang-kadang lawak juga puak-puak ni bercakap ikut suka hati ja..Bangang!

Alo , Barisan Nasional kalau janji kita tunai Bro !! Masih tertunggu-tunggu janji 16 September ??

MMI.

Friday 27 July 2012

Gila Punya Cerita !!


PHNOM PENH – Sebatang balak yang ditemui tertanam dalam tanah baru-baru ini menjadi perhatian ramai kerana dipercayai memiliki hikmat menyembuhkan penyakit serta meramal loteri, lapor media semalam.

Setakat ini kira-kira 5,000 orang datang ke kampung Prey Yeang, Pursat, untuk melihat kayu balak sepanjang 13 meter itu.

Ia ditemui awal bulan ini apabila sebuah keluarga menggali perigi di situ.

Ketua kampung itu, Hun Nov, berkata orang ramai yakin kayu balak itu memiliki kuasa ajaib.

“Ramai pelawat datang membawa pengeras seperti kepala babi dan ayam rebus apabila sesetengah penduduk memenangi loteri selepas menyentuh kayu berkenaan,” katanya.

Hun Nov berkata, pihak berkuasa tiada hak menghalang orang ramai datang ke situ. Dianggarkan beratus-ratus pengunjung datang ke situ untuk mencuba nasib dan sesetengahnya menyapu bedak ke kayu berkenaan dengan harapan dapat mengesan sebarang nombor di situ. – AFP

Komen MMI

Macam-macam perangai manusia ni sampaikan batang balak pun dikatakan ada hikmat.Sebagai umat Islam kita seharusnya sentiasa bersyukur kerana diberikan perlindungan oleh Allah SWT.

Namun dalam banyak-banyak rupa-rupanya masih ada juga orang kita yang terjebak.



Hehe macam-macam..

MMI.

Nafsu Menguasai Diri Di Bulan Puasa


Memang betul lah pesanan orang-orang tua di bulan ramadhan ini dugaannya cukup hebat.Berpesan juga mereka sekiranya iman tidak kuat nafsu bakal menguasai diri.

Tepat sekali kata-kata tersebut apabila satu kejadian yang berlaku di Kajang apabila seorang suri rumah berusia 44 tahun tidak menyangka kedatangan abang iparnya pada waktu pagi kelmarin berakhir dengan dia menjadi sasaran nafsu jahat lelaki itu yang sanggup mencabul dan cuba merogolnya.

Kejadian yang berlaku pada pukul 9.30 pagi di Taman Jasmin di sini membabitkan lelaki warga emas berusia 65 tahun. Suspek yang tinggal satu taman dengan rumah mangsa dikatakan muncul di rumah mangsa sejurus selepas suami mangsa keluar bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus menjemput abang iparnya masuk ke dalam rumah.

Sebaik mangsa dan suspek berada di dalam rumah, mangsa mula berasa tidak sedap hati kerana mendakwa lelaki itu kerap merenungnya.

Bagi melepaskan perasaanya, mangsa meminta diri naik ke tingkat atas rumah dengan alasan untuk mengemas bilik.

Bagaimanapun, tanpa disangka suspek yang sudah beristeri mengekori mangsa sebelum menarik mangsa masuk ke dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah tersebut.

Lelaki itu kemudian menanggalkan pakaiannya dan turut membogelkan adik iparnya sebelum melakukan oral seks terhadapn mangsa dan cuba merogol wanita itu.

Malangnya, semasa cuba merogol mangsa, alat kelamin suspek tidak berfungsi sebelum diganggu dengan bunyi deringan telefon rumah mangsa.

Suspek tersentak dengan deringan telefon itu menyebabkan mangsa mengambil kesempatan menendang suspek sebelum lari menyelamatkan diri.

Suspek kemudian terus meninggalkan rumah mangsa dan sehingga kini tidak pulang ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu polis sedang memburu lelaki itu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul.

Begitulah hebatnya kuasa Allah SWT apabila suri rumah tersebut dapat menyelamatkan diri kerana kegagalan si perogol sendiri.

Kepada semua jadikan kejadian ini sebagai pedoman dalam kita menghadapi dugaan Allah SWT khususnya dalam kita menjalani ibadah puasa.

Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan untuk terus tabah menghadapi dugaannya.

MMI.

Jom Sokong Usaha Murni Anak-Anak Malaysia Pewaris Bangsa


Mendengar lagu berjudul Antara 2 Zaman hasil kreativiti anak muda Malaysia ini membuatkan hati MMI tersentuh.Tersentuh bukan kerana cacian dan makian tetapi tersentuh dengan bait-bait lirik dan lagu yang dihasilkan cukup untuk membuktikan bahawa hari ini anak muda Malaysia dapat memahami betapa negara Malaysia ini perlu di terus dipelihara malah dipertahankan.

Walaupun anak muda ini menggunakan medium muzik sebagai tempat untuk mereka menyatakan rasa banggsa menjadi rakyat Malaysia tetapi pada dasarnya mereka tahu menghargai jasa pemimpin-pemimpin hari ini mahupun terdahulu yang sudah dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik buat seluruh generasi hari ini dan seterusnya.

  

Dari maklumat yang disertakan lagu Antara 2 Zaman ini masih diperingkat percubaan sebab itulah mutu rakaman masih kurang baik namun mereka amat-amat memerlukan sokongan daripada kita semua seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negaranya.

Berikanlah komen yang membina kepada barisan anak muda ini supaya karya mereka ini mampu menjadi sebahagian daripada khazanah negara.

Psstt teringat MMI masa aktif dalam band dulu..

MMI.

Hati-Hati di Pasar Ramadhan - 38 Keracunan Makanan

Gambar Sekadar Hiasan

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengarahkan sebuah gerai bazar Ramadan di Pasir Panjang dekat sini supaya ditutup selama dua minggu mulai hari ini ekoran kejadian 38 orang mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan malam tadi.

Pengarahnya Datuk Dr Zailan Adnan berkata bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap gerai bazar Ramadan berkenaan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

"Ia melibatkan 33 pelajar perempuan sebuah kolej, seorang kakitangan kolej dan empat orang awam termasuk dua kanak-kanak.

"Dua belas daripada mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson manakala selebihnya mendapat rawatan sebagai pesakit luar hospital yang sama. Ini adalah kes pertama yang berlaku melibatkan bazar Ramadan di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kesemua mereka mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan ketika berbuka puasa di gerai berkenaan petang semalam.Sumber Bernama.

Komen MMI

Hati-hatilah sewaktu kita di pasar ramadhan bukan apa takut-takut terbeli makanan yang dah basi.MMI pun pernah mengalami kejadian yang sama beberapa tahun yang lalu memang serik lepas tu nak ke pasar ramadhan.

Tapi kita semua kena fahamlah bukan semua peniaga pasar ramadhan yang bersikap sambil lewa dan memikirkan keuntungan semata-mata.Kadang-kadang perkara tersebut berlaku secara tak sengaja dan sememangnya ia sukar untuk dikesan.

Apa pun MMI percaya semua peniaga pasar ramadhan sedar akan pentingnya kebersihan dalam menyediakan masakan lebih-lebih lagi masakan tersebut bakal dibeli oleh mereka yang bakal berbuka puasa.

Selamat Berbuka Puasa semua !!

MMI.

Ng Wei Aik ADUN Paling Bangang Pernah DAP Miliki !!


Siapa yang tak kenal dengan Ng Wei Aik ADUN Komtar yang selalunya bertindak samseng dalam menyelesaikan beberapa perkara yang melibatkan kepentingan rakyat di Pulau Pinang.Beliau yang sudah terkenal dengan sikap samseng ini merupakan antara pimpinan DAP yang paling di sayangi oleh Guan Eng.

Masakan rakyat boleh melupakan isu restoran nasi kandar yang telah digempur oleh Ng Wei Aik bersama juak-juak MPPP dengan sikap biadap mengalahkan komunis.


Pastinya semua masih ingat insiden ini dan bagi MMI walaupun selepas itu musibat ini dengan beberapa juak-juak Pakatan Haprak memohon maaf kepada peniaga terbabit namun tindakan beliau tetap tidak akan dimaafkan.

Terbaru musibat ni telah menyalahkan pula Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang dengan menuduh badan itu gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyelenggara sistem perparitan di hospital.

MMI cukup terkejut dengan tindakan yang diambil oleh musibat lahanat ni.Apa bodoh sangat Adun Komtar ni sampai tak boleh nak membezakan bidang tugas pihak-pihak tertentu.

Malah Pengerusi Lembaga Pelawat Hospital Pulau Pinang (HPP) Lim Thoon Deong membidas kenyataan ADUN Komtar, Ng Wei Aik yang mendakwa badan itu gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyelenggara sistem perparitan di hospital sehingga menyebabkan kawasan itu dilanda banjir setiap kali hujan lebat.

Lim berkata tuduhan itu tidak berasas kerana masalah banjir sebenarnya berpunca daripada peniaga di sekitar hospital yang membuang sampah ke dalam parit dan sungai sehingga menyebabkan sistem saliran di kawasan berkenaan tersumbat.

"Sepatutnya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bertanggungjawab kerana mereka yang beri lesen kepada peniaga ini termasuk menyelia dan menyelenggara saliran tersumbat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ng dalam akhbar berbahasa Cina baru-baru ini.

Ng dalam kenyataannya turut mendakwa parti MCA mendominasi pengurusan HPP apabila Lim, yang juga Timbalan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA negeri, memegang jawatan sebagai pengerusi lembaga pelawat sejak tahun 1997.

Lim menyifatkan segala dakwaan itu tidak masuk akal kerana pelantikan beliau dibuat secara kolektif dengan mengambil kira kriteria tertentu.

Jika dikira daripada aduan yang telah dibuat berkenaan perkara ini terhadap MPPP sendiri sebenarnya jelas menunjukkan Adun Komtar dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebenarnya gagal memberikan perkhidmatan kepada rakyat.


Ini dibuktikan dengan satu laporan berita yang telah dikeluarkan dalam Utusan Malaysia pada 23 September 2010 yang lalu.

PULAU PINANG 23 Sept. - Penduduk kawasan Kariah Masjid Shaik Eusoff, Jalan Datuk Keramat di sini mempunyai sebab yang kuat untuk melahirkan rasa marah mereka terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ini kerana, kawasan berkenaan terutama di sekitar Jalan Utama di tepi Hospital Pulau Pinang (HPP) yang dipenuhi gerai-gerai menjual makanan dan minuman seperti dianaktirikan apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) didakwa tidak menjalankan tanggungjawab menyelenggara sistem perparitan di situ sejak 10 tahun lalu.Klik Sini

Jelas sekali tindakan Ng Wei Aik sebenarnya memakan diri dan memalukan kerajaan DAPigs di Pulau Pinang.

Hairan MMI bagaimana sebuah kerajaan yang menjadikan CAT sebagai garis panduan dalam mentadbir masih boleh menyimpan Adun sebangang ini ?

Kepada Ng Wei Aik kalau tak reti buat kerja pi balik tongsan lagi bagus lah..Jangan biadap sangat dengan rakyat Pulau Pinang sebab masanya akan tiba untuk rakyat mengadili kamu.

Satu saja MMI nak tanya kalau dulu dalam kes restoran nasi kandar boleh bawa juak-juak MPPP kenapa dalam isu longkang ini tak bawa MPPP suruh buat kerja ?

Kalau ikut laporan yang dibuat kira dah makan tahun ni ! Apa yang ang buat lahanat ??

MMI.

Thursday 26 July 2012

Sequel LOTR Kini Kembali - Nantikan "The Hobbit"


Pasti ramai yang sudah tahu berkenaan sebuah filem arahan Peter Jackson berjudul Lord Of The Ring yang telah menggemparkan seluruh dunia dengan penceritaan dan kesan khas yang cukup mengujakan sesiapa yang mengikuti perjalanan filem tersebut.

MMI merupakan antara jutaan peminat yang mengikuti penuh minat filem LOTR ini dan masih menantikan kesinambungannya dengan penuh sabar.

Kini segalanya sudah semakin pasti The Hobbit bakal menjengah pawagam berdekatan anda dalam sedikit masa lagi.

Pasti ramai dikalangan peminat sekuel LOTR ini sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menonton  The Hobbit dan bagi tidak menghampakan anda semua MMI bawakan trailer dan pembikinan The Hobbit sebagai warm up sebelum kita sama-sama menyaksikan filem penuh sedikit masa lagi.




They will coming near you soon - The 12 Dwarves 

Pssstt Lebih baik layan The Hobbit dari dok layan kerenah Mak Janda Abby tu.. 

MMI.

Labels