Followers

Wednesday, 31 December 2014

PRIHATIN ? KESAL Masih Ada Acara Di Teruskan


Lokasi Auto City Juru , Seberang Perai Pulau Pinang .. Beginilah keadaannya petang tadi , langsung tidak ada sebarang rasa prihatin dengan nasib ribuan warga Malaysia yang pada ketika ini sedang dan masih lagi terkesan dengan bencana banjir yang melanda sebahagian negeri di semenanjung.

Menurut sumber acara akan tetap berjalan seperti biasa dan bayangkan sekiranya keadaan ini berlaku pada ketika Pulau Pinang di tadbir oleh Barisan Nasional ?

MMI yakin sudah pasti sumpah seranah akan dihalakan terhadap kepimpinan UMNO dan BN kerana tidak prihatin dengan nasib mereka-mereka yang lain.

Di manakah suara PAS Pulau Pinang dan Malik Kassim selaku Exco Agama Negeri Pulau Pinang ?

Dalam masa yang sama MMI di maklumkan Konsert Ambang 2015 di Padang Kota juga di teruskan walaupun pelbagai pihak telah tampil menyatakan kecaman serta bantahan mereka terhadap penganjuran tersebut.


Takkanlah warga Pulau Pinang begitu kejam sehingga sanggup untuk terus berhibur pada ketika yang lainnya sedang berduka ? KLIK SINI 

Nampaknya suara serta bantahan yang dilakukan sebelum ini langsung tidak di layan..

MMI

Kerajaan Terus Komited Bangunkan Pulau Pinang @dzainalabidin @NajibRazak


Perutusan Tahun Baru 2015

" Kerajaan Persekutuan terus komited untuk membangunkan negeri Pulau Pinang walaupun Barisan Nasional bukan kerajaan negeri di Pulau Pinang atas semangat sistem Persekutuan yang menjadi asas negara selama ini. Bagi tempoh 2001-2014 sejumlah RM 18 billion telah dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk projek-projek di Pulau Pinang.

" Ini terbukti bilamana Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM2.959 billion untuk RMK-8 (2001-2005) dan RM6.471 billion untuk RMK-9 (2006-2010) manakala untuk RMK-10 (2011-2015) sejumlah RM2.591 billion telah dibelanjakan sehingga penghujung 2014.

" Kita sedar bahawa penyediaan infrastruktur yang baik menjadi pemangkin utama kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri. Kemudahan perhubungan, jaringan jalanraya, lebuhraya, pelabuhan dan lapangan terbang menjadi tarikan kepada pelabur untuk melabur dalam negeri Pulau Pinang. Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan RM4.5 billion untuk pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'azam Shah, RM250 juta untuk projek pembesaran lapangan terbang Pulau Pinang dan RM2.66 billion untuk Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar.

" Pada 2015, Kerajaan Persekutuan akan memulakan perlaksanaan projek-projek berikut; Loji Kumbahan Bayan Baru Fasa 2 (RM 353.1 juta), Multi Storey Block Hospital Seberang Jaya (RM 400 juta), Blok Kanak-Kanak Hospital Pulau Pinang (RM 250 juta), Naiktaraf Hospital Seberang Jaya dan Pulau Pinang (RM 38 juta), dan projek naiktaraf Jabatan Kecemasan Hospital Balik Pulau (RM 20 juta).

" Kemajuan Pulau Pinang sejak sekian lama adalah kerana kerjasama yang baik dan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Pengagihan sumber dan hasil negara dapat dibuat dengan teratur dan terancang untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia keseluruhannya.

" Di bawah kepimpinan BN sejak awal tahun 70an, ekonomi dan pembangunan Pulau Pinang telah berkembang dengan pesat. Mendiang Tun Dr Lim Chong Eu, Ketua Menteri Pulau Pinang kedua telah meletakkan asas-asas yang kukuh dan menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri perindustrian sehingga menjadi negeri pengeluar dan pengeksport utama negara untuk produk Elektrikal dan Elektronik.

" Perkhidmatan dan bekalan air di Pulau Pinang adalah terbaik dengan tarif terendah dalam negara hasil perancangan, pengurusan dan pandangan jauh kerajaan negeri terdahulu. Dengan perlaksanaan WSIA oleh kerajaan Persekutuan perkhidmatan bekalan air negara akan bertambah baik dan efisien. Pada 2011 di bawah WSIA, Kerajaan Pulau Pinang telah menandatangani perjanjian dengan PAAB yang memperlihatkan hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM600 juta dihapuskira. 

" Kerajaan Persekutuan melalui agensi-agensinya tetap komited untuk menyediakan perumahan yang selesa dan mampu dimiliki oleh rakyat Pulau Pinang termasuk pembinaan Perumahan Kos Rendah. Ini kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih gagal untuk menyediakan perumahan Kos Rendah untuk rakyat Pulau Pinang dan tiada skim Perumahan Awam dibina oleh kerajaan negeri menggunakan dana kerajaan negeri sejak 2008.

" Pada penghujung tahun 2014, kita menyaksikan banjir besar melanda negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung. Penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar adalah penting dalam memastikan bencana alam seperti banjir kilat tidak berlaku. Oleh itu pembangunan harus mengambil kira kesan kepada alam sekitar, juga kesan kepada keselesaan dan keselamatan rakyat. Sama-samalah kita mendoakan agar bencana seumpama ini tidak berlaku lagi pada tahun 2015.

" Saya turut merakamkan rasa simpati saya kepada penduduk-penduduk di Balik Pulau yang rumah mereka mengalami kerosakan akibat ribut kencang pada malam Isnin lalu. Bantuan awal telah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Kita akan terus berusaha membantu mereka untuk membaiki rumah-rumah yang rosak dalam masa terdekat. 

" Saya mengharapkan agar Kerajaan Negeri akan bersama dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha membangunkan negeri Pulau Pinang dan berganding bahu memelihara dan menghormati semangat Persekutuan sediada.

" Saya menyeru rakyat Pulau Pinang untuk terus mengamalkan toleransi dan perpaduan antara kaum dan agama. Elakkan perbalahan dan perselisihan yang boleh membawa kepada permusuhan dan persengketaan sesama rakyat. Perpaduan dan keamanan adalah asas utama kekuatan sesebuah negara. 

" Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua rakyat Malaysia dan rakyat Pulau Pinang khususnya. Bersama kita memakmurkan negeri dan negara tercinta ini.

Terima kasih.

Dato' Zainal Abidin Osman 
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang 
31 Disember 2014

Pakar Australia Sifatkan Nahas QZ8501 Akibat Kesilapan Juruterbang

SYDNEY –  Pakar penerbangan Australia berkata, kesilapan manusia membawa kepada kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 selepas juruterbang membawa pesawat itu ke dalam zon bahaya yang diketahui di ruang udara Laut Jawa.

Neil Hansford berkata, kapten warga Indonesia atau pembantu juruterbang warga Perancis pesawat itulah yang merancang “pelan penerbangan berbahaya” itu.

Beliau berkata, juruterbang senior akan mengelak melalui kawasan berkenaan di mana pesawat dipercayai akan terhempas dan tidak boleh terbang melaluinya.

“Mereka memanggilnya ‘kilang ribut petir’. Anda merancang untuk mengelaknya, anda tidak merancang untuk melaluinya,” kata Hansford kepada Nine Network.

Beliau berkata, sesiapa yang merancang penerbangan itu telah membuat satu kesilapan besar.

“Kami tidak tahu sama ada ia pembantu juruterbang atau kapten sendiri…sama ada mereka membaca laporan meteorologi yang diberikan ketika di Surabaya.

“Bagaimana pula tahap komunikasi sesama mereka? Bahasa asas seorang itu ialah bahasa (Indonesia), bahasa seorang lagi pula Perancis,” katanya.

Hansford menyimpulkan bahawa nahas berkenaan sebagai kesilapan juruterbang.

“Saya sudah katakan sebelum ini, ia bukan masalah teknikal,” katanya. Bernama

Baca juga artikel berkaitan di SINI

UPDATE Insiden QZ8501 Bayangan Di Percayai Pesawat Di Temui

Insiden pesawat milik AirAsia Indonesia yang dilaporkan terputus hubungan baru-baru ini di jangka selesai setelah pasukan misi mencari dan menyelamat berjaya menemui objek dan mayat penumpang pesawat malang terbabit.

Sejak petang semalam beberapa mayat sudah pun berjaya di temui dan sudah pun di bawa keluar dari lokasi manakala usaha tersebut akan diteruskan hari ini.

Sementara itu Pesawat Tentera Udara Indonesia yang menyertai misi mencari dan menyelamat menemui bayangan di dasar laut yang dipercayai bangkai pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia.

“Tuhan memberkati kita hari ini,” kata Bambang Soelistyo dari Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia.

Menurutnya, pesawat Hercules tentera udara Indonesia menemui objek yang digambarkan bayangan berbentuk kapalterbang di dasar laut jam 12.50 petang semalam hampir 160 kilometer di baratdaya Pangkalan Bun, Kalimantan.

“Semua aset sudah digerakkan ke lokasi terbabit dan tugasan mereka ialah mencari dan memindahkan segala objek dan jenazah penumpang dan saya akan pastikan semuanya dibawa ke Pangkalan Bun, lapanganterbang terdekat lokasi itu,” katanya.


Manakala Badan SAR Nasional (BASARNAS) akan menyediakan 21 penyelam bagi ke lokasi penemuan serpihan pesawat AirAsia QZ8501 di Laut Jawa berdekatan Selat Karimata.

Ketua BASARNAS, Marshal Madya FHB Soelistyo berkata, pihaknya mempersiapkan 10 penyelam tempatan dan 11 pakar selam dari Tentara Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL).

“Kedalaman laut di lokasi penemuan serpihan dan jenazah dianggarkan antara 25 hingga 30 meter dan ia masih boleh dicapai penyelam,” katanya.

BASARNAS katanya turut menyediakan peralatan untuk penyelam ke dasar laut sekiranya diperlukan.

Operasi selaman dijangka bermula sebaik bangkai pesawat ditemui untuk proses pengumpulan bahan bukti namun bergantung kepada keadaan cuaca.

Takziah kepada semua keluarga mereka yang terlibat dalam insiden ini semoga anda semua terus tabah dan cekal menerimanya.

sumber & rujukan bnbbc

MMI

Harga RON95 Di Jangka Turun Mulai 1 Januari 2015

Rakyat Malaysia diberitakan bakal menikmati penurunan harga minyak RON95 serta Diesel seawal Januari 2015.

Berita yang dirasakan tepat pada masanya memandangkan negara sedang mengalami bencana banjir paling kritikal dalam sejarah.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menjangkakan harga runcit RON95 dan Diesel turun sekitar RM1.90 hingga RM1.95 seliter mulai 1 Januari 2015.

Ketika ini harga RON95 di pam ialah RM2.26 manakala Diesel RM2.20 selitar berkuatkuasa 1 Disember  lalu.

Ini bermakna RON95 turun 36 sen manakala Diesel sebanyak 25 sen.

Harga RON97 yang kini RM2.46 selitar juga dijangka akan mengalami penurun sekitar RM2.13 sen.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dijangka membuat pengumuman rasmi penurunan sebenar hari ini.

Penurunan itu yang kedua sejak kerajaan mengamalkan harga apungan terbuka atau terkawal sejak harga bahan bakar dunia menurun beberapa bulan lalu.

Kaedah pengapungan itu diputuskan Kabinet baru-baru ini sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010.

Kini kerajaan tidak lagi menanggung subsidi sejak kaedah itu diputus untuk dilaksanakan oleh Kabinet November lalu..

Berikutan jangkaan penurunan harga bahan api itu, Ahmad berharap peniaga menurunkan harga barang-barang.sumber bnbbc

Syukur ...

MMI

Tuesday, 30 December 2014

Kemusnahan Akibat Banjir Di Kuala Krai Kelantan 20 Gambar


Berikut adalah kemusnahan akibat daripada kejadian banjir di Kampung Karangan Kuala Krai Kelantan dan MMI di maklumkan penduduk kampung kini menginap dan mendapatkan perlindungan sementara di sekolah dan masjid yang dijadikan sebagai penempatan sementara.

Petang tadi YAB Perdana Menteri telah mengumumkan kerajaan akan membina rumah sementara untuk mangsa banjir di Kelantan yang kehilangan rumah akibat bencana banjir.

Kemusnahan akibat banjir di Kampung Karangan Kuala Krai Kelantan ..








  











#Pray4PantaiTimur

MMI

Konsert Ambang Tahun Baru 2015 Kerajaan DAP Tipu Rakyat ?!!


MMI di fahamkan bahawa satu konsert bagi menyambut kedatangan tahun baru 2015 akan diadakan di Padang Kota Lama Pulau Pinang pada tanggal 31 Disember 2014 nanti.

Namun timbul sedikit kekeliruan memandangkan pada ketika dan saat negara sedang dilanda bencana banjir di beberapa buah negeri , kebanyakkan pihak khususnya kerajaan pusat mahupun negeri-negeri sudah pun menyatakan persetujuan mereka untuk membatalkan semua jenis acara berbentuk hiburan bagi menghormati mangsa-mangsa banjir yang kini sedang trauma dan menderita akibat kehilangan harta benda akibat banjir.

Dan MMI sekali lagi keliru apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Exco kerajaan negeri DAP baru-baru ini dalam sinaronline yang mengulas tentang isu penganjuran sambutan tahun baru di Pulau Pinang.


Well jika merujuk kepada kenyataan diatas jelas Exco Kerajaan Tempatan , Kawalan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir , Chow Kon Yeow hanya menyebut bahawa kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak akan masuk campur dalam mana-mana penganjuran acara serupa melibatkan pihak persendirian.

Persoalannya bagaimana pula dengan acara serupa yang turut melibatkan kerajaan negeri seperti mana yang tertera dalam poster di atas ?

Sehingga artikel ini ditulis pelbagai pihak sudah pun menyatakan bantahan serta kecaman mereka terhadap penganjuran Konsert Ambang Tahun Baru 2015 yang bakal diadakan di Padang Kota tersebut.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang .. 
KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO PULAU PINANG BERKAITAN PENGANJURAN KONSERT ‘PG2015, THE 10TH PENANG GOLDEN NEW YEAR’S EVE COUNTDOWN CELEBRATION’ DAN ‘TRANCE MOVEMENT’  OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG.
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menganjurkan konsert ‘Pg2015, The 10th Penang Golden New Year’s Eve Countdown Celebration’ dan ‘Trance Movement’ yang dicadang untuk dilaksanakan pada malam tahun baru 2015.
Di saat negara berada dalam kedukaan berkaitan tragedi banjir besar yang melanda hampir seluruh negeri di Semenanjung saat ini, ketika sebahagian besar saudara kita terutamanya di negeri Pantai Timur bertarung dengan bencana alam, di saat saudara kita yang terlibat dengan bencana kehilangan tempat tinggal, kekurangan keperluan asas, tiada makan dan minum yang sewajarnya.
Ini ditambah pula dengan peristiwa terbaru kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 yang menyebabkan seluruh dunia bersedih dengan kejadian ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya sensitif dan menghormati mangsa-mangsa banjir besar ini dengan tidak menganjurkan konsert dan program yang berbentuk hiburan yang pastinya mengundang rasa tidak puas hati rakyat dengan konsert ini, seterusnya mengundang implikasi negatif terhadap moral khususnya pada golongan remaja di negeri ini.
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang merasakan adalah tidak wajar sama sekali konsert sambutan tahun baru ini diadakan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya menyelami isi hati rakyat terutamanya mereka yang ditimpa bencana saat ini. Sekalipun tidak mahu membantu, janganlah menunjuk sikap tidak prihatin seolah-olah apa yang berlaku tidak memberi kesan pada naluri kemanusiaan kita yang tidak ditimpa bencana. Sekarang adalah waktu bencana, seharusnya program-program seperti ini dibatalkan.
Tidak salah kiranya kerajaan negeri membatalkan konsert ini seterusnya menyalurkan dana konsert ini untuk membeli keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir dan untuk belanja pasca banjir yang semestinya memerlukan suntikan dana yang besar bagi memulihkan kembali keadaan seperti sediakala.
Jangan hanya pandai bercakap seolah-olah tugas ini hanya perlu digalas oleh kerajaan persekutuan, seharusnya kerajaan negeri juga perlu mengambil inisiatif bersama dalam membantu memulihkan kembali negeri-negeri yang terjejas akibat banjir besar yang melanda negara. Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sambil lewa dalam hal ini serta asyik menunding jari kepada pihak lain apabila ditegur.
Akhir kalam, kerajaan negeri Pulau Pinang didesak sekeras-kerasnya untuk membatalkan konsert ‘Pg2015, The 10th Penang Golden New Year’s Eve Countdown Celebration’ dan ‘Trance Movement’ ini, jagalah sensitiviti rakyat sekalipun anda tidak punya rasa sensitif terhadap apa yang berlaku. Sedangkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri lain membatalkan semua perayaan dan program berbentuk hiburan di seluruh negara bagi menzahirkan rasa hormat kepada mangsa bencana, mengapa kerajaan Pulau Pinang tidak boleh melakukan perkara yang sama ?
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pulau Pinang ..
KENYATAAN MEDIA
MENDESAK KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG MEMBATALKAN PENGANJURAN KONSERT AMBANG TAHUN BARU

Assalamualaikum & Salam sejahtera
Merujuk kepada perancangan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menganjurkan Konsert Ambang Tahun Baru "PG2015" di Padang Kota dan "Year End Countdown To 2015" di Persiaran Karpal Singh anjuran syarikat swasta dan program-program lain yang seumpama dengannya, pihak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Pulau Pinang mendesak agar penganjuran program berbentuk hiburan ini dibatalkan dengan serta-merta.
Di saat negara sedang berduka-cita dengan bencana banjir besar yang berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Johor, adalah sangat tidak wajar untuk kita di negeri Pulau Pinang bersuka ria dan menganjurkan program hiburan meraikan tahun baru 2015. Seharusnya, kerajaan dan rakyat negeri Pulau Pinang menunjukkan rasa simpati kesengsaraan yang dihadapi dan tanda solidariti kita terhadap saudara-saudara kita yang ditimpa musibah banjir.
Selain tidak menghormati dan prihatin terhadap musibah banjir yang berlaku, penganjuran konsert-konsert ini juga tidak mendatangkan faedah kepada warga Pulau Pinang malah ia hanya akan mengudang masalah gejala sosial di kalangan generasi muda negeri ini. Sebagai sebuah pertubuhan belia, GPMS Negeri Pulau Pinang melihat penganjuran konsert-konsert ini akan membuka ruang kepada generasi muda untuk berhibur dan berfoya-foya tanpa batasan selain melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan budaya dan agama.    
Dari aspek Islam, penganjuran konsert-konsert adalah program berbentuk maksiat yang bakal mengundang kemurkaan Allah. Apabila dianjurkan konsert seperti ini sudah pasti akan wujud aktiviti-aktiviti maksiat dan tidak bermoral yang lain seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pemakaian yang tidak senonoh, pengambilan arak dan alkohol, penyalahgunaan najis dadah seperti pengambilan pil ekstasi dan lain-lain lagi. 
GPMS Negeri Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya penganjuran konsert-konsert ini kerana ia bukan hanya merosakkan akhlak generasi muda dan malah ia juga merupakan suatu pembaziran. Saranan GPMS Negeri Pulau Pinang adalah lebih baik sekiranya dana untuk menganjurkan konsert-konsert ini disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir daripada meneruskan penganjuran konsert yang tidak memberikan sebarang menafaat.
Kita sedia maklum, Kerajaan Persekutuan turut membatalkan hasrat penganjuran Konsert Ambang Tahun Baru pada tahun ini begitu juga dengan beberapa negeri yang lain. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri Pulau Pinang sewajarnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap musibah yang menimpa dengan mengambil langkah yang sama dengan membatalkan Konsert Ambang Tahun Baru dan menggantikan dengan program berbentuk keagamaan.
Dalam hal ini GPMS Negeri Pulau Pinang sangat memandang serius dan berharap agar Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng menggunakan kuasa dan budi bicara beliau untuk membatalkan penganjuran konsert-konsert ini. GPMS Negeri Pulau Pinang juga berharap agar YB Tn. Hj. Abdul Malik Abdul Kasim selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dapat memainkan beliau untuk menasihati YAB Ketua Menteri dan seterusnya merangka program-program berbentuk keagamaan atau program Islamik daripada meneruskan hasrat menganjurkan Konsert Ambang Tahun Baru.
Sekian, terima kasih.

AZDY BIN MOHD ARSHAD
Pengerusi Biro Agama
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Pulau Pinang
29 Disember 2014 / Rabiul Awal 1436H 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Pulau Pinang ..


Persoalan yang timbul ketika ini ADAKAH kerajaan DAP di Pulau Pinang cuba membohongi rakyat ?

Berdasarkan kenyataan Chow Kon Yeow , kerajaan DAP Pulau Pinang ternyata masih belum membatalkan apa-apa acara sempena tahun baru melainkan menyatakan mereka tidak masuk campur dengan penganjuran pihak persendirian dan TIDAK PUNYA HAK untuk membatalkan mana-mana acara melibatkan pihak persendirian.

TAK ADA HAK ? Lagi sekali MMI keliru memandangkan setiap acara semestinya memerlukan permit daripada pihak berkuasa tempatan selain daripada kuasa kerajaan negeri yang boleh membuat saranan serta gesaan kepada semua pihak supaya menghentikan semua jenis acara sambutan berbentuk hiburan bagi menghormati rakyat Malaysia yang kini sedang ditimpa musibah.

Takkanlah warga Pulau Pinang begitu kejam sehingga sanggup untuk terus berhibur pada ketika yang lainnya sedang berduka ?

Seperkara lagi merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh FreeMalaysianToday , keputusan untuk membatalkan konsert tahun baru tidak dapat diputuskan kerana Ketua Menteri sedang bercuti ? KLIK SINI 

Sejauh mana kebenaran laporan ini dan apakah pendirian kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap penganjuran konsert tersebut ?

Rasanya saki baki pemimpin DAP yang masih berada di Pulau Pinang PERLU SEGERA menjelaskan kepada rakyat status penganjuran konsert yang dijadualkan akan diadakan pada 31 Disember 2014 nanti memandangkan banyak pihak sudah tampil mengecam serta mendesak ianya di BATALKAN !!

MMI

Monday, 29 December 2014

1MALAYSIA Mereka Turut Membantu Keep It Up MCA @liowtionglai @NajiRazak


Hari ini, MCA telah mengadakan sidang media di Wisma MCA untuk mengumumkan pemberian dana RM5 juta kepada mangsa banjir Pantai Timur. MCA juga telah menerima sumbangan dana dan pelbagai bentuk barangan bernilai hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di sana. Sumbangan itu diterima daripada 22 organisasi dan individu yang termasuk bekalan makanan, air mineral dan ubat-ubatan. 

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau terharu dengan sokongan rakyat Malaysia itu. DS Liow memohon lebih banyak sumbangan lebih-lebih lagi menjelang minggu depan apabila banjir mulai surut. Beliau menjangkakan lebih banyak bantuan diperlukan khasnya apabila mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing. Menteri Pengangkutan itu berkata petugas MCA akan menghantar bantuan, antara lain melalui jalan darat ke pusat-pusat penempatan sementara mangsa banjir. 

Bantuan ke kawasan yang terputus hubungan akan dihantar menggunakan helikopter. Dalam pada itu, DS Liow berkata MCA juga menubuhkan Pusat Operasi Pemulihan Banjir Pantai Timur yang beroperasi 24 jam bagi menyelaras bantuan dan perkhidmatan kepada mangsa banjir. Sembilan pusat operasi juga dibuka iaitu lima di Kelantan, dan masing-masing dua di Terengganu dan Pahang.sumber 




Makin Ramai Yang Suka SEBAR FITNAH & Maklumat PALSU Dari Membantu !!!


Tidak ada niat untuk memburukkan sesiapa tetapi melihat kepada suasana terkini rasanya MMI perlu menyahut seruan sahabat blog TheFlyingKick untuk sama-sama membantu pihak berwajib mengesan dan mencari mereka-mereka yang suka menyebarkan maklumat tidak benar berkaitan keadaan terkini banjir yang melanda sebahagian daripada negeri-negeri di Pantai Timur.

Baca kat SINI  

Setakat ini pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) sudah pun mula menggerakkan usaha bagi mengesan 4 individu untuk diambil keterangan berkenaan penyebaran berita PALSU keadaan banjir di seluruh negara.


Malah sehingga artikel ini ditulis , MMI sendiri masih lagi dihujani maklumat-maklumat yang sedemikian dan kebanyakkan daripadanya di hebahkan melalui group-group aplikasi Whatsapp , Telegram , Whechat dan lain-lain sehingga menimbulkan banyak kekeliruan kepada masyarakat di luar.

Antara contoh ..
Assalam...ade x sape2 dlm group ni kenal ngn mane2 ahli club truckers or club pajero ?? minta tolong sangat2 ... nk minta bantuan utk selamatkan bdk2 kecik yg dh seminggu lebih (KESEJUKAN , CIRIT-BIRIT , MUNTAH-MUNTAH) .. kasihan mereka terkepung dgn banjir tanpa bantuan .... mereka skg kt atas bukit tepi bangunan sarang burung layang-layang area kg Laloh , Kuala Krai ... harap sudi pnjangkn mesej ini kpd kwn2 semua .... mohon ye kwn2 .. hanya ALLAH yg mampu membalas jasa kalian ..... 01116759515 - anis , 0172236402 - ieja...... C&P
salam untuk.makluman jemaah paduka sekiranya ada saudara mara yg terlibat mangsa banjir dikelantan yg perlukan doktor ubatan makanan dan pakaian sila maklum kat saya kws yg terlibat kita akan uruskan dgn helikopter untuk menghantar bantuan dgn syarat nama tempat dan ada orang yg tunggu dgn mengibar bendera.kita cuba sebaik mungkin dgn izin allah Tlg hubungi 018-9486530 en Mansor  
Isunya di sini , sejauh mana kebenaran setiap maklumat yang disebarkan tersebut ?

Sedangkan kita tahu bahawa operasi bantuan dan menyelamat kini sedang giat dilakukan oleh pihak berwajib dan sudah semestinya agensi kerajaan yang terlibat seperti MKN , KDN , BOMBA , ATM , JPAM dan lain-lain jauh lebih mengetahui situasi terkini keadaan banjir.

Malah Bilik Gerakan Banjir di setiap kawasan banjir sudah pun tersedia bagi menguruskan usaha menyelamat serta bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.



Sekiranya kita punya maklumat yang tepat maka buatlah laporan kepada pihak PDRM di kawasan masing-masing agar maklumat tersebut dapat disalurkan kepada pihak berwajib di kawasan bencana seterusnya usaha untuk mengesan dan menyelamat mereka-mereka yang terperangkap dapat dilakukan.

Kepada semua pihak sekali lagi MMI menyeru , sama-samalah kita hadapi bencana banjir ini dengan sikap yang jauh lebih bertanggungjawab.Kita punya pihak berkuasa yang sejak hari mula berlakunya banjir sudah berada di lokasi masing-masing.

Rujuklah kepada pihak berwajib kerana setiap maklumat yang disalurkan itu merupakan peluang untuk kita membantu mereka yang sedang di timpa bencana.Jangan jadikan peluang itu sebagai satu pembaziran dan paling penting jangan sesekali kita timbulkan rasa cemas yang tidak menguntungkan sesiapa.

Sehingga saat ini MMI masih yakin semua pihak yang berada di barisan hadapan sedang berusaha bermati-matian untuk membantu dan menyelamatkan mangsa banjir.

MMI

PEMIMPIN DAP CARI PASAL @reezalmerican Bidas Desakan @zairilkj


Di saat seluruh negara sedang menghadapi bencana banjir , DAP tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab untuk sama-sama memberikan tumpuan terhadap usaha membantu mangsa-mangsa banjir mengambil sikap menangguk di air keruh apabila terus dengan agenda politik mereka.

Desakan DAP melalui wakil mereka Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang , Cristoper Lim DAP Zairil Khir Johari yang menuntut agar kerajaan negeri Pulau Pinang diberi kuasa autonomi untuk memerintah sendiri berbanding dengan sistem persekutuan yang diamalkan sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963 sudah cukup untuk membuktikan betapa parti itu langsung tidak punya jiwa nasionalis.KLIK SINI 

Ekoran daripada itu , Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merica membidas kenyataan tersebut dan menyifatkan gesaan pemimpin DAP Pulau Pinang untuk melakukan kajian semula ke atas kontrak Persekutuan merupakan satu manifestasi agenda politik jahat parti berkenaan.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, jika sebelum ini sudah ada benih cadangan sama disuarakan dalam bentuk ‘fiscal decentralization’, namun gesaan yang dibuat Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebenarnya boleh disifatkan cubaan menghasut supaya melakukan perubahan menyeluruh kepada Perlembagaan Persekutuan.

“Apakah pemimpin Melayu yang dipayungi parti itu kini terdesak sehingga sanggup mencadangkan perkara seperti ini? “Apakah mereka ini telah dipaksa untuk mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak masuk akal dan dangkal,” soalnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Zairil Khir menerusi portal rasmi parti itu, Roketkini.com berhubung gesaan mengubah kontrak Persekutuan dalam usaha ke arah desentralisasi ataupun pengagihan kuasa pusat harus digalakkan demi membentuk persekutuan yang benar-benar menghormati hak dan kesejahteraan negeri-negeri di bawah naungannya.

Dalam pada itu, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, Zairil Khir seharusnya tidak perlu menggunakan fakta dangkal seperti sumbangan Pulau Pinang kepada perbendaharaan Persekutuan kerana pimpinan terdahulu telah menyusun Perlembagaan dengan sebaik mungkin sehinggakan ‘Semangat Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan’ yang disusun kemas dengan pemisahan jelas di antara tanggungjawab Persekutuan, Negeri dan perkara yang dikongsi antara kedua-duanya.

“Kita tidak perlukan ahli politik yang ‘bergelut’ dan tenggelam timbul dalam arus rasisme DAP dalam mencari jalan singkat untuk popular.

““Atau apakah cadangan ini sebenarnya satu manifestasi kegagalan Lim Guan Eng dalam mengurus kerajaan Pulau Pinang selama ini lalu memerlukan ‘bantuan’ dengan gesaan murahan seperti ini,” soalnya.

Menurutnya, kelemahan pengurusan kerajaan negeri berkenaan khususnya dalam skandal pengurusan tanah, pengurniaan kontrak yang tidak telus seharusnya tidak wajar dijadikan alasan untuk meminda Perlembagaan.

“Sikap pimpinan DAP ini boleh disifatkan ‘menangguk di air yang keruh’, ketika mana tumpuan rakyat lebih tertumpu kepada usaha menyelamat dan memastikan kebajikan mangsa banjir terurus dengan baik. “Jika dalam keadaan seperti ini pun, DAP mahu bermain politik, nampak benar sifat ‘kemaruk dan serakah kuasa’ mereka melampaui kepentingan rakyat,” katanya. sumber utusanonline

MMI

Sunday, 28 December 2014

DAP Mahu Kuasa Autonomi Di Pulau Pinang !!!


DAP menuntut agar kerajaan negeri Pulau Pinang diberi kuasa autonomi untuk memerintah sendiri berbanding dengan sistem persekutuan yang diamalkan sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata kontrak Persekutuan yang dimaterai sejak 51 tahun lalu itu perlu dikaji semula.

“Negara kita pada dasarnya mengamalkan sistem persekutuan, iaitu struktur politik yang secara lazimnya terdiri daripada negeri-negeri bersekutu yang disatukan di bawah payung kerajaan pusat. Contoh negara bersekutu yang lain adalah seperti Amerika Syarikat, Australia, Jerman dan India.

"Di negara-negara tersebut, kerajaan negeri mempunyai kuasa autonomi dalam kebanyakan bidang yang melibatkan kehidupan seharian, manakala kerajaan pusat biasanya bertanggungjawab ke atas hal ehwal kenegaraan, perhubungan antarabangsa dan keselamatan luar negeri," katanya memetik laporan Roketkini.

Beliau menjelaskan, perkongsian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam sistem persekutuan pula ditentukan oleh perlembagaan dan tidak boleh ditukar dengan sewenang-wenangnya oleh kerajaan pusat.

“Malangnya, sistem perundangan, pentadbiran dan fiskal di negara kita tidak mirip langsung dengan negara persekutuan yang lain. Tadbir urus negara kita dalam kebanyakan bidang adalah sangat terpusat, jika tidak lebih terpusat berbanding negara kesatuan (unitary states).

"Malah, kemungkinan besar Malaysia merupakan antara negara persekutuan yang paling terpusat di dunia. Contoh paling jelas pemusatan kuasa yang berlebihan di negara kita ini adalah hakikat bahawa perbelanjaan kerajaan Persekutuan merangkumi lebih 90 peratus daripada semua perbelanjaan kerajaan setiap tahun,” katanya.

Sambil memuji kerajaan negeri Pulau Pinang, Zairil berkata negeri itu telah menyumbang separuh daripada eksport elektrik dan elektronik Malaysia, satu pertiga daripada eksport pembuatan, dua pertiga daripada hasil pelancongan perubatan dan hampir satu persepuluh daripada KDNK negara.

“…adalah satu skandal besar bahawa kerajaan negeri yang dipilih secara demokrasi hanya mampu membelanjakan kurang daripada setengah peratus (0.05 peratus) daripada belanjawan negara,” katanya.

Maka, atas sebab-sebab ini, usaha ke arah desentralisasi ataupun pengagihan kuasa pusat harus digalakkan demi membentuk persekutuan yang benar-benar menghormati hak dan kesejahteraan negeri-negeri di bawah naungannya.

“Jelas, sistem sedia ada tidak berfungsi apabila sesebuah kerajaan negeri tidak berupaya untuk menentukan arah perjalanan bas dalam kota sendiri, membuat pinjaman wang untuk membiayai pembangunan infrastruktur, serta tidak diberi kuasa untuk menguruskan tandas awam sendiri.

“Kuasa tadbir urus yang diagihkan dengan baik sudah tentu dapat memakmurkan demokrasi yang lebih bermakna, menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi serta memupuk pembangunan yang lebih saksama dan lestari.

“Justeru, satu kajian semula kontrak persekutuan negara kita amat diperlukan, khususnya dalam persekitaran pasca-2008, di mana sudah jelas bahawa pemusatan berlebihan dalam hal ehwal pentadbiran adalah tidak selari dengan kerencaman negara kita serta terbukti gagal untuk memenuhi hasrat dan impian rakyat Malaysia,” ujarnya. RakyatNews

Bagi MMI apa jua tindakan puak-puak ni kena hati-hati .. Sekarang dah mula dah ! 

MMI

UPDATE BANJIR ATM Gerak Semua Aset Secara Maksimum


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menggerakkan secara maksimum segala aset dan keanggotaan bagi operasi menyelamat berikutan keadaan bencana banjir yang semakin buruk.

Langkah itu dibuat memandangkan hanya aset darat, udara dan air milik angkatan itu sahaja yang sesuai digunakan untuk meredah arus deras banjir selain mampu diatur gerak dalam apa juga keadaan cuaca.

Pada masa yang sama, ATM juga sudah mengarahkan kesemua anggota Wataniah di negeri terlibat dengan banjir melaporkan diri untuk operasi menyelamat secara besar-besaran bagi menyokong anggota tetap.

Menurut Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin, hanya aset yang terlibat dengan cari lamat tempur (CSAR) sahaja tidak digunakan kerana kelengkapan tersebut perlu dipersiapkan untuk keselamatan negara.

“Kita gerakkan secara maksimum, semua aset khususnya helikopter sudah diatur gerak kecuali yang diletakkan untuk tujuan CSAR. Kita bergerak siang dan malam tanpa henti, terutamanya untuk menyalur makanan.






“Anggota Wataniah di setiap negeri terlibat juga sudah diarahkan untuk membantu operasi menyelamat terutamanya di kawasan yang paling teruk terjejas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sehingga semalam, banjir yang dianggap sebagai terburuk dalam tempoh 30 tahun menyaksikan seramai 119, 800 penduduk telah dipindahkan dengan Kelantan menjadi negeri paling teruk dilanda bencana kali ini.

Keadaan bencana yang sedia buruk itu dijangka bertambah parah mulai esok berikutan ramalan kaji cuaca mendapati hujan lebat peringkat kuning bakal melanda kembali negeri-negeri di Pantai Timur.

Mengulas lanjut, Zulkifeli berkata, antara aset udara paling praktikal bagi operasi menyelamat ialah EC725 Cougar kerana helikopter paling canggih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu mampu terbang pada bila-bila masa.

Selain helikopter EC725 Cougar, beliau menjelaskan, operasi udara ATM juga disokong pesawat Nuri serta aset udara milik Tentera Darat dan Tentera Laut yang diagih-agihkan mengikut keperluan bagi setiap negeri. utusanonline

NAJIB Arah Semua Menteri Sedang Bercuti Pulang Segera !!

 

Semua menteri kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali.

"Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku di sini hari ini.

Terdahulu, Najib melakukan lawatan sehari ke beberapa kawasan dilanda banjir di Pahang, telah melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Clifford.

Dalam masa yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Kem Tentera Lipis di sini, sebentar tadi untuk meninjau kawasan terjejas akibat banjir dan pusat pemindahan di negeri ini.

Beliau yang menaiki helikopter, disambut Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Najib selepas ini akan melawat dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Clifford dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku.

Beliau juga dijadualkan melawat di sebuah lagi daerah terjejas teruk akibat banjir iaitu Jerantut dan akan meninjau keadaan di Loji Air Batu Embun serta pusat pemindahan di Batu Embun dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Temin.

Selepas meninjau keadaan di Jerantut, Najib dijadualkan berlepas ke Temerloh untuk meninjau keadaan di daerah itu yang mula dilanda banjir sejak Jumaat lalu.

Sebaik tiba, beliau akan diberi taklimat ringkas di Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dan melawat pusat pemindahan di SMK Seberang sebelum meninjau beberapa kawasan dilanda banjir.

Sehingga jam 10 pagi, seramai 33,601 orang ditempatkan di 328 pusat pemindahan dengan jumlah paling ramai direkodkan di Kuantan yang membabitkan seramai 8,474 mangsa.

Ia diikuti dengan Temerloh dengan 6,965 orang, Jerantut (6,657), Pekan (3,928), Maran (3,690), Bera (1,003) dan Rompin (13). RakyatNews

Pesawat Milik Air Asia Terputus Hubungan #PrayForQZ8501


Sebuah lagi pesawat di laporkan hilang pada awal pagi tadi dan sehingga kini usaha-usaha mengesan dan mencari pesawat terbabit sedang dilakukan.
Sebuah pesawat penerbangan AirAsia dari Surabaya ke Singapura hilang komunikasi dengan menara kawalan pada Ahad.
Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut.
“AirAsia Indonesia mengesahkan penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 0724 pagi ini.
“Pada ketika ini, kami tidak dapat memberikan butiran lanjut berhubung status penumpang dan kru pesawat.”
Dalam perkembangan sama, Direktor Angkutan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo mengesahkan pesawat tersebut hilang dalam pemantauan radar.
"Ketika ini saya berada di menara kawalan untuk menunggu laporan yang masuk."
Pihak kementerian, menurutnya, akan memberikan keterangan rasmi berhubung kehilangan pesawat AirAsia tersebut.
Penerbangan QZ8501 itu menggunakan pesawat Airbus 320 dengan nombor pendaftaran PK-AXC.
Pesawat membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal itu berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.
Sejurus sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan, pesawat itu dilaporkan meminta laluan berbeza.
Stesen TV Indonesia Kompas TV melaporkan pesawat tersebut membawa 149 rakyat Indonesia, tiga rakyat Korea, dan masing-masing seorang rakyat Singapura, British dan Malaysia.
Daripada jumlah itu, 138 ialah dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi.
AirAsia telah menyediakan Pusat Panggilan Kecemasan di nombor +622129850801 untuk keluarga dan rakan kru serta penumpang pesawat tersebut.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui tweetnya memberitahu satu kenyataan terbaharu akan dikeluarkan tidak lama lagi.
“Kami akan keluarkan satu lagi kenyataan nanti. Terima kasih atas ingatan dan doa. Kita harus tabah.” astroawani
Laporan daripada KOMPAS

JAKARTA, KOMPAS.com - Pesawat AirAsia rute Surabaya-Singapura hilang kontak dengan nenara pengawas lalu lintas udara pada Minggu (28/12/2014). Rute perjalanan pesawat diduga bukan yang biasanya.

"Pesawat telah meminta rute yang bukan biasanya, sebelum hilang kontak," kata Staf Khusus Kementerian Perhubungan, Hadi Mustofa, Minggu, seperti dikutip dari Reuters.

Pewawat ini hilang kontak dengan menara pengawas lalu lintas udara di Jakarta, pada pukul 06.17 WIB. Di dalam pesawat ini terdapat 155 penumpang dan kru. Seharusnya, pesawat mendarat di Singapura pada pukul 08.30 waktu setempat--atau pukul 07.30 WIB. 

Kantor AirAsia di Kuala Lumpur, Malaysia, menyatakan upaya pencarian sudah dimulai. Selain data penerbangan beserta jumlah penumpang dan kru, belum ada informasi detail lain yang dilansir - Kompas.com

Sehingga artikel ini di tulis kerajaan Malaysia sudah pun mengesahkan akan menggerakkan usaha untuk membantu mengesan dan mencari pesawat terbabit.

MMI

Hati-Hati Dengan Penyebaran Maklumat Tentang Tsunami


Orang ramai dinasihat tidak percaya dengan mesej kejadian tsunami dan ribut yang akan melanda pantai timur Sabah dalam tempoh 36 jam.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata, nasihat atau amaran cuaca serta tsunami adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Sehubungan itu orang ramai dinasihat tidak mudah mempercayai nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya bukan daripada Meteorologi Malaysia.

Untuk pengesahan maklumat, orang ramai boleh menghubungi MetMalaysia Hotline di talian 1 300 22 1MET (1638) dan laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) http://www.met.gov.my. atau http://www.facebook.com/malaysiamet.

Hati-hatilah apabila menyebarkan maklumat kerana tindakan kita barangkali mampu menyusahkan usaha pihak lain membantu mereka-mereka yang kini sedang di landa bencana.Malah mungkin tindakan kita itu boleh mencetuskan panik yang membawa kepada kemudaratan pihak lain.

Rujuklah maklumat untuk menentukan kesahihannya sebelum kita mula menyebarkannya.

MMI

Labels