Followers

Saturday, 30 November 2013

Melayu Perlu Hati-Hati Dengan Perlantikan Ustaz Kazim !!!


Pertamanya MMI nak ucapkan TAHNIAH buat Ustaz Kazim Elias dengan lantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.Seperti yang banyak pihak sedia maklum perlantikan ini membuktikan betapa kepimpinan UMNO hari ini membuka seluas-luasnya pintu kepada mereka-mereka yang di rasakan mampu menyumbang kepada kebaikan khususnya dalam soal hak ehwal agama Islam.

Sehingga ke saat ini tuan punya diri belum lagi memberikan kenyataan sama ada menerima perlantikan tersebut (katanya malam ini) namun menjadi harapan MMI dan pasti ramai rakyat Malaysia untuk melihat Ustaz Kazim Elias menerima perlantikan itu demi untuk melihat agama Islam terus di perkasakan.

Namun MMI ingin berpesan sebagai orang Melayu dan beragama Islam supaya hati-hati dengan perlantikan ini !!

Dan sudah pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa dan mengapa MMI berpesan supaya kita berhati-hati !!

Jika kita melihat kepada senario politik dalam tempoh masa 10 tahun kebelakangan ini sudah barang pasti kita dapat melihat bagaimana masyarakat kita khususnya yang beragama Islam sudah dimomokkan dengan terlalu banyak permainan politik sehinggakan mana-mana pihak atau tokoh yang di rasakan mampu memberikan sumbangan bagi memperkuatkan umat Islam di bumi Malaysia akan di serang habis-habisan.

MMI tak nafikan sumbangan besar para ilmuan dan mereka-mereka yang sentiasa bekerja tanpa henti bagi menyampaikan dakwah dengan pelbagai pendekatan kepada masyarakat tetapi kita tidak sesekali boleh nafikan peranan mereka-mereka yang berada dalam parti-parti politik.

Parti politik sebenarnya menjadi teras kepada apa yang bakal kita bentuk terutamanya dasar-dasar yang melibatkan kerajaan.Apabila menyebut parti politik sudah pasti pada ketika dan saat ini kita hanya punya 2 parti yang menghimpunkan orang-orang melayu dan beragama Islam.

UMNO dan PAS !! Sedarkah kita selama ini kesan daripada politik yang MM kategorikan sebagai melampau ramai ilmuan dan tokoh-tokoh agama kecundang dalam arus perdana semata-mata kerana serangan politik yang keterlaluan sehinggakan melenyapkan sumbangan mereka khususnya kepada Bangsa , Agama & Negara.

Sebabnya PAS dan penyokongnya selama ini dengan di bantu oleh jentera DAP dan PKR sudah melancarkan doktrin untuk mengalih pandangan masyarakat Islam di Malaysia khususnya supaya rakyat hanya melihat PAS sahaja yang sepatutnya punya mereka-mereka yang di angkat sebagai Ulama atau tokoh-tokoh agama.

UMNO pula di rencanakan sebagai parti orang-orang Melayu yang memperjuangkan BANGSA semata-mata.Malah sampai ke tahap menggelarkan orang-orang UMNO kafir dan musuh Islam.

Usaha itu tidak terhenti di situ malah ianya di teruskan dengan serangan terhadap tokoh-tokoh agama yang di lihat mesra UMNO.

Lihat sahaja apa yang terjadi terhadap Ustaz Firdaus , Dr Ridhuan Tee , Abdullah Sa-amah dan lain-lainnya yang sentiasa menjadi mangsa serangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kemudiannya muncul ILMU yang di kepalai Ustaz Fathul Bari seorang anak muda yang punya pengetahuan dan mampu menyumbang kepada kebaikan bukan sahaja kepada UMNO tetapi kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Seperti biasa beliau juga antara mangsa-mangsa yang masuk dalam senarai !!

MMI sering memerhatikan gerakan-gerakan ini malah jika di bandingkan tokoh-tokoh ini dengan tokoh-tokoh di sebelah parti PAS , kita boleh melihat dengan jelas perbezaan ruang yang wujud.

Lihat bagaimana peranan tokoh-tokoh dalam PAS mereka seakan-akan di sekat oleh pihak-pihak tertentu yang kini melihat dan meletakkan politik sebagai perkara paling utama dan semuanya berlaku kerana impian ke PUTRAJAYA.

UMNO pula di lihat tidak seperti PAS malah ada yang melihat UMNO tidak punya tokoh-tokoh seperti itu sedangkan kita punya mereka yang rasanya jauh lebih baik daripada apa yang PAS miliki.

Inilah gerakan yang sudah lama di lakukan oleh mereka-mereka di luar sana supaya UMNO terus-terusan di lihat sebagai pejuang bangsa semata-mata.

SEDARKAH semua , UMNO sedang melakukan perubahan dan perubahan ini di lakukan dalam keadaan yang cukup hati-hati.Dengan berpandukan kepada keupayaan bukan sahaja dari sudut agama yang sudah semestinya menjadi keutamaan tetapi juga melihat kepada faktor-faktor lain antaranya kedudukan rakyat yang berbilang bangsa , suasana politik , ekonomi , pertahanan , keselamatan dan lain-lain.

Untuk melakukan sesuatu perubahan maka ianya perlu di lakukan dengan berhati-hati supaya perubahan itu mampu memberikan kebaikan buat semua rakyat Malaysia , lebih-lebih lagi dalam soal agama Islam.

Inilah yang sedang berlaku dan MMI melihat perlantikan Ustaz Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebenarnya adalah usaha berterusan parti UMNO untuk terus berubah.Malah ianya juga membuktikan UMNO selama ini tidak pernah menafikan peranan para ilmuan dan tokoh-tokoh agama selagi ianya di landasan yang benar yang tidak memecah-belahkan sesama umat Islam.

Tak susah untuk kita melihat perbezaan ini lihat sahaja Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Azhar Idrus , kedua-duanya amat berbeza dari pendekatan penyampaian mereka.

Jadi kepada semua orang Melayu , hati-hati dengan perlantikan Ustaz Kazim kerana sudah pasti mereka-mereka itu tidak akan berdiam diri.Pelbagai cara dan kaedah pasti di gunakan untuk memastikan kredibiliti beliau terjejas.

Sekarang pun ianya sudah berlaku , baca kenyataan Ustaz Kazim di SINI 

Untuk itu kita perlu sama-sama berikan sokongan dan berdoa semoga kehadiran Ustaz Kazim Elias bersama parti UMNO dapat membantu seterusnya memberikan kekuatan bukan sahaja kepada Bangsa tetapi juga AGAMA & Negara.

MMI

Aisey Berkawad Pula Dah ?!!!!


Rasanya mungkin sekarang ni masa untuk orang Melayu di macaikan oleh bukan Melayu kot !!! Sebelum ni kita dah dengar si Jeff Ooi hina penjawat awam sebagai kucing kurap di Pulau Pinang sekarang tersebar pula cerita Melayu di Selayang kena tunduk pada bukan Melayu.

Bukan tu saja siap kena berbaris dan kawad lagi !! Apakah ini sebahagian daripada tugasan anggota penguatkuasa majlis ?? 


Selalunya perkara-perkara semacam ni melibatkan anggota keselamatan saja , tak taulah kot-kot MMI terlepas pandang kat mana-mana !!


Gambar di atas tu pula anggota penguatkuasa tengah berkawad , rujuk di page sahabat Apple Biru Klik Sini 

MMI kurang senang dengan tindakan sedemikian kerana melibatkan orang-orang Melayu dan Islam.Keduanya adakah ianya sebahagian daripada tugasan anggota penguatkuasa ni ??Kalau bukan maknanya ada pihak-pihak tertentu yang langsung tak pernah fikir tentang sensitiviti orang-orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Macam tu jugalah yang di Pulau Pinang  !! 

Ada sapa-sapa boleh bagi pencerahan ...

MMI

Thailand Di Ambang RAMPASAN KUASA !!

Gambar Hiasan
Keadaan di Thailand nampaknya semakin panas , penunjuk perasaan antikerajaan di Thailand, menyerbu ibu pejabat tentera dan menduduki ibu pejabat parti Phuea Thai, mendesak tentera menggulingkan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Penunjuk perasaan menyasarkan bangunan utama kerajaan di Bangkok, dalam bantahan jalanan terbesar sejak perhimpunan besar-besaran pada 2010 yang bertukar menjadi krisis paling buruk negara itu dalam masa beberapa dekad. 

Beribu-ribu penunjuk perasaan- gabungan penyokong institusi diraja, penduduk selatan dan kelas pertengahan bandar disatukan oleh kebencian terhadap bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Jutawan telekomunikasi kontroversi itu, disingkirkan dalam rampasan kuasa 2006 dan memilih tinggal dalam buangan tetapi dipercayai memegang kuasa sebenar di sebalik kerajaan pimpinan adiknya, Yingluck.

Penunjuk perasaan menuntut pengakhiran rejim Thaksin dan mahu menggantikan kerajaan dengan majlis rakyat yang tidak dilantik. Mereka memaksa pintu pagar ibu pejabat tentera dibuka, menggesa tentera menyokong usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan. 

Mereka mengibarkan bendera sambil berlindung di bawah payung daripada panas ketika berkumpul di pekarangan bangunan tentera di Bangkok.

Penunjuk perasaan juga berkumpul di luar ibu pejabat parti Puea Thai pimpinan Yingluck, mencetuskan ketegangan dengan polis pencegah rusuhan yang mengawal bangunan berkenaan.

Bekas Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva (tengah) bergambar bersama penyokongnya ketika menyertai protes antikerajaan di Bangkok, semalam.
Potong bekalan elektrik

Langkah provokatif serampang dua mata terhadap simbol kekuasaan itu dilakukan sehari selepas penunjuk perasaan memotong bekalan elektrik ke ibu pejabat polis, tidak menghiraukan rayuan Yingluck supaya rakyat bertenang selepas menang undi tidak percaya di Parlimen.

Dengan semangat yang dirangsang makanan percuma dan suasana pesta, penunjuk perasaan berhimpun di beberapa lokasi termasuk di luar banyak bangunan kerajaan. - AFP

Apakah sejarah bakal berulang di negara gajah putih ini ?? Adakah rampasan kuasa oleh tentera akan berlaku sekali lagi ?? 

Psst dah banyak kali tukar tak setuju juga , boleh hancur negara !!!

MMI

Cinabeng Ni Kaki Putaq !!!


Sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang segera menuding jari terhadap Barisan Nasional (BN) setiap kali diajukan soalan yang mendedahkan kelemahan Kerajaan DAP Pulau Pinang bukan lagi rahsia.

Terbaharu, beliau sekali lagi melakukan perkara sama ketika menjawab soalan Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) mengenai punca tempat letak kereta bertingkat di kaki Bukit Bendera yang gagal disiapkan mengikut jadual dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Guan Eng berkata, projek asal adalah di bawah kelolaan Kerajaan Persekutuan sebelum 2008 dan diserahkan kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang menguruskan secara langsung tanpa merujuk kerajaan negeri.

"Itulah sebabnya apabila kerjaan negeri berubah pada 2008, kita (Kerajaan DAP Pulau Pinang) tidak diminta untuk memberikan sebarang kelulusan atau mengadakan mesyuarat kerana semua sudah diputuskan kerajaan negeri terdahulu," katanya.

Terdahulu, Muhamad Farid membangkitkan isu kegagalan tempat letak kereta bertingkat di Bukit Bendera yang diserahkan kepada kerajaan negeri selain meminta penjelasan terperinci sebab kelewatan, kos meroboh dan kos bina semula serta berkenaan sumber pembiayaan projek berkenaan.

Isu berkenaan berlarutan sejak sekian lama selepas bangunan yang disiapkan untuk kemudahan pelancong di kawasan yang menjadi ikon negeri ini dirobohkan kerana struktur bangunan terlalu kecil sehingga tidak sesuai digunakan kereta bersaiz besar.

Kerajaan Persekutuan sebelum ini mengeluarkan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk membiayai projek berkenaan yang kemudiannya diuruskan 100 peratus kerajaan negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) namun gagal disiapkan.

Guan Eng turut menjelaskan kos meroboh tempat letak kereta berkenaan iaitu RM688,000 dan kos membina semula sebanyak RM11,491,073.90 dibiayai sepenuhnya PDC yang dimiliki kerajaan negeri.

"Pendirian kerajaan negeri berhubung kegagalan pembinaan pertama ialah PDC yang meluluskannya dan mereka perlu bertanggungjawab terhadap kesilapan pelaksanaan projek berkenaan," katanya.

Aiya Apek PDC tu di bawah sapa ?? Ang putaq teruk sangat ni !!!!

MMI

Kerancakan Persiapan PAU2013 Kini Terasa !!!


Persiapan kini rancak di jalankan di PWTC bagi menghadapi Persidangan Agung UMNO Ke - 67 yang akan bermula pada 2 hingga 7 Disember 2013.Sudah pasti bukan sahaja perwakilan UMNO dari seluruh negara yang akan hadir , para wartawan dan jentera media juga akan turut berkampung bagi membuat liputan sepanjang persidangan berjalan.


Nampaknya persiapan kali ini lebih baik dari sebelumnya bahkan gambar-gambar yang di paparkan menunjukkan bagaimana tersusunnya ruang-ruang yang di sediakan untuk pihak media membuat liputan.

Tapi semacam ada yang tak kena dengan gambar-gambar ni...Apa yang tak kenanya ???


Ops cina ja ka ?? Yang Melayu mana ??? Huh kerancakan persiapan PAU2013 kali ini memang benar-benar terasa !! 

Jangan risau semua itu tempat untuk media saluran cina , yang Melayu punya pun ada TUNGGU !! TUNGGU !!

MMI

Uihhh Gelinya Aku .....


Katanya ini gambar seekor ular anaconda gergasi !! Biar betul ni ?? Punya besaq !!


Wooo geli ooo ... MMI sendiri pun kurang pasti tapi rasanya tak betul kalau menengok dari gambar kedua nampak jelas "camera trick".

Ular tu memang betul tapi tak besar yang keciknya adalah lori dan patung askar kat atas lori tu !! 

Hebatkan permainan gambar ni ?? Samalah macam "game" gambar sebelum ni ... Baca SINI 

Geli ! Geli !

MMI

Friday, 29 November 2013

Lagi DEMO Kutuk Jeff Ooi Si Kucing Kurap !!


Kerana bongkak dan angkuh , lagi demontrasi aman membantah sikap besar kepala Jeff Ooi dan Tony Pua diadakan selepas solat jumaat tengahari tadi di hadapan Masjid Melayu Lebuh Acheh, Pulau Pinang. 

Jurucakap  Persatuan Anak Muda Melayu P.Pinang Wan Shariwan bin Wan Salim menyatakan  pada 29 Sep 2013  Tony Pua  telah mengatakan kakitangan ROS sebagai anjing UMNO. Beliau  mendesak agar Tony Pua bersama guruxnya seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang segera memohon maaf kepada kakitangan awam dan umat Islam kerana hampir 95% kakitangan awam adalah umat Islam.



Ulasan selanjutnya di blog GPB 

MMI

Lagi Hina ! Hina ! Hina ! Hina !


Lihatlah kenyataan berupa hinaan terhadap negarawan kita Tun Mahathir.Tak pastilah penghina tersebut terdiri daripada orang Islam atau bukan Islam tapi kenyataan sedemikian memang melampau.Puak-puak ni samalah jenisnya yang menghina penjawat-penjawat awam sebagai kucing kurap.

Kurang ajar & biadap !!

Baca juga artikel di SINI

MMI

Pulau Pinang Pun Nak Juga !!!


Kerajaan Pulau Pinang juga dijangka menaikkan gaji bulan 40 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan cadangan pindaan statut berkaitan dijangka dibentangkan minggu depan.

Perkara itu dijangka diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika akhir sesi persidangan pada 17 Disember.

Bagaimanapun, untuk melakukan itu, pindaan terhadap Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980.

Difahamkan bahawa statut - digelar Kertas Statut 1 2013 Pulau Pinang - untuk pindaan itu antara dokumen yang diserahkan kepada kesemua ADUN pada permulaan prosiding hari ini.

ADUN negeri itu kini mendapat gaji pokok RM4,112.79 dengan elaun tetap RM2,000.

Elaun tetap termasuk RM500 (elaun khas), RM500 (hiburan), RM400 (pengangkutan) dan RM600 (pemandu).

Jika kenaikan diluluskan, ADUN akan menerima gaji baru RM6,000 dan elaun RM5,500, menjadikannya RM11,500 untuk setiap seorang.

Naik lah takat mana nak naik pun kurang-kurang ADUN-ADUN yang ada boleh bantu rakyat.Kita tengoklah lepas ni ada atau tidak ADUN yang berat tangan nak tolong rakyat.

Seperkara yang MMI tunggu juga selain dari kenaikan gaji ADUN rasanya puak-puak ni kena tengok juga apa yang boleh di naikkan atau di kurangkan bagi kebaikan rakyat yang selama ni mengundi ADUN-ADUN di kawasan masing-masing.

Ingat lagi janji si Guan Eng nak hapuskan tol Sungai Nyior sampai sekarang tak tunai-tunai.Apa masalah sekalipun kalau dah janji usahakanlah ni dah nak masuk 5 tahun lebih dah ni...Selama tu jugalah yang di usahakan adalah kenaikan gaji ADUN bukannya janji untuk kebaikan rakyat.

MMI

Jambatan Kedua Di Buka Ikut Jadual (VIDEO)


Jambatan Kedua Pulau Pinang akan tetap dibuka mengikut tarikh ditetapkan kerajaan pusat walaupun siasatan insiden keruntuhan tanjakan di susur keluar jambatan itu pada awal Jun lepas masih berjalan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik Negeri Chow Kon Yeow berkata siasatan yang dilakukan suruhanjaya ditubuhkan kerajaan negeri tidak melarang jambatan itu dibuka mengikut tarikh yang akan ditetapkan.

"Selain daripada siasatan suruhanjaya, agensi berkenaan telah pun mengemukakan siasatan dan laporan mereka, dan kementerian serta syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd bertanggungjawab dalam memastikan aspek keselamatan apabila 'ramp' (tanjakan) ini dibuka untuk lalu lintas kelak.

"Sebenarnya jalan di bawah 'ramp' itu sudah pun dibuka untuk laluan dan lalu lintas. Mereka akan bertanggungjawab terhadap keselamatan 'ramp' itu," katanya ketika menjawab soalan tambahan Wong Hon Wai (DAP-Air Itam) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Jumaat.

Wong ingin tahu sama ada kerajaan negeri bercadang melanjutkan tempoh siasatan insiden runtuhan di Jambatan Kedua Pulau Pinang. Jambatan itu dijangka dibuka September lepas tetapi ekoran insiden runtuhan tanjakan itu, tarikh pembukaannya telah ditangguhkan.

Chow berkata kerajaan negeri akan melanjutkan tempoh siasatan jika ada keperluan dan beliau berkata pihaknya tidak menetapkan tempoh tertentu untuk suruhanjaya itu menyiapkan siasatan.

"Tidak ada tempoh ditentukan, tetapi saya percaya suruhanjaya telah mengadakan sesi pendengaran dan siasatan dengan rapinya, dan siasatan dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat," katanya.

Dalam kejadian 6 Jun lepas, tanjakan konkrit di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, runtuh dan mengakibatkan seorang terbunuh dan tiga lagi cedera.

Pada 6 Julai, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Datuk Ir Dr Johari Basri mengesahkan siasatan pihaknya mendapati wujud unsur kecuaian dari segi prosedur dan teknikal oleh pihak kontraktor.

Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dibina dengan kos RM4.5 bilion merentangi sepanjang 23.5km dengan 16.9km di atas laut, akan menghubungkan Batu Kawan di tanah besar dan Batu Maung di pulau.



MMI

5,726 Bakal Hadiri PAU2013


Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2013 yang akan berlangsung dari 2 Disember hingga 7 Disember ini akan dihadiri 5,726 orang perwakilan dari seluruh negara.

Setiusaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang akhbar di Menara Dato' Onn di sini hari ini berkata, dari jumlah itu, 2,759 orang adalah Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO.

"Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO masing-masing akan dihadiri 989 orang perwakilan," kata Tengku Adnan.

Jelas beliau sebanyak 118 agensi media termasuk 16 agensi berita asing menghantar 1,724 orang wartawan untuk membuat liputan pada perhimpunan terbesar orang Melayu itu.

Selain itu, 80 orang Perwakilan Kelab UMNO Luar Negara dari 73 Kelab Luar Negara dan 7 Badan Perhubungan Negara turut menghadiri perhimpunan tersebut 

Manakala seramai 101 delegasi mewakili 32 parti dari 24 buah negara di peringkat antarabangsa turut mengesahkan kehadiran.

Sementara itu, Tengku Adnan juga menjangkakan selain mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), perwakilan dijangka akan membahaskan isu pemilihan parti yang berlangsung pada November lepas.

"Walaupun pemilihan parti dijalankan secara demokratik namun ada yang beranggapan ia dilakukan terlalu bebas oleh sesiapa sahaja tanpa peraturan. 

"Ahli UMNO juga mahukan agar mereka yang bertanding jawatan parti adalah terdiri daripada individu yang sayang serta memahami parti bukan oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk bertanding," kata Tengku Adnan.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh. - UTUSAN ONLINE

MMI

Ustaz Kazim Elias Antara 9 Yang Di Lantik MT UMNO !!


PUTRAJAYA, 29 Nov – Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melantik sembilan ahli Majlis Tertinggi (MT) tambahan sebagai melengkapkan jumlah barisan MT sesi 2013-2016.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam sidang media hari ini.

“MT lantikan ini akan dapat beri input baik kepada parti dan akan bergerak bersama barisan MT yang lain dan mereka juga akan dijemput untuk turut serta dalam mesyuarat MT akan datang dan akan mengangkat sumpah,” katanya.

Berikut adalah senarai MT tambahan:

1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

2. Datuk Hamzah Zainudin

3. Datuk Mohd Shakar Samsudin

4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

5. Datuk Irmohizam Ibrahim

6. Datuk Johari Abdul Ghani

7. Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah

8. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

9. Ustaz Mohammad Kazim Elias

Selamat berkhidmat buat semua !!

MMI

Kita Yang Membuka Ruang Kepada Mereka !!


Ada beberapa perkara yang MMI perlu bersuara walaupun suara itu sebenarnya tidak sehaluan dengan kerajaan.Dan perlu diingat suara ini bukan bererti MMI menolak mereka tetapi khuatir dengan sikap dan tingkah laku kita sendiri yang seolah-olah memberikan kebebasan , ruang , peluang malah kesempatan kepada mereka-mereka yang selama ini mengkritik serta menolak kerajaan sedia ada.

Hairan bin ajaib dalam keadaan dan situasi sebegini , kita boleh pula terlalu terbuka dengan mereka-mereka yang sebelum ini menentang kita.Malah MMI masih tertanya-tanya tidak adakah lagi mereka-mereka yang LAYAK untuk di berikan peranan selain daripada mereka yang JELAS sebelum ini menyokong pihak yang terus-terusan menentang kita ???

MMI tidak akan menulis panjang untuk artikel ini cukuplah dengan pesanan supaya HATI-HATI dalam setiap tindakan kita kerana apa yang bakal berlaku selepas ini bermula hasil daripada tindakan kita sendiri.

Kalau boleh jangan pula kita merungut selepas ini kerana kita yang membuka ruang kepada mereka !!

Dalam masa yang sama MMI sedar , suara seorang blogger seperti MMI ni apalah sangat ibarat langit dengan bumi malah mungkin tidak ada sesiapa pun yang mendengar teguran ini.Tak apalah sekurang-kurangnya MMI menegur selebihnya biarlah bijak pandai yang menentukan.

Psst macam yang MMI pernah kata mereka lebih suka memilih yang bukan penyokong Klik Sini

Baca juga ulasan dari blog MIK 

MMI

NGO Islam SOKONG Muzakarah PAS & UMNO


Kepimpinan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (NGO) hari ini menyatakan sokongan usaha muzakarah dua parti politik yang mewakili orang Melayu-Islam iaitu Pas dan UMNO.

Pertemuan Khas Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di ibu negara yang melibatkan 32 pemimpin NGO Islam sebuat suara berpandangan bahawa tidak mustahil muzakarah Pas dan UMNO boleh berlaku.

Yang Dipertua Yadim, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang mempengerusikan pertemuam itu berkata, NGO Islam bersedia untuk.menjadi perantara bagi muzakarah tersebut.

"Ahli-ahli kedua-dua parti patut bersikap besar kita bukan mahu meleburkan identiti parti masing-masing. Suara NGO Islam adalah suara ahli akar umbi. Kita patut mengutamakan kepentingan Islam, Melayu dan negara," kata Dr. Asyraf Wajdi.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang turut hadir berkata, perkembagan postif muzakarah UMNO dan Pas telah diperlihatkan dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob semalam.

"Perkara biasa jika ada yang tidak dapat menerima muzakarah UMNO dan Pas. Namun ini masalah ummah dan agama. Justeru perasaan peribadi dan retorik perlu ditolak.


Serentak itu, NGO Islam akan mengadakan seminar berkaitan muzakaran tersebut dalam masa terdekat dan Datuk Zaman Khan telah dilantik sebagai ketua pasukan bertindak untuk mengadakan seminar tersebut.

Sementara itu, NGO Islam turut melahirkan rasa curiga ke atas perlantikan 3 ahli Comango dalam Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

"Kita menyokong penubuhan MPKN namun berasa gundah dan resah dengan perlantikan 3 ahli majlis yang terkilibat dengan Comango. 

"Sedangkan wakil NGO Islam hanya seorang iaitu Datuk Zainal Abidin Kadir," kata Dr. Asyraf Wajdi.

Menurut beliau, NGO Islam akan mengadakan satu seminar khas berkaitan MPKN dan resolusi akan dihantar kepada Najib.-UTUSAN ONLINE

Alhamdulillah inilah sebenarnya nadi kepada orang-orang Melayu dan Islam di Malaysia.Permuafakatan sesama NGO sebenarnya membuktikan kita punya kekuatan.Malah dengan kerajaan persekutuan di tangan kita MMI yakin kita mampu pertahankan apa yang menjadi hak kita.

Soal PAS mahu bersama UMNO atau tidak MMI serahkan kepada ahli-ahlinya untuk fikirkan sebab manusia sudah di kurniakan akal dan fikiran.

MMI

ADUN Sg Limau Sudah Mula Bikin ONAR !!


Dalam sidang dun yang lepas, adun Sungai Limau yang baru, si Azam Samat berucap buat kali pertama sebagai seorang YB di dalam dewan. Dalam ucapannya tu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kononnya PRK Sungai Limau diantara PRK yang paling aman dan paling bersopan.

Ucapan Azam kemudian dipersoalkan oleh beberapa Adun BN yang mencelah mempertikaikan PRK Sungai Limau kononnya aman, tetapi penuh dengan kes tumbuk menumbuk, hinggakan ada wanita UMNO yang ditumbuk berdarah hidung.

Malah ada satu kes, MB Kedah Dato Mukhriz semasa mengunjung ke Peti Undi Sungai Dedap, pada hari pengundian, beliau dimaki hamun oleh perayu undi dan penyokong Pas disana. Malah ada diantara mereka yang tidak mahu bersalam, walaupun salam dihulur oleh MB Kedah.

Apakah itu cara PRK paling baik dan sopan yang dikatakan oleh Azam?

Selepas di soal, Azam menjawab, penyokong dan perayu undi Pas jadi macam tu, disebabkan mereka tidak ajar dengan betul dalam sistem pendidikan sekolah kita.

Jawapan dari Azam menyebabkan ramai adun BN yang tidak berpuas hati. Sistem pendidikan Malaysia yang salah, atau sistem pendidikan pondok Pas ... sumber 

Komen MMI senang saja si Azam ni main tuduh , rasanya mungkin puak-puak PAS ni dah di ajar atau di tanam dengan sikap dan perangai semacam ni kot no ?? Fahamlah nama pun pembangkang tapi kalau semua perkara main bangkang dan tuduh saja cerita dia budak sekolah rendah pun boleh jadi YB Bang Zam ooi..

Oh ya .. Berbalik kepada apa yang di katakan oleh YB baru Sungai Limau ni , rasanya apa yang ampa tengok dan baca kat bawah ni mesti hasil dari ajaran serta tunjuk ajar puak-puak PAS sebabnya mana mungkin puak-puak ni ikut telunjuk orang-orang UMNO dan BN ye tak ??

Klik SINI & SINI 

Kebetulan jadi masa PRK Sungai Limau , ada kemungkinan puak-puak ni belajaq dekat pemimpin depa ka ???

MMI

Harakah Yang Tak BERMARUAH !!!


Demi kesepakatan untuk memelihara hubungan songsang yang sedia terjalin dalam Pakatan Haprak , Harakah lidah rasmi PAS sanggup melacurkan prinsip sendiri.Sebagai salah satu saluran media parti PAS tindakan Harakah memadam artikelnya cukup memalukan.

Tindakan tersebut di lihat terdesak malah dengan slogan tepat dari sumber yang digunakan jelas sekadar penyedap mata dan telinga sesiapa yang membaca dan mendengarnya.Apa yang berlaku membuktikan bahawa Harakah tidak lebih dari budak suruhan PKR dan DAP dalam Pakatan Haprak.

Semuanya di dedahkan oleh blog Penggempur Mutiara berkenaan isu kenaikan gaji Wakil Rakyat bagi negeri Selangor yang dilihat menyesakkan dada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. 
    

Sebaik selesai menggarap artikel berhubung perkara yang sama sebelum ini (klik sini), admin mula menggali maklumat melalui google berhubung cadangan Perdana Menteri yang mahu menaikkan elaun Ahli Parlimen pada sessi pembentangan belanjawan 2012.

Berdasarkan semakan yang admin lakukan, keputusan seperti di bawah admin perolehi;


Memandangkan harakah menggunakan slogan "TEPAT DARI SUMBER", maka admin pilih link pertama yang dipaparkan agen carian itu untuk dijadikan bahan rujukan bagi mengetahui alasan- alasan yang digunakan Pakatan Rakyat untuk menolak cadangan Datuk Seri Najib Razak itu.

Admin ingin membandingkan alasan yang digunakan mereka beberapa tahun lepas dan tindakan kerajaan Selangor mahu menaikkan gaji wakil rakyat Selangor. Apakah alasan penolakan yang pernah digunakan Pakatan Rakyat itu sudah tidak relevan sehingga menghalalkan kerajaan Selangor untuk menaikkan gaji wakil rakyat?

Namun, carian admin seakan sudah dapat dihidu. Admin dapati artikel berhubung isu itu telah dibuang oleh portal rasmi PAS yang menggunakan slogan TEPAT DARI SUMBER.


Jika benarlah ianya adalah TEPAT DARI SUMBER, kenapa pula artikel tersebut tiba- tiba sahaja dipadamkan?

Apakah artikel itu terpaksa dibuang demi memastikan Pakatan Rakyat tidak terus dihentam akibat keterlanjuran kerajaan Selangor? Baca Selanjutnya 

Bukan soal mahu menghina tetapi di mana kejujuran Harakah dalam menyampaikan berita khususnya yang menepati slogan TEPAT DARI SUMBER ??

Dari pengamatan MMI tindakan ini tidak lebih dari satu lagi usaha menyelamatkan Pakatan Haprak dengan kecelaruan sesama mereka.

Malah tidak salah kiranya MMI katakan semuanya kaki angguk kepada Anwar dan sekutunya.

Insiden sebelum ini melibatkan Harakah klik SINI 

Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI

Kecoh Tunjuk Perasaan Terbaru !!!


Mereka telah “merampas” pejabat-pejabat penting kerajaan. Mungkin tidak memasuki bangunan tetapi mereka mengawal laluan keluar masuk ke pejabat itu. Dan pekerja-pekerja di jabatan itu semuanya dikerahkan pulang kerumah. Mujurlah tiada pertumpahan darah. Dan mereka yang terbabit ini sangat ramai, mungkin 10 kali ganda lebih ramai daripada perhimpunan BERSIH. Dimanakah dan apakah tujuan mereka? Jawapannya ialah rusuhan di Negara jiran kita – Thailand.

Pasti ramai yang tahu Perdana Menteri Thailand sekarang ialah seorang perempuan bernama Yingluck Shinawatra. Disebabkan ketidaksaksamaan perlaksanaan undang-undang dan penyelewengan kuasa, rakyat Thailand bangkit dan mahukan kerajaan yang adil dan saksama serta mahir mentadbir Negara. Setelah menahan sekian lama, akhirnya mereka memutuskan melakukan tunjuk perasaan besar besaran. Mereka bersatu hati kerana tahu jika kerajaan sekarang terus berkuasa, generasi muda akan terus menderita dengan nasib yang tak terbela.




Apa pun Thailand tidak seperti Malaysia , kita harus faham kedua-duanya berbeza dari segi politik dan budayanya.Malah jika di amati Thailand merupakan sebuah negara yang tidak pernah lekang dengan tunjuk perasaannya malah negara inilah yang mencatat sejarah punya insiden rampasan kuasa paling banyak dalam dunia.


Jangan lupa demontrasi besar-besaran di Thailand sebelum ini sudah mengorbankan banyak nyawa.

Sebagai rakyat Malaysia kita harus bersyukur kerana di kurniakan sebuah negara yang aman dan damai lagi makmur.Walaupun kita juga di hujani dengan masalah yang hampir serupa tetapi perlu diingat ianya berlainan kerana di Malaysia kekacauan itu di cetuskan oleh seorang manusia yang gilakan kuasa dan pangkat.

Malah hanya segelintir daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepada puak-puak puaka yang selalu mencari keuntungan politik semata-mata.

Moral of the story sama-sama kita pelihara negara Malaysia dan hati-hati dengan dakyah pembangkang kerana kesannya apa yang berlaku di Thailand boleh terjadi di Malaysia.

MMI

Thursday, 28 November 2013

Sapa LANCAUkan Si Nuar ???


Seramai 108 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Roban yang diketuai Pengerusinya, Gani Eli mengumumkan keluar parti hari ini untuk menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Gani yang memimpin cabang itu sejak 2011 berkata, keputusan tersebut dibuat kerana barisan pemimpin PKR sama ada di peringkat negeri dan pusat mengabaikan kewujudan mereka sebagai penyokong setia parti itu.

"Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), PKR seperti tidak ada hala tuju, kami dibiarkan begitu sahaja dan kami juga mula sedar parti itu tidak boleh diharap untuk memperjuangkan nasib penduduk," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mewakili kumpulan tersebut menyerahkan borang keahlian kepada Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan Ikom di Ibu Pejabat SPDP di sini.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa, lebih ramai ahli PKR Cabang Roban serta di sekitar kawasan Saratok akan mengisytiharkan keluar parti dalam masa terdekat.

Sementara itu, Setiausaha PKR Cabang Roban, Abang Mokhtar Abang Zulkifli yang turut mengikut jejak langkah Gani berkata, PKR boleh disifatkan sebagai parti yang tidak mempunyai masa depan.

"Berdasarkan prestasi semasa, SPDP dan Barisan Nasional (BN) meraih keyakinan kami untuk membawa pembangunan yang dimahukan rakyat," katanya.

William Mawan dalam pada itu mengalu-alukan keputusan kumpulan tersebut menyertai SPDP dan berharap lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian untuk memperkukuhkan parti itu di peringkat akar umbi.

"SPDP berdepan pelbagai cabaran sejak beberapa tahun lalu namun perkhidmatan baik yang kita berikan berjaya mengukuhkan parti kerana terus mendapat kepercayaan rakyat berbanding parti pembangkang," katanya.utusan


Lompat jangan tak lompat bro !! Nampaknya katak-katak yang pernah tinggalkan perjuangan UMNO dan BN sebelum ni dah mula kembali kepada perjuangan asalnya.Bila dah sampai masa sakit ni ampa sendiri kena fikirlah mana yang sepatutnya ampa sokong.

BN selama ni sentiasa berusaha untuk memberikan kebaikan kepada rakyat cuma ampa saja kadang-kadang kalut tak pernah fikir tentang orang lain.Ada yang merajuk bukan kepalang pilih si Nuar tu alih-alih apa dia buat untuk ampa ???

Eloklah ampa tinggalkan parti tak ada masa depan tu , sama-sama kita bangunkan negara dengan kerajaan Barisan Nasional.

Jangan pula lepas ni salahkan UMNO sebab yang buat keputusan tu adalah puak-puak ampa sendiri.

MMI

Nampaknya Mereka Lebih Suka Pilih Yang Bukan PENYOKONG !!!


Bukan marah tapi sedikit kecewa melihat kepada apa yang sedang berlaku.Sejak keputusan PRU13 di umumkan rasanya kita perlu sedar dan cepat-cepat bangun supaya segala kesilapan dan kelemahan yang pernah kita lakukan sebelum ini dapat di atasi secepat mungkin.Ya..PRU14 masih jauh tapi jauh itu akan makin dekat dari sehari ke sehari.

Apakah kita mahu kisah Pak Pandir yang mendapat 2 jemputan kenduri berulang ??

Oh ya pasti ada yang nak tau kisah apa !! Ceritanya macam ni , Pak Pandir dapat 2 jemputan kenduri kahwin satu di kampung seberang dan satu lagi di sebelah rumahnya.Jarak diantara rumah Pak Pandir dengan kampung seberang agak jauh apatah lagi Pak Pandir yang hanya berjalan kaki.

Fikir punya fikir maka Pak Pandir buat keputusan untuk ke kampung seberang dulu memenuhi jemputan pertama kemudian baru ke jemputan kedua.Sekurang-kurangnya dia dapat makan dua-dua sekali.

Maka Pak Pandir pun memulakan langkahannya pada hari yang di maksudkan nak jadi cerita di pertengahan jalan hujan turun dengan lebatnya dan Pak Pandir terpaksa berteduh di celah-celah pokok.Hampir 4 jam Pak Pandir menanti hujan pun berhenti.

Maka perjalanan pun di teruskan sampailah satu ketika Pak Pandir sedar beliau sudah tersilap jalan jadi mau tak mau beliau perlu berpatah balik.Waktu di tangan sudah menunjukkan hampir ke jam 5 petang , perjalanan yang nak di tempuh masih jauh jadi Pak Pandir mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke kampungnya sekurang-kurangnya beliau masih sempat untuk menghadiri kenduri ke dua.

Jalan punya jalan maka sampailah Pak Pandir di kampungnya sendiri namun suasana lengang menyebabkan Pak Pandir keliru.Bukankah di sini ada majlis kenduri ?? Untuk memastikan yang beliau tidak silap , Pak Pandir pun bertanya kepada si tuan rumah dan jawablah si tuan rumah tadi "Ya disinilah majlis kenduri tu , cumanya majlis dah selesai dan semua makanan dah habis".

Mendengar sahaja jawapan tersebut maka Pak Pandir pulang hampa ke rumah dan membuka tin roti kapai dengan air kopi panas.Jadilah daripada tak ada apa-apa langsung !!!

Inilah sebahagian daripada cerita-cerita yang kadang kalanya orang kita kena tahu.Bukan apa bimbang takut-takut mereka-mereka yang kat atas sana tu tak nampak.


Antara contoh terbaru perlantikan Wardina Safiyyah (gambar) menganggotai Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

Ini kerana Wardina diketahui memang mempunyai pandangan yang lebih mirip kepada pembangkang serta kerap kali mengkritik kerajaan dalam tulisannya di twitter.

Siapa sebenarnya Wardina? Beliau hanya seorang artis yang popularitinya semakin gerhana dan tidak mendapat permintaan pasaran. Beliau seorang yang keseorangan dan tidak mewakili mana-mana persatuan artis.Baca Selanjutnya 

Dah tak ada orang lain lagikah yang boleh di lantik ? Kalau nak memilih di kalangan artis sekalipun rasanya ada yang lebih baik dari ini.Zed Zaidi contohnya beliau sudah membuktikan taat setianya kepada perjuangan keramat UMNO dan mempertahankan kerajaan selama ini.

Tapi apa boleh buat mereka yang melantik dan memberikan nasihat jauh lebih faham mengapa !!

Malah perkara ini bukan sahaja melibatkan perlantikan Wardinah semata-mata , ada lagi kejadian yang sama waktu dengannya di tempat-tempat lain melibatkan negeri , bahagian dan kawasan.

MMI cuma nak berpesan satu perkara , nak ambil hati atau nak memujuk mereka yang tidak setuju dengan kita sekalipun jangan sampai mereka yang setia dan selama ini bersama kita HILANG & TINGGALKAN KITA !!

MMI

Duit Untuk Rakyat Bukan Untuk WAKIL RAKYAT !!!


Gelak sakan la dia !! Sebelum ni bukan main lagi tuduh kerajaan tak telus makan duit sana , makan duit sini alih-alih puak depa juga yang makan lebih dari orang lain.

Ramai bercakap pasal kenaikan gaji Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Ia dipersetujui sebulat suara ahli dewan dan diluluskan mengikut Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Negeri (Saraan)(Pindaan) 2013.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia berpandukan kenaikan sama di Sarawak dan gaji Kerajaan Pusat kepada pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) kendalian Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ironinya Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali sebelum ini menegur Khalid yang mungkin berbangga dengan rizab 2.8 billion tetapi takut membelanjakannya untuk rakyat Selangor. 

Baguslah, Khalid mendengar kritikan Timbalan Presiden PKR itu dengan menaikan gaji Menteri Besar dan Exco.

Dengan kenaikan itu, gaji Menteri Besar berjumlah RM14,175.15 bakal meningkat kepada RM29.250 iaitu pada kadar 106.4 peratus, Speaker Dewan (RM6.109.29 meningkat 268 peratus kepada RM22,500) dan Timbalan Speaker (RM3,327.50 kepada RM15,570).

Bagi saraan Ahli Exco Kerajaan Negeri pula, gaji RM6,109.29 bakal meningkat kepada RM20,250, meningkat 231 peratus.

Melalui Rang Undang-Undang yang diluluskan itu, saraan bagi setiap ADUN mengikut Seksyen 3 juga dipinda, daripada RM6,000 kepada RM11,250 atau kenaikan 87.5 peratus.

Persoalannya sekarang, apa pula akan diperolehi rakyat Selangor yang sudah mengekalkan kerajaan pakatan rakyat pada PRU 13 lalu?

Tidak salah untuk menaikkan gaji asalkan tugas Menteri Besar, Exco dan Adun sekiranya tugas mereka terhadap rakyat Selangor ditingkatkan bukan ‘tidur’ ketika Dewan Undangan Negeri (Dun) bersidang atau Khalid sendiri ‘terlelap’ masa sidang media.

Sepatutnya Khalid turut menggunakan rezab kewangan yang banyak itu untuk kemudahan dan membantu rakyat seperti disaran Azmin bukannya utamakan diri sendiri.-bnbbc.my

Terbaiklah Khalid lepas ni bolehlah pejam mata sat LETIH gelak banyak !!


Apa pun MMI nak ucap tahniah kepada rakyat Selangor sebab bermurah hati mengkayakan pemimpin yang sedia kaya.TAHNIAH !

MMI

Labels