Followers

Thursday, 31 January 2013

Betapa TERDESAKnya PAS Menghadapi Kemaraan UMNO !!


Kenyataan Presiden PAS yang terbaru jelas membuktikan betapa dangkalnya PAS dalam menghadapi kemaraan UMNO khususnya dalam persediaan untuk PRU13 nanti.Sikap yang ditunjukkan oleh Hadi ternyata amat memalukan malah tindakan yang diambil oleh PAS terhadap Nasharudin jelas menunjukkan PAS semakin terdesak.

Tindakan kebudak-budakkan yang ditunjukkan oleh seorang Presiden parti seperti Hadi amatlah memeranjatkan dan bagi MMI ianya merupakan BUKTI bahawa PAS sememangnya amat membenci serta   BERDENDAM dengan UMNO dan kerana itulah PAS hari ini semakin jauh terpesong.

Soal perjuangan diketepikan apatah lagi perjuangan Islam yang diwar-warkan langsung tidak menjadi asas perjuangan mereka malah sesiapa saja yang didapati cuba atau bersama dengan UMNO atas kapasiti apa sekalipun akan dianggap sebagai musuh.

Baca kenyataan Hadi di bawah ,

Nasharudin Mat Isa kini hanyalah seorang ahli biasa parti selepas bekas Timbalan Presiden Pas itu dipecat daripada menganggotai Majlis Syura Ulama parti.

Sehubungan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, malang bagi UMNO kerana mendapatkan bantuan daripada seorang ahli biasa parti itu.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan maksud bantuan yang dimaksudkan tetapi dipercayai berkaitan penyertaan Nasharudin ke Gaza bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

''Dia ahli biasa Pas. Sangat malang bagi UMNO tiada orang, terpaksa ambil bantuan ahli biasa Pas,'' katanya kepada pemberita selepas ceramah perasmian Karnival Kedah Sejahtera Pas Kawasan Pokok Sena di sini malam tadi.

Beliau ditanya mengenai status Nasharudin selepas dipecat sebagai anggota Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.

Kesian tengok puak-puak ni ....Perangai macam budak-budak dan kenyataan oleh Hadi itu membuktikan Nasharudin sememangnya dipecat dari Majlis Syura PAS kerana bersama PM ke Gaza dan bukan kerana beliau tidak layak dari ilmu agama untuk berada sebaris dengan ulama PAS yang lain.

Dan persoalannya kini sejauh mana Majlis Syura PAS itu adalah badan yang dianggotai oleh ulama khususnya bagi kepentingan agama Islam kerana tindakan memecat Nasharudin adalah bukti Majlis Syura PAS adalah badan POLITIK bukannya badan agama.

MMI.

PANAZZ Guan Eng SOKONG NAJIB ?!!!


Berita terbaru ni bakal menggemparkan kem Pakatan Haprak apabila Guan Eng dilihat menyokong Datuk Seri Najib.Apa yang pasti Khalid Ibrahim sudah tentu semakin kusut rambutnya kerana keputusan Guan Eng ini ternyata seperti satu tamparan ke muka beliau.Malah Anwar juga barangkali terpaksa buat-buat senyum sebab dalam Pakatan Haprak sapa yang berani lawan Guan Eng ? 

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak berhasrat untuk mengikut jejak langkah kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, tindakan sedemikian tidak membawa banyak perbezaan kepada keadaan semasa memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah semakin hampir.

“Perbezaan hanya sebulan sahaja dan lebih baik buat serentak seperti apa yang akan diumumkan Perdana Menteri.

“Lagipun, saya secara peribadi rasa Perdana Menteri akan umumkan (pembubaran Parlimen) penghujung Februari ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.utusan

Kesiannya kat Khalid ! Alalala kesiannya nampak sangat bangang tahap kronik sebab baru-baru ni dia nak bubar DUN awal , tak percaya Baca Sini.MMI bukan kisah sangat dia nak bubar awal ka apa tapi tahap cerdik tu apa raaa...

Dalam hal ini Guan Eng dilihat bijak sedikit sebab boleh kira tempoh masa dan sebagainya jadi memang betul la puak-puak ni bangang dan selalu jadi pencacai DAPigs , nak politik pun tak reti ..HAMPEH !!

MMI.

Nik Aziz - NAJIB Bakal Masuk NERAKA ?!!


"Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW."

Seolah-olah mempunyai kuasa menentukan balasan seseorang, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'memutuskan' bahawa menteri yang bertanggunjawab dalam agihan royalti minyak kepada negeri akan masuk neraka kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.

Biarpun tidak menyebut dengan khusus nama menteri yang dimaksudkan, dapat difahami bahawa beliau merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.

Nik Abdul Aziz mempertikai kenapa royalti minyak tidak diserahkan kepada kerajaan Pas Kelantan sedangkan mereka dengan mudah telah mendapat habuan daripada perlombongan emas yang diusahakan sebuah syarikat dari negara Cina.

"Sepatutnya emas dan petrol sama sahaja, sama-sama milik kerajaan negeri, kenapa emas diberi kepada kita tetapi petrol tidak diberi?

"Orang ini bertanggungjawab dunia akhirat, dan dia kena sumpah, rakyat sumpah kepada menteri-menteri yang tidak bertanggungjawab jaga royalti, akhirat kelak dia akan masuk neraka, tidak ada kuasa boleh sekat menteri ini masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW.

"Royalti baik, balak baik, ia sama ada boleh bawa kita ke syurga atau ke neraka, ini masalah besar, golongan sekular tidak fikir masalah syurga neraka, sedangkan benda itu benda ada, kerana syurga neraka ini bukan projek kerajaan, bukan projek parti, tapi daripada Allah," katanya di sini hari ini.utusan 

Juak-juak PAS bolehlah terus tepuk tangan sekarang kerana Nik Aziz "CONFIRM" akan masuk SYURGA lepas ni..Orang yang bagus macam ni bukan ada dosa apatah lagi kalau menjadi BARUA kepada DAPigs malah sokongan Nik Aziz terhadap Hadi khususnya dalam isu kafirkan orang UMNO pastinya menjadi tiket paling berprestij untuk beliau masuk SYURGA.

Kepada Nik Aziz jangan pula lupa untuk bawa Mat Sabu dan pemimpin PAS yang lain sekali dan paling penting jangan langsung tinggalkan Kit Siang,Guan Eng dengan Karpal Singh kalau tak boleh pun Nik Aziz boleh berdoa kepada tuhan minta di berikan laluan untuk mereka-mereka ini terus ke Syurga.

MMI.

Nizar Yang Rakyat PERAK SAYANG Sangat Tuu...


Datuk Seri Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak bernasib baik kerana boleh terus berkicau dan terbang bebas sekalipun melakukan kesalahan demi kesalahan yang gambarkan kredilitinya cukup low standard.

Tidak ada tindakan diambil PAS ataupun sekutunya, Pakatan Rakyat, terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu. Ini difahami kerana jarang kita dengar ahli-ahli parti itu dikenakan hukuman.

Tindakan memecat ataupun mengantung keahlian ataupun mengugurkan dari jawatan seperti berlaku pada Datuk Hassan Ali dan Datuk Nasharuddin Mat Isa adalah kerana “mereka dilihat pro UMNO.”

Kalau mereka anti-UMNO, halal mereka melakukan apa saja.

Justeru walaupun berulang kali Nizar dilihat melakukan kesalahan yang memalukan, DAP dan PAS masih terus mendewa-dewakan wakil rakyat Pasir Panjang itu.

Bagi mereka Nizar jauh lebih baik 1000 kali berbanding Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir.

Pembangkang kini jenuh perah otak untuk mengambarkan kepimpinan Dr.Zambry diwarnai amalan kronisme, rasuah dan sebagainya.

Pendek kata pembangkang sering mempermodalkan aspek ini bagi memperlekeh ADUN Pangkor itu.

Sebagai contoh dalam isu debat bawah tajuk Nik Aziz rasuah Ngeh Koo Ham, Zambry Boncitkan Kroni—Siapa Berdusta? tajaan pembangkang,baru-baru ini sekali lagi Menteri Besar diberi gambaran begitu hina.

Dr.Zambry tidak mahu hadir kerana isu tanah yang mahu didebatkan bukan beliau yang mulakan. Beliau tidak mengulas mengenai isu tanah 10,526 ekar di Kelantan yang dimiliki sebuah syarikat milik bersama Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Kerusi kosong sebagai simbolik sebagai usaha memperlekeh Dr.Zambry . Senario ini macam pernah kita lihat dalam TV di luar negara. Konon bagi menggambarkan pencabarnya itu penakut.

Bagi Dr.Zambry, tempat wajar berdebat ialah di DUN Perak, bukannya ditempat yang mereka pilih dan topik yang mereka tentukan.

Dalam dewan, mereka macam tikus. Yang mereka tahu hanyalah berbohong kepada rakyat macam dalam kes Nizar yang sering dilabel pembohong bersiri.

Kalau Nizar dalam UMNO, dah lama dia tidak berpeluang memegang jawatan penting kerana ini melibatkan soal kredibiliti pemimpin.

Kalau dilihat dari segi nyawa politik Nizar, ia banyak ditentukan DAP dari PAS sendiri.

Maknanya kerana faKtor pengaruh, DAP berjaya mengapungkan pengaruh Nizar sehingga sekarang.

Sebagai contoh, sejak kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada 2009, DAP menjadi penyokong kuat Nizar.

Jika dikira dengan jari, kita memerlukan jari kaki pula kerana terlalu banyak kali DAP mewar-warkan sokongan kepada Nizar sebagai bakal Menteri Besar Perak.

Maknanya DAP walau dalam apa situasi sekalipun,masih mencalonkan Nizar sebagai bakal Menteri Besar. Maknanya PKR atau calon lain dalam PAS boleh lupakan pada jawatan berkenaan.

Rakan-rakan dalam Pakatan, baik PKR mahupun PAS, mengambil sikap membisu—yapun tak, takpun tak,ambil sikap tunggu dan lihat saja.

Datuk Ngeh Koo Ham selaku Pengerusi DAP negeri beberapa kali membuat “endorsement” Nizar sebagai calon MB Perak jika mereka merampas Perak.

Untuk rekod, DAP juga mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika mereka merampas Putrajaya walaupun PAS percaya Hadi Awang jauh lebih layak daripada Anwar.

Dengan sikap DAP mendewa-dewakan Nizar, mantan Menteri Besar itu ambil sikap membujur lalu melintang patah. Ia bercakap seperti lidah tidak bertulang.

Ibarat kata...don't worry..be happy.

Tak hairan jika Dr Zambry mahu rakyat berwaspada dengan janji-janji Nizar.

Menyenarai semula isu-isu yang ditimbulkan Nizar termasuklah isu ancak.

Nizar mendakwa Majlis Agama lslam bersidang membincang isu ini. “Saya tanya Mufti Perak . . .betul ke, dia (mufti) menafikan.”kata Dr.Zambry.

Nizar juga mendakwa Perdana Menteri dalam pertemuan dengan para pegawai tertinggi tentera mengarahkan mereka melakukan rampasan kuasa andaikata BN kalah dalam PRU ke13. Ini dinafikan tentera dan Kementerian Pertahanan.

Nizar juga mendedahkan surat mengesahkan pembayaran RM207 billion kepada mangsa landasan maut Burma-Thailand dalam Perang Dunia ke2.

Kerajaan Jepun didakwa membuat pembayaran kepada kerajaan kita. Jepun yang marah menganggap ia fitnah dan meminta Malaysia bertindak terhadep mereka yang membuat fitnah.

Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah menafikan surat yang didedahkan Nizar kerana ia surat palsu dan beliau membuat laporan polis mengenai dakwaan Nizar itu.

Nizar dalam sidang DUN lalu mendakwa Dr.Zambry menelefonnya menawarkan jawatan Mentri Besar Perak jika dia (Nizar) menyertai UMNO. Dr.Zambry bersumpah menafikan berbuat tawaran kepada Nizar.

Nizar juga mendakwa Dr.Zambry meluluskan tiga kawasan balak kepada seorang pemohon. Tapi kata Menteri Besar, waktu Nizar jadi Menteri Besar,diapun lulus kepada seorang calon tiga kompartmen menggunakan alamat sama.

“Bila kita siasat kita dapati alamatnya sebuah rumah usang. Kita ingat pemohonnya tentulah sudah kayaraya. Nizar juga meluluskan kawasan balak hutan simpan tanpa merujuk kepada jawatankuasa hutan sebagai syarat wajib . . . kita ada dokumen dan kita ada bukti.”kata Menteri Besar.

Dalam kes terbaru Nizar dan DAP diuji lagi. Kali ini Nizar dalam tweetnya pada 29 Jan. menulis”The Carcass Gatherers:BN polilticians rush to cash in on William’s death (Pengumpul Bangkai:Ahli-ahli Politik BN berlumba-lumba dapatkan nama atas kematian William—merujuk kematian William Yau Zhen Zhong, 6 tahun yang ditemui terapung di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Kelang 24 Jan lalu.

Dr Zambry ketika mengulas isu tweet Nizar berkata ianya suatu ayat (perkataan) pelek yang digunakan oleh seorang yang berperangai dan bersifat pelek.

“Ini merupakan satu perkara yang pelik daripada manusia yang amat pelik,” merujuk perkataan ‘CARCASS GATHERERS’ yang digunakan Nizar.

Dalam konteks ini beliau berkata carcass membawa maksud bangkai dan ia biasanya merujuk kepada binatang mati yang juga merupakan makanan burung hering (vultures).

“Terkejut saya dia boleh gunakan perkataan sebegini. Apakah dia tidak mempunyai sebarang jiwa kemanusian dan rasa simpati terhadap keluarga mangsa.

Beliau menyifatkan perkataan yang digunakan Nizar amat keterlaluan,dan melahir rasa kecewa dengan perkataan yang dipamerkan Nizar walaupun dia dikatakan sebagai seorang yang berpendidikan agama tinggi.

DAP dijangka bakal mempertahankan Nizar seperti biasa dilakukan. Bagi DAP, ia mungkin tidak kisah dengan tweet Nizar namun bagi majoriti pengundi Cina di Perak, isu ini menyayat hati lebih-lebih lagi William baru 6 tahun dan bukannya ahli parti politik.

Bagi masyarakat Cina kenyataan Nizar menjelang PRU ke13 bakal menimbulkan kesedaran antara BN dan Pakatan—antara Dr.Zambry dan Nizar sebagai bakal Menteri Besar.

Walaupun apa yang bakal Nizar katakan selepas ini, pengundi Cina sudah dapat menangkap makna yang tersirat.

Dalam PRU ke12, pengundi Cina di Perak memberi sokongan pada DAP sehingga parti itu menang 18 kerusi dari 59 kerusi dalam DUN Perak. Jika undang-undang membolehkan, calon DAP sudah menjadi Menteri Besar, bukannya Nizar.

Ini satu rekod yang belum pernah berlaku. Tapi menjelang PRU ke13, bunga-bunga kekecewaan masyarakat Cina sudahpun dapat dilihat dari sekarang.Agenda Daily.

MMI.

Pemimpin PAS Dah Mula Main SERU-SERU !!


MMI sendiri pun tak pasti apa yang difikirkan oleh pemimpin PAS yang sorang ni.Entah hantu apa yang masuk dalam badan sampaikan dah macam bomoh pun ada.Tak boleh blah bila siap merayu supaya orang Melayu terus berikan sokongan kepada Rejim DAPigs  di Pulau Pinang.

Tak taulah MMI apa yang bagus sangat Rejim DAPigs tu sampaikan mamat pengampu Nik Aziz ni sanggup berkata demikian.Kalau diikutkan sepatutnya pemimpin parti yang kononnya meletakkan perjuangan Islam sebagai yang paling utama ini harus menentang Rejim DAPigs kerana DAPigs lah yang menjadi punca kepada isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Tapi lepas MMI amati betul-betul memang logik pun juak-juak ni kata macam tu.Sebabnya dalam perlembagaan parti sendiri pun langsung tak menyebut tentang agama Islam.Jadi tak hairanlah mereka lebih mementingkan kebendaan duniawi dan keakraban bersama sahabat sesyurga mereka dalam pakatan Haprak .
Baca kupasan menarik tentang ini di blog kerispusaka 

MMI nak pesan kepada orang Melayu , sedar dan ingatlah apa yang sudah pun dilakukan oleh Rejim DAPigs sepanjang tempoh 4 tahun ini terhadap rakyat khususnya orang Melayu Pulau Pinang.

Malas MMI nak senaraikan satu persatu , cuma cukup dengan persoalan ini rasanya "macam mana dengan talian internet percuma kepada seluruh negeri yang dijanjikan oleh Guan Eng ? kalau ada sekalipun talian tersebut diibaratkan seperti siput babi dari segi kelajuannya.

Sehingga entri ini ditulis MMI masih menggunakan talian sendiri sebab talian percuma yang Guan Eng janji dah nak masuk habis penggal dah.HABUK PUN TARAK !!

MMI.

Apa Kena Mengena Mamat BANGLA Ni Dengan PRU13 !!


MMI pernah sebut sebelum ni kalau sesuatu perkara tu melibatkan UMNO atau BN dah pasti juak-juak Pakatan Haprak akan melalak seluruh negara berpesta bagai.Tapi bila kena batang hidung sendiri diam ja langsung tak dengar bunyi.

Dasar hipokrit !! nak tau selanjutnya tentang gambar kat atas tu ampa klik SINI 

Psstt pakai dana mana cetak banyak-banyak tu ? duit rakyat ka dana luar ??

MMI.

Fuiyoo Ada Menteri Besar Yang Dah Tak TAHAN !!

Gambar Hiasan
Sebelum apa-apa MMI nak pesan entri ni bukan menyentuh tentang perkara yang menghampiri perlakuan seks dan seangkatan dengannya.Ianya berkisar kepada isu yang heboh semalam khususnya di blog-blog tentang Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Haprak mahu membubarkan DUN pada Februari depan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Meh bulan depan.

Katanya cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.

"Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN). 

"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan Dun)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.Baca Seterusnya 

Memang terbaiklah Khalid ! MMI sendiri pun tak sabar-sabar nak tunggu kehadiran bulan Februari nanti kerana disinilah kita akan dapat melihat sama ada Khalid benar-benar boleh di percayai.

Kononnya nak gempar la kot tapi agak-agak lah..Soal bubar DUN ni semua pihak sedia maklum ianya terletak ditangan kerajaan negeri jadi tak perlulah sampai ke tahap kata rakyat tunggu lama.Sebab dulunya puak-puak Pakatan Haprak juga yang pukoi canang tak mau bubar DUN sekiranya kerajaan bubar Parlimen awal.

Alih-alih hari ni bunyi lain pula kononnya rakyat dah tak sabar..Hehe rakyat ka Khalid sendiri ??

Lagi satu kalau nak bubar tu bubar ja lah apa yang nak takutnya ? Cakap saja buat apa Khalid ?

Kalau nak lebih menarik lagi Khalid perlu pujuk pula Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan supaya sama-sama membubarkan DUN masing-masing seperti mana yang Khalid mahu lakukan , tak ada masalah apa pun sebenarnya !

MMI nak bagitahu setelah pembubaran dilakukan pihak SPR mempunyai masa selama 60 hari bagi menjalankan pilihan raya jadi cuba guna otak tengok !

Kalau Khalid bubar sekarang pun SPR masih ada masa selama 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.Jadi dalam bahasa mudahnya tak ada masalah untuk SPR samakan proses pilihan raya dengan negeri-negeri lain.

Bab SPR pula tak payah dok pertikai kerja buat depa , sebab semuanya mengikut undang-undang malah kalau SPR nak istihar awal pun rasanya rakyat Selangor tak ada masalah sekarang.'

Jadi tunggu apa lagi ? cakap saja bubar senang sikit ...

MMI.

Wednesday, 30 January 2013

DAPigs Peguna Melayu Untuk Pelemah Melayu Lain ??!!


Tunku Zain Al-'Abidin, Putera Raja Negeri Sembilan yang dipujuk DAP menyertai politik, mengesahkan memang wujud perbincangan mengenai tawaran daripada parti itu. 

Tunku Zain Al-'Abidin, anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, turut melahirkan rasa kecewanya apabila butiran tawaran itu menjadi pengetahuan umum walaupun ia seharusnya kekal sebagai perbincangan peribadi. 

"Ahli politik seharusnya mampu berhubung dan berkomunikasi dengan semua lapisan warga Malaysia dalam apa jua situasi termasuk perbincangan sulit asalkan masih dalam batasan perundangan negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. 

Kenyataan itu dikeluarkan apabila bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendedahkan bahawa Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook pernah meminta beliau memujuk Tunku Zain Al-'Abidin untuk menjadi calon parti itu dan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri. 

Tunku Abdul Aziz berkata, beliau sudah menyampaikan hasrat DAP itu kepada Tunku Zain Al-'Abidin namun ditolak. 

"Namun begitu nasi sudah menjadi bubur. Oleh kerana perkara itu dibawa kepada pengetahuan umum, saya boleh mengesahkan bahawa butiran perbincangan dengan DAP beberapa bulan sebelum ini adalah hampir tepat," kata Tunku Zain Al-'Abidin. 

Memandangkan ia adalah perbincangan tidak rasmi, jadi tiada minit perbincangan dicatatkan, katanya. 

"Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya juga pernah dijemput untuk bertemu dan berbincang secara tidak rasmi dengan wakil-wakil parti politik yang lain," katanya. 

Tunku Zain Al-'Abidin berkata, beliau amat menghormati dan mengagumi ahli politik tanpa mengira kepartian yang berprinsip dan bekerja keras. 

"Namun, pada pandangan saya tiada satu pun parti politik pada hari ini yang mampu menyamai kejituan dan kesaksamaan visi Ayahanda Kemerdekaan yang boleh mempengaruhi saya untuk menyertai mana-mana parti," kata beliau. 

Katanya, walaupun ada pihak yang memperkatakan tidak wajar seorang putera raja membabitkan diri dalam politik, namun sejak 1957, terdapat lima putera Raja yang berbuat demikian. 

Mereka ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari Kedah yang menjadi Ahli Parlimen Kuala Muda 1955-1970 dan Perdana Menteri dari 1957 hingga 1970 (UMNO dan Semangat 46), Tunku Panglima Besar Tunku Abdullah dari Negeri Sembilan (Ahli Parlimen Rawang 1964-1974, MNO); Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim dari Terengganu (ADUN Ajil 1990-1995, Semangat 46 dan PAS), Tengku Datuk Seri Azlan Sultan Abu Bakar dari Pahang (Ahli Parlimen Jerantut 1999 hingga kini dan Timbalan Menteri Pengangkutan 1999-2008, Semangat 46 dan UMNO) dan Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail dari Perlis (Ahli Parlimen Arau 2004-2008 dan ADUN Pauh 2008 hingga kini, UMNO). 

Tunku Zain Al-'Abidin berkata, beliau sudah pun terbabit dalam 'persekitaran' politik lama sebelum ayahandanya ditabal menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11. 

Putera Raja itu menjelaskan beliau akan meneruskan penyertaannya dalam Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi dan beberapa yayasan lain untuk terus menyambung bakti.- BERNAMA

MMI.

PR Nak Perkenalkan MANIFESTO Buat WAYANG Lagi Ker ???


PAKATAN Haprak dilaporkan akan mengadakan Konvensyen Khas sebelum pilihanraya umum bermula, antara lain untuk memperkenalkan Manifesto Pakatan Rakyat – walaupun Pakatan Rakyat tidak akan bertanding dalam pilihanraya, sebaliknya masing-masing parti DAP, PKR dan PAS.

Biasalah, hanya orang bodoh sahaja yang akan percaya puak-puak ini berkomponen seperti mana BN.

Ramai orang hairan, bagaimana setelah kantoi menipu beberapa kali kerana gagal melaksanakan manifesto 2008, malah Menteri Besar Selangor mengisytiharkan pulak manifesto bukan perjanjian, Pakatan haram ini masih ingin memperkenalkan manifesto untuk pilihanraya umum yang akan datang.

Siapa nak percaya?

Tapi ini bukan masalah, sebab Pakatan itu sendiri was shrouded (diselubungi) oleh penipuan dari mula.  Ada jugaklah yang percaya tu, terutama jenis yang hati dah hitam dan tidak nampak lain melainkan bulan dengan muka Anwar dan roket di tengah-tengah.

Anwar tipu pasal nak bentuk kerajaan pada 16 September pun masih ada yang percayakan dia sampai sekarang, apalah sangat pasal manifesto ini ya.

Walaupun belum dilancarkan, rasanya tidak akan ada apa-apa yang baru dalam manifesto itu nanti – baru dari segi maksud perkara yang besar-besarlah.  Dengan Pakatan tidak buat kerja lain melainkan berceramah hampir setiap malam sejak 5 tahun lepas, penulis rasa semua orang pun sudah tahu apa yang nak ditulis dalam manifesto itu nanti.

Pendidikan percuma, tol percuma, air percuma, kereta murah, itu turun, ini turun, bla bla bla.  Pendek kata nak jadikan Malaysia ini macam syurga dunialah, semua yang percuma dan murah ada disini, tak jumpa tempat lain.

Logik tak logik belakang kira, yang penting tipu orang dulu, dengan harapan menang.  Penulis dah kata orang bodoh, gila dan mudah dimanipulasi ini ada dimana-mana dalam dunia, banyak dengan sedikit sahaja beza.

Bagaimanapun, untuk majoriti rakyat yang lebih waras dan rasional pemikirannya, inilah masa untuk menetapkan keputusan.  Takkanlah dari banyak perkara yang gagal dilaksanakan Pakatan haram ini, kita masih mahu percaya manifesto mereka lagi kali ini.

Hajat dan niat untuk berkuasa dan memenuhkan kepentingan diri sendiri sahaja, bukan nak bantu rakyat sangat pun.  Buktiknya, lihat sahajalah di negeri-negeri yang diperintah mereka sekarang, adakah rakyat diutamakan.  Kalau rakyat diutamakan, semua janji manifesto yang lepas akan diutamakan dulu, tapi bukan itu yang berlaku.

Alasannya, manifesto bukan janji!!

Ini bukan setakat cakap, tapi alasan sama nak digunakan untuk tujuan pembelaan di Mahkamah nanti, setelah berpuluh ribu rakyat mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor kerana gagal melaksanakan manifesto 2008, antaranya air percuma 20m3 (untuk meter pukal), bantuan ibu tunggal, bantuan kanak-kanak pra-sekolah,

Jadi rakyat perlu fikir kesan percayakan manifesto puak-puak ini, dan perlu ingat satu lagi hal, PAKATAN RAKYAT TIDAK BERDAFTAR!!  Apa pun alasan kenapa tak daftar, itu tidak penting, yang penting, tidak daftarlah.  Bila tak daftar, tidak ada pertanggungjawaban untuk penuhi semua janji tersebut.

Kesan manifesto tidak bertuan ini besar.  Kalau dah menang, Anwar pusing cakap macam mana?  Kepada siapa rakyat nak mengadu?  Nak bawak ke mahkamah, nama siapa yang nak disebut sebagai defendan? Nanti hakim tanya “siapa ini Pakatan Rakyat?”, nak tunjuk apa sebagai bukti?

Rakyat Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang kena dah.  Yang buat janji sebelum PRU 2008 Barisan Alternatif (BA), alih-alih nama itu hilang, ganti dengan Pakatan Rakyat.  Itu yang puak-puak ini selamba beruk tidak laksanakan janji sebab depa tahu mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan.

Jadi berjaga-jagalah kita.  Tolaklah Pakatan ini sebab dia buat janji macam bela polong juga, tidak ada nama, penyudahnya nanti, jadilah polong tidak bertuan.

Sumber mykmu.net 

MMI.

Rasuah, Rasis : Guan Eng Boleh Tutup Mulut Tapi Rakyat Makin Buka Mata Nilai DAP


Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin percaya DAP tidak mampu untuk menjawab apatah lagi menyangkal kenyataan bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim  berhubung isu rasuah dan rasis yang diamalkan parti itu.

Ini kerana tegasnya sehingga kini DAP terutama Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng terus mengunci mulut walaupun isu rasuah dan rasis yang dibangkitkan Tunku Aziz itu sudah lama berlarutan.

“Bak kata pepatah berani kerana benar, takut kerana salah. Ini belum lagi isu kesilapan kira undi. Nampaknya DAP sudah terkena ludah mereka sendiri.

“Mereka terutama Guan Eng boleh terus tutup mulut tapi rakyat akan terus buka mata dan fikiran untuk menilai sejauh mana kebenaran kononnya DAP ini satu parti yang bersih, telus dan ada akauntabiliti”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP yang sehingga kini masih berdiam diri berhubung dakwaan oleh bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim  berkenaan isu rasuah dan rasis parti berkenaan.

Mengulas lebih lanjut Fairus seterusnya menambah DAP hanya nampak kesalahan dan kesilapan orang lain umpama mengata kain orang koyak tetapi kain sendiri makin terlondeh.

“Sebenarnya pelbagai pendedahan serta dakwaan oleh Tunku Aziz menjadi bukti bahawa parti terbabit telah terkena batang hidung sendiri. Dan seharusnya Tunku Aziz perlu mendedahkan apa lagi yang belum didedahkan untuk kepentingan umum.

“Percayalah….bangkai jika ditutup dengan apa sekali pun ianya akan tetap berbau dan akhirnya diketahui umum juga akhirnya. Apa yang mereka lakukan hanyalah sekadar untuk menyembunyikan wajah hodoh mereka yang sebenarnya,” ujar beliau.

Beliau seterusnya percaya DAP akan selamanya berdiam diri dan tidak akan berani tampil untuk memberikan penjelasan yang sepatutnya. -MediaUMNO

MMI.

Lawatan Nik Aziz Ke Pulau Pinang : Kenapa Tiada Perbincangan Tentang Isu Kalimah “Allah”?


Kecoh betul di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily dan blog-blog pro-PAS semalam mengenai kunjungan Mursyidul Am PAS ke Pulau Pinang dan telah mengadakan pertemuan dengan seorang Bishop Katolik, Sebastian Francis di sana.

Kononnya, dengan pertemuan antara Nik Aziz dan Bishop tersebut, ia akan meredakan ketegangan yang tercetus dari isu penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible berbahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia.

Malah dalam lawatan Nik Aziz ke negeri jajahan Guan Eng itu, dia telah menyambut harijadinya di kediaman Pengerusi DAP dan Karpal Singh telah menghadiahkan sebiji kek harijadi padanya dalam lawatan tersebut.

Kononnya, mereka berdua “mesra”lah, kan? Memanglah “mesra semacam” saja bila Nik Aziz dan Karpal dikatakan berbicara mengenai pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura PAS…

Apatah lagi bila laporan mengenai kunjungan Nik Aziz ke rumah Karpal dan pertemua dengan Bishop itu tidak menyentuh langsung tentang soal penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible bahasa Melayu…

Cuba sebut tentang isu itu, saya yakin Nik Aziz takkan lama di Pulau Pinang…kan?

Sepanjang lawatan Nik Aziz di Pulau Pinang, tiada sebarang laporan pun dari media-media pro-pembangkang yang melaporkan tentang sebarang perbincangan mengenai isu kalimah “Allah” berlangsung di antara Nik Aziz dengan pemimpin DAP atau Bishop tersebut.

Malah cakap-cakap mulut di kalangan para penyokong PAS di sebelah utara semenanjung menyifatkan lawatan Nik Aziz itu hanyalah sekadar propaganda untuk meredakan kemarahan mereka terhadap DAP dan PKR yang mahu kalimah “Allah” tercemar di negara Islam ini.

Kata mereka, mereka tidak sekali-kali akan tertipu dan percaya lagi dengan mainan propaganda tersebut selagi DAP dan PKR menurut kehendak Majlis Syura PAS yang mahu hak eksklusif penggunaan kalimah “Allah” itu dikekalkan sebagaimana yang ditetapkan kerajaan selama ini.

Paling menarik, sekumpulan penyokong PAS yang saya temui di Sungai Petani tadi berkata, biarlah PAS tidak memerintah sehingga kiamat asalkan kalimah “Allah” tidak dicemari DAP dan PKR, serta Islam tidak dicabar oleh kedua sekutu parti mereka.

Sebenarnya, para penyokong PAS sudah lama memendam rasa dan menahan sabar dengan kerenah DAP dan PKR yang sejak lima tahun dulu memandang “lekeh” pada parti mereka serta mencabar perjuangan parti “bulan” itu.

Malangnya, mereka mendakwa para pemimpin PAS sendiri sangat lemah dan terlalu “beri muka” kepada DAP dan PKR sehingga kedua parti pembangkang itu “naik kepala” dan “tumbuh tanduk syaitan di atas kepala”.

Tekad mereka, tiada lagi undi yang akan diberikan kepada DAP dan PKR pada PRU ke-13 nanti. Mereka tidak akan meninggalkan parti, tapi para penyokong PAS ini akan “mengajar” DAP dan PKR tentang “akar umbi PAS bukannya keldai seperti para pemimpin mereka”.

Salah seorang rakan PAS saya yang terkenal dengan sokongan terhadap gerakan Syi’ah di utara berkata, PAS sepatutnya keluar dari Pakatan Haram, tapi dia yakin bahawa para pemimpin PAS takkan berani buta begitu.

Bila ditanya sebab dia berkata begitu, selamba saja dia berkata, memang pemimpin PAS di zaman ini tidak sama dengan pemimpin PAS di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, mereka semuanya gila kuasa dan jawatan politik!

Persoalannya, bila para penyokong PAS sendiri pun sudah mengamuk dan bersuara begini, maka memang benarlah kedudukan PAS hanya berada “di bawah tapak kaki” DAP dan PKR. Hina sungguh sehingga sanggup menjual agama demi kuasa.

Sekurang-kurangnya DAP masih sayangkan agama mereka (Kristian) dan Anwar masih sayang pada cita-citanya (nak jadi PM). PAS masih sayangkan Islam lagi, kah?

sumber mykmu.net 

MMI.

Alhamdulillah Azza Kini Bertudung !!


Alhamdulillah PENYANYI dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat.

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini.

"Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus.

"Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu.

"Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Azza yang mula bertudung pada 6 Januari lalu, dia juga bersyukur apabila keluarga dan suaminya, Azlan Zulaily memberi sokongan terhadap perubahan penampilan barunya itu.

Kata Azza, suaminya juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu, namun lelaki itu tidak memaksanya untuk melakukan perubahan secara drastik.

"Kalau nak tahu, sebelum ini hanya saya seorang dalam keluarga yang tidak bertudung dan sedikit rasa janggal lebih-lebih lagi ketika seluruh keluarga berkumpul untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang pada pertengahan Disember lalu.

"Kemudian saya terfikir, kasihan pula pada ibu apabila anaknya seorang ini sahaja yang tidak bertudung dalam keluarga," tuturnya yang turut diberikan hadiah pelbagai jenis tudung daripada rakan-rakannya termasuk daripada pelakon Sheila Rusly.

Sementara itu, Azza berkata, bertudung litup juga tidak menghalangnya untuk berlakon dan menyanyi seperti biasa.

Malah dia bersyukur apabila perubahan imej baru itu tidak mengganggu karier seninya.

"Ini (berlakon) adalah sumber pendapatan saya. Selama ini, lakonan saya tidak pernah melebihi batas-batas atau mengundang rasa tidak senang kepada orang ramai.

"Saya akan terus berlakon dan menyanyi seperti biasa. Cuma yang bezanya hanyalah penampilan diri sahaja.

"Apa-apa pun diharap, setiap tutur kata dan perlakuan saya lebih bersifat sederhana, Insya-Allah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azza bakal muncul dengan drama Mujahid, Musim Cinta Atuk dan Sepai di TV1 serta Kiah Spy di Astro Warna. -mStar

MMI.


BN Yakin RAMPAS Tidak Kurang Dari 20 Kerusi PR


Barisan Nasional (BN) menaruh keyakinan berpeluang untuk  merampas sekurang-kurangnya 20 kerusi  daripada 82 kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Pembangkang dalam usaha untuk memberikan kemenangan 2/3 majoriti kepada BN pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU) yang akan datang di samping mengekalkan kemenangan di semua kawasan Parlimen BN.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin, setakat ini  BN telah mengenal pasti kawasan-kawasan DUN dan Parlimen yang boleh dirampas kembali terutama di sekitar Semenanjung.

“BN kini sedang berusaha keras ke arah itu. Kita juga telah mengenal pasti kerusi-kerusi yang mempunyai peluang yang cerah untuk memberikan kemenangan kepada BN pada PRU yang akan datang. Ini bukan sekadar cerita atas kertas saja, tetapi kita telah menjalankan gerak kerja yang tersusun untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita pada kawasan yang kita sasarkan,” ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Jelasnya lagi, kebanyakkan kerusi yang menjadi sasaran BN itu ialah di kawasan-kawasan di mana BN mengalami kekalahan tipis atas pelbagai sebab, termasuk kerana sebab sabotaj yang berlaku pada PRU ke 12 sebelum ini.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan,  berdasarkan maklumat yang diperolehi hasil dari gerak kerja jentera BN, kerusi-kerusi yang BN tewas tipis di tangan Pakatan Pembangkang diyakini boleh dimenangi semula oleh BN pada PRU ke 13 akan datang.

“Kita sudah kaji dengan teliti dan kita dapati, kebanyakkan kerusi yang menjadi sasaran kita itu adalah kerusi-kerusi yang mana kita mengalami kekalahan yang tipis akibat beberapa perkara seperti sabotaj, masalah dalaman dan calon yang tidak digemari penduduk setempat.

“Justeru itu, kita akan memastikan bahawa faktor-faktor yang menyebabkan BN mengalami kekalahan tipis itu akan diperbaiki dan In shaa Allah, sekiranya jentera BN terus berusaha keras, kita akan mendapat kesemua jumlah kerusi yang menjadi sasaran BN atau mungkin lebih dari itu,” ujarnya. -MediaUMNO

MMI.

Lagi Pemimpin PAS Di Jangka Di Pecat Majlis Syura


Seorang pemimpin kanan Pas dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu, kata bekas pengikut setia parti itu, Zainon Ismail.

Katanya, beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama Pas ialah Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Harun Taib.

Beliau berkata, tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Januari lalu.

“Majlis Syura Ulama Pas adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N. Al-Afghani.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program diskusi "Dilema dan Ranjau Perjuangan Islam di Malaysia" yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti itu. - BERNAMA

Kalau ianya benar siapa agaknya yang akan mengepalai pemecatan ni ?

MMI.

Mak Ai RONALDO Ka Tu ???


Kalau nak dibandingkan dengan gambar beliau yang dulu-dulu , sudah tentu banyak pihak pastinya terkejut.Ini kerana perubahan yang berlaku terhadap Ronaldo yang kini semakin berisi.



MMI.

Tuesday, 29 January 2013

PR Makin SERABUT Masyarakat Cina Mula Memberontak


Hampir 1,000 penduduk di Pandamaran di sini menuntut kerajaan negeri Selangor menunaikan janji untuk melaksanakan pengurangan 20 peratus cukai pintu rumah kediaman dan harta komersil sebanyak 10 peratus seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Ketua Pemuda MCA Klang, Datuk Ching Eu Boon berkata desakan itu dibuat melalui borang tuntutan yang telah diedarkan di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lepas.

Beliau berkata dalam tempoh dua hari ini, pasukannya yang terdiri daripada beberapa anggota parti dan sukarelawan telah mendaftarkan hampir 1,000 nama penduduk yang masih belum menerima ''imbuhan'' itu.

Kami berjanji akan membawa semua tuntutan yang tidak dipenuhi oleh kerajaan Selangor ke mahkamah. Kami pada masa ini menumpukan untuk mendaftar nama penduduk yang tidak mendapat sebarang potongan dalam cukai pintu mereka dan ibu tunggal yang masih tidak mendapat elaun mereka.

"Kami harap dapat merekodkan sekurang-kurangnya 5,000 penduduk (di Pandamaran) kerana tanpa bukti, perkara ini tidak boleh dibawa ke mahkamah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kira-kira 300 penduduk Pandamaran turut mengadakan demonstrasi aman di lokasi berhampiran pejabat Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang terletak di situ.

Ching berkata kumpulan penduduk itu akan diwakili oleh peguam Kamarudin Ahmad yang menawarkan khidmatnya secara percuma.

Beliau berkata sudah sampai masanya rakyat memilih parti yang tepat untuk mentadbir Selangor berikutan tindakan kerajaan negeri yang didakwa memperdayakan rakyat untuk meraih undi daripada mereka.

"Barisan Nasional (BN) tidak sewenang-wenangnya membuat janji yang tidak boleh ditunaikan tetapi apabila kami memberi (janji) ia akan dilaksanakan, tidak seperti Pakatan Rakyat dan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang mendakwa manifesto mereka bukan satu perjanjian," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Pandan Perdana di sini, Lim Ah Cai menyifatkan kerajaan negeri sebagai pemerintah yang tidak berperikemanusiaan kerana hanya tahu menabur janji.

"Mereka ini mulut sangat manis. Sewaktu pilihan raya umum lepas, macam-macam mereka janji, tetapi apa yang terlaksana, satu pun tiada. Saya berharap kerajaan BN berjaya membantu kita dan kembali memerintah Selangor. Apa yang penting kita mesti tolak pakatan (pembangkang)," katanya.BERNAMA

MMI.

KANTOI Gambar Majlis MCA Di EDIT ??!


KANTOI Laporan daripada beberapa blog pro BN yang menyatakan kehadiran lebih dari 5000 orang warga Cina dalam satu majlis anjuran MCA di Pulau Pinang semalam rupa-rupanya menunjukkan gambar yang telah diedit.

MMI disini nak perbetulkan sedikit apa yang diwar-warkan tu..Sebab kita tak nak jadi macam blog-blog pencacai Pakatan Haprak yang selalu sangat buat kerja lagu ni sampaikan atas bumbung stadium pun pernah ada orang.

Sebenarnya gambar diatas tu yang MMI ambil dari salah satu blog pro BN jelas sekali menunjukkan ianya diedit.Lihat bulatan merah yang MMI bulatkan tu..Ianya adalah hasil editing untuk memastikan supaya warga cina yang sama-sama hadir tak berasa panas dan sebab tulah yang diedit tu adalah kipas angin.

Hahaha boleh macam tu ??? Saja MMI nak kasi PANAS sikit .... 

Lebih 5,000 masyarakat kaum Cina bersama MCA hari ini dan nampaknya era Tokong@Joseph Lim Guan Eng akan berkahir menjelang PRU-13.

Malam tadi MCA Negeri Pulau Pinang menganjurkan sebuah makan malam yang dinamakan "MCA Mega Dinner". Diulangi ye... MCA dan bukan DAP !!!

500 meja yang ada didalam dewan penuh dan masih ada yang berdiri menanti kerusi tambahan dan ada yang menunggu meja.

Makan malam yang dianjurkan MCA itu diadakan di Dewan Sekolah Menengah Cina Han Chiang, Georgetown, Pulau Pinang.

Bayangkan 500 meja penuh beb !!! Kalau 1 meja 10 orang, korang darab la dengan 500 meja... Bukankah jumlahnya 5,000 orang ?!! Malah ada yang berdiri dan menunggu meja.



Jelas sekali nampaknya kaum Cina sendiri menolak DAP di Pulau Pinang.

Ye la kan, agama Islam dan Hindu dah pun diganggu-gugat dan diancam, sikit masa lagi agama Buddha pula.

Bukan semua kaum Cina ni beragama Kristian.Dan bukan semua kaum Cina ni rasis macam Tokong@Joseph Lim Guan Eng dan konco-konconya.

Rata-rata pengundi kaum Cina di Pulau Pinang memilih kesejahteraan ekonomi dan juga kestabilan pendapatan mereka.Bukan semua kaum Cina ni suka DAP.Mereka yang tidak sukakan DAP ini adalah kaum Cina yang tahu menghormati masyarakat yang majmuk dan berbilang kaum.

Mereka ini mahukan keamanan dan kesenangan !!!

Kalau negara huru hara, macam mana kaum Cina ni nak berniaga, rata-rata kaum Cina ni memonopoli ekonomi di Pulau Pinang dan kerana itu mereka menolak DAP yang selalu mencetuskan kekacauan.

Ada antara mereka yang turut meluahkan rasa kesal akibat peralihan kerajaan negeri.Sememangnya kuasa ekonomi ditangan kaum Cina di Pulau Pinang tu, tetapi kuasa beli ditangan Melayu.

Bila Tokong@Joseph Lim Guan Eng ni cuit isu perkauman, maka hilanglah kuasa beli yang sedia ada.

Hanya kerana politik bangang yang dimainkan DAP telah membuka mata kaum Cina untuk memberikan sokongan kepada BN khususnya MCA.

Bukan semua kaum Cina ni kisah pasal Kristian pun, yang penting bagi kaum Cina adalah periuk nasi dan kekayaan mereka tidak terjejas.

Namun, bukan semua kaum Cina ni kaya raya, ada juga yang sederhana.

Eloklah kalau DAP nak teruskan main isu perkauman dan agama, sekurang-kurangnya boleh membuka mata masyarakat terutama kaum Cina untuk menilai kesenangan yang dikecapi hari ini.

Pasti mereka tidak mahu ekonomi negeri dan negara merudum kerana kesan langsungnya terpalit juga kepada kaum Cina.

Baguslah kerana keyakinan mereka terhadap BN telah kembali !!! 

Lagi berita dan gambar klik Di Sini dan Sini 

MMI.

Apa Dah Jadi Nii ????


Ada maklumat yang sampai ke telinga MMI menceritakan tentang terdapatnya penganjuran kelas-kelas tuisyen yang dianjurkan oleh pihak gereja dan turut melibatkan pelajar-pelajar Melayu Islam.Sejauh mana kesahihan maklumat ini tidak dapat dipastikan namun gambar diatas menceritakan segalanya.

MMI sendiri kurang pasti apa sebenarnya yang berlaku mungkin hasil dari keberanian YB Nurul Izzah menyatakan orang Melayu Islam bebas memilih agama masing-masing. 

Muslimah-mulimah yang termakan kata itu kini berani berkumpul di dalam gereja mendengar ceramah.

Terdapat sumber mengatakan perkara ini berlaku di Ipoh, Sabah, Selangor dan pelbagai lagi spekulasi. Wallahualam .Tapi yang pasti, benda ini mungkin berlaku di mana-mana sahaja. 

Hasil kedengkelan, serta didikan pembangkang yang membenarkan perkara-perkara seperti ini berlaku.

Moga pihak berkuasa dapat segera menyelesaikan masalah ini sepantas yang mungkin.

kredit to mymassa 

MMI.

Nak Berniaga Pun Agak-Agaklah !!


MMI antara yang paling suka melihat orang Melayu berjaya khususnya dalam bidang perniagaan.Namun sejak dua menjak ni terdapat perniagaan yang dirasakan agak keterlaluan dari segi pengiklanannya.Sebagai contoh gambar iklan kat bawah ,


Agak-agak lah kita ada budaya tersendiri dan rasanya dalam agama Islam pun tak suruh sampai ke tahap ni..Bukan nak rosakkan perniagaan sesama bangsa tapi biarlah ianya lebih sopan.

Ada sapa-sapa nak bagi pandangan ?

MMI.

Ulasan Menarik Blogger EP Isu Pemecatan Nasharudin PERLU BACA !!


Nampaknya ramai puak-puak PAS dan pakatan haram sudah meroyan dan cuba untuk menjawab  kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasharudin Mat Isa...Ye la...kena la jawab balik supaya nama PAS dan Majlis Syura bersih...betul tak??..

Ada yang menghentam dan ada juga yang timbulkan persoalan...menarik tu...

Ada blog yang cuba untuk mempertahankan keputusan PAS dan Majlis Syura memecat Nasharudin Mat Isa dengan mengaitkan pemergianya ke Palestin bersama Perdana Menteri DS Najib sebagai satu tindakan yang menafikan hak Presiden kerana tidak memaklumkan kepada Jemaah dan selalu memberi kelebihan kepada musuh PAS...

Fuyoo...nak melawat dan menolong sedara Islam di Palestin pun nak kena dapat restu Presiden ke??Baca Seterusnya 

Dalam semua ulasan oleh EP , MMI paling suka ayat ni ....

Wartawan dah tanya Nik Aziz..lain yang ditanya dan lain yang dijawabnya....Jawapan Nik Aziz ialah...suami isteri pun bercerai, Umat Islam pun boleh murtad, Pekerja pun boleh kena pecat dengan majikannya..tapi soalan asal kenapa dipecat Nik Aziz tak jawab....Nyanyuk agaknya...

MMI.

Labels